dexa Publish time 25-8-2006 09:05 AM

RIBU2 IKAN MATI - DI KUALA KEDAH

Beribu-ribu ikan terdampar di pantai


KUALA KEDAH: Orang ramai di sini gempar apabila mendapati beribu-ribu ikan mati terdampar di sepanjang 2.5 kilometer kawasan Pantai Leman, dekat sini, sejak petang kelmarin.


Sesetengah mereka mengaitkan kejadian itu dengan tsunami tetapi tidak ada amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau luar negara.

Kebanyakan ikan yang mati dan terdampar di pantai itu ialah spesies duri, sembilang dan bulu ayam, dipercayai dibawa ombak ke pantai itu yang juga lokasi riadah orang ramai.

Sesetengah bangkai ikan itu berbau busuk yang diandaikan ia mati di tengah laut sebelum dibawa ombak ke pantai.

Nelayan, Marzukhi Jamaluddin, 51, berkata dia melihat beribu-ribu ikan mati terdampar di sepanjang kira-kira 2.5 kilometer pantai di situ kira-kira jam 8 malam kelmarin.

"Saya terkejut melihat jumlah ikan mati yang begitu banyak terdampar di pantai manakala di laut juga banyak yang terapung seperti kena tuba.

"Jumlah semakin banyak setiap kali ombak memukul pantai," katanya.

Ahmad Faizal Othman, 24, berkata petang kelmarin dia melihat beberapa ikan terdampar di tepi pantai itu bagaimanapun dia tidak mempedulikan kerana menganggap ia adalah perkara biasa.

"Kira-kira jam 8 malam, jumlah ikan yang mati dan terdampar semakin banyak di pantai," katanya.

Kebanyakan ikan yang mati itu seberat antara 200 gram hingga sekilogram setiap seekor.

Seorang peniaga gerai makan di situ, Adam Mustapha, 54, berkata itu adalah kali pertama dia melihat kejadian seperti itu.

"Saya tidak pernah melihat terlalu banyak ikan mati dan terdampar di tepi pantai seperti itu.

"Saya sudah memaklumkan kepada pengunjung yang datang untuk melihat kejadian aneh itu supaya tidak mengambil ikan berkenaan kerana khuatir ia beracun," katanya.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Sani Mohd Isa, berkata pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu mengambil sampel ikan dan air untuk dianalisis di Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang.

Beliau berkata ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan kematian ikan dalam jumlah yang begitu banyak dalam satu masa.

"Ini termasuk akibat kemasukan air tawar yang begitu banyak di kawasan habitat ikan berkenaan yang berair payau atau air beracun," katanya.

Beliau berkata kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2003 di situ tetapi jumlah ikan yang mati tidak banyak seperti itu.

Pada 2003, katanya, punca kejadian adalah racun daripada ladang tebu.

"Bagaimanapun, kejadian kali ini agak aneh, kita tidak dapat mengumumkan punca sehingga keputusan analisis sampel diketahui," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memakan ikan yang terdampar ke pantai kerana kemungkinan ia mengandungi racun.

dexa Publish time 25-8-2006 09:07 AM

pencemaranla ni!!

saya kalau baca tentang pencemaran memang sedih sangat...

*saya juga wondering kalau ini petanda ada gempa bumi dalam
laut gak --that cud be --sebab panas --

apa2 pun- it is not a good news

ninjamerah Publish time 1-9-2006 12:16 PM

apa keputusan mutakhir analisis jabatan perikanan negeri?

sailorman Publish time 27-9-2006 11:51 AM

rasanya mmg pasti punca nya dari racun pertanian.... sebab jenis ikan yg mati semua dari jenis ikan paya bakau atau
persisir pantai....

alphawolf Publish time 27-9-2006 12:01 PM

Nampaknya macam kena racun daratan...ermmm kat Selat Melaka ada tak fenomena red tide?

paler kembang Publish time 27-9-2006 03:19 PM

Racun dari sawah bendang, di bawa ke sungai dan dialir ke laut.
Pages: [1]
View full version: RIBU2 IKAN MATI - DI KUALA KEDAH


ADVERTISEMENT