CharlieDale Publish time 28-7-2006 04:38 PM

Kartun era 80-an dan 90-an

bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang dalam lingkungan umur 20 ke 35++ sudah pasti sentiasa akan terkenang dengan kartun kegemarannya. pada zaman itu mana ada anime macam sekarang. kalau ada pun yang sudah dialihbahasa ke english seperti robotech. saya amat meminati kartun yang mempunyai unsur-unsur teknologi canggih serta ada unusr unusr perang. sebagai permulaan antara yang masih terus saya ingati ialah:-

http://content.answers.com/main/content/wp/en/c/cf/Saber_Rider_and_the_Star_Sheriffs.jpg

Saber rider & the star sheriff.

mengisahkan Saber rider (berbangsa british) yang menjaga keamanan angkasa raya dari ancaman outriders yang diketuai oleh Nemesis. Saber rider dibantu oleh Colt (berbangsa Amerika) dan Fireball (berbangsa Jepun) dan April (Peranchis)dalam menghadapi semua masalah yang ditimbulkan oleh penjahat. mereka dilengkapkan dengan senjata yang canggih antaranya sebuah kapal angkasa (ramrod) yang mampu berubah menjadi robot raksasa (big sheriff)apabila berhadapan dengan raksasa atau robot ciptaan out riders. namun jika keadaan terdesak, robot Saber riders ini akan menggunakan senjata terakhir untuk mengalahkan musuh.

nota: siri ini adalah adaptasi dari anime jepun bertajuk Star musketeer Bismark (1984) oleh Studio Peirrot. Lesen siri ini kemudiannya dibeli oleh syarikat Amerika Wolrd Event Productions (WEP)pada tahun 1986. sebanyak 52 episod disiarkan dari tahun 1987 hingga 1988 dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

watak
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/a/a0/Star_Sheriffs_Saber_Rider.jpg/200px-http://home.arcor.de/derherrderringe/SaberRider8.jpg

Saber rider ( versi jepun : Richard Lancelot )
Kapten kepada kapal angkasa Ramrod. walaupun masih muda namun dia dianggap lagenda kerana kemahirannya dalam bermain pedang dan berkuda disamping menmpunyai sifat yang gentleman, berkepimpinan dan mahir dalam taktik dan membuat keputusan. menggunakan kuda robot yang dikenali sebagai steed.

Fireball ( Shinji Hikari)
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/8/80/Star_Sheriffs_Fireball.jpg/200px-
Pelumba dan juara termuda dalam formula one. Memandu kereta lumba dikenali sebagai Red Fury Racer / Turbo yang jika tidak salah saya merupakan pacuan 6 roda dan berjenama Honda. kereta lumba ini turut dilengkapi dengan senjata. sikapnya agak moody dan mudah marah.

Colt ( Bill Willcox)
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/e/e0/Star_Sheriffs_Colt.jpg/200px-Star_Sheriffs_Colt.jpg
merupakan bekas pemburu upahan dan mahir dengan senjata api. mengendalikan sebuah pesawat angkasa kecil yang digelar Bronco Buster. sikap dia ni agak nakal dan suka mengurat perempuan (ala-ala Brook dalam Pokemon la)

April Eagle ( Marian Louvre)
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/e/e1/Star_Sheriffs_April.jpg/200px-Star_Sheriffs_April.jpg
Anak kepada komander eagle, jurutera dan pencipta projek Ramrod (kapal angkasa Star Sheriff) dia juga memiliki kuda sama seperti steed bernama Nova.


Ramrod ( Bismark)
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/8/84/Star_Sheriffs_Ramrod.jpg/200px-
Oleh kerana geng outriders ni adalah humanoids, depa lagi hebat dari segi teknologi. maka sampai satu tahap Earth Calvary Commands tak mampu menandingi Outriders punya ciptaan seperti raksasa dan robot gergasi. melalui projek Ramrod inilah terhasilnya sebuah kapal angkasa yang mampu berubah menjadi robot gergasi dan dikenali sebagai big sheriff. ia memerlukan 4 orang pengendali iaitu april ( navigasi), colt (senjata) Fireball (Juruterbang ) dan Saber ( taktikal). kalau dah kemuncak dan terdesak, maka ia akan menggunakan semua senjata yang ada lalu dihalakan ke musuh untuk dimusnahkan.

[ Last edited byCharlieDale at 28-7-2006 05:03 PM ]

CharlieDale Publish time 28-7-2006 05:11 PM

http://www.moviegrooves.com/images/covers_main/saberrider1_main.jpg
Big Sheriff, Colt (duduk), Saber, Fire ball dan April

http://img.webring.com/r/s/saberrider/logo
dari atas kanan (ikut arah jam): Fireball, colt, April dan Saber. ditengah-tengah adalah Ramrod dalam bentuk kapal angkasa dan robot big sheriff

http://kuebaal.de/wp/bilder_extra/saberrider.jpg
dari atas kanan ( ikut arah jam) : April, Fireball, Saber dan Colt. ditengah-tengah Big Sheriff sedang ditahap akhir menggunakan senjata utama.

sads Publish time 28-7-2006 06:15 PM

ada satu lagi citer.. tapi sads langsung tak tau apa tajuk dia. Perempuan tu orang kupu2 tapi yang lelaki manusia... sads tadika lagi masa citer ni jalan. CharlieDale tau tak pasal citer ni?

Comic_King Publish time 28-7-2006 06:38 PM

Nice article...

teringat lak zaman kanak-2 dulu tgk citer nie... walaupun dah tak brap ingat cam maner
jalan citer nie.. tapi Saber Rider tue buatkan aku terkenang balik zaman kanak-2 dulu...

meitantei Publish time 28-7-2006 06:55 PM

Oooo.... Ore baru first time dengar katun nih...

Comic_King Publish time 28-7-2006 07:07 PM

Originally posted by meitantei at 28-7-2006 06:55 PM
Oooo.... Ore baru first time dengar katun nih...

Hahaha.. Masa-2 kecik-2 dulu layang citer nie.. tapi tak tau bila tgk
skrg boleh layan lagi ker tak... tak silap aku citer nie dlm english...
sama ngan smurf... tapi skrg mesti kartun mesti kena alih bahasa.. dulu tak kisah pun...

kselamat81 Publish time 28-7-2006 07:14 PM

Terngiang lagu theme kartun nie di telinga...
Nostalgik giler...
Tak leh miss tengok citer nie petang-petang....

Saaaaaaaaaaaaaaber Riiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiider
and the Star Sherif
(camner nak wat bunyi cemeti tu?)

:tembak:

aziz79 Publish time 29-7-2006 09:59 AM

aku suka mospeada (betul ke ejaan ni) :hmm:

MetalFire Publish time 29-7-2006 10:16 AM

Mobile Suit Gundam.....ahakz.zaman2 dulu pon dah ade DRAGOON a.k.a funnel

digitalgunner Publish time 29-7-2006 11:07 AM

Favourite aku time kecik2 dulu...Kickers...cite kartun bola sepak...hero dia name Kakeroo...

pokya Publish time 29-7-2006 05:36 PM

Reply #10 digitalgunner's post

sebab kartun ni la time main bola masa PJ mesti berebut nk nama team Kickers

kartun2 dulu2 yg masih aku ingat:
tomatoman
topo gigio
tom sawyer
alice in wonderland
guardian the warrior
high chapparal
ninja turtles
karate kid
transformers

pak_dogo Publish time 29-7-2006 08:03 PM

Hahahha

tahun 80 an mmg banyak kartun best.

Saber Rider mmg fav aku jugak. Paling aku suka dengar soundtrack dia. Mmg best giler la. Kartunnya juga mmg ada kelasnya tersendiri

Kartun alih bahasa mcm Robotech Macross dan Mospeada best gak.

Yang aku ingat macam Thundercats (masih main kat TV2)

Silverhawk pun best jugak. Siap beli topeng dia lagi masa budak-budak dulu.

[ Last edited bypak_dogo at 29-7-2006 08:04 PM ]

alhaadi2 Publish time 29-7-2006 09:19 PM

memang x ingat langsung pasal anime ni, mujur korang peringat balik...

MadaMadaDane Publish time 29-7-2006 11:19 PM

aku paling paling ..ngan memberi impact kuat...kickers le.... perrgghhh..mmg best..though aku dah tak ingat ape ape sangat pasal citer tuh...tapi tak silap aku ...captain diorang goalkeeper kan ...... besst laaa kickers...

lain lain yg aku ingat..tomatoman..ultraman kid (comel sangat )..ninja turtles..thundercats..ghostbusters .. ape tah lagi.... adik aku suke nengok citer robot... aku tak suke citer gundam dulu dulu ...so..aku tak ingat ape ape pasal diorang..paling paling aku recall transformers.... :2lol:

gzagrath Publish time 30-7-2006 12:14 AM

mobydick.. ikan paus... ada tengok ka??..
satu lg bedak talkum tu... carrie.... citer apo tu???...
dah luper laa..
ada ingat ka??....

CharlieDale Publish time 30-7-2006 09:36 PM

hui...memang banyak kartun zaman era ni kalau nak cerita setahun pun sembang tak habis. tak pa kita sembang slow-slow. disamping mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak kita yang terlalu jauh dengan kartun zaman lani.

cuma aku tak sedar pula zaman era ni dah ada siri Gundam kat TV malaysia. takat yang aku ingat robotech a.k.a macrosstu ada la.

Sads, sorry tak pernah follow cerita kartun hang ni. sebab aku lebih tertumpu kepada kartun yang canggih manggih jer...hehehe so secara amnya tak dapek den nak nolong gtau nama kartun apa tu...

ninjamerah Publish time 30-7-2006 10:19 PM

Originally posted by gzagrath at 30-7-2006 12:14 AM
mobydick.. ikan paus... ada tengok ka??..
satu lg bedak talkum tu... carrie.... citer apo tu???...
dah luper laa..
ada ingat ka??....

seingat ingat aku Moby Dick main hari Jumaat, tengah hari pulak tu.1985.

ninjamerah Publish time 30-7-2006 10:20 PM

Originally posted by pak_dogo at 29-7-2006 08:03 PM
Hahahha

tahun 80 an mmg banyak kartun best.

Saber Rider mmg fav aku jugak. Paling aku suka dengar soundtrack dia. Mmg best giler la. Kartunnya juga mmg ada kelasnya tersendiri

Kartun alih bahasa mcm Robotech Macross dan Mospeada best gak.

Yang aku ingat macam Thundercats (masih main kat TV2)

Silverhawk pun best jugak. Siap beli topeng dia lagi masa budak-budak dulu.
...

seingat ingat aku, Macross dan Mospeada main tahun 1986.

q^_^p Publish time 31-7-2006 09:32 AM

dulu minat jayce & the wheeled warriors dan visionaries.

http://www.animatedbliss.com/images/DVD/Jayce%20and%20the%20Wheeled%20Warriors/lg_jayce-and-the-wheeled-warriors_volume-01.jpg
http://www.hannagram.com/visionaries/v88poster.jpg

[ Last edited byq^_^p at 31-7-2006 09:36 AM ]

q^_^p Publish time 31-7-2006 09:33 AM

tak lupa silverhawks, tigersharks, and ofcourse, yg paling popular masa tu, thundercats.


http://shameleon.archives.free.fr/ecran/tigersharks.jpg
http://www.he-manandshe-ra.org/kreich_99/tigersharkslogo.jpg

http://i37.photobucket.com/albums/e90/la_ninera9/silverhawks.jpg

[ Last edited byq^_^p at 31-7-2006 09:49 AM ]
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Kartun era 80-an dan 90-an


ADVERTISEMENT