AILIOMLELE Publish time 2-5-2006 10:39 AM

Maksud pembuangan kerja secara tidak adil..

Asalamualaikum & salam sejahtera..

Dah hampir 2 tahun saya tak menulis di ruangan ini. Nampaknya saudara kuppit (mod) masih aktif menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau, tahniah dan semoga terus berjaya dalam kerjaya anda di sini.

Baiklah, memandangkan saya telah berada di sini, elok jika saya mengulangi sedikit daripada apa yang telah saya perkatakan tentang "Pembuangan Kerja Secara Tidak Adil" atau di dalam bahasa undang-undang (english) disebut "unjust dismissal".

Unjust dismissal berlaku apabila seorang majikanmemberhentikan perkhidmatan pekerjanya tanpa alasan yang munasabah atau bertindak secara mala fide (bad faith) sehingga menyebabkan pekerjanya berada di dalam dilema dan berhenti dengan sendirinya. Senario unjust dismissal ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Di antara keadaan yang saya maksudkan termasuklah..

a) Menukarkan lokasi tempat kerja pekerja dengan niat menyusahkan pekerja..
b) Meletakkan pekerja di dalam situasi "cold storage" ( tidak dipecat tetapi tidak diberikan kerja untuk dilakukan)
c) Menahan kenaikan bonus kontraktual pekerja
d) Menarik salah satu atau semua faedah pekerjaan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
e) Gagal mencarum kepada dana amanah pekerja seperti KWSP, SOCSO..
f) Gagal menyediakan persekitaran kerja selamat kepada pekerja

Pekerja seharusnya tahu bagaimana caranya untuk "mengajar" majikan sebegini. Jika berkesempatan saya mencadangkan supaya anda membaca laporan Industrial Law Reports. Di dalam laporan tersebut, mahkamah perusahaan biasa mengawardkan sehingga 24 bulan gaji kepada pekerja yang teraniaya.

Insyaallah, kita akan berbincang dengan lebih lanjut selepas ini.

blue_berry Publish time 5-5-2006 01:35 PM

Ape hak kita sekiranye perkara begini terjadi? co tmpt saya bekerja, mnggunakan method,
a) Menukarkan lokasi tempat kerja pekerja

akhirnye pekerja berhenti krja dgn sndrinya.

niki_iyda Publish time 6-5-2006 11:03 AM

bagus topik ni...
semlm bos saya dah kecoh2 nak buang beberapa org staff,
reason sebenarnya bos tu sendiri x pandai cari sales & manage biz...
tapi sesuka hati dia nak pecat org bawah...
dah tu pulak... bersikap perkauman...
mcm2 lah reason dia buat utk pecat staff... kata staff x cekap lah...
wahhh.... sesedap rasa je nak kick org...nak cut cost lah apa lah...

mcm mana nak fight ya...

posh76 Publish time 12-1-2011 08:59 AM

I pun nak tau jugak...sebab I sekarang dlm status
b) Meletakkan pekerja di dalam situasi "cold storage" ( tidak dipecat tetapi tidak diberikan kerja untuk dilakukan)
Sekarang ni I tak tau macamana nak buat laporan sebab pihak majikan tidak memberitahu apa2 status kedudukan ..apakah pilihan kami jika tidak menerima tawaran dari syarikat baru dimana syarikat baru tersebut telah membuat tawaran yang tidak setimpal iaitu position saya telah demoted walaupun diberi gaji yang sama sememangnya tidak berbaloi...siap bagi resignation letter suruh kami sign....soalan saya disini apa yang patut kami lakukan...

virginity Publish time 12-1-2011 02:09 PM

Salam terlanjur disini saya ingin utarakan permasalahan saya diharap dpt diberi segala tunjuk ajar pada pihak berkenaan yg sangat baik hati....

Saya sudah bekerja di kompany ini selama 11 bulan...n dalam masa yg sama saya telah preknen so due on bulan 3....masalahnya saya masih dalam kontrak bukan permenent sepatutnya sudah jd permenent staff tp akibat saya peknen ni hr hold sy punya confirm...so end this month sy nya kontrak akan renew my boss mmg nak confirm kan sy tp hr manager tak nak dn nak terminate sy sbb dia tak nak byr dua bulan maternity sy...so jika saya tak nak diterminate dia suruh sy cuti tanpa gj seperti sy berhenti saja...so kalau saya diterminate boleh kah saya adukan pd pejabat buruh dan kalau contract sy sambung tp gj tak di beri boleh kah sy adukan pada pihak buruh..perlukan pencerahan dr pihak yg berkenaan...maaf rungsing sgt2 sbb sedih anak dlm kandungan mcm di persalahkan...sy try the best utk tidak cuti tidak mc walaupun sy tk sht..tp mcm ni majikan sy buat sy...minta sgt bantuan...

sajer Publish time 12-1-2011 03:55 PM

Post Last Edit by sajer at 12-1-2011 15:58

adakah unjust dismissal = unfair dismissal?

klu ada kes2 law, tolong bagi kes/no clj/mlj
senang sket refer judgement kes

anashereen Publish time 6-11-2017 10:45 AM

Dear Author, I would like to seek your kind advise. Pls can you email me your contact at anashereen@gmail.com. tq and kind regards.
Pages: [1]
View full version: Maksud pembuangan kerja secara tidak adil..


ADVERTISEMENT