ninjamerah Publish time 12-7-2006 09:50 AM

semakan arah kiblat 16 julai 2006

http://img.photobucket.com/albums/v157/ninjamerah/kiblat2.gif

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KAA'BAH
28 MEI 2006 (5.16 PETANG) & 16 JULAI 2006 (5.28 PETANG)

APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di
mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa
ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari
(mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah
terletak. Dengan kata lain, matahari berada tepat di atas Kaa抌ah.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek yang berdiri tegak di
tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan
kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari
tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya
boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar
matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.
Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan
arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi menge
sahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila
betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku pada sebelah petang di Malaysia,
bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah
hujung bayang yang menghadap ke arah barat.

[ Last edited byninjamerah at 12-7-2006 12:49 PM ]

pakupayung21 Publish time 12-7-2006 01:17 PM

bagus nye..

arnabkiut Publish time 13-7-2006 04:23 PM

wahhhhh,.info yg berguna,....
nk kene buat niee

dexa Publish time 15-7-2006 08:24 PM

terima kasih atas information ni...

very useful and appreciated..

thanks again..
dex

promulgate Publish time 16-7-2006 02:35 AM

28 MEI 2006 (5.16 PETANG) & 16 JULAI 2006 (5.28 PETANG) <<--- Thank for the Info~!!!

[ Last edited bypromulgate at 16-7-2006 02:36 AM ]

laislabonita Publish time 16-7-2006 04:39 PM

about less than 1 hour to go...

chevy Publish time 17-7-2006 04:41 PM

Originally posted by ninjamerah at 12-7-2006 09:50 AM
SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KAA'BAH
28 MEI 2006 (5.16 PETANG) & 16 JULAI 2006 (5.28 PETANG)


rasanya ada pembetulan sedikit pada masa kotiaitu
28 Mei 2006 (5.18 pm petang) & 16 Julai 2006 (5.27 petang)
ikut pengiraan masing2la.... tapi benda ni pun dah lepas....

ninjamerah Publish time 19-7-2006 12:27 AM

tunggu tahun depan pulak.

St.Yeepi Publish time 19-7-2006 01:04 AM

I rasa sapa pandai cari true north senang jer nak setup mana kiblat nie

chevy Publish time 19-7-2006 05:02 PM

saja utk knowledge di masa akan datang....


The Computation of Sun Transit Times Over Kaabah for the Year 2006

(a) First, we obtain the geographical coordinates for Kaabah

(b) Then, using the Almanak Falak Syarie 2006 (AFS06), we look up for the dates when the declination of the sun (sun) is roughly equal to the latitude of Kaabah, (Kaabah). This occurs on two ocassions throughout any year

(c) Next, we compute the value of GHATransit. GHA is the angle between Greenwich and Sun meridians, and LHA refers to the angle between Kaabah and Sun meridians, both are measured westwards.

When the Sun appears overhead Kaabah, LHA = 0, hence the GHATransit is obtained.

(d) Following this, we perform a linear interpolation of the sun transit times (STT) over Kaabah using the GHAs on the transit day and the following day, as obtained from AFS06. Then we will have the results.

Syd Publish time 27-11-2006 11:35 AM

Penentuan kiblat
Oleh Norakmah Mat Youb dan Nasron Sira Rahim


INFO

Gambar rajah menentukan arah kiblat:

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/26kiblat1.jpghttp://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/26kiblat2.jpg
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/26kiblat3.jpghttp://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/26kiblat4.jpg

Kompas kecil untuk tentukan arah Kaabah tidak boleh digunakan dalam bangunan

PASTINYA sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang jemaah yang kerap mengunjungi masjid kariahnya mendapati pada suatu hari, tiba-tiba arah kiblat yang bertahun-tahun digunakan sudah berubah!

Situasi itu bukanlah sesuatu yang asing terutama membabitkan masjid atau surau lama yang dibina lebih 20 tahun lalu.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya kini menerima beberapa aduan berhubung kesilapan ketepatan arah kiblat pada masjid dan surau lama.

揝elain menerima aduan, kami sentiasa menjalankan pemantauan dan turun padang untuk mengukur ketepatan arah kiblat masjid di negeri ini,

Syd Publish time 27-11-2006 11:44 AM

Segi tiga sfera tentu kiblat
Oleh Norakmah Mat Youb


Di Malaysia surat kebenaran dirikan masjid hanya dikeluarkan apabila penandaan garisan asas tapak dilakukan

DALAM menentukan arah kiblat, kebanyakan umat Islam akan menggunakan kompas atau mengikut arah kiblat masjid atau surau berdekatan.

Kiblat, adalah titik rujukan di bumi yang menghala ke Kaabah dan menjadi arah solat bagi umat Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dikenali sebagai pertama daripada dua kiblat), namun pada 624 Masihi, diganti mengarah ke Kaabah di Makkah.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/26kiblat.jpg

Situasi berlainan pula apabila mengerjakan solat dalam Kaabah itu sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat, manakala bagi berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana arah kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.

Arah kiblat ialah azimut yang melalui jarak terdekat di sepanjang sfera bumi. Pengiraan arah kiblat daripada sesuatu tempat dilakukan dengan menggunakan formula segi tiga sfera. Untuk itu, perlu diketahui koordinat tempat berkenaan (dinamakan stesen) iaitu latitud dan longitud.

Bagi mengetahui jarak terdekat di antara stesen dengan Makkah, pastikan perbezaan longitud stesen dengan Makkah kurang daripada 180 darjah, jarak terdekat sepatutnya mengikuti arah bertentangan dengannya.

Pada awal perkembangan Islam, penentuan arah kiblat tidak menimbulkan masalah kerana Rasulullah ada bersama sahabat dan baginda sendiri yang menunjukkan arah kiblat apabila berada di luar kawasan Makkah.

Apabila sahabat mula mengembara untuk mengembangkan Islam, kaedah menentukan arah kiblat menjadi rumit dan mereka mula merujuk kepada kedudukan bintang menurut pengetahuan mereka menepati arah ke Makkah.

Pada zaman pertengahan pula, kaedah segi tiga pengiraan falak digunakan iaitu formula trigonometri bagi pengiraan arah kiblat itu. Kaedah itu tidak jauh berbeza dengan formula yang digunakan sekarang kerana ia dikatakan paling tepat.

Pengukuran arah kiblat pada masa itu menggunakan rubuk mujayyab iaitu berdasarkan rujukan garisan meridian yang dinamakan sebagai `garis tengah hari' dalam kebanyakan kitab falak tradisional dan kompas.

Naib Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, berkata usaha awal menentukan arah kiblat secara sistematik dimulakan oleh Khalifah Al-Makmun, yang memerintahkan supaya koordinat geografi kota Makkah ditentukan dengan tepat.

Dengan cara itu, beliau berkata, arah kiblat dikira dari Baghdad yang mana latitud Makkah diperoleh dengan mengukur ketinggian matahari pada waktu istiwa (rembang), manakala longitud pula diukur mengikut perbezaan waktu ditunjukkan jam matahari.

Bagaimanapun, katanya, ahli falak tradisional pada masa itu lebih cenderung menggunakan kaedah logaritma dan geometri iaitu kedudukan matahari atau gabungan kedua-dua kaedah berkenaan dalam menentukan arah kiblat.

揚engukuran sudut ke arah kiblat dibuat secara geometri atau menggunakan rubuk mujayyab, iaitu peralatan tradisional untuk mengukur sudut dan pengiraan trigonometri. Penentuan garisan utara, selatan atau meridian tempatan perlu ditentukan terlebih dulu dengan kaedah tongkat istiwa yang bukan saja mudah tetapi tepat," katanya.

Di Malaysia, Syed Kamarulzaman berkata, kebanyakan masjid lama menggunakan kaedah itu untuk mendapatkan arah utara bagi penentuan arah kiblat. Secara teori, jika kita mengetahui satu sudut waktu sebelum istiwa dengan satu sudut waktu sama selepas istiwa, jarak bayang objek tegak yang dibuat dalam dua keadaan itu adalah sama.

揑stiwa ialah satu keadaan yang mana matahari berada tepat pada titik zenith (ghayah) sesuatu tempat ketika tengah hari dan fenomena itu boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di bumi.

揚eristiwa istiwa matahari di atas Kaabah berlaku setiap tahun pada jam 5.16 petang (waktu Malaysia) 28 Mei dan sekali lagi pada jam 5.28 petang, 16 Julai. Pada 16 Julai, jam 5.28 petang, bayang-bayang yang ditunjukkan oleh objek tegak sama ada kayu atau tiang adalah bersamaan dengan arah kiblat.

揙leh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah yang mengadap ke barat,

pinkzara Publish time 21-12-2006 08:48 PM

boleh juga guna arah antena ASTRO. sebab antena astro akan mengarah ke arah barat (270 degree).tapi kiblat kita dalam lingkungan 295 deg.25 deg tu kita boleh agak menggunakan buku lima tangan kita.
Pages: [1]
View full version: semakan arah kiblat 16 julai 2006


ADVERTISEMENT