aneboye Publish time 4-10-2006 01:15 AM

Koir di Gereja

Selamat Malam
Sepengetahuan saya di gereja pada hari di mana kalian beribadat ada persembahan koir kan.. Siapakah yang
bertanggungjawab mencipta atau menngubah lagu koir di gereja.. Ataupun adakah kalian mempunyai lagu koirrasmi?

[ Last edited byaneboye at 4-10-2006 01:17 AM ]

shalom Publish time 4-10-2006 09:13 AM


Siapakah yang bertanggungjawab mencipta atau menngubah lagu koir di gereja.. Ataupun adakah kalian mempunyai lagu koirrasmi?


Salam sr.

Ia biasanya bergantung kepada mazhab. Kalau gereja catholic, memang ada choir rasmi dan lagu rasmi. Upacara sembahyang dalam gereja catholic dikenali sebagai Mass. Ada beberapa buah :


Lagu pembukaan - bukan lagu rasmi, mana2 lagu boleh diplih berdasarkan tema bacaan Bible pada minggu tsebut

Kyrie eleison-lagu rasmi

Glory to God in the highest - lagu rasmi

Lagu antara bacaan - bukan lagu rasmi.

Alleluia - lagu rasmi

Lagu doa persembahan - bukan lagu rasmi

Sanctus -lagu rasmi

Memorial Acclamation - lagu rasmi

Our Father - lagu rasmi

Sign of Peace - tidak rasmi

Communion Song - tidak rasmi

Closing Song - tidak rasmi


Lagu rasmi= merujuk kepada lagu yang mesti dinyanyian dalam setiap Mass, dan tidak boleh diganti dengan lagu-lagu yang lain. Mungkin kadang-kadang ia dinyanykan dalam bahasa latin, English, Bm atau bahasa tempatan, tetapi lirik adalah tetap sama. Kira lagu wajibla.

Lagu-lagu lain adalah berdasarkan tema pembacaan Alkitab pada mingu tersebut.

Berkenaan siapakah yang bertanggungjawab memcipta dan mengubah lagu koir, biasanya sesiapa sahaja boleh.

casejulia Publish time 4-10-2006 01:15 PM

Dalam gereja protestant pula tak ada lagu rasmi, tetapi menyanyi lagupujian dan penyembahan adalah wajib. selepas itu diikuti dengan Kotbah(penyampaian firman tuhan) lagu-lagu ujian dan penyembahan yang dinyanyikan adalah seperti dalam thread ni
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=212593&extra=page%3D2

tiM Publish time 5-10-2006 09:19 PM

Originally posted by shalom at 4-10-2006 08:13 AM


Salam sr.

Ia biasanya bergantung kepada mazhab. Kalau gereja catholic, memang ada choir rasmi dan lagu rasmi. Upacara sembahyang dalam gereja catholic dikenali sebagai Mass. Ada beberapa bua ...
Eh! ko silap term la kawan....
Itu bukan dipanggil RASMI tapi RESMI...
Sekilas pandang ia boleh dilihat sebagai rasmi tapi mengikut pengertian rasmi sebenar ia x sesuai mengikut dewan bahasa dan pustaka...:nerd:

shalom Publish time 6-10-2006 08:50 AM


Itu bukan dipanggil RASMI tapi RESMI.


:gila:

aneboye Publish time 6-10-2006 04:34 PM

resmi ni tak silap aku macam cara atau perwatakkan kan...

ikut resmi padi... makin tunduk makin berisi

tak silap aku la

tiM Publish time 9-10-2006 07:49 PM

Originally posted by shalom at 6-10-2006 07:50 AM


:gila:
BM tak kredit kerrrrr??? hihihihihihih! jgn marah.

Istilah ramipun sering digunakan jugak. Dlm iman bukan soal terminologi tapi gerakan hati pada maksud yg suci pasrah pada ilahi serta kasih mengasihi..... hihihihihi

casejulia Publish time 9-10-2006 09:49 PM

Ada juga persembahan koir tetapi bukan setiap minggu diadakan, ini dipanggil Kesaksian Nyanian. Selalunya kalu pada hari kristmaspersembahan Koir diadakan. Merdunya..... aku paling suka dengar

savannah Publish time 14-4-2010 08:10 AM

bestnyer kalau dpt join koir nie..i minat sesgt...:)

agape Publish time 19-4-2010 02:27 AM

{:1_152:}sorak la haleluya..sorak la haleluya..haleluya....

savannah Publish time 26-4-2010 10:15 AM

Kasih yang sempurna telah
ku trima dariMu
bukan karna kebaikanku, hanya oleh kasih karuniaMu
Kau pulihkan aku
layakkanku tuk dapat memanggilmu bapa

kau b'riyang ku pinta
saat ku mencari ku mendapatkan
ku ketuk pintuMu dan kau bukakan
s'bab Kau Bapa ku Bapa yang kekal

kau takkan biarkan aku melangkah hanya
sendirian
Kauselalu ada bagiku
sbab kau bapaku bapa yang kekal

savannah Publish time 26-4-2010 10:17 AM

Yesus tidak pernah meninggalkan aku
dikala aku dalam kesulitan aku datang Kepada_Nya ku bawa dalam doa
agar aku dikuatkan dan tulus untuk menjalaninya karena Yesus berjanji tidak akan meninggalkan umat_Nya sampai kapan pun
disaat aku sudah mulai menyerah Janji yesus kurasakan
JANJIMU SEPERTI FAJAR itulah yang kurasakan karena aku menerima janji_Nya disaat aku sudah menyerah
JanjiMu Seperti Fajar yang bersinar di pagi hari yang indah...:D
Pages: [1]
View full version: Koir di Gereja


ADVERTISEMENT