sliparburuk Publish time 15-11-2006 07:38 AM

act ari tu slipar ada rembat drill dr kampung... tapi x tau ler hamer drill ker hape tapi cap boch ler...
bile asben drill tup2 termati sendiri.. terbako kot...
tu yang slipar mati kutu nak kene carik drill baru nih...

ferryman2393 Publish time 15-11-2006 08:21 AM

http://i76.photobucket.com/albums/j17/ferryman2393/boscha.jpg

nie dia rotary hammer wa.

caliper ada kat atas 'bosch' tu (guna untuk measure diameter wall plugs).

benda setongkol kat bawah tu ialah normal chuck (keyless) untuk normal drill bit (wa guna untuk kayu, besi, aluminum).keyless chuck tu buleh ditukar dengan sds chuck (kat photo attached to the drill).all my concrete drill bits are sds-plus type.kalo yang tak tahu sds-plus, sds dan seangkatan ngannya macam bayonet lar.cucuk je, lepas pakai cabut.tak payah pakai chuck key.berbeza ngan drill bit biasa, sds-plus drill bit ada alur-alur di pangkal drill bit tu.

notice my drill bits kat atas photo.wa tanda ngan masking tape untuk kedalaman lubang yang ditebuk.measure against wall plugs.

ada plastic bag dalam kotak drill.guna untuk tadah habuk.

CivicSI Publish time 15-11-2006 08:31 AM

Originally posted by ferryman2393 at 15-11-2006 08:21 AM
http://i76.photobucket.com/albums/j17/ferryman2393/boscha.jpg

nie dia rotary hammer wa.

caliper ada kat atas 'bosch' tu (guna untuk measure diameter wall plugs).

benda setongkol kat bawah...


:tq::tq:ferryman atas info yang berguna.

ferryman2393 Publish time 15-11-2006 09:36 AM

Originally posted by CivicSI at 15-11-2006 08:31 AM

:tq::tq:ferryman atas info yang berguna.

no problem.wa ada beberapa tip lagi pasal drill (dan kerja-kerja berkaitan drill) untuk dikongsi.untuk keselamatan, memudahkan kerja dan kerja jadi lebih kemas dan nampak professional.

next tip:macamana nak posisikan lubang yang kita nak tebuk tu untuk mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian kita tebuk laluan electrical wiring atau plumbing?siapa buleh fikir dan jawab?

CivicSI Publish time 15-11-2006 10:04 AM

Originally posted by ferryman2393 at 15-11-2006 09:36 AM


no problem.wa ada beberapa tip lagi pasal drill (dan kerja-kerja berkaitan drill) untuk dikongsi.untuk keselamatan, memudahkan kerja dan kerja jadi lebih kemas dan nampak professional.

n ...

Nak teka : 1.Ada gajet yang boleh detect metal/wayar kat dalam simen .
               2. Jgn tebuk selari dgn suiz letrik atau pipe air.

ferryman2393 Publish time 15-11-2006 10:33 AM

Originally posted by CivicSI at 15-11-2006 10:04 AM


Nak teka : 1.Ada gajet yang boleh detect metal/wayar kat dalam simen .
               2. Jgn tebuk selari dgn suiz letrik atau pipe air.

kao hebat.memang betul.

kita kena perhati kan suis/point letrik kat dinding tu.atau kepala paip/stop cock.competent electrician dan plumber tidak akan membuat unncessary turns dalam alignment pendawaian/plumbing depa atau 45 darjah punya line.selalunya its a straight line horizontally atau vertically.so, its quite safe kalo kita drill about 2 inch either side outside these horizontal/vertical lines along the switch/power points or stop cock/taps.

tapi ingat, ini cuma general rule sahaja.

lagi afdal kalo kita pakai gadjet yang buleh detect metal.but for pvc plumbing, memang tiada alat yang buleh detect.so, when in doubt, jangan proceed dengan posisi lubang drill yang kita ingini.nanti tak pasal pasal kita tertebuk paip air pulak.cari lar posisi lubang drill lain.

untuk tebuk lubang kat siling nak pasang chandelier, kipas dan apa apa lagi light fittings, its most likely yang kita tahu memang ada electrical wires nearby beneath.tapi tak dapat nak agak alignment wiring tu macamana.its best in this case pakai metal detector.kalo tak ada metal detector, beli satu atau sewa (itu pun kalo ada yang nak sewa).lebih selamat upah orang lain.kalo nak mati pun, dia yang mati :nerd:.

gurau sikit ye...

ferryman2393 Publish time 15-11-2006 01:01 PM

kalo nak drill pliable hard surface macam besi atau aluminum especially berbentuk silinder, ketuk sikit ngan nail head chisel atau paku bagi lekuk sikit.so drill bit tu tak lari ke hulu ke hilir.lepas tu drill ngan mata drill kecil dulu followed by actual diameter drill bit.kalo terus hentam yang besar, mata drill tu buleh cepat tumpul dan kemungkinan posisi tidak tepat.

kalo nak drill kayu, besi dan aluminum, gunakan high speed setting atau lagi bagus single speed drill.low speed hanya untuk masonry dan konkrit (bagi hammer drill).high speed setting akan membuatkan lubang pada kayu tu lebih kemas dan mengurangkan kesan gerudi pada kemasan kayu.untuk semua material, kalo kita nak drill bagi tembus (macam nak install lock pada pintu), stop the drill the moment the tip of the drill bit appeared on the opposite side.lepas tu drill again from the opposite side.kalo tak nampak, guna assistant untuk bagi warning.

ferryman2393 Publish time 15-11-2006 04:09 PM

nak pastikan wall shelves yang kita pasang tidak senget dan level:

drill satu lubang untuk top screw hole 1st shelf bracket.pasang 1st shelf bracket ngan satu screw sahaja tetapi jangan ketatkan - cukup untuk shelf bracket tersebut lekat kat dinding sahaja tetapi buleh diputarkan (adjust).

offer up 2nd shelf bracket against the wall dan baringkan shelf melintang di atas kedua dua shelf bracket ini.letak water level di atas shelf ini.turun/naik kan 2nd shelf bracket sehingga water level tersebut level.bila dah level, tandakan remaining screw holes.guna pensel atau felt tip marker dan tandakan remaining holes menerusi screw holes pada kedua-dua bracket.

drill dan pasang kedua-dua shelf bracket dan letakkan shelf di posisi akhir.

CivicSI Publish time 16-11-2006 11:41 AM

Feryman,

Mcm mana kaedah yg betul nak skrew di plaster ceiling ? sebab plaster ceiling ni guna fiber and kapur.. bila skrew. kdg kdg macam loose je. Silap haribulam lambu boleh jatuh.

tq

ferryman2393 Publish time 16-11-2006 04:08 PM

gypsum board dan plaster ceiling tidak buleh menampung berat melampau.ianya juga tidak buleh menampung cengkaman screw.

plaster ceiling board dipasang secara suspension dari siling asal atau terus ke joists.sebarang fitting memerlukan ianya dipasang secara recessed menggunakan mounting strap atau board yg discrew pada joists.baru kukuh dan selamat.

untuk fitting ringan, buleh menggunakan cavity wall plugs.cavity wall plugs nie lebih besar dari wall plug biasa.buleh gunakan yg bersaiz 10mm.ianya akan mencengkam gypsum atau plaster board dari belakang bila kita masukkan screw.cengkamannya lebihkurang 20-30mm diameter.

nanti wa post kan gambar satu contoh cavity wall plug.ianya juga buleh digunakan untuk fitting ringan pada dinding plywood atau hollow door (nak pasang cangkuk).

sade Publish time 16-11-2006 09:20 PM

Ferryman,
macam mana kalau nak pastikan yang rail curtain levelled i.e. tak senget...?
Tq

niceghost2005 Publish time 17-11-2006 06:49 AM

Originally posted by sade at 16-11-2006 09:20 PM
Ferryman,
macam mana kalau nak pastikan yang rail curtain levelled i.e. tak senget...?
Tq

Miker kena pakai...

1. timbang air
- tiub getah yg panjang dan di masukkan air.(air akan sama level di mana mana sahaja) at 2 points.
- pembaris timbang air
- yg canggih, infra red levelling.

:tq:

ferryman2393 Publish time 17-11-2006 08:45 AM

http://i76.photobucket.com/albums/j17/ferryman2393/cavityplug.jpg

ini gambar dua jenis wall plugs:yg biasa (saiz 8mm) dan cavity wallplug (saiz 8mm).screw tu jenis chipboard screw, recessed phillips head 1.75 inch.screw nie gunanya untuk chipboard dan buleh juga untuk lekatkan gypsum/plasterboard pada frame.berbeza ngan wood screw, alur screw nie lebih dalam dan hingga ke pangkal head.hujungnya juga lebih tajam.

cavity wallplug nie jenis plastic dan reganya mahal kalo compare ngan wallplug biasa.wa tak ingat berapa reganya tapi masa beli dulu (ini lebihan kerja), wa cakap "uh, mahalnye".RM1 satu kot.buleh didapati dimana-mana kedai hardware.cakap ngan tokey tu, kita nakkan wall plug untuk plasterboard.tahu le dia.

bila nak drill kat gympsum/plasterboard, wa terpaksa gunakan mata drill 10mm utk pastikan wallplug nie dapat masuk.notice kat plug tu ada dua wing dan flange kat mulut plug tu.bawah flange tu ada 4 sirip (sama macam wall plug 8mm dlm gambar tu).bila drill, gunakan 10mm masonry drill bit, set hammer function kepada "off" dan drill dengan kelajuan perlahan (guna smaller diameter drill bit dulu).buleh juga digunakan wood drill bit yang lama.be prepared for sudden piercing.

lipat kedua-dua cavity wall plug tu dan masukkan kedalam lubang, tap in guna pengetuk ringan (sebab ada 4 sirip tu).untuk fitting ringan, wa ingat screw 2 inci memadai.bila kita screw in, hujung screw tu akan tangkap hujung wall plug tu dan menariknya ke pangkal.pada masa yang sama, kedua dua wing tu akan ditarik kemas mencengkam belakang gypsum/plasterboard.screw sehingga ketat (resistance) tetapi jangan terlalu ketat, nanti pecah fitting.flange pada wallplug nie akan cengkam bahagian depan board dan nampak kemas pada pandangan.

pada gympsum/plaster wall, fixing sebegini buleh menahan berat lebihkurang 5 kilo (wa pernah gantung whiteboard saiz dua hasta menggunakan empat fixing).untuk siling, setakat satu light fitting ringan tu no problem.ceiling tak lendut.

jangan gunakan untuk fitting berat.fitting berat hanya buleh dilekatkan pada joists.

ada beberapa jenis lagi cavity wall plugs.ada yang diperbuat dari logam dan buleh menampung berat yang lebih (seperti track lighting dan rows of spotlight).kebiasaannya metal cavity plug nie jenis toggle atau collapsible tetapi memerlukan lubang lebih besar sehingga 20mm.

ferryman2393 Publish time 17-11-2006 09:02 AM

Originally posted by sade at 16-11-2006 09:20 PM
Ferryman,
macam mana kalau nak pastikan yang rail curtain levelled i.e. tak senget...?
Tq

jawapan mod niceghost betul.gunakan timbang air (spirit level).caranya sama dengan cara memasang wall shelf yang wa terangkan sebelum nie.

drill dan pasang satu kaki rail dahulu (jangan ketatkan screw, cuma kemaskan shj).letakkan timbang air pada curtain rail tu.jika rail curtain panjang, minta assistant tolong.pasang kaki rail yang satu lagi (penghujung) pada rail.turun/naik kan sehingga timbang air tu level dan tandakan posisi lubang drill menerusi screw hole pada kaki rail tersebut.jika ada kaki rail tengah, suruh assistant tandakan juga selepas itu.

buka balik kaki rail dan drill semua lubang.

pastikan saiz lubang drill, wall plug dan screw tu memadai dengan berat curtain.kalo terlalu kecil, berat melampau akan menarik keluar fixing kita sebab curtain nie selalu kita rentap buka dengan kasar.dan jika curtain tu berat, stress pada fixing akan menyebabkan fixing tu akan gagal.

CivicSI Publish time 17-11-2006 09:04 AM

Originally posted by ferryman2393 at 17-11-2006 08:45 AM
http://i76.photobucket.com/albums/j17/ferryman2393/cavityplug.jpg

ini gambar dua jenis wall plugs:yg biasa (saiz 8mm) dan cavity wallplug (saiz 8mm).screw tu jenis chipboard screw, recessed...


Ohhh... baru lah aku tahu.:tq::tq:

So kalau nak pasang lampu kat plaster celing boleh guna cavity wallplug. Kalau max 5 kilo.. lampu tak jadi masalah kot.

Hang memeng kerja sebagai kontraktor ke ferryman ?

Kalau nak pasang cornice sendiri ke plaster ceiling pun guna cavity wallplug jugak ? mcm mana plak cornice kayu ?

[ Last edited byCivicSI at 17-11-2006 09:06 AM ]

CivicSI Publish time 17-11-2006 09:07 AM

Originally posted by niceghost2005 at 17-11-2006 06:49 AM


Miker kena pakai...

1. timbang air
- tiub getah yg panjang dan di masukkan air.(air akan sama level di mana mana sahaja) at 2 points.
- pembaris timbang air
- yg canggih, infra red levell ...


Kalau sesiapa nak tanam dua tiang sama tinggi pun boleh guna tiub getah yg panjang dan diisi air.

ferryman2393 Publish time 17-11-2006 09:15 AM

max 5 kilo tu untuk dinding dan menggunakan 4 fixing pada jarak yang dekat.

kalo siling, lebih afdal kita berjaga jaga dengan beban yang akan ditampung oleh siling.when in doubt, don't proceed.lagi panjang span between supporting joists, lagi lemah siling tersebut untuk menahan berat.

wa bukan kontraktor.dulu wa pernah berdampingan ngan kontraktor (maintenance).ada sikit sikit belajar dari depa nie dan beberapa tip buleh dapat dari internet dan buku-buku.ada yang buleh pakai dan praktikal, ada yang tidak dan ada yang memerlukan kemahiran tangan.

ferryman2393 Publish time 17-11-2006 09:24 AM

cornice, baseboard, skirting, crown mouldings, dado, dan architrave nie sebutan amnya ialah mouldings.ada yang kayu, plastik dan plaster.

wa tiada pengalaman dalam pemasangan benda benda nie.banyak kerja weiii...bagi kuli buat lar.

untuk kerja DIY yang simple, contoh kalo nak lawakan frame pintu tu (architrave), buleh juga gunakan moulding kayu.pakai finish nails 4 inch apart.tanam kepala nail tu ngan nail head chisel dan fill in ngan filler.finish with varnish atau cat.ini teori je, wa tak pernah buat. heh heh...

CivicSI Publish time 17-11-2006 09:31 AM

Originally posted by ferryman2393 at 17-11-2006 09:24 AM
cornice, baseboard, skirting, crown mouldings, dado, dan architrave nie sebutan amnya ialah mouldings.ada yang kayu, plastik dan plaster.

wa tiada pengalaman dalam pemasangan benda benda nie....


ooo..cornice pintu tu oklah mcm boleh buat sendiri.. tapi cornice ceiling ni... susah sikit.

Lu pernah buat pergola sendiri ke ferry?

ferryman2393 Publish time 17-11-2006 09:53 AM

dulu wa biasa buat kerja sendiri sebab tak leh nak harap kuli kontraktor dari segi timeline dan dependability.wa pun minat giler bab bab menukang nie.sebab tu wa ada banyak tools dan buleh berkongsi pengalaman menggunakannya.

menerusi pengalaman, kerja berikutnya akan lebih baik.banyak projek kat rumah yang tak berbaloi nak upah orang.benda benda kecil macam plumbing, wiring, repair and maintenance biasanya kita semua buat sendiri.wa cuma berkongsi pengalaman sahaja.apa yang wa tahu, wa buleh cerita.mana mana yang wa tak tahu, tak leh cerita lebih sangat lar.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7
View full version: camner nak tebuk dinding konkrit?


ADVERTISEMENT