budin99 Publish time 26-7-2006 01:26 PM

Sorry Ashna..aku tak tahu yang mana lagi mistik antara Tioman ke Langkawi. Aku seniri tak penah pegi Langkawi. Kenapa dia Mistik pun aku tak tahu. Wallahhuaklam..

Pasal batu tu aku tak dapat nak cerita kat sini...XXX.. ko kena pegi sana dan tanya orang kat sana...

budin99 Publish time 26-7-2006 01:35 PM

Tambah lagi cerita pasal Tioman,

Kisah Gua Abu.
Dahulu kala, lanun sering menyerang pulau tioman utk merampas harta benda penduduk. Kisah ni berlaku di Kampung Nipah. Oleh kerana tak tahan dengan serangan lanun, penduduk kampung mengambil keputusan, setiap kali sebelum mereka diserang oleh lanun, mereka akan menyorok didalam sebuah gua. Pabila mendarat, lanun menjadi pelik kerana tiada siapa pun dikampung tu. carik harta pun takde. setelah 2/3 kali gagal merompak, lanun mendapat satu akal dengan meninggalkan seorang ahli diorang utk mengintip. Setelah lanun beredar, barulah penduduk kampung keluar drp gua tersebut. pengintip lanun ni cerita la kat chief diorang. the next serangan diorang terus tuju ke Gua tersebut tu..tetapi lanun2 tu masih lagi tak dapat masuk kerana di pintu gua tu penduduk kampung menunggu dengan tombak dan menikam setiap lanun yg cuba masuk. Dek kerana geram, lanun2 tu kompol kayu dan timbun depan gua tu dan bakar.

mengikut cerita habis penduduk kampung tersebut mati didalam gua tersebut. daripada timbunan abu kesan di bakar itu lah Gua Abu mendapat nama.

mengikut cerita juga, setakat ni tiada siapa menjumpai gua abu tersebut kecuali seorang yg aku tak ingat dah...itu pun lepas dia jumpa dia demam dan sempat beritahu dia jumpa gua abu, lepas tu dia meninggal dunia.

ada lagi beberapa cerita...adusss letih la menaipppp...

budin99 Publish time 26-7-2006 01:36 PM

Originally posted by aturcara at 26-7-2006 08:26 AM
hmmm....tak sangka pulau tioman pun banyak misterinye...

ermmm..betul tu sebab dia tak diberi perhatian sangat sebelum ni....kira tak terkenal laa...
tapi bagi sesiap yg tahu...pulau ni memang banyak cerita...

errasazza Publish time 26-7-2006 03:28 PM

biasa kalu kita pi kwsn kepulauan atau hutan rimba..byk pantang larang yang harus kita turuti...sbb bkn haiwan je yg ada kat ctu malah ada bunian dan jin...

selendangmerah Publish time 27-7-2006 11:05 AM

dunia neh kan kita berkongsi..

macam kart pulau besar... bunian pun ada disco dia gak.. kalo dia ajak n kita masuk habis laa.. x jumpa dah laa lepas tuh..

Claudia_Lestat Publish time 27-7-2006 12:37 PM

bunian ada disko? ko bior bebetol..hehhehe..

crystal_pink Publish time 27-7-2006 01:58 PM

rupanya bnyk citer pasal tioman yg aku tak tau yer...
bila la aku da pluang nk g sna...

selendangmerah Publish time 27-7-2006 06:12 PM

Originally posted by Claudia_Lestat at 27-7-2006 12:37 PM
bunian ada disko? ko bior bebetol..hehhehe..

ko x caya ke ?

alam bunian sama ngan kita r.. cuma dorang lg advance

eva Publish time 27-7-2006 08:26 PM

Originally posted by budin99 at 26-7-2006 08:16 AM


eva..separuh hari tu estimate saja..sebab kena jalan kaki ke kaki gunung tu..memang takde jalan/trek/denai nak ke situ...kena redah hutan...

kalu tengok kat nama saya tu ...saya kat penang.. ...
maksudnya till now kawasan tu masih spt dulu.. my hubby ngan kwn2 dia gi kat sana dlm tahun 1980s, memang time tu betul2 takder pembangunan lagi...

ic..budin nie memang org tioman eiks... alahai seronoknya kalau balik kpg :love:.. me pon islander gak cuba bigger dr tioman.. :lol

eva Publish time 27-7-2006 08:27 PM

Originally posted by budin99 at 26-7-2006 01:35 PM
Tambah lagi cerita pasal Tioman,

Kisah Gua Abu.
Dahulu kala, lanun sering menyerang pulau tioman utk merampas harta benda penduduk. Kisah ni berlaku di Kampung Nipah. Oleh kerana tak tahan deng ...


sian dorang eiks..

budin99 Publish time 27-7-2006 10:15 PM

Eva..

memang syiok balik sana..macam2 aktiviti boley buat..iya laaa...kampun sendiri kan..baru last month balik sana selepas 5 tahun tak balik keh keh keh.. BTW, Eva dari pulau mana pulak?

budin99 Publish time 27-7-2006 10:19 PM

Cerita di darat sudah..kita cerita di laut pulak :

Masa zaman jepun dahulu berlaku satu kisah di Kg Mukut, Tioman dimana seorang askar jepun telah menampar seorang Pak Imam kerana buah kelapa(aku tak sure dia takmo panjat atau lambat panjat). Dek kerana marahkan jepun tu..Pak Imam tersebut dipercayai telah membuka "pagar". Maksudnya sebelum ni perairan Mukut telah dipagar supaya tidak berlakunya serang ikan yu. pada haritu ketika askar jepun itu menjuntaikan kakinya dalam air..beliau telah diserang oleh ikan yu menyebabkan separuh kakinya di makan ikan yu.

budin99 Publish time 27-7-2006 10:23 PM

tambahan lagi :

kalau diperhatikan sekeliling pulau tioman terdapat banyak pulau2 kecil. saya ambil contoh 2 sahaja iaitu Pulau Jahat(hadapan kampung mukut) dan Pulau Rengis(hadapan berjaya hotel). Nama2 pulau ni sebenarnya ada ceritanya sendiri. Dikatakan dahulu ada satu keluarga tinggal di Tioman dan mempunyai beberapa anak. Pulau Jahat mendapat nama kerana, salah seorang dr anak mereka terlampau jahat sehingga dibuan ibu mereka ke laut dan menjadi pulau-Pulau Jahat. manakala seorang lagi anak mereka terlampau kuat menangis menyebabkan dibuang ibunya kelaut dan menjadi Pulau Rengis(datang dr perkataan menangis-Bhasa org Tioman, kalau anak mereka kuat menangis dipanggil rengis). Sekian adanya - Wallahhuaklam...

eva Publish time 28-7-2006 06:27 AM

Originally posted by budin99 at 27-7-2006 10:15 PM
Eva..

memang syiok balik sana..macam2 aktiviti boley buat..iya laaa...kampun sendiri kan..baru last month balik sana selepas 5 tahun tak balik keh keh keh.. BTW, Eva dari pulau mana pulak?
5 tahun tak balik? woow.. lamanya.. org kampung tak tanya ke apsall tak balik kpg?
my kampung kat borneo island; sekarang nie pon masih tinggal kat islandkat northern part of british isle

Ucu Publish time 28-7-2006 05:10 PM

Penah gi Tioman sekali.. best. Air jernih, puas arrr mandi manda, siap
mabuk laut seme.. Tapi aku dah lupa aku dok mana dulu. Yg aku ingat
kat kawasan resort tu ada kuburan. Org kampung situ baik2 & peramah
so dia ajak we all ke rumah makan buah durian siap tapau lagi... tapi
nak ke kampung tu kena lalu kuburan. Serem. Tak tahulah kubur lama
ke kubur baru. Bila balik malam fulemakkk mencicit lari.

budin99 Publish time 29-7-2006 12:23 AM

Originally posted by eva at 28-7-2006 06:27 AM

5 tahun tak balik? woow.. lamanya.. org kampung tak tanya ke apsall tak balik kpg?
my kampung kat borneo island; sekarang nie pon masih tinggal kat islandkat northern part of british isle

hahhaha tok wan saya pun bising..lama sangat tak balik....

waaa..syiok nya duk kat british...bermaustautin kat sana ker?

selendangmerah Publish time 29-7-2006 10:56 AM

maybe dia dok sana r tuh... banyak pasal benda mistik yg kita xtau.. nak tau kena r blajar.. skang ada pameran hantu kart museum shah alam.. best gak tuh.. banyak benda best ! tp, aku x sempat pegi lg.. bulan 10 baru abeh.. xpe .. banyak masa lg..

eva Publish time 29-7-2006 08:11 PM

Originally posted by budin99 at 29-7-2006 12:23 AM


hahhaha tok wan saya pun bising..lama sangat tak balik....

waaa..syiok nya duk kat british...bermaustautin kat sana ker?
ha'a bermastautin kat sini :)

Hana Publish time 30-7-2006 01:58 AM

citer lah lagi.
kalau boleh..setiap citer tu ada lah gambar.
sbb..takdpt imagine lah.
hana blom penah sampai lagi tioman nie.

budin99 Publish time 31-7-2006 12:00 AM

hana..nak citer boley..tapi gambar tu mintak maap bebanyak..takde dlm bentuk softcopy..maklum lee..dah lama tak balik..yg hardcopy ada la..scanner pulak takde...nanti aku sambung kisah2 yg lain..
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Misteri Di Pulau Tioman


ADVERTISEMENT