gjoy_chester Publish time 13-7-2006 12:50 PM

MUKHSIN [gjoy_chester+ fairytale]

Citer ni maybe adelah Prekuel untuk Sepet coz mengisahkan kehidupan zaman kanak2 Orked di kampung...Heroin yg memegang watak Orked adelah adik kepada Sh Amani, Sharifah Aryanadan heronye memegang watak Mukhsin ialah Mohd Syafie bin Naswip.

A few scene from the film..

http://static.flickr.com/46/165531364_845f2e06af_m.jpg

http://static.flickr.com/70/165066472_05df4661ec_m.jpg

http://static.flickr.com/67/163722656_6b8819237e_m.jpg

http://static.flickr.com/76/163722657_fa8d6df5c7_m.jpg

http://static.flickr.com/46/148222516_d366fec6ab_m.jpg

ps:aku edit tajuk sbb mmg ini prequel Sepet.. :)

[ Last edited byUstaz_SUFI at 6-3-2007 06:52 PM ]

gjoy_chester Publish time 13-7-2006 12:53 PM

http://static.flickr.com/55/137448286_be4c9a222c_m.jpg

http://static.flickr.com/50/136303403_d1c53bd7f9_m.jpg

http://static.flickr.com/51/136303405_5baf9d94b1_m.jpg

http://static.flickr.com/54/136303404_589a10ab03_m.jpg

http://static.flickr.com/45/136303402_3fac3f19a5_m.jpg

mrstan Publish time 13-7-2006 03:26 PM

aiseyman!jadi si jason tu bukan cinta pertama si orked ke?teruja aku!bila keluar filem ni?

gjoy_chester Publish time 13-7-2006 03:29 PM

Originally posted by mrstan at 13-7-2006 03:26 PM
aiseyman!jadi si jason tu bukan cinta pertama si orked ke?teruja aku!bila keluar filem ni?
x sure plak bile kelua.anyone knows?

laislabonita Publish time 14-7-2006 12:56 AM

aku terbaca kat news hari tu nak release hujung tahun ni...

bnyk betul filem Melayu nak release hujung tahun ni, nnt last2 ada yg tempias kena release awal next year gak... macam bulan ni, takde langsung filem Malaysia yg release, semua macam pakat nak release hujung tahun...

laislabonita Publish time 14-7-2006 01:00 AM

http://static.flickr.com/70/165066472_05df4661ec_m.jpg

rasa sama je cara dorg duduk dgn masa dalam Sepet kat bus stop tu... :cak:

popkorniSh Publish time 14-7-2006 03:29 PM

la de lagi upenyer..
ingtkan dah abis dah citer sepet nih...
wat precuel la plak..
esh2 mcm2..

mrstan Publish time 14-7-2006 05:27 PM

dah, dia buat filem untuk mak bapak dia, jadi suka hati mak bapak dia lah dia nak buat filem apa.siapa yang suka pergi tengok, siapa tak suka boleh tengok filem prof dan filem david teo.ok le tu.

gua pulak minat jugak nak tengok kisah cinta pertama budak si orked tu.mana la tau, entah-entah buat gua terkenang cinta pertama gua dulu.

shuemura Publish time 15-7-2006 06:18 PM

wahh prequel plak. macam citer my girl gak tunjuk budak² becinta hehe.
teruja gak nak nengok

fairytale Publish time 18-8-2006 07:03 PM

MUKHSiN - a yasmin ahmad film

http://static.flickr.com/45/193066050_c21a7c709b.jpg

:love::love::love:

Rasanya belom ada lagi thread filem terbaru Yasmin Ahmad nie...
Jom discuss kt sini...
Tepek la apa2 latest news kt sini ok?

[ Last edited byfairytale at 18-8-2006 07:29 PM ]

terbakar91 Publish time 18-8-2006 07:19 PM

wow! cun giler poster movie nih!
budak yg jadi mukhsin ni muka dia mcm Faizal AF4..
*tak silap aku lah..

terbakar91 Publish time 18-8-2006 07:23 PM

http://static.flickr.com/54/136303404_589a10ab03_m.jpg
http://static.flickr.com/55/137448286_be4c9a222c_m.jpg
http://static.flickr.com/51/136303405_5baf9d94b1_m.jpg
http://static.flickr.com/76/163722657_fa8d6df5c7_m.jpg
http://static.flickr.com/67/163722656_6b8819237e_m.jpg
http://static.flickr.com/68/217609705_583d8fa454.jpg

terbakar91 Publish time 18-8-2006 07:25 PM

http://www.star-ecentral.com/archives/2006/7/7/movies/f_p2yasmin.jpg
http://static.flickr.com/51/129887237_e9805eb784_m.jpg
http://static.flickr.com/45/193066050_c21a7c709b.jpg

fairytale Publish time 18-8-2006 07:30 PM

Reply #2 terbakar91's post

xsama pun... hehe...

terbakar91 Publish time 18-8-2006 07:33 PM

Originally posted by fairytale at 18-8-2006 06:30 PM
xsama pun... hehe...
ye lah..
tak sama pulak..
aritu dalam satu scenetu aku tgk sama jer..

fairytale Publish time 18-8-2006 07:36 PM

http://www.star-ecentral.com/archives/2006/7/7/movies/f_p3yasmin2.jpg

ada lak sikit2 ghoman bell ngasri plak si mukhsin nie...:lol

fairytale Publish time 18-8-2006 07:39 PM

Muhksin- Masterpiece Muhibah Yasmin Ahmad from Fadz

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
Gerimis berderai di merata
Bagai mutiara

Petikan "Hujan" darpada soundtrack filem Mukhsin

OK, kupasan ulasan ini ada "spoiler".


Filem Mukhsin selesai dan dalam proses pos-produksi sewaktu Hani Mohsin baru-baru ini meninggal dunia. Bukan, jangan panik. Ini hanya satu "trivial".

Mukhsin bermakna "Yang Berbuat Kebaikan", sepertimana semangat dan garapan dalam filem terbaru Yasmin Ahmad ini, memberi kebaikan atau yang baik-baik sahaja.

Kebaikan adalah Rahmat, dan ia datang dari Tuhan. Apa yang Yasmin Ahmad buat apabila dicerca kiri dan kanan tentang peribadi beliau dan filem-filem beliau? Beliau kata: "Syukur Alhamdulillah." Dan ini adalah buktinya.

Rahmat yang diterima oleh Yasmin Ahmad dan syukur yang ditunjukkan pada Tuhan dan masyarakat dipaparkan dalam filem ini, rahmat dalam ciptaan Tuhan (hujan, alam, ketentuan Allah dalam qada' dan qadar pada para wataknya), rahmat dalam pembawaan ibu bapanya yang membesarkannya, Mak Inom dan Pak Tam (Malah adegan akhir ditunjukkan mak abah Kak Min yang sebenar!), rahmat misteri Tuhan (makam keramat Rubiah, yang ada kaitan dengan misteri Tuhan atau hidup ditentukan bagi setiap manusia secara makro, atau Kasih Tuhan terhadap hambanya secara mikro), dan rahmat sebuah filem (pembikinan filem ini melalui pelbagai kerahmatan. Pencarianrawak lokasi, kru dan pemilihan lakonannya adalah yang paling sempurna, lebih-lebih lagi perjumpaan Mohd Syafie Naswip sebagai Mukhsin. Perjumpaannya adalah satu fenomena dalam filem Melayu) dibikin.

Sememangnya filem Yasmin kali ini memaparkan bagaimana syukurnya terhadap anugerah yang diberi Tuhan terhadapnya dan tempoh hidupnya. Ini adalah mata kesyukuran penuh cahaya dan tangisnya pada kehidupan yang diberikan padanya.

Mungkin dengan itu, orang mengatakan filem ini filem paling peribadi Yasmin. Sebenarnya keempat-empat quatret Orked atau Mak Inom - Pak Tam adalah filem peribadi Yasmin Ahmad. Ia datang daripada jiwanya, rohnya.

Kalau diteliti betul-betul, setiap filem itu, dengan konsep auteurnya telah membawa isu dan tanda yang terikat cantik dalam situasi dna penyelesaian yang berbeza. Setiap penyelesaian dan adegan filem-filem ini saling memperlengkap antara satu sama lain. Malah, bila meneliti filem terbaru ini, seakan ia sebuah "penutup tirai" (adakah anda tidak mahu ini berlaku?) pada quatret filem Yasmin Ahmad, walaupun ia sebenarnya prekuel terhadap Sepet. Semua pelakon yang membawa peranan berlainan watak yang kita kenal daripada Rabun, Sepet hingga ke Gubra direncam dan dimasukkan dalam filem ini, satu "assemble" yang biasa dalam filem Fellini.

Dan waktu akhirnya, dimasukkan pula kru serta Mak Inom dan Pak Tam sendiri semacam "karnival", memaparkan satu pelengkapan yang utuh, mengikat cantik kesemua empat filem Yasmin.

Aku percaya, ini adalah filem yang paling senang untuk ditonton oleh penonton biasa (walaupun ada babak yang tersekat-sekat dan tiba-tiba). Ia lebih bersahaja, malah setiap watak mempunyai penyelesaian yang berkait antara watak lain dan berjustifikasi. Ia tampak secara tersirat lebih kompleks daripada Gubra, memaparkan sekurang-kurangnya lima cerita, tetapi kesemuanya tampak senang dikunyah dan memperlengkap antara satu sama lain, dan semuanya tetap mempunyai suara sendiri, malah secara prasedar di dalam mimpi juga (seperti mana, secara tersirat, filem ini juga menjadi fungsi yang mengikat tiga filem terdahulu Yasmin. Filem ini ditengah-tengah sebagai pengikat utamanya, seperti mana Jason dan Orked ditayang di tengah-tengah cerita Mukhsin).

Filem ini juga memaparkan keluhuran cinta. Cinta itu suci, malah konsep perasaan manusia paling tertinggi (sehinggakan badan boleh lenyap tanpa bayang!). Dan intepretasi cinta "kanak-kanak" atau "cinta monyet". Yasmin berani memaparkan, budak-budak juga, walaupun mereka paparkan cinta yang luhur, mereka juga boleh terasa dan merasa, seperti orang dewasa bercinta. Dan tayangan cinta kanak-kanak Orked dan Mukhsin ini juga menjadi pelengkap pada cinta remaja Orked dan Jason, cinta dewasa Mak Inom dan Pak Tam. Ia seakan satu kitaran yang cantik, memaparkan apa dan bagaimana manusia belajar daripada berncinta.

Malah terdapat seakan pembaharuan dalam pendekatan filem terbaru ini. Kalau di dalam Sepet kita belajar apa itu rasa untuk bercinta dan dicinta balik, dalam Gubra bagaimana kita belajar rasa cinta itu dikhianati dan dipaksa untuk pergi, dalam Mukhsin, kita belajar merasa melepaskan dan melihat cinta itu pergi. Malah kita belajar sesuatu dari situ mengikut perpektif manusia, bahawa cinta yang luhur tidak pernah pergi dari hati kita.

Intepretasi yang paling aku syukuri daripada buah tangan Kak Min kali ini (walaupun filem ini telah banyak melawan konvensyen simbol dan teknik filem-filem Melayu, mempermainkan beberapa unsur Hindustan dan Melayu filem Melayu) adalah persimbolanhujan Kak Min.

Hujan adalah antara simbol rahmat Tuhan yang utama yang selalu salah diintepretasikan dalam filem-filem (selalunya filem Hollywood). Hujan selalu menandakan kemurungan (lihat Penarek Becha) kejahatan (lihat Bride of Frankenstein, Semerah Padi) atau tragedi (lihat Anakku Sazali, Dr. Rusydi, Azura, Sembilu, Jasmin). Dalam filem ini, hujan Mukhsin adalah hujan kerahmatan dan perlu disyukuri.

Di awal cerita, akan dipaparkan hujan dan keroncong lagu Hujan (dibikin oleh ayah Kak Min sendiri! Satu lagu yang aku kira akan menjadi lagu klasik!!), Orked kecil (lakonan baik dan bersahaja Syarifah Aryana. Adik-beradik ini semacam satu keluarga lakon baru yang sangat baik, seangkatan keluarga M. Osman dan Ngahrizal) dan Mak Inom muda (lakonan meletup, cheeky dan bersahaja Syarifah Aleeya) bernari-nari di dalam hujan.

Babak ini sudah cukup kuat menerangkan isi hati filem ini, rahmat yang Tuhan berikan, yang mungkin orang tidak akan faham pengisian menjiwai kesyukurannya (jiran Orked). Malah "musuh/penjahat" kalau boleh dipanggil sebegitu dalam filem ini bukan "musuh/penjahat". Mereka hanya manusia, sama seperti Orked yang meneruskan hidup, yang ada cerita-cerita, kesilapan dan cita-cita. Ini adalah kecantikan filem ini. Yang menjadi antagonisnya adalah sifat manusia itu sendiri. Sifat yang tidak memahami isi hati manusia lain dalam satu-satu situasi (seperti cemburu, marah, salah anggap, mengumpat dan sebagainya). Tetapi itulah manusia, dan itu juga satu kerahmatan.

Yasmin terus rangkulkan rahmat ini pada simbol makam keramat Rubiah (yang dijadikan teater muzikal oleh Samoza arahan Tarmini Siregar di Istana Budaya). Bagaimana cinta itu (perjumpaan, peredaran dan akhirnya) sendiri adalah ciptaan rahmat Tuhan paling misteri.

Mungkin cinta yang sebenar, yang kekal hanya Tuhan, kerana cinta antara manusia tidak kekal, dalam satu masa, ia akan berlalu pergi- cerai, kahwin lain, meninggal dunia. Yang kekal hanyalah cinta kepada Tuhan. Tetapi cinta antara manusia juga, sebenarnya boleh kekal hingga akhir zaman. Dan ini berlaku kerana manusia mempunyai memori. Dan memori, seperti yang kita lihat dalam filem ini, memori-memori peribadi Kak Min, dan diceritakan. dan kerana diceritakan, ia menjadi kekal abadi.

[ Last edited byfairytale at 18-8-2006 07:42 PM ]

maberik Publish time 18-8-2006 07:40 PM

hrmmm aku amat berharap Yasmin akan mengelak dpd menayangkan babak2 'kontroversi' dlm filem ni.bukan apa,for once akan dpt 'mendiamkan' media2 ni.and she'll get the due praises she deserves.

fairytale Publish time 18-8-2006 07:49 PM

rasanya poster Mukhsin nie boleh menang poster terbaik lagik...

terbakar91 Publish time 18-8-2006 08:31 PM

budak perempuan kecik tu adik syarifah amani lah!
pernah belakon jadi maria(kecil) dalam Pontianak Harum Sundal malam1&2
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: MUKHSIN [gjoy_chester+ fairytale]


ADVERTISEMENT