Syd Publish time 28-7-2006 09:04 AM

Sumbangan Tabung Lubnan

Bantuan untuk mangsa serangan rejim Yahudi


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/28tyre.jpg
PANTAS BERTINDAK: Sukarelawan Lubnan berusaha menyelamatkan
seorang remaja perempuan yang cedera terkena serangan udara
Israel di bandar Tyre, selatan negara itu, kelmarin. Kabinet
Israel membuat keputusan untuk memperhebat serangan
udara terhadap Lubnan dalam satu mesyuarat, semalam.

KITA mungkin resah dan mengutuk kekejaman Israel di Lubnan. Kita juga mungkin bertanya mengapa mereka yang tidak berdosa harus menderita. Namun hakikatnya, wanita dan kanak-kanak sedang meratap di Lubnan.

Hiba, yang baru berusia lapan tahun dan berasal dari Beirut, adalah antara ribuan kanak-kanak yang menghadapi trauma akibat konflik yang dicetuskan orang dewasa.

Dia sentiasa mendengar bunyi letupan dan dihantui mimpi ngeri akibat terperangkap di sebuah kampung yang dibedil hebat pesawat tentera Yahudi sejak 10 hari lalu.

Bersama 600,000 lagi kanak-kanak Lubnan lain, Hiba kini tidak lagi mempunyai tempat tinggal manakala angka korban akibat kekejaman Israel terus meningkat.

Menurut Tabung Pendidikan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), lebih separuh mangsa yang kehilangan tempat tinggal di Lubnan ialah kanak-kanak.

揔ami diberitahu bahawa sepertiga daripada yang terbunuh atau cedera ialah kanak-kanak,

fleurzsa Publish time 26-8-2006 08:51 PM

salam

Ini masa diorg..masa kita tak tahu lagi...
Pages: [1]
View full version: Sumbangan Tabung Lubnan


ADVERTISEMENT