sayang_mulut Publish time 11-10-2006 02:40 PM

seha yang nyanyi lagu sama-sama tu kan..alfatihah

graxier06 Publish time 11-10-2006 02:47 PM

seha nie kakak kepada sheeda dangdut kan???

harisbee Publish time 11-10-2006 02:58 PM

bukanlah...dia ni penyanyi 80an kumpulan freedom...x der kena mengena dgn sheeda dangdut...dan dia bukan org kelate macam seha tiga dara tu...

graxier06 Publish time 11-10-2006 03:03 PM

Reply #23 harisbee's post

a' ahh akuu silap..tp aku cam terasa seha ni ader adik beradik yg artis gak,,,,

eaey Publish time 11-10-2006 03:13 PM

sama2 kita sedekahkan al-fatihah......

Syd Publish time 11-10-2006 03:26 PM

http://thestar.com.my/archives/2006/10/11/nation/latestsehasingeri.JPG


yang dia carik tuh, anak lelaki dia
anak perempuan dia yang jaga

adik_nazgul Publish time 11-10-2006 03:28 PM

seha yg pengacara tuee ek ??:stp:

Syd Publish time 11-10-2006 03:30 PM

salah satu lagu yang aku paling suka..
tingat jaman kekecik..


Mulanya Di Sini

( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

( P: )
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Syd Publish time 11-10-2006 03:30 PM

Originally posted by adik_nazgul at 11-10-2006 03:28 PM
seha yg pengacara tuee ek ??:stp:


jap, pengacara mana agaknya nih.

Kumpulan Freedom tahu tak?

sayang_mulut Publish time 11-10-2006 03:31 PM

Reply #27 adik_nazgul's post

haah...pengacara ape tah..dedulu

Syd Publish time 11-10-2006 03:33 PM

http://www.liriklagu.com/photo/Seha.jpg

Syd Publish time 11-10-2006 03:35 PM

Originally posted by sayang_mulut at 11-10-2006 03:31 PM
haah...pengacara ape tah..dedulu

Konsep muzik TV lebih matang
Jumaat, Mar 01, 2002
Source : Harian Metro

DALAM menjangkau usia 10 tahun, program hiburan berinformasi Muzik TV,
yang dikendalikan oleh Azza dan Haiza sebagai pengacara, kini berwajah
baru yang lebih ceria serta menghiburkan untuk memastikan penampilannya
tidak membosankan.

Sesuai dengan usianya itu, Muzik TV menjanjikan pengisian lebih matang
dan mantap untuk tatapan penonton kerana menyedari saingan yang cukup
hebat daripada program hiburan lain seperti Pop TV, Melodi dan juga Varia
Muzik.

Satu sidang media diadakan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur kelmarin
untuk mengumumkan perubahan wajah baru Muzik TV untuk tahun 2002 sempena 10 tahun usianya. Tidak ketinggalan berita percutian Muzik TV bersama artis dan wartawan di Pulau Besar, Mersing, Johor pada 12 Mac ini.

Majlis itu tambah meriah dengan kehadiran artis popular seperti Deja
Moss, Fazley, Moin, Watie dan Fiza dari Elite, Jaafar Onn dan juga Huda.
Azza bersama Watie dan Fiza turut menghiburkan hadirin dengan dua lagu
termasuk Idola, begitu juga penyanyi baru, Huda dengan lagunya yang sedang popular di radio sekarang ini, Mungkinkah.

Penerbit Eksekutifnya, Nik Azizah, berkata sejarah Muzik TV bermula pada
1992 yang dikendalikan oleh beberapa pengacara dari kalangan selebriti
popular seperti Seha, Fauziah Latiff, Norazah Aziz, Nurul dan kini semakin
sinonim dengan Azza dan Haiza.

Katanya, semua pengacara itu ada karakter berbeza dari segi imej,
penampilan tetapi mempunyai azam yang sama iaitu menyampaikan maklumat serta mendidik penonton tanah air mengenai industri muzik.

"Apa yang menariknya mengenai Muzik TV ialah ianya lain dari yang lain.
Untuk 2002, Muzik TV menyajikan segmen lebih menarik berteraskan hiburan
ringan yang lebih kasual dikendalikan oleh Azza dan Haiza.

"Gandingan dua pengacara ini dianggap sesuai kerana Muzik TV berjaya
mencuit hati penonton dengan gelagat mereka yang bersahaja. Selain itu
musim baru Muzik TV juga memperkenalkan segmen menarik seperti Sensasi Minggu Ini, Info Muzik, Album Pilihan, Syyy...Adalah, Gaya Hidup dan Klip Video.

"Sensasi Minggu Ini mengupas isu hangat dalam industri muzik
membabitkan artis, komposer, peminat seni, pemuzik, syarikat rakaman dan lain-lain.

Antaranya isu kelembapan industri muzik semakin membimbangkan, pembedahan plastik di kalangan artis, pengaruh muzik Bollywood, ke mana hilangnya artis popular dan banyak lagi isu menarik yang bakal diketengahkan setiap minggu.

"Syyy...Adalah pula memperkatakan khabar angin mengenai seseorang artis
serta dikendalikan secara terus oleh Azza dan Haiza," katanya.

Nik Azizah mengakui, kejayaan Muzik TV tidak mungkin sampai ke tahap ini
tanpa bantuan dan sokongan rakan artis, syarikat rakaman dan juga
wartawan. Atas sebab itu, Muzik TV tidak lupa mengucapkan jutaan terima
kasih atas sokongan yang diberikan.

Berita baik untuk itu ialah Muzik TV mengadakan percutian bersama artis
dan wartawan di Pulau Besar, Mersing, Johor selama tiga hari mulai 12 Mac
ini. Penginapan semua rombongan Muzik TV ditaja oleh Aseania Resort Pulau Besar serta menjanjikan keseronokan dan kepuasan sepanjang berada di pulau itu dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah yang menanti peserta.

Bagi Azza yang sudah tiga tahun bersama Muzik TV serta
mengendalikannya bersama Haiza, mengakui cukup seronok bekerja
dengan krew Muzik TV malah sudah cukup mesra seperti adik beradik dengan Haiza.

"Dia seorang yang periang, peramah dan paling penting orangnya baik
serta suka menolong orang. Saya rapat dengannya seperti adik beradik malah Haiza turut tersinggung jika ada pihak memperkatakan sesuatu yang tidak baik mengenai saya," katanya yang berpakaian sedondon dengan Haiza dari koleksi butik milik Azza.


yang nih ek?

adik_nazgul Publish time 11-10-2006 03:50 PM

Reply #29 Syd's post

kumpulan freedom tak tahu langsung .. . :rf: . .

betul lah apa yg aku tengok dlm gambar tue..
mmg itu lah diaa.. :ah:. . . .thankss...

kesian dia ek.. . al-fatihah. ..

MsAnonymous Publish time 11-10-2006 03:56 PM

Alfatihah.
sesungguhnya allahyarhamah bertuah kerana pergi dalam bulan yang mulia ni

semoga rohnya dicucuri rahmat
:pray:

Syd Publish time 11-10-2006 04:13 PM

Originally posted by Syd at 11-10-2006 03:26 PM
http://thestar.com.my/archives/2006/10/11/nation/latestsehasingeri.JPG


Hasrat Seha peluk anak tak kesampaian
11-10-2006 03:12:17 PM
Oleh ZIEMAN

Apabila rombongan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)menziarahi Allahyarhamah penyanyi Seha di rumahnya di Villa Puteri Kondominium Khamis lalu, jelas sekali keheningan menyelubungi pertemuan yang tidak dirancang itu.

Rombongan Karyawan diketuai presidennya Freddie Fernandez dan turut disertai Datuk Sarimah Ahmad, Nash Lefthanded, Zaibo, Yusni Jaafar, Radhi Khalid, Mazin Siraj dan Syed Mahdi Barakbah, singgah selama 45 minit pada jam 2.30petang untuk bertanya khabar penyanyi yang cukup popular dengan lagu Mulanya Di Sini bersama kumpulan Freedom pada satu ketika dulu.

Freddie yang sememangnya rapat dengan Seha ketika sama-sama memperjuangkan agenda MIM (Music Industry Malaysia) memberitahu semua yang hadir agar merahsiakan kunjungan mereka sebagai menghormati permintaan Seha yang memerlukan privacy dan rehat secukupnya.

"Please don't write about this...I donꊰ want it to be a circus

MsAnonymous Publish time 11-10-2006 04:16 PM

Reply #33 adik_nazgul's post

ko taktau kumpulan freedom?

yang nyanyi lagu..
SAMA2.. mengejar mimpi.. sama sama.
bla bla blaa tu

eldorado Publish time 11-10-2006 04:17 PM

Dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali..semoga roh Alllahyarhamah Seha ditempatkan bersama sama dengan orang yang beriman..Amin

adik_nazgul Publish time 11-10-2006 04:22 PM

Reply #36 MsAnonymous's post

lagu tuu aku boleh tangkap melodi dia..
thanks anon .. .
tapi aku mmg tak kenal pun kumpulan freedom. .sungguh. . .

fairytale Publish time 11-10-2006 04:29 PM

al-fatihah...:pray:

musang_pulut Publish time 11-10-2006 04:30 PM

Originally posted by ColbyRaikkonen at 11-10-2006 01:11 PM



satu skolah kita yerkkk....hheheeh

AWOK BADGE BILERRR...
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Seha ex-Freedom meninggal dunia... Al-Fatihah...


ADVERTISEMENT