NewNokia Publish time 17-5-2007 04:59 PM

http://www.utusan.com.my/pix/2007/0517/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg

JAMAL Abdillah tidak dapat menahan perasaan sedih lalu mencangkung dan menangis sewaktu menyanyikan lagu Kasihnya Ibu pada persembahannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

[ Last edited byMsAnonymous at 24-5-2007 12:14 AM ]

nanamiri Publish time 23-5-2007 05:19 PM

Reply #2 NewNokia's post

ko cuba g sini dulu, ramai org tak sokong si jamal ni lagi....;P

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

[ Last edited bynanamiri at 23-5-2007 06:47 PM ]

April2007 Publish time 23-5-2007 11:03 PM

si jamal dah tak boleh ubah perangai dia ker?

sikit2 isap dadah...sikit2 isap dadah...

dexa Publish time 28-5-2007 09:18 PM

Dadah: Jamal bebas, tuduhan ditarik balik
28-05-2007

TELUK INTAN:Penyanyi Jamal Abdillah hari ini dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis Syabu seberat 0.6 gram oleh Mahkamah Majistret di sini selepas pihak pendakwa memohon untuk menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Majistret Azizah Aling bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap sepupunya Azly Hussham Mohamad Zauti yang mengaku bersalah atas tuduhan yang sama.

Azly Hussham, 39, dan Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 47, dituduh memiliki dadah jenis syabu seberat 0.6 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah pekerja tidak bernombor, Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini pada 18 Jan lepas kira-kira pukul 8.30 malam.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Khamis lepas mahkamah yang sama telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal Abdillah dan Azly Hussham apabila kedua-dua mereka gagal menghadiri sebutan semula kes itu pada hari berkenaan.

Jamal memberitahu mahkamah beliau tidak hadir Khamis lepas kerana kehilangan notis panggilan untuk hadir ke mahkamah dan Azizah memberi amaran kepada beliau supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut serta menasihatinya supaya sentiasa memastikan sebarang dokumen walaupun kecil perlu disimpan dengan baik.

Pegawai pendakwa Cif Inspektor K. Balakrishnan sementara itu memohon mahkamah untuk membuat pindaan dalam pertuduhan bagi menambah berat dadah daripada 0.5 kepada 0.6 gram selepas menerima laporan Jabatan Kimia.

Pada 19 Jan lepas, semasa kedua-dua tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama, Jamal membuat pengakuan tidak bersalah manakala sepupunya mengaku bersalah.

Balakrishnan juga memohon untuk menarik balik tuduhan terhadap Jamal dan dibenarkan oleh mahkamah. Beliau bagaimanapun tidak memberi alasan terhadap permohonannya.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Jamal melahirkan rasa gembira terhadap keputusan itu.

"Sekarang saya rasa gembira dan saya berharap dapat teruskan dalam bidang ini (nyanyian) dan membina semula keyakinan. Saya memang rasa malu dan tidak dapat melakukan apa-apa, pendapatan terganggu dan rumahtangga saya kucar-kacir dan fikiran terganggu dari awal tahun.

"Selepas ini saya ingin berkecimpung dengan Rumah Pengasih untuk sedikit sebanyak membantu saya... tempat itu saya rasa yang mampu untuk bantu saya," katanya.

Jamal yang berpakaian sut hitam dan ditemani beberapa anggota keluarga terdekat pernah muncul juara Bintang RTM pada 1979 dan mula mencipta nama dengan album sulungnya, Perpisahan Tanpa Relamu


------------------------------------------------------------------------------

saya happy sangat
dan saya ada convince yang jamal akan
cuba buat yang terbaik --
dan saya still fan dia #1 walau apa pun --

alhamdullilah yang dia telah bebas and hopefully
will berbakti lebih dengan rumah pengasih tu

dexa Publish time 29-5-2007 11:52 AM

Jamal sings in joy after charge dropped

TELUK INTAN: Freed of a drug possession charge, singer Jamal Abdillah celebrated his turn of luck at a magistrate抯 court here by belting out his trademark hit Seroja.

Obliging the media and members of the public, the 47-year-old singer sang a few lines from the song after expressing his relief that his ordeal was finally over.

揟he case has affected my career as I抳e not had a show in over five months.

揘o one was willing to risk signing me up,

berg81 Publish time 29-5-2007 02:31 PM

jamal nie memang x bleh lari ngan dadah.. kes yang terbaru coz dia lepas, sepupu dia tu jadi kambing hitam la.. Terpaksa kalau x bleh susah la karier si jamal nie..

Kena pun 8 bulan je, after keluar nanti jamal support la tu.. benda nie budak2 pun bleh pikir..

jamal..jamal..

dexa Publish time 18-6-2007 05:39 AM

Jamal mahu jalani rawatan pemulihan dadah

SUNGAI SIPUT 17 Jun

komgringples Publish time 19-6-2007 11:48 PM

jamal nyanyi penuh soul......

dexa Publish time 24-6-2007 08:29 AM

Jamal mahu dirawat semula

PENYANYI bersuara emas, Jamal Abdillah mahu kembali ke rumah Pengasih.

Penyanyi itu akan kembali meneruskan proses rawatan pemulihan dadah dengan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dalam tempoh terdekat ini.

Itu khabar yang menjadi perbualan banyak peminat penyanyi berkenaan sepanjang minggu lalu.

Hal ini bagaimanapun bukan keluar dari mulut penyanyi popular itu sendiri.

Sebaliknya ini diceritakan oleh Presiden Pengasih, Mohamad Yunus Pathi Mohd. kepada media.

Katanya, Jamal sendiri secara peribadi menelefon dan memberitahu akan keinginannya itu untuk kembali ke rumah Pengasih supaya pulih sepenuhnya dari ketagihan.

Setelah dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan terlibat dengan dadah baru-baru ini dan berhadapan dengan masalah rumah tangga, Jamal dikatakan memilih untuk mententeramkan jiwa di satu lokasi yang dirahsiakan.

Eloklah ambil masa untuk berfikir semula. Jamal disayangi oleh ramai orang.

Meskipun berulang kali kesilapan yang sama dilakukan, Jamal masih lagi diterima dengan tangan terbuka oleh peminatnya.

Masih ada rezeki untuk dia dalam bidang seni suara sampai ke hari ini walaupun banyak yang mencurigai mengenai realiti kehidupan Jamal sebagai bekas penagih dadah.

Harapnya kali ini biarkan keinsafan itu yang terakhir dan buat selama-lamanya.

-----------------------------------------------------------------------

harapnya insaf benar2 insaf la jamal -- tu yang sebaiknya -
tak payahlah keluar dan nyanyi until dah benar2 pulih -
doakan yang terbaik saje untuk jamal -

dexa Publish time 28-6-2007 05:04 AM

Jamal akui kelemahan diri

KUALA LUMPUR 27 Jun

dexa Publish time 28-6-2007 05:51 PM

Jamal: Cinta dan dadah itu sama!


http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_701799a8-c0a85062-e6246600-995c2daf/1/jamal%201.jpg
Jamal kini berada di pusat pemulihan Pengasih


Ketika ditemui pada sidang media khas semalam di pusat pemulihan dadah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Jamal nampak semakin berisi dan kelihatan ceria.

Penyanyi tersebut yang kini sedang menjalani sesi terapi fasa kedua di situ sejak sebulan lebih akui sudah menampakkan perbezaan berbanding sebelum memasuki pusat tersebut.

"Dulu ketika saya masuk Pengasih buat kali pertama, saya rasa saya mampu untuk teruskan kehidupan di luar. Rupa-rupanya saya gagal.

"Susah untuk saya lupakan 'benda' itu sebab ke mana-mana saya pergi, pasti saya akan teringat. Di dalam bilik persalinan untuk sebarang show, saya pasti akan teringat semula bagaimana sebelum mula sesebuah persembahan, saya akan ambil dulu benda itu.

"Bila emosi saya tertekan, pasti perkara itu akan saya buat. Secara tidak sengaja, ia sudah jadi way of life saya," ujar Jamal.

Penyanyi berusia 47 tahun itu akan menjalani sesi terapi di situ selama enam hingga lapan bulan akan datang. Jamal sebelum ini pernah memasuki Pengasih pada tahun 2006 selama enam bulan untuk sesi terapi fasa pertama.

Ditanya mengapa sehingga kini amat sukar untuk dirinya menjauhkan diri daripada dadah, Jamal sambil tersenyum berkata, dia memang pernah menyimpan azam untuk menjadi 'normal' seperti sediakala, namun dia akui amat sukar untuk berbuat demikian.

"Jika anda tanya mengapa saya tidak pernah cuba mengelak, bayangkan saja bagaimana perasaan kita ketika bercinta. Sewaktu bercinta, kita akan gembira bila kita hubungi orang yang kita cintai.

"Begitu juga jika dapat berjumpa, pasti perasaan gembira tu akan lebih. Begitulah juga yang saya rasa dengan 'benda' ini. Saya ibaratkan percintaan dan dadah adalah sama," kata Jamal.

Menurutnya, jika dia tidak terfikir untuk menjauhkan diri daripada dadah, masakan dia sanggup 'menyerah diri' menyertai semula Pengasih buat kali kedua.

"Kenapa saya sanggup lari ke sini semula? Sebab hanya di sinilah saya rasakan saya 'selamat'. Dulu saya tidak pernah dengar cakap mereka, tetapi sekarang saya sedar saya kena ikut apa yang mereka cakap.

"Tetapi, buat masa ini saya tidak boleh beri kepastian sama ada saya yakin dapat berhenti sepenuhnya selepas ini, tapi apa yang boleh saya katakan saya bersyukur kerana hari ini saya berada di Pengasih," ujar Jamal.

Walaupun sedang menjalani terapi di sana, Jamal masih lagi bebas untuk keluar berjumpa sesiapa saja mahupun memenuhi undangan persembahan di bawah pengawasan Pengasih.

"Bermula pada saat ini, semua urusan mengenai kerjaya saya akan dikendalikan oleh pihak Pengasih. Alhamdulillah, masih banyak tawaran yang saya terima. Bulan depan saya juga akan adakan konsert Malam Mengenang P.Ramlee di Universiti Sains Malaysia.

"Sekarang ini setiap hari saya akan bangun jam 6 pagi dan kemudian teruskan dengan kerja saya seperti menghafal lagu, lebih-lebih lagi untuk konsert tersebut," katanya.

Mengulas tentang penerimaan keluarga terhadap dirinya kini, ujar Jamal, keluarganya sentiasa memberikan sokongan padu terhadap dirinya, terutama ayahnya.


http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_70706136-c0a85062-e6246600-22556b60/1/jamal%202.jpg
Jamal kini nampak sihat

Saya kagum dengan ayah saya. Kalau dulu saya pernah salahkan dia semua ini terjadi kerana dia tinggalkan saya dan pergi seberang laut, tetapi bila difikirkan semula dialah yang patut dijadikan contoh.

"Cuba bayangkan bagaimana dia menghadapi masyarakat atas apa yang saya buat. Dia amat tabah," jelasnya.

Jamal juga berkata, dia sendiri hairan mengapa peminat-peminatnya masih setia memberikan sokongan sehingga hari ini walaupun begitu banyak kontroversi yang melanda hidupnya.

"Minta maaf jika saya katakan, saya menyanyi selama ini adalah untuk diri saya sendiri, kerana menyanyi adalah satu hiburan pada saya dan boleh menenangkan tension. Kalau ada yang meminati saya, itu terpulang.

"Saya sendiri tertanya-tanya mengapa masih ramai yang beri sokongan. Mungkin juga kerana saya jujur dalam nyanyian saya. Saya tidak hipokrit.

"Kepada yang meminati saya, doakanlah agar saya dapat kembali pada jalan yang benar. Mungkin ada yang malu meminati saya selama ini, tetapi percayalah saya akan 'bayar' semula apa yang telah mereka berikan pada saya iaitu sokongan dan kemaafan mereka," ujar Jamal yang akan menghasilkan album terbarunya tidak lama lagi.


"Saya sudah ceraikan isteri"

"Saya sudah lafazkan cerai dengan talak satu kira-kira dua bulan lepas," luah Jamal secara ringkas tatkala diasak dengan soalan mengenai status rumahtangganya dengan isteri, Fatimatuzahra Samat, 24, ketika ini.

Jamal yang pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa memukul isterinya tidak lama dulu akui buat masa ini dia belum mempunyai niat untuk merujuk semula dengan isterinya itu.

"Perasaan sayang memang masih ada. Tetapi, sudah tiga kali sebenarnya dia minta cerai, saya sendiri tidak tahu kenapa. Yang pastinya memang kami sudah tiada jodoh.

"Saya tidak rasa dadah adalah sebab utama kami bercerai, selain dari jarak usia, saya rasa attitude masing-masing yang buatkan kami jadi macam ni. Sikap saya yang kuat cemburu dan dia yang tidak memahami saya.

"Saya tidak sepatutnya kahwin, kerana saya sendiri tidak 'mampu' menjadi suami yang baik. Saya adalah jenis yang memerlukan perhatian sebab saya 'sakit', tetapi saya tidak salahkan dia," ujar Jamal.

Menurutnya, dia juga tidak mahu memikirkan tentang soal perkahwinan lagi buat masa ini.

"Kenapa saya perlu berkahwin jika saya tidak layak. Sekarang ini saya hanya ingin betulkan diri saya terlebih dahulu, baru fikirkan benda lain," kata Jamal.

Penyanyi tersebut telah mendirikan rumahtangga dengan Fatima pada 16 Disember 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki Ahmad Zaki Osama yang berusia lima bulan.

Jamal juga mempunyai seorang anak lelaki, Osama Yamani, 6, hasil perkongsian hidup bersama Intan Nur Aina, yang merupakan perkahwinan keduanya.

Ditanya mengenai dakwaan dirinya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya Osama, Jamal dalam nada tenang menafikan perkara tersebut.

"Saya akui, saya bukan ayah yang sempurna. Kalau nak cakap saya 100 peratus abaikan dia, itu tidak betul. Orang tidak faham saya, saya tidak sempurna kerana saya adalah penagih dadah.

"Saya memang tidak patut ada anak. Saya pernah berdoa supaya tidak dikurniakan anak kerana saya tidak mampu, tetapi Allah berikan juga rezeki itu. Mungkin ada hikmah.

"Cuma saya harap satu hari nanti orang tidak beri macam-macam tohmahan pada dia. Kalau nanti dia tidak mampu tanggung beban yang dilakukan oleh ayahnya ini, dia juga boleh hancur.

"Jadi, saya harap sangat kepada semua berilah kasih sayang kepada dia. Tolonglah. Saya cuma berharap agar satu hari nanti anak-anak saya akan bangga ayah mereka ini dapat pulih daripada dadah sepenuhnya," luah Jamal.


----------------------------------------------------------------------------------

walau apa2 pun - saya tetap akan sokong career nyanyian jamal
dan berdoa semuga sembuh dan insaf -

dexa Publish time 28-6-2007 07:35 PM

Rehearsals in rehab for Jamal
By AUDREY EDWARDS

KUALA LUMPUR: For more than a month, pop singer Jamal Abdillah has been seeking refuge in the peaceful surroundings of Bukit Tunku where Pengasih, a drug rehabilitation centre is located.

The 48-year-old self-declared 搑isky and controversial

adrienero Publish time 28-6-2007 07:59 PM

aku minat Jamal ni...tapi dh kena dadah ni memang susah


apapun lagu favourite aku PENGHUJUNG RINDU

niy Publish time 2-7-2007 06:35 AM

credit to vm : harian metro, 2 julai 07

http://img104.mytextgraphics.com/photolava/2007/07/01/mmame1-4704sx7vx.jpg

http://img103.mytextgraphics.com/photolava/2007/07/01/mmame2-1id0bpt6.jpg

komgringples Publish time 2-7-2007 10:57 AM

bahaya betul........

dexa Publish time 2-7-2007 05:40 PM

saya pernahduk kat belakang pentas dengan jamal
before persembahan dia
memang dia akan merokokcow cow -
saya rasa before tu dia dah makan syabu tu sikit
kat bilik persalinan dia - then before dia nak nyanyi
dia akan merokok - dan akan diam dan cakap slow aje -

ingat lagi dia cakap kat saya -
xxxx, saya rasa pressure ni... rasa tak peace ni...
saya sedih sangat bila jamal cakap camtu ..
soft aje suara dia - dengar betul2 macam tertekan sangat -

until now saya doakan jamal akan insaf seinsaf insafnya
dan kembali bersihkan dirinya -- dan banyakkan doa -

orang2 dikeliling nya ramai yang take advantage of him -
harap dia akan sentiasa dengan en yunus tu dan orang2
yang nak bawa dia ke jalan yang betul

i always pray for you abg jamal -always!! hang in there!--

the only ONLY singer yang saya kagumi kerana
suara dia yang memang menusuk hati dan lagu2 dia
banyak memang SEMUA nyadalam ingatan saya --


[ Last edited bydexa at 2-7-2007 05:41 PM ]

komgringples Publish time 3-7-2007 12:29 AM

Jamal.........berjuang menentang dadah..........

detox Publish time 13-7-2007 02:34 PM

dexa apa kabar agaknya Jamal sekarang ? dexa kirim salam utk dia kalu jumpa...pesan kat dia...jgan bimbang mesti boleh ok punya kalu dia nak ok.

[ Last edited bydetox at 13-7-2007 02:57 PM ]

biezie_slalu Publish time 14-7-2007 12:35 PM

Originally posted by dexa at 28-4-2007 12:58 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif



saya berpendapat begitu juga --

apa yang berlakusebagai pengajaran untuk kita
semuga jamal tabah --


~ -

pernah dgr lagu nih?

KeinsafanArtist: Jamal Abdillah
Ku mencari kesucian diri
Setelah keinsafan menjelma
Masih tersirat di sanubari
Keganasanku di alam maya

Jari jemariku tak berhaluan
Hanya mengikut rentak hati dan perasaan
Masihku menanti ke manaku bawa diri
Segala-gala yang ku inginkan
Setelah langit tidak bertepi

Insan di dunia seakan berbangga
Setelah diriku terlantar tidak bermaya
Ku hanya berdoa di segala keinsafan
Sudah kehendak yang maha kuasa
Musnahlah aku dalam kekejaman

biezie_slalu Publish time 14-7-2007 12:41 PM

Originally posted by umiabuya at 17-8-2006 09:40 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
alhamdulillah jamal dah berisi dan nampak sihat sekarang.Tutur katanya amat baik sekali dan pandai memberi pandangan tentang salahlaku penggunaan dadah.Penerangan dari saleem kurang sikit..banyak emosi tapi sekurang-sekurang dia dah insaf.Aku perasan adik jamal (Hamka) dulu pernah diura-urakan berlakun dengan Raja Ema.Siap jadi cover dalam satu majalah hiburan..dulu..dah lama dah!!!
...

pembetulan! adik jamal yg diura2kan berlakon dgn raja ema, bukan Hamka. tapi elbi husni!
dia ni dah meninggal dunia, accident motor!:P
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -


ADVERTISEMENT