razifah Publish time 7-11-2006 05:59 PM

---{@ Bunga Rasmi Negeri Korang? @}----

Bunga Negeri Melaka :pmuka:


http://www.melaka.gov.my/assets/bungakesidang.jpg


Kesidang atau nama botaninya "canangrium scortechinii" merupakan sejenis tumbuhan kecil tetapi keras dan dahannya mengembang di atas junjung yang dibina untuknya. Seluruh bahagian pokok ini mengandungi getah, daunnya mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok-pokok lain yang berdekatan. Bentuknya yang kecil dan sifatnya yang lembut menjadikan Kesidang sebagai bunga yang dijadikan hiasan di tempat-tempat yang terhormat.

Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai.

Kesidang melambangkan kesederhanaan watak dan peribadi masyarakat Melaka yang ramah dan sopan-santun.




--------{@ ini lah bunga rasmi negeri melaka. Negeri lain pula mcm mana? Sesape ader info?

[ Last edited byrazifah at 3-1-2007 03:21 PM ]

kempot Publish time 7-11-2006 08:35 PM

teringat laplak umah lame kat tmn kesidang melaka... ghupenye ade name bunga kesidang e..

ape bunga negeri johor... hehe.. tak tau la plaks..

[ Last edited bykempot at 7-11-2006 08:37 PM ]

nazurah Publish time 8-11-2006 07:47 AM

Bunga rasmi negeri johor adalah bunga inai merah...and bunga rasmi pasir gudang pulak bunga cempaka kuning...nnt chek google cari chek tepek kat sini k...

Mas916 Publish time 8-11-2006 07:55 AM

penang apa plak...arr..bunga pokok pinang ek....kuikuikui...

nazurah Publish time 8-11-2006 07:57 AM

yang ni inai merah...aka crepe myrtle

http://www.clemson.edu/crepemyrtle/graphics/royalvelvet_image1.jpg

yang ni plak cempaka kuning
http://www.geocities.com/webunicorns/floraNfauna_files/mamic01n.jpe

DkNatasah Publish time 15-11-2006 08:02 PM

simpur

BRUNEI DARUSSALAM hmm bunga resmi nya bunga simpur hehhe sorry nanti bila ada gambar ada tasha paste kan kemari

nazurah Publish time 16-11-2006 03:37 PM

I tahu bunga simpur tu apa...

kat johor kita panggil daun tempe...psl guna daunnya yg lebar tu wat bungkus tempe. Bila tgk satu rancangan brunei tajuknya florist jejari hijau...dia guna bunga simpur utk buah gubahan. lawa gak..

alibnmat Publish time 16-11-2006 10:59 PM

species inai merah (pic) tu yg digunakan utk menginai jarikah?

nazurah Publish time 17-11-2006 08:24 AM

uikss....bukan alib...

yg menginai jari tu bunganya lebih kecil dan daunnya juga lain. Inai merah ni selalu org tanam tepi jalan...tak pnah plak try inai jari ngn inai merah ni...

mrsaafifi Publish time 17-11-2006 10:23 AM

penang bunga rasminya bunga tanjung..

pahang bunga teratai..

perlis x ingat lah pulak.. boleh tanya ngan datin seri shamsiah :)

razifah Publish time 20-11-2006 05:34 PM

Originally posted by mrsaafifi at 17-11-2006 10:23 AM
penang bunga rasminya bunga tanjung..

pahang bunga teratai..

perlis x ingat lah pulak.. boleh tanya ngan datin seri shamsiah :)

datin tu sape?:hmm:

haniman Publish time 21-11-2006 09:49 AM

http://www.melaka.gov.my/assets/bungakesidang.jpg

Pokok ni di KL orang panggil pokok bunga kerak nasi.Di sebelah pantai timur Bungak Tikam Teladam.Wangi bau ni.Kak iman tanam pokok ni menjalar di pagar rumah.

razifah Publish time 21-11-2006 03:13 PM

Originally posted by haniman at 21-11-2006 09:49 AM
http://www.melaka.gov.my/assets/bungakesidang.jpg

Pokok ni di KL orang panggil pokok bunga kerak nasi.Di sebelah pantai timur Bungak Tikam Teladam.Wangi bau ni.Kak iman tanam pokok ni menj ...


Tak sangka ade banyak namalah kak iman.....anyway tq for d info....

mrsaafifi Publish time 22-11-2006 01:00 PM

Originally posted by razifah at 20-11-2006 05:34 PM

datin tu sape?:hmm:

datin seri shamsiah tu isteri kepada mb perlis, dato' seri shahidan kassim..

ecam Publish time 23-11-2006 05:12 PM

aku x tau lak ns punya bunga rasmi apa
bunga pokok cili api kottttttt
entah laaaa

razifah Publish time 3-1-2007 03:15 PM

http://mdpt.perak.gov.my/mussaenda.jpg

Pokok bunga rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

razifah Publish time 3-1-2007 03:17 PM

http://www.mbmb.gov.my/mbmb/flower.jpg

Bunga rasmi daerah melaka tengah
Bunga Siantan


Nama saintifik: Ixora Fistula

razifah Publish time 3-1-2007 03:18 PM

http://www.mpag.gov.my/newimages/bungarasmi.jpg

Ciri-ciri bunga:
Nama Saintifik: Bougainvillea Spesies
Nama Biasa: Bunga Kertas
Keluarga: Nyctaginaceae

Bunga Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

nazurah Publish time 3-1-2007 05:17 PM

Originally posted by razifah at 3-1-2007 03:15 PM
http://mdpt.perak.gov.my/mussaenda.jpg

Pokok bunga rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

ni pokok janda kaya kan??

haniman Publish time 3-1-2007 05:27 PM

http://orchids.com/_img/content/catalogImg/810075_3.jpg

Anggerik bunga rasmi Bandaraya Shah Alam
Pages: [1] 2
View full version: ---{@ Bunga Rasmi Negeri Korang? @}----


ADVERTISEMENT