ranjer Publish time 7-11-2006 12:45 PM

Bagaimana hendak mendapatkan nombor pelepasan cukai pendapatan untuk persatuan

Assalammualaikum..

Saya mewakili satu pertubuhan NGO nak bertanya pada rakan-rakan disini bagaimana hendak mendapatkan NomborPelepasan Cukai Pendapatan untuk persatuan dan juga NGO.

La nie tengah blur sbb ada kompeni nak derma tapi syarat utama dia orang mintak Nombor Pelepasan Cukai Pendapatan.

Thanks in advance

sherrina Publish time 7-11-2006 02:17 PM

err...tanya Lembaga Hasil Dalam Negeri lah kot

ranjer Publish time 7-11-2006 05:44 PM

Itu la masalahnya bila tanya depa nie bermacam-macam versi dan kerenah. Kalau ada yg berpengalaman dan pernah menguruskan hal nie boleh lah berkongsi idea.

fleurzsa Publish time 8-11-2006 04:59 PM

salam

Nanti I tanya my friend ek...

thcheok Publish time 11-12-2006 02:03 PM

PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN DI BAWAH SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Saudara/ Saudari boleh merujuk kepada :

GARIS PANDUAN BAGI PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN DI BAWAH SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967( Guidelines For Application Of Approval Under Subsection 44(6) Of The Income Tax Act 1967 )

Garispanduan ini menerangkan jenis-jenis institusi, organisasi atau tabung yang pada umumnya layak dipertimbangkan untukkelulusan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, 1967 danprosidur-prosidur yang terlibat dalam mengemukakan
permohonan untuk kelulusan serta hal-hal lain yang berkaitan.

Terdapat beberapa kriteria untuk kelulusan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. antaranya organisasi mestilah membelanjakan pada tahun berikutnya
sekurang-kurangnya 70% (atau peratus yang dipersetujui oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri) daripada pendapatan dan derma yang diterimanya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif penubuhannya; Sekurang-kurangnya 50% daripada ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah mestilah terdiri daripada orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan organisasi atau 揻ounder

ranjer Publish time 12-12-2006 11:21 PM

terrima kasih atas info tu thcheok.
Pages: [1]
View full version: Bagaimana hendak mendapatkan nombor pelepasan cukai pendapatan untuk persatuan


ADVERTISEMENT