TwoFour Publish time 18-8-2006 11:52 AM

Polis Bantuan Majlis Bandaran

Baru-baru ini saya ada terbaca di akhbar tempatan bahawa anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang akan diconvert sebagai anggota Polis Bantuan.
Di sini saya ingin bertanya kepada ahli-ahli forum yang arif mengenai Polis Bantuan berkenaan dengan perkara-perkara berikut:
1)Adakah mereka (penguatkuasa tersebut) setelah dilantik menjadi anggota Polis Bantuan
   mempunyai kuasa seperti anggota Polis yang regular?
2)Adakah scope tugas mereka hanya merujuk kepada masalah-masalah mengenai PBT sahaja?
3)Bolehkan mereka menahan/menangkap pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan seperti mencuri,ragut dll. jenayah dengan kata lain melakukan tugas-tugas am PDRM selain dari peraturan-peraturan atau undang-undang Majlis Perbandaran?
4)Tidakkah akan timbul pertindihan kuasa diantara mereka (Polis Bantuan tersebut) dengan PDRM?
5)Bagaimanakah cara mengenali mereka selain dari uniform dan logo agensi mereka? Adakah mereka juga dibekalkan dengan 'Kad Kuasa" warna apa?
6)Adakah kemungkinan juga anggota tersebut akan cuba "Menyamar" sebagai anggota regular contohnya seperti melakukan pemeriksaan atau 'Road-Block' haram bagi tujuan rasuah a.k.a 'Kole'?
7)Sekiranya ditahan oleh mereka, apakah hak kita terhadap mereka?

Maaf kerana banyak solan yang ditanya, ini penting bagi saya dan org lain yg mungkin akan berurusan dengan anggota-anggota Polis Bantuan tersebut.

mmc Publish time 18-8-2006 12:04 PM

mengikut laposan akhbar BH 11 Ogos had kuasa polis bantuan ditetapkan oleh Ketua Polis negeri berdasarkan permohononan..

Penguat kuasa MPS jadi polis bantuan
Oleh Zuraidah Mohamed


Peniaga bengkel buka premis dekat lot tempat letak kereta perlu bayar sewa bulanan tahun depan




SELAYANG: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan melantik 30 anggota penguat kuasanya menjadi polis bantuan bagi memudahkan usaha operasi dan tangkapan dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, perlantikan itu memerlukan kelulusan daripada Ketua Polis Selangor bagi menetapkan had kuasa polis bantuan MPS sebelum unit itu ditubuhkan tidak lama lagi.

Yang Dipertua MPS, Zainal Abidin Azim, berkata anggota polis bantuan berkenaan juga berkemungkinan diberi kuasa menggunakan senjata api bergantung kepada keperluan ketika menjalankan operasi.

Katanya, penubuhan unit polis bantuan itu sudah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Penuh Bulanan MPS kelmarin, dan surat permohonan akan dihantar dalam tempoh terdekat ini.

揝udah lama kita meneliti cadangan dan keperluan penubuhan unit polis bantuan ini kerana bidang tugas MPS hampir sama dengan polis, terutama operasi penguatkuasaan membabitkan penjaja dan setinggan.

揢nit ini akan membantu mengurangkan kebergantungan kepada pihak polis kerana kita sedia maklum kadang kala mereka juga kekurangan anggota untuk menyertai operasi MPS.

揔ita berharap penubuhan unit ini akan membolehkan MPS membentuk dan menjalankan operasi penguatkuasaan dengan lebih baik tanpa perlu menghantar notis kepada pihak polis,

standupper Publish time 18-8-2006 07:25 PM

Tempat kerja aku pun guna khidmat polis bantuan.. terhad kepada tugas kawalan premis, kereta peronda guna X-Trail dan Perdana V6, tapi hanya debenarkan bergerak dalam kawasan dan tugas tertentu, lain dari apa yg ditetapkan dah jadi kesalahan. Setakat nie takde masalah, tak pernah pulak Polis bantuan check IC, gerakkhas wannabe ke hapa.. tugas yg boleh dilaksanakan lebih kepada tugas biasa yang agensi sebelum dinaik taraf kepada Polis bantuan dan tak melebihi bidang kuasa termasuk mengadakan sekatan jalan raya.

braderjoni Publish time 29-1-2010 03:27 PM

ni masalah tak cukup cekap dan latihan..

Peluru makan kawan
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Niat seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membantu memberkas seorang penjenayah bertukar tragedi apabila tembakan dilepaskannya terkena rakan setugas hingga mati.

Sebelum itu, anggota polis bantuan berkenaan yang melihat rakannya, Norhafiz Hanafi, 23, bergelut dengan pencuri kabel elektrik segera mengeluarkan pistolnya lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek.

Satu daripada tembakan itu bagaimanapun terkena sebelah kiri badan Norhafiz hingga menembusi belakang sebelah kanan.

Menceritakan kejadian terbabit, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hasan, berkata Norhafiz dan rakannya berusia 26 tahun sedang mengintip kegiatan seorang warga Myanmar yang dikenal pasti kerap mencuri kabel di landasan kereta api di Batu 6 1/2, Jalan Klang Lama di sini, kira-kira jam 3 petang.

?font size="4">Ketika suspek leka menggulung kabel, kedua-dua anggota polis bantuan berkenaan mengejarnya sejauh kira-kira 50 meter dari landasan kereta api terbabit.

?font size="4">Norhafiz kemudian berjaya menghampiri suspek, namun terpaksa bergelut dengannya yang cuba melawan dan enggan menyerah diri.

?font size="4">Dalam keadaan panik, rakan setugas mangsa yang menggunakan pistol jenis automatik melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek,?katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Shukor Sulong.

Beliau berkata, satu daripada tembakan berkenaan mengenai tepat ke arah sebelah kiri badan mangsa hingga menembusi belakang badan sebelah kanan.

Menurut Hasnan, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca anggota polis bantuan berkenaan kurang menjalani latihan sehingga tertembak rakan setugas walaupun jarak hanya kira-kira tiga meter.

Mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Perak, dan sudah berkhidmat tiga tahun dengan KTMB mati di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati warga Myanmar yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tiada sebarang rekod jenayah.

揃agi tujuan siasatan, kami turut menahan anggota polis bantuan yang tertembak mangsa bagi membantu siasatan,?katanya.

ADIWIRA Publish time 2-4-2010 11:11 AM

Nombor-nombor peribadi POLIS BANTUAN tersebut akan dimulai dengan huruf `PB` bagi anggota pangkat rendah dan konstabel. Sementara nombor peribadi bagi Pegawai kanan Polis Bantuan berpangkat Inspektor, nombor-nombor peribadi akan dimulai dengan huruf `I/PB` dan bagi Asisten Superintenden dan keatas pula dimulai dengan huruf `G/PB`.

1)Adakah mereka (penguatkuasa tersebut) setelah dilantik menjadi anggota Polis Bantuan
mempunyai kuasa seperti anggota Polis yang regular?

J: Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas- tugas
polis dalam kawasan-kawasan yang 'DITETAPKAN' hendaklah mempunyai kuasa
yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti
seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya.

(Anggota-anggota Polis Bantuan adalah ditugaskan bekerja di dalam kawasan majikannya SAHAJA).

Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai atau anggota polis biasa (PDRM) , anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan lebih rendah dari polis biasa yang sama 'pangkat'nya .

2)Adakah scope tugas mereka hanya merujuk kepada masalah-masalah mengenai PBT sahaja?

3) Bolehkan mereka menahan/menangkap pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan seperti mencuri,ragut dll. jenayah dengan kata lain melakukan tugas-tugas am PDRM selain dari peraturan-peraturan atau undang-undang Majlis Perbandaran?

tugas-tugas polis BANTUAN adalah seperti YANG DIARAHKAN OLEH MAJIKAN DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN :-
Rondaan, Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan; Melindungi dan mengiringi harta majikan; Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah; Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.

( hanya DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN:- CONTOHNYA, POLIS BANTUAN (PB) LADANG KEMAMAN, TERENGGANU TIDAK DIBENARKAN MENGAWAL ATAU BEKERJA KAWASAN LADANG SETIU, TERENGGANU KECUALI MAJIKAN PB adalah SAMA)

ORANG AWAM JUGA PERLU FAHAM, BUKAN POLIS BANTUAN SAHAJA BOLEH MENANGKAP PENJENAYAH,PERAGUT, PENCURI, PEROMPAK... orang awam juga boleh.. di dalam seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah membenarkan orang awam menangkap pesalah yang mana kesalahan tersebut berlaku di dalam pandangannya dan sebaik tangkapan dilakukan, perlulah diserahkan kepada pihak polis dengan seberapa segera yg mungkin.. Jangan belasah pulaks...

orang awam pula mestilah menolong majistret, jaksa pendamai, polis atau penghulu untuk menangkap pesalah daripada melepaskan diri di bawah seksyen 11 Kanun yang sama..


4)Tidakkah akan timbul pertindihan kuasa diantara mereka (Polis Bantuan tersebut) dengan PDRM?
J: pada pendapat saya, pertindihan tugas sememangnya akan berlaku.. tapi kuasa PB adalah terhad di tempat dia bertugas sahaja manakala kuasa Polis (PDRM) tidak terhad..
Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah untuk Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan (contoh di dalam ladang2 dll)

5)Bagaimanakah cara mengenali mereka selain dari uniform dan logo agensi mereka?
J: Polis Bantuan boleh dikenali melalui :-
Lencana di Bahu bertulis 'Polis Bantuan' dipakai dipangkal lidah bahu baju. Bagi Pegawai Kanan dikecualikan tetapi semua Polis Bantuan diwajibkan memakai Lambang Majikan yang ditampal dilengan kiri baju. Lambang tersebut mestilahbertulis POLIS BANTUAN
dibahagian atasnya. Lencana Nombor Polis Bantuan ( PBXXXXXX) dipakai bagi Anggota Pangkat Rendah dan tanda nama bagi Pegawai Kanan untuk pengenalan seperti mana Polis Biasa.

6. Adakah mereka juga dibekalkan dengan 'Kad Kuasa" warna apa?
j: ada, warna putih... ada tercetak Pol.2B di kad kuasa tue.. Nombor yang tertera sama seperti di atas PBXXXXX dll...

7) Adakah kemungkinan juga anggota tersebut akan cuba "Menyamar" sebagai anggota regular contohnya seperti melakukan pemeriksaan atau 'Road-Block' haram bagi tujuan rasuah a.k.a 'Kole'?
j: kalau PB menyamar polis biasa buat sekatan jalanraya , pakat ramai2 dengan kawan, tangkap jer serah pada pdrm .. tau le 'depa' nak ngajornye..

8) Sekiranya ditahan oleh mereka, apakah hak kita terhadap mereka?
j: hak-hak org awam ketika ditahan di kawasan pentadbiran PB sama jer seperti post2 yg ada sebelum ni.. baca jer..

OK???

alphawaves Publish time 5-4-2010 01:13 AM

Senang2 pegi hospital kuala lumpur..tengok polis bantuan kat situ..
Pages: [1]
View full version: Polis Bantuan Majlis Bandaran


ADVERTISEMENT