paler kembang Publish time 17-7-2005 02:35 AM

Q&A : Videography

bagaimana nak menghasilkan VCD yang baik dari Camera Video.

[ Last edited byguard_x at 9-1-2008 02:24 PM ]

sherrina Publish time 19-7-2005 02:12 PM

anto kedai.....confirm baik :)

Tee Jay Publish time 20-7-2005 03:19 PM

PK....Sama spt photography, eleman cahaya, composition yg menarik akan membantu keindahan sesebuah film yg dihasilkan....aku ni mcm org expert plakkkk.....he he he....

paler kembang Publish time 21-7-2005 01:03 AM

sebenarnya aku bertanya bagi pihak kawan aku.Maksud aku bukan teknik pengambarannya, tapi bagaimana nak edit video yang dah dipindahkan ke PC dan burn jadi VCD dengan mengekal tahap kualiti seperti asal (dari tape DV camcoder).

Baru saja kawan aku beritahu dia dah menjengok satu forum lain yang ada ahli-ahli yang boleh membantu tentang teknik video editing ni.... aku pun dah jengok ke sana.. tapi aku tak ada pula camcoder, hanya digital camera ahaja.

[ Last edited by paler kembang on 21-7-2005 at 01:07 AM ]

bimmer_man Publish time 21-7-2005 01:27 AM

Originally posted by paler kembang at 17-7-2005 02:35 AM:
bagaimana nak menghasilkan VCD yang baik dari Camera Video.


cuba baca kat sini..
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=155737&fpage=8

untuk kualiti setanding DV tu lebih elok rasanya burn as DVD.. tak pun buat realtime editing guna video capture kat yang bagus seperti Matrox atau Canopus.:ah:

d'One Publish time 21-7-2005 05:44 PM

Selain dari apa yang Bimmer cakaptu...DV Camera pun memainkan peranann gak. Untuk kualiti gambar yang baik...pastikan guna DV Camera yang guna 3CCD. Good Luck!

guard_x Publish time 22-7-2005 08:51 AM

Kat mana tu paler...?

Originally posted by paler kembang at 21-7-2005 01:03:
sebenarnya aku bertanya bagi pihak kawan aku.Maksud aku bukan teknik pengambarannya, tapi bagaimana nak edit video yang dah dipindahkan ke PC dan burn jadi VCD dengan mengekal tahap kualiti seper ...

paler kembang Publish time 23-7-2005 08:17 PM

http://www.putera.com/tanya/f40.html

mawar_pinky Publish time 12-10-2005 10:50 PM

Q&A : VIDEOGRAPHY

leh tak tanya kat sini?hope dpt membantu ye.mawar ada digital video jenama samsung.ok masalah mawar ialah mawar cuba nak transfer apa yg mawar dah rakamkan ke komputer dengan menggunakan software yg diberi.masalahnya sekarang apa yg mawar bc dalam buku manual tu ialah software tu sesuai digunakan untuk windows 98se.tapi mawar guna xp.adakah mawar leh guna atau tidak.leh tak tanpa guna software tersebut mawar masih leh transfer ke komp.hope dpt tolong ye.sbb mawar cuba gak guna software tu tapi gagal.

[ Last edited by bimmer_man at 17-10-2005 02:34 PM ]

diadem Publish time 13-10-2005 07:49 AM

Saya guna Windows XP, secara automatik bila digital camera saya connect ke komputer saya, windows xp akan detect digital camera saya. Maknanya saya tak perlu install software bundle yang diberi. Nak tahu juga, Mawar_pinky dah cuba connect digital camera ke komputer ke belum??? Kalau ada masalah, mungkin ianya berpunca dari USB driver....yang lama punya USB 1.1, yang baru punya USB 2.0. Cuba buat update (kalau tak boleh) kat Microsoft (Internet Explorer > Tools > Windows Update)

ra5101 Publish time 13-10-2005 08:41 AM

Selalunya kalau sesuatu software yang boleh install pada Window98 bole juga diinstall ke Windows XP. Yang berkemungkinan bermasalah kalau keperluan sistem tersebut memerlukan sekurangnya Windows XP tapi nak diinstall ke Window 98, itu yang akan mendatangkan masalah sbb ada beberapa perkara Windows 98 tak dapat support.

bimmer_man Publish time 13-10-2005 09:27 AM

rasanya untuk transfer video/ gambar tiada masalah jika tidak menggunakan bundled software tersebut.. yg penting kamera tu boleh di kenali oleh Operating System yg anda gunakan... selain sambungan USB, anda boleh cuba juga firewire..
untuk software pula boleh cuba another video editing software yg lain seperti Pinnacle atau lain2 yg mempunyai featuresuntuk capture video dari camcorder.

cuba jugak rujuk kat ruangan sticky Q&A : PHOTO?VIDEO tu.. rasanya soalan macam ni dah pernah ada dah.. rajin2 lah membaca ye.. :nerd:

mawar_pinky Publish time 13-10-2005 03:38 PM

ok mawar dah cari driver tu kat laman web samsung.dia minta mawar masukkan siri model.so dia bagilah dua jenis driver.salah satunya ada kaitan ngan handycam mawar sbb dia kata driver nih sesuai jika kat LCD kuar USB Mode.dan itu yg kuar pd skrin mawar.tapi bila mawar dload driver tersebut rupanya driver tu sama ngan cd yg diberi.so ia tak boleh digunakan.aduh..buntu dibuatnya..

[ Last edited by mawar_pinky at 13-10-2005 03:40 PM ]

bimmer_man Publish time 13-10-2005 03:47 PM

sekarang ni computer detect ke tidak camcorder tu? software tu langsung takleh install ke?

mawar_pinky Publish time 13-10-2005 09:10 PM

detect jap.pastu takleh.apsal ek.

AyAres151 Publish time 13-10-2005 09:18 PM

maybe masalah penyambungan kabel.. rasanya la.. kalu detect kejap.. vcam takde masalah tu.. maybe cable tak ketat ker.. cuba check..

cucusaddam Publish time 13-10-2005 10:52 PM

HD handy cam

:mll:sapa ada info ttg handy cam JVC kalau x silap yg 1 guna hard disk untuk storage dia punya video rakaman...apa kelebihan & kekurangan guna HD ini;)

mawar_pinky Publish time 14-10-2005 01:06 AM

sempurna dah.adoi..kalau takleh kena bw ke kedai tu balik.sayanglah kalau tak dpt detect kat komp

diadem Publish time 14-10-2005 08:01 AM

Originally posted by mawar_pinky at 13-10-2005 09:10 PM
detect jap.pastu takleh.apsal ek.

Memang komputer ada detect....tapi saya nak tanya, ada pergi check kat Start -> My Computer -> Device with removable storage, tengok ada tak 'Removable disk:'???? Kalau tak ada, maknanya komputer u tak detect digital video tu.

ra5101 Publish time 14-10-2005 11:06 AM

komputer tu bila beli? kalau tahun 2001 masih guna USB 1.0 so sekarang majoriti guna 2.0. Itu adalah salah satu sbb tak detect. Lagi satu sbb USB problem
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Q&A : Videography


ADVERTISEMENT