[azam] Publish time 15-10-2006 01:27 AM

All About Middle East Countries!!..Dubai, Doha, Muscat & etc

Panduan untuk membaca thread All About Middle East Countries!!..Dubai, Doha, Muscat & etc

Page 1- Doha Qatar dan Muscat Oman
Page 2- Manama Bahrain, Dubai UAE, Abu Dhabi UAE, Kuwait City
Page 4- Mana nak shopping di Dubai, Kebuhsanan hidup di Doha dan perangai Arab di Kuwait.
Page 5- Cairo, Egypt (Firaunnya tempat nih)

Sekian, Terima Kasih utk yang sudi berkongsi dan juga yang singgah untuk membaca. Diharap thread ini dapat membantu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip ke Doha, Qatar dan Muscat, Oman.

Panasnya...tergugat puasa aku..tapi takpa..itulah cobaan di bulan ramadan ni..
thread bukak je nih belum ada lagi gambar sebab belom balik lagi ke Malaysia.

Isnin baru balik..Pastu barulah boleh upload gambar dan tips bagi yang hendak ke Doha,Qatar sempena Asian Games nih atau nak singgah ke Muscat ke..Nih aku kat internet Cafe di Ruwi..1 jam 300Bz (Lebih kurang Rm3.00)

[ Last edited by at 23-4-2007 09:18 AM ]

holmes Publish time 15-10-2006 02:31 PM

Originally posted by at 15-10-2006 01:27 AM
Trip ke Doha, Qatar dan Muscat, Oman.

Panasnya...tergugat puasa aku..tapi takpa..itulah cobaan di bulan ramadan ni..
thread bukak je nih belum ada lagi gambar sebab belom balik lagi ke Malaysia ...

wah beshnya :clap:

balik msia nanti jgn lupa post gambar2 tu ekkk...

no~yean Publish time 17-10-2006 07:52 AM

hubby kena gi doha end of d month..best ke doha ni?
kalo best guwei nak ikut le...hehehe..

[azam] Publish time 17-10-2006 12:29 PM

10th Oct 2006, Dr Kuala Lumpur bertolak jam 3am sampai ke Doha, Qatar jam 9.30am. Transit lebih kurang 4jam di Dubai (Total journey: +/- 12jam). Perbezaan masa kurang 5jam dr Malaysia. Sampai je ke hotel terus padam. Pukul 3pm baru bangun. Penat woo..tak tidur satu malam.

Procedures to enter Qatar:
Visa = Boleh apply daripada kedutaan Qatar dan boleh dapat on arrival utk Malaysian.
Visa Fee = Qtr55 ( Mesti bayar pakai Credit Card. Cash diorang taknak.)
Kalau ke Qatar, dia akan chop " Allow Entry to Sultanate of Oman" dkt passport. Nanti aku akan explain pasal nih bila sampai bab ke Oman nanti.

Trip aku ke sini adalah utk business purpose. Jadik takdelah penerangan tentang tempat lawatan luar drp Doha dan Muscat. Suhu kat sini panas ler lebih kurang 36-38 degree C. Tapi dah start nak sejuk sikit dr sekrang sampai bulan March nanti tapi still panas lah. Aku stay dkt Ridges Plaza, Doha. Hotel dkt negara Arab memang mahal mcm dkt Ridges Plaza nih harga Qtr700 semalam utk twin single bed room. Standard dia sama je mcm hotel dkt KL dlm range RM200 ke RM300 satu malam. Nak cari makan susah skit sebab kedai makan kena jalan lebih kurang 1km ke town. Nak makan kat hotel mahal la..Kenalah budget skit beb. Dekat Doha, business hour lain skit dr Malaysia..Terutama bulan puasa. Start dr 8.30am sampai jam 2.00pm. Rehat kemudian sambung balik jam 7.30pm sampai 11.00pm. Kebanyakkan office dan kedai mcm tu..Jadik, pukul 2pm ke atas baik tidur dkt hotel lagik baik. Pak Arab punya stail memang tidur time nih. Lagipun memang logiklah sebab cuaca panas sgt. Nak buat kerja pun tak mampu. Lebih baik tidur. Aku pun bantai tidurlah jugak..haha..

Jalan kaki ke town carik kedai utk bukak posa. Bukak puasa jam 5.10pm dkt fastfood Sterling..Mahal siot..Hamburger dia saja dah Qtr8 (1Qtr = RM1.0118) campur Coke Qtr4. So, sorang makan Qtr12. Tak kenyang..pi kedai runcit sebelah beli roti slice mcm gardenia Qtr4. Harga double..Dlm kepala dok pikir mahal-mahal匓alik hotel cicah dgn kari Berahim. Jam 6pm dah gulap gulita. Lepas je semayang isyak jam 7.20pm, aku bersiap utk appointment jam 9pm.

Teksi dkt sini ada 2 jenis. Satu teksi biasa kaler kuning dan satu lagi teksi Kawar kaler biru (premium taxi). Teksi kuning keta dia tak berapa best sikit..Mostly depa pakai keta lama dan murah skit lah..Mostly kalau keta baru depa guna Toyota Yaris sedan. Teksi Kawar pulak mostly pakai Toyota Camri. Teksi dkt sini pakai meter, jadik takyah risau kena cekik darah tapi depa ada intention utk bawak kita round2 dulu walaupun tempat dia dkt je. English no problem walaupun ada taxi driver yang tak berapa fasih. Habis appointment, pergi jalan carik Sahur sambil2 tuh jenjalan ke Souq. Satu benda yang menarik minat aku kedai burung. Dia jual burung helang. Susah nak nengok scene nih kat MY. Burung tuh dia tutup mata dgn diikat di kaki dan disusun atas platform. Ingat nak beli sekor tapi boleh ke bawak balik Malaysia. Mau jabatan perhilitan tangkap aku..hehe..Kalau ke Souq tuh sentiasa apply 30% diskaun bila nak beli barang. Pusing kat situ takdek apa yang minat. Belah balik lah..Pegi beli shawarma mcm Kebab lah..Harga Qtr2 satu. Balik hotel terus Tidur.Jet lag belum habis lagik.

Di Qatar, Indian dan Philipino terlalu ramai. Kalau kita tgk statistik pun 40% je dr population tuh adalah Qatari. Dan Qatari nih kayo kayo..mcm dkt town nih, kalau masuk kedai je mesti Indian yang jaga. Rules utk foreigner buat business dkt sini mest ada local iaitu Qatari sebagai sponsor. Sponsor punya fee lagi dkt dengan Royal family lagi mahal dia punya fee. Kita boleh nampaklah beza Qatari dgn lain2..Very obvious..Masa aku banyak dihabiskan dengan meeting dan appointment. Malam saja jalan-jalan carik makan utk bukak puasa.Walaupun Qatar nih negara arab, tapi stesen TV tayang jugak uncensored punya cerita. Pukul 4am masa bangun sahur TV dok tayang gambar blue. Doniaaa匘oniaa

holmes Publish time 17-10-2006 02:09 PM

Originally posted by at 17-10-2006 12:29 PM
10th Oct 2006, Dr Kuala Lumpur bertolak jam 3am sampai ke Doha, Qatar jam 9.30am. Transit lebih kurang 4jam di Dubai (Total journey: +/- 12jam). Perbezaan masa kurang 5jam dr Malaysia. Sampai je ke ...

nak tngk gambar :bgrin:

[azam] Publish time 17-10-2006 06:43 PM

Ok..As been promised..Ini beberapa gambar untuk dilihat.

Souq..Souq..Souq

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2095.jpg

Doha Palace
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2073.jpg

Dekat corniche nampak kawasan West Bay
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2089.jpg

Doha Palace Lagik
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2090.jpg

[ Last edited by at 18-1-2007 01:44 AM ]

[azam] Publish time 17-10-2006 06:51 PM

Aku panggil 'Gerbang Jalan' je..Nama betul aku pun tak tahu...
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2076.jpg

Islamic Centre..Menara ofis yang cantik..copycat kepada satu menara dkt Iraq yang usia 1000 tahun kot..yang kena bom oleh US..
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2079.jpg

Gersangnya jalan nih..On d way balik town dr Salwa Industrial Area
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2087.jpg

Masjid sebelah Doha Palace..
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2091.jpg

Souq pandangan dr luar..Nampak tak pak arab tengah ushar burung
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Qatar/100_2062.jpg

[ Last edited by at 18-1-2007 01:43 AM ]

[azam] Publish time 17-10-2006 06:53 PM

Rehat dulu..nak pi bukak posa..nanti besok2 sambung pasal Muscat, Oman pulak...:lebai:

holmes Publish time 18-10-2006 01:15 AM

Reply #6 [azam]'s post

wah...tu burung helang real ekk...depa jual ke burung tu?

teruja tngk pedang2 yg dijual kat souk tu....kalo nak beli satu rasanya susah nak bawak balik...ke bleh..?

[azam] Publish time 18-10-2006 01:28 AM

Originally posted by holmes at 18-10-2006 01:15 AM
wah...tu burung helang real ekk...depa jual ke burung tu?

teruja tngk pedang2 yg dijual kat souk tu....kalo nak beli satu rasanya susah nak bawak balik...ke bleh..?

Burung tuh mmg real lergh..kalau patung idak le aku amik gambar..tapi semua helang tuh behave sebab mata dia dah kena tutup..golap..tak nampak jalan..semestinya utk dijual sebab itu kedai jual burung helang..:nerd:

pedang boleh bawak balik tapi ada risk le..mana tau salah satu airport on d way balik kastam periksa terus charge kita nak ngamuk dkt airport..mamposs..rega nya pun boleh tahan Qtr300 - Qtr800..Ada yang dah sampai ribu riban... Tapi haku tak minat le..kang beli bawak balik rumah buat kopek kelapa je..

[azam] Publish time 18-10-2006 05:08 PM

Muscat Oman

13 Oct 2006, bertolak ke Muscat, Oman. Arriving jam 8.25am selepas 4jam transit dkt Dubai. Ada airport pickup tapi kena rip-off USD30. Stay dkt Sheraton, Ruwi. Tanya dkt hotel caj teksi ke airport hanya OR6 (OR1 = RM9.5390). Oman adalah negara yang berbukit-bukau yang botak. Bukan sebab pembalakkan berlebihan tapi cuaca panas yang menghalang pokok utk tumbuh.

Untuk Memasuki Oman :
Visa : 1) Boleh apply dr Kedutaan Oman di Kuala Lumpur
         2) Visa On Arrival (Stail aku lah nih)
Visa Fee : OR6.00
Visa fee nih free kalau masuk drp Qatar. Asalkan kena ada chop 揂llow to entry Sultanate of Oman

[azam] Publish time 18-10-2006 05:19 PM

Mutrah Souq
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2114.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2117.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2112.jpg

Masjid Sultan Qaboos di Al Madinat
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2135.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2145.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2141.jpg

Pemandangan Ruwi dr hotel tkt 13
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2121.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2122.jpg

lizaldo Publish time 19-10-2006 03:33 PM

Originally posted by at 18-10-2006 05:08 PM
Muscat Oman

13 Oct 2006, bertolak ke Muscat, Oman. Arriving jam 8.25am selepas 4jam transit dkt Dubai. Ada airport pickup tapi kena rip-off USD30. Stay dkt Sheraton, Ruwi. Tanya dkt hotel caj te ...
rajinnyer ko crete azam...azam ko memang tinggi....aku bc cete ko cm menarik jer......:nerd:

lizaldo Publish time 19-10-2006 03:35 PM

Originally posted by at 18-10-2006 05:19 PM
Mutrah Souq
http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2114.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/100_2117.jpg

http://i85.photobucket.com/albums/k53/bismut/Oman/10 ...
cantik beno....

[azam] Publish time 20-10-2006 02:36 PM

Originally posted by lizaldo at 19-10-2006 03:33 PM

rajinnyer ko crete azam...azam ko memang tinggi....aku bc cete ko cm menarik jer......:nerd:

Sekali-sekala menaip..terlajak la pulak..hehehe...

Tapi tu lah 1st time puasa dkt luar negara...negara arab pulak tuh..38 degree..:lebai::lebai:

[azam] Publish time 21-10-2006 06:51 AM

Pengalaman yang sgt berharga..

Ada satu hari tu dkt Qatar. Nak jumpa satu customer dkt Salwa Industrial Area, lebih kurang 30km dr central Doha. Pergi no problem sebab teksi hantar sampai ke depan kilang customer aku tuh..So, lepas abis je meeting terus nak baliklah..lepas tuh baru teringat yang susah nak dapat teksi dkt kawasan industrial area. terpaksalah aku menapak 2km ke arah jalan besar. panas masa tuh 38 degree..Panas kita kat sini max average 31degree je. Masa tu baru 11am..Kalau jam 2pm - 3pm lagi panas.Sempat la jugak berenti sembahyang zuhur dkt masjid disitu. Zuhur masuk jam 11.30am. Lega sejuk badan masa wuduk..Lepas tuh jalan sikit dkt luar dah ada teksi tapi hampeh tul, dia tak nak ambik penumpang. Dia nak balik tidur. Nasib baik teksi lepas tuh nak ambik kitaorang. Sampai je hotel terus padam..No wonderlah Pak Arab tidur lepas zuhur. Memang terlalu panas utk buat aktiviti. Nih baru 38 degree, kalau bulan 6 mcm tuh lagi best 50 degree...mau jadik daging grill..:o::o:

Kereta sewa tak digalakkan kalau belum mahir sepenuhnya area di Doha nih sebab drivers dkt sini bawak keta laju gila. especially pak arab. dah keta cc besor besor pulak tuh..Chevrolet dgn GMC paling common. Ngeri je aku nak drive kat sini..Ada sekali aku naik teksi Kawar balik hotel. Budak India baru 7 hari bawak teksi. Mau je aku suruh berenti, aku nak jalan kaki..Asyik kena hon jek dgn orang lain..Bawak slow pun susah..:tembak:

holmes Publish time 21-10-2006 02:48 PM

Reply #12 [azam]'s post

cantik tul rekabentuk bangunan kat sana ekkk...

kengkawan hom ada yg cross-posting kat Oman ni...depa pong ada cakap Oman ni besh...tapi satu jerk masalah dia...panas ....

holmes Publish time 21-10-2006 02:52 PM

Reply #16 [azam]'s post

Azam ni on bisnes trip ekk...senang tak berurusan ngan peniaga2 dari negara2 Arab ni...?

[azam] Publish time 21-10-2006 09:01 PM

Originally posted by holmes at 21-10-2006 02:52 PM
Azam ni on bisnes trip ekk...senang tak berurusan ngan peniaga2 dari negara2 Arab ni...?

Mostly kat Oman yang running the show Indian. So, sama je lah mcm keadaan dkt Malaysia.Yang senang handle customer middle east nih kurang entertainment...Jadik takdek lah mcm kat Malaysia, mintak karaoke memanjang.Projeknye tak masuk-masuk jugak.hehe..

[azam] Publish time 23-10-2006 02:54 PM

Huh!!..Cuti raya punya pasal..forum pun cuti jugak..selamat hari raya...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: All About Middle East Countries!!..Dubai, Doha, Muscat & etc


ADVERTISEMENT