TimahMulia Publish time 7-5-2006 01:24 PM

Penang

Penang destinasi pelancongan kegemaran kak tim. Hajat hati kak tim, cuti sekolah akan datang, nak bawa anak2 ke Penang. Boleh tolong bagi informasi kat kak tim skit, tentang nak dapatkan tour n travel kat Penang. Mcm khidmat van ke utk keliling Penang, nak memuatkan anak2 kak tim, pakej termasuk le hotel. Kalau ikut kan kederat kak tim bawak kete sendiri, payah le.. Jalan kat Penang macam world wide web.. Nak ke Batu Maung susah jugek, kak tim pompuan, kalau lelaki, main harung je tak jadi masalah.

[ Last edited bychumpon at 1-12-2006 04:55 PM ]

Nisda_ Publish time 7-5-2006 01:30 PM

Penang is also one of my favorite place for short break. Boleh kata every year mesti gi sini for at least 2malam. Kami tinggalhotel kat Batu ferringgi, last stay kat Holiday Inn. Jalan2 kat penang senang nak ingat, even saya bukan asal orang penang, masa first time pergi dah familiar dgn jln kat penang. Rasanya kak tim takde masaalah kalau berani redah aje.

azaleena Publish time 7-5-2006 07:14 PM

nak ke batu maung skrg ni senang dah kak tim ... sejak ada coastal road ... kiranya kalau dari jelutong ke batu maung tu .. ikut coastal road tu je.. tak sampai 1/2 jam dah boleh sampai ...

btho Publish time 7-5-2006 07:44 PM

wow!!!!
nasi kandaq line clear....

foundation Publish time 7-5-2006 10:19 PM

saya suka drive kat penang (my wife is from penang).sesat camana pun, asalkan kita tak naik feri dan jembatan, tak lama lepas tu jumpa le tempatnya. nak sewa van semua ni susah sikit sebab ramai foreign tourist dan sindrom malaysian pandang rendah pada org tempatan selalu terjadi dan harga pun sure tarik juga, unless memang budget nak bayar 5 star.kalau nak bersantai, pastikan tinggal dekat area batu feringgi - memang best.nak ke bandar pun tak jauh. ramai juga yang suka tinggal kat gurney drive (org tanjung panggil padang kota baru).

penang is a gastronomic heaven.nasik kandar, saya suka pegi hamidiah dekat bishop st off penang road (left side of the road and easily missed sebab kecik je).kalau naik tingkat atas dia, memang rasa cam tahun 70an.kalau tandoori pulak, boleh try kapitan, ada 2-3 branches - satu kat gurney drive sebelah starbucks. nak rasa stall food, pegi padang 'brom' (brown) for dinner and try the pasembor (rojak) among other things.kalau suka seafood, mee udang sg dua is very popular (mee dgn udang galah - order pakai kg) - tapi sg dua ni di seberang prai.lagi satu, kena cuba laksa penang.

azaleena Publish time 7-5-2006 10:41 PM

Originally posted by foundation at 7-5-2006 10:19 PM
saya suka drive kat penang (my wife is from penang).sesat camana pun, asalkan kita tak naik feri dan jembatan, tak lama lepas tu jumpa le tempatnya. nak sewa van semua ni susah sikit sebab ramai...


penang is a gastronomic heaven.nasik kandar, saya suka pegi hamidiah dekat bishop st off penang road (left side of the road and easily missed sebab kecik je).


Hameediyah ni tidak termasuk dlm kategori nasik kandar .... lokasinya juga bukan di bishop st.. tetapi di campbell street. ada pintu gerbang untuk nak masuk ke campbell street ni dari penang road.

Apa yg sedap di Hameediyah ni, nasik beriani, mee goreng & murtabak. Itu specialities Hameediyah dari zaman lewat 60an. Sekarang ni ada lagi satu outlet dia, yg terletak selang sepintu, dipanggil Hameediyah Tandoori.

Yg paling nostalgianya, kalau di tingkat atas Hameediyah ni, makanan dibawa naik menggunakan sistem pulley. Ala2 lift gitu ... ada 2 layer utk isi makanan. Air disediakan di atas jugak. Masa kecik2 dulu, memang suka sgt pi tengok mamak tu pusing roda pulley tu utk bawak naik makanan. :nerd:

foundation Publish time 7-5-2006 11:01 PM

Originally posted by azaleena at 7-5-2006 10:41 PM


Hameediyah ni tidak termasuk dlm kategori nasik kandar .... lokasinya juga bukan di bishop st.. tetapi di campbell street. ada pintu gerbang untuk nak masuk ke campbell street ni dari penang ro ...
betul tu.... thanks azaleena.saya silap. tapi memang best kat situ.

TimahMulia Publish time 8-5-2006 01:02 PM

Originally posted by foundation at 7-5-2006 05:19 AM
saya suka drive kat penang (my wife is from penang).sesat camana pun, asalkan kita tak naik feri dan jembatan, tak lama lepas tu jumpa le tempatnya. nak sewa van semua ni susah sikit sebab ramai...

Sebut pasal nasi kandaq ni buat kak tim pecah liur (kata orang kelate)..
Teringat kak tim kedai nasi kandaq kat depan hotel continental.. entah ada lagi entah tidak sekarang ni..
Kak tim suka gak tengok rumah2 zaman kolonial kat penang, selalu, siap ambil2 gambar lagi.. penang ni romantik je..:love:

menachi Publish time 8-5-2006 06:23 PM

Satu lagi kedai nasi kandaq yg best kat kg Melayu, ayer itam ...mmg sedap gilalah
Sup ekor yg sedap kat depan hotel Malaysia

nora8 Publish time 8-5-2006 06:48 PM

Kak Tim...

I suggest kak Tim drive around penang.. Tak susah mana ..org depa kata
"pi mai pi mai tang tu jugak". Seriously..klau ada kenderaan sendiri any time kak Tim
leh kuar jln2..sbb kat Penang ni ..klau pasai mkn 24jam. Kak Tim.. Kat belah Juru (mainland)
ada ikan bawal goreng..fresh2 dia msk..sambal blacan sedap..murah lak tu, Kak Tim kena try:)
Satu lagi..Kak Tim jgn lupa pekena Kari Kepala Ikan..wow! ..terlior dah ni...

[ Last edited bynora8 at 8-5-2006 06:49 PM ]

nora8 Publish time 8-5-2006 07:51 PM

Klau mai Penang ..tak sah klau tak cari kedai mkn.

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/Photo_060405_001.jpg

Pasemboq + ayaq ambra dekat Gurney Drive

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/PIC_0002.jpg

ikan bawal goreng, Juru. Seekoq RM3.00-RM3.50, tengok saiz :)

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/Photo_102805_005.jpg

Koey Teow Tomyam ..Dekat SG2, Bkt Jambul

[ Last edited bynora8 at 8-5-2006 07:52 PM ]

nora8 Publish time 8-5-2006 08:00 PM

I pergi chinese wedding,customer I kat Penang..dia sediakan Nasi Kandaq Corner untuk
Muslims..Cam ni la rupenya

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/PIC_0047.jpg

Yang ni pulak ...Teh Tarik Candu, Mawar Restaurant, Burma Road. Depa panggil candu sbb
buih dia melimpah2...:)

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/Photo_102805_002.jpg

azaleena Publish time 8-5-2006 10:50 PM

Originally posted by nora8 at 8-5-2006 07:51 PM
Klau mai Penang ..tak sah klau tak cari kedai mkn.

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/Photo_060405_001.jpg

Pasemboq + ayaq ambra dekat Gurney Drive

http://i57.photobucket.co ...

gurney drive tu tang gerai mana?

yg ikan bawal goreng tu memang best. tapi i pi kat betul2 bawah jambatan sg perai tu ... dkt sgt tempat diorang baiki feri.

kesimpulannya, kat penang ni, macam2 ada .... asyik makan dan makan dan makan...

kalau kak Tim bawak budak2, boleh pi TOY MUSEUM kat Tanjung Bungah. Ada macam2 toys dipamerkan kat situ.

Kalau mai musim buah, bole pi kat Teluk Bahang, ada tropical fruit farm. Boleh makan macam2 .. esp kalau musim durian la ... Bayar then all u can eat la

zul_khaleeda Publish time 9-5-2006 08:49 AM

yalah..bagus idea kak tim..
khaleeda pun nak gi Penang tapi tak tau tmpat yg besh..

TimahMulia Publish time 9-5-2006 09:33 AM

Ada pasar malam best kat Penang? Tang mana tu?
Pasal teh tarik candu tu menarik jugak.. Tak ke pening nanti kak tim drive lepas pekena teh tarik candu tu nanti..he he

TimahMulia Publish time 9-5-2006 09:35 AM

Anyway, thanks for all the information guys.. Ada apa-apa informasi menarik tu bagi tahu le, kak tim boleh le buat panduan..

kucing_surender Publish time 9-5-2006 10:43 AM

aku suka gi makan kat kayu nasi kandar sebelah vistana hotel...ari2 ramai jer org kat situ..

kalau nak beli dvd murah singgah le bukit jambul shopping kompleks tu..

kucing_surender Publish time 9-5-2006 10:44 AM

Originally posted by nora8 at 8-5-2006 07:51 PM
Klau mai Penang ..tak sah klau tak cari kedai mkn.

http://i57.photobucket.com/albums/g201/nora_8888/Photo_060405_001.jpg

Pasemboq + ayaq ambra dekat Gurney Drive

http://i57.photobucket.co ...

lapaq weii nora.......

kucing_surender Publish time 9-5-2006 10:45 AM

Originally posted by TimahMulia at 9-5-2006 09:33 AM
Ada pasar malam best kat Penang? Tang mana tu?
Pasal teh tarik candu tu menarik jugak.. Tak ke pening nanti kak tim drive lepas pekena teh tarik candu tu nanti..he he

teh tarik candu ni tak mabuk ke??:o:

nora8 Publish time 9-5-2006 10:11 PM

heheheh..nama dia aje candu..tak kanmabuk..tp ..cuba sekali nak lagi:)
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Penang


ADVERTISEMENT