nasi^impit Publish time 26-5-2006 12:25 PM

kali terakhir ke MUZIUM NEGARA? Sila Beri Pandangan (merged: liesl )

saja nak tanya korang
bila kali terakhir korang jejak kaki ke muzium negara
rata2 yg sebaya aku cakap, last skali masa rombongan sekolah rendah
rombongan tadika pun ada

maybe muzium negara lately nampak kusam jer
takde pameran yg menarik
last yg gempak pun, pameran terokai hantu tu

korang rasa camner?

[ Last edited byfleurzsa at 17-6-2006 12:25 AM ]

fleurzsa Publish time 28-5-2006 02:04 PM

salam

Sebelum ni ada syor nak buat gathering board History, Myth, Legend kat Muzium Negara tapi ada pulak yg rasa tak happening...

Kali terakhir pergi muzium masa pameran Kecantikan Melalui Penderitaan... beberapa tahun lalu.

I tetap suka mural di Muzium tersebut...

lows^man^lyrics Publish time 28-5-2006 02:20 PM

Reply #2 fleurzsa's post

macam sunyi je muzium negara..takde advetising ..

GuidanceLight Publish time 29-5-2006 10:24 AM

last masa ikut rombongan sekolah ...'97 tak silap....lps2 tu penah jugak pegi muzium2 lain....slalunya bila ikut rombongan baru sampai muzium2 nih....bukan tak berminat, tapi sengsorang ja minat, tak dek member gerun gak nak pegi......:hatdown:

nasi^impit Publish time 29-5-2006 10:58 AM

kebanyakkan mesti pergi dalam rombongan.. aku pun mcm ko guidancelight.. suka benda2 artifak ni tapi takde geng nak teman.. hubby pun tak minat..

bzzts Publish time 29-5-2006 11:04 AM

masa skolah dulu je pegi. tahun 94. bila nak pegi lagi eh...;)

usagiKecik Publish time 29-5-2006 11:30 AM

lastskali masa 2003 kut..
pameran hantu....ramai gila masa tu..
tp patung2 kt situ nmpk xelok sgt dah...
dgn habuk...baju buruk...malu kt pelancong asing..

nasi^impit Publish time 29-5-2006 04:20 PM

aku rasa staff dia pun dah malas buat kerja.. :lol

bonita Publish time 29-5-2006 04:53 PM

ye betul..masa rombongan sekolah rendah tahun 1988 dulu..lama kan..

platinum8 Publish time 29-5-2006 06:52 PM

ntah tak ingat pulak...dah 20 tahun kot...ada apa2 perbezaan sekarang ni?

lows^man^lyrics Publish time 29-5-2006 07:48 PM

Reply #10 platinum8's post

takde apa2 perbezaan kalau tengok bangunan...tapi isi didalamnya mungkin berubahla kot..hehe..

platinum8 Publish time 29-5-2006 08:12 PM

Reply #11 lows^man^lyrics's post

Hang Tuah dan Hang Jebat dah gaduh balik ker...he he:bgrin:

GuidanceLight Publish time 29-5-2006 11:04 PM

Originally posted by nasi^impit at 29-5-2006 10:58 AM
suka benda2 artifak ni tapi takde geng nak teman.. hubby pun tak minat..


a'a tui tu.....ada sentimental value kat bahan2 yg dikhazanahkan di muzium tu......rasa cam tenang.....sejuk, w'pun kdg2 seram sejuk....

chuckiey Publish time 30-5-2006 06:19 AM

time aku form 2.. tu pun sbb kene wat assignment psl bgn2 bersejarah kat m'sia..

nasi^impit Publish time 30-5-2006 09:29 AM

rasanya muzium negara kena buat pameran2 yg gempak2 baru boleh tarik perhatian
cth yg diorang buat pameran mumia dulu, kecantikan melalui kesakitan & pameran terokai hantu

liesl Publish time 30-5-2006 01:37 PM

aku pun ingat last kali pergi tu pameran hantu. ada satu kali buat pameran 3 inch lotus kaki kecil pun teringin nak pergi tapi terlepas pulak...

kat msia ada tak kursus utk train staff cara2 pengurusan muzium ? sunyi aje i tengok muzium negara kita.. too many static features, tak cukup interactive laah

iscol_klang Publish time 30-5-2006 02:45 PM

eh, baru nak cakap....
aku pegi sabtu lepas, 20 mei 2006
aku bole anggap tu lawatan pertama aku ke muzium negara...
masa kecik2 dulu penah je pegi tapi dah lupa...
aku expect something yg best kat muzium negara nih...
unfortunately, takde pape...
aku allocate masa setengah hari utk jalan2 kat dalam tuh, last2 setengah jam pusing dah abis dah...
boringnya muzium negara nih...dahla kecik, 2 tingkat jek...
tingkat 1 wing kanan pasal bangsa2 yg ada kat malaysia nih
tingkat 1 wing kiri pasal kebudayaan bangsa2 tersebut, kahwin, berkhatan semua...
tingkat 2 wing kanan pasal seramik & senjata tradisional
tingkat 2 wing kiri pasal alam flora & haiwan kat malaysia
ITU JE KE malaysia?

muzium negeri selangor kat shah alam jauh lagi baik dari muzium negara...
tension kat situ, aku pegi muzium polis kat jalan perdana, atas sikit dari pusat islam, dekat je
puas hati aku tengok...nama pun muzium polis, jadik semua benda pasal polis ada...

aku rasa sebab nama muzium negara tu merangkumi segala benda yg ada dalam malaysia ni
jadi maybe expectation orang tinggi...tapi sebenarnya takde pape pun kat muzium negara tu
kebanyakan maklumat kita dah tau...

ada muzium pasal kraftangan ke ape kat seblah tu, dekat replika istana satu
tapi takde pape jugak..setakat tunjuk kain songket, pua kumbu, tu jela
kat jabatan muzium & antikuiti tu ada pameran kapal karam, tapi kena bayar pulak...
memang tak bestla pegi, huhuh...

nasi^impit Publish time 30-5-2006 03:51 PM

tingkat 1 wing kanan pasal bangsa2 yg ada kat malaysia nih
tingkat 1 wing kiri pasal kebudayaan bangsa2 tersebut, kahwin, berkhatan semua...
tingkat 2 wing kanan pasal seramik & senjata tradisional
tingkat 2 wing kiri pasal alam flora & haiwan kat malaysia

benda ni aku rasa dari dulu lagi mende yg sama
mungkin muzium boleh buat pembaharuan ke tapi masih memberi mesej yg sama
patung pun yg dolu dolu punya, yg sejak aku skolah rendah lagi

sayangidaku Publish time 31-5-2006 02:16 AM

hmm... tahun 1999 kot.

fleurzsa Publish time 31-5-2006 05:35 PM

Alaaaa... dr segi sejarah pun memang dr zaman Tanah Melayu, artifak2 & informasi sejarah memang tidak mendapat perhatian sewajarnya.Tengok...bila Portugis, Belanda & Inggeris balik kampung habis semua sumber2 sejarah kita diorg angkut.

Atau Melayu memang malas?I pegi tempat2/ muzium sejarah di S'pore mcm happening je....
Pages: [1] 2 3 4
View full version: kali terakhir ke MUZIUM NEGARA? Sila Beri Pandangan (merged: liesl )


ADVERTISEMENT