skert_kembang Publish time 6-4-2006 12:19 PM

hik hik hik... sumo org tak sabo nak tunggu...

kumiko Publish time 8-4-2006 11:32 AM

bila nak sambung ni...

tumpang baca....hehe nice ;)

Robab Publish time 8-4-2006 02:19 PM

Originally posted by winter at 6-4-2006 08:57 AM
ello..i'm back tapi without any update..hehe jgn marah eh...tak sempat nak menaip ..

noraidil..
thanks for the comments..ini kali pertama saya buat cerita..still amatur lagi.. :)

dahlia,
t ...
nk sad ending
hahaha
dunia ni bukannya baik sgt :)
make it saddddddd

dahlia976 Publish time 10-4-2006 02:03 PM

Reply #103 Robab's post

robab.. ko penah baca biru ungu cinta by noor suraya.. aku rasa ko mesti suka.. aku bole simpulkannya asa happy ending yg sad.. cenggitu le lebih krg..

Robab Publish time 12-4-2006 03:46 PM

Originally posted by dahlia976 at 10-4-2006 02:03 PM
robab.. ko penah baca biru ungu cinta by noor suraya.. aku rasa ko mesti suka.. aku bole simpulkannya asa happy ending yg sad.. cenggitu le lebih krg..
nak :)
boleh x?

dahlia976 Publish time 13-4-2006 11:14 AM

Reply #105 Robab's post

bole je.. tapi kena datang rumah kita la... hehehe.. ala. x pun g jek kat mph ke.. mesti ada.. anyway.. mostly karya noor suraya ni mmg cenggitu.. tapi best.. dia ada sense of humor.. dan watak2nya tak hidup dalam alam khayalan yg melampau..

cik_zaza Publish time 13-4-2006 04:56 PM

hi.. saya org baru kat sini.. bestla citer ni.. cepat2la sambung.. hehehe

winter Publish time 17-4-2006 10:52 PM

Bab 7

        Presentation tengahari itu berjalan dengan lancarnya. Anuar dan Akma cuba untuk menyampaikan hujah-hujah dengan bersahaja. Mereka mahu profesor dan rakan sekuliah tidak bosan dan mengantuk mendengar presentation mereka. Klip-klip video wawancara yang ditangkap turut menjadi kekuatan pembentangan.

        Selesai sahaja presentation, tepukan gemuruh bergema. Akma dan Anuar mengucapkan terima kasih sebagai mengakhiri pembentangan. Mereka kemudian berpisah, masing-masing duduk semula di tempat mereka.

        揃agus Akma Nuar. Inilah hasil yang saya mahu lihat. So kamu yang lain bagaimana? Boleh buat presentation yang lebih menarik?

winter Publish time 17-4-2006 10:55 PM

*        *        *

        Orang masih ramai berpusu-pusu membeli makanan di restoran, sehinggakan tiada tempat duduk kosong yang tinggal. Ada yang terpaksa menunggu sementara mendapat meja. Ada juga yang membawa balik makanan. Mujur ketika Anuar, Mike, Suffian dan Hani tiba tadi, masih belum ramai orang membanjiri restoran. Jadi senang sahaja mereka memilih tempat duduk.       

        Mereka berbual sambil makan. Berbual membincangkan tentang perlawanan bola sepak yang disaksikan semalam di kaca televisyen. Kemudian bertukar pula ke cerita tentang perihal masing-masing. Hani hanya mendengar sahaja.

        揃erapa lama ko tak gi ofis, Nuar?

winter Publish time 17-4-2006 10:58 PM

*        *        *
       
        Sudah dua hari Akma duduk bersama Kak Sarah sebagai roomate. Memang tepat telahan Akma, Kak Sarah memang baik dan mesra. Dia rasa terhibur sepanjang masa. Ada sahaja cerita yang dibualkan. Kak Sarah merupakan lulusan degree dalam bidang psikologi kini menyambung Master dalam bidang yang sama juga. Jadi, dengan ilmu dan kepakaran yang ada, dia mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Akma rasa tidak kekok bersamanya, malahan dianggap sebagai kakak angkat yang sangat memahami.

        Akma membuka laci mejanya yang berkunci dan mengeluarkan cincin emas putih yang dibeli Anuar Ahad lepas. Dia membelek-belek cincin itu lama. Sejak dia pulang Ahad lalu, dia tidak pernah memakai cincin tersebut. Dia rasakan seperti tidak layak memakainya. Tambahan pula, cincin itu dibeli bukan atas niat yang baik, tetapi atas agenda yang Akma rasakan tidak masuk akal langsung. Alangkah gembiranya hati jikalau pemberian cincin itu datangnya dari hati yang ikhlas, tentunya dia akan memakainya dengan senang hati.

        Akma membilang waktu. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Hari ini dia akan memakai cincin ini semula. Dia akan menjadi tunang palsu Anuar lagi. Walaupun hatinya meronta tidak mahu, tetapi apabila mengingatkan jasa dan pertolongan Anuar sebelum ini, dia rasa bersalah pula kalau tidak membantunya.

        Dia membaringkan kepalanya diatas bantal. Bayangan itu muncul semula. Bagaimana aku ingin melarikan diri daripada bayangan ini? Kepalanya masih ligat berfikir tentang mimpinya dan Anuar. Sudah berapa kali dia menafikan mimpi tersebut, tetapi dia yakin Anuarlah putera raja yang muncul di dalam mimpinya. Sebelum ini, dia cuma menganggap ianya sebagai mainan tidur, tetapi sekarang hatinya tidak pasti.

        Akma bangun semula dan membuka almarinya. Dia menelek bajunya yang berlipat dan bergantungan itu. Apa yang perlu dipakainya ke sana? Baju kurung? Atau kemeja yang selalu dipakainya ke dewan kuliah? Dia jadi buntu. Dia tidak pernah ke majlis harijadi selama ini terutama sekali yang dianjurkan oleh golongan berada seperti Natasya. Lagipun, dia tidak ada baju yang sesuai untuk ke majlis tersebut. Apa pandangan Anuar agaknya kalau dia memakai baju kemeja berpetaknya seperti selalu?

        Serentak dengan itu pintu biliknya terbuka. Kak Sarah tersenyum bila melihat Akma. 揌ai, kenapa muka toya je ni?

winter Publish time 17-4-2006 11:01 PM

*        *        *

        Anuar telahpun siap berpakaian. Dia memilih baju t-shirt putih berjaket hitam dan dipadankan dengan seluar khakis berwarna coklat muda untuk ke majlis tersebut. Rambutnya yang sedia lurus itu disikat ke belakang sementara yang dihadapan dibiarkan berjuntai ke dahi. Pewangi dunhill disemburkan ke bahagian leher. Bauan itu sungguh menenangkan.

        Dia melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 8.00 malam. Dia keluar daripada bilik dan dilihatnya Suffian telah bersiap sedia di atas motor. Mike pula telah pergi terlebih dahulu untuk menjemput Hana yang tinggal agak jauh daripada kediaman mereka.

        揂ku nak bertolak dah ni. Janji untuk jemput Hani pukul 8.00 malam ni. Jumpa ko kat sana.

winter Publish time 17-4-2006 11:03 PM

*        *        *

        揙k..matanya ni letak celak sikit.

winter Publish time 17-4-2006 11:05 PM

*        *        *

        Kediaman Natasya yang tersergam indah bertambah cantik lagi dengan sinaran lampu berbagai warna disekeliling. Majlis harijadinya diadakan betul-betul di kawasan kolam mandi. Tetamu khas yang dijemput sudah mula menghiburkan tetamu. Dia sengaja menjemput kumpulan Ruffedge dan VE untuk memeriahkan majlis kerana majoriti rakan-rakannya amat meminati kumpulan tersebut.

        Sesekali Natasya merenung jam tangannya dan pintu pagar rumah. Hatinya dilanda resah. Sejak pertemuan hari itu, rindunya terhadap Anuar semakin menjadi-jadi. Dia kerap memarahi diri sendiri kerana meninggalkan Anuar dahulu. Layanan Norman padanya memang baik dan begitu gentleman, sehingga dia dibuai keasyikan cinta baru. Lagipun, memang menjadi cita-citanya dulu untuk berdampingan dengan mat salleh. Tetapi kini dia sedar betapa bodohnya dia!

        Natasya akui tiada siapa yang dapat menggantikan Anuar dihatinya ketika ini. Bukan sehari dua dia mengenali Anuar. Sudah lama. Daripada kawan yang rapat, akhirnya mereka bercinta. Itupun setelah berhempas pulas Tasya mencuri hatinya yang sekeras batu itu. Mungkin sekeras batu jugalah cinta Nuar terhadapnya, payah untuk diretakkan.

Tasya yakin Anuar masih lagi menyayanginya. Dia tekad untuk memiliki Anuar semula, tidak kira sama ada dia sudah berpunya ataupun tidak. Itu azamnya malam ini.

        Dari kejauhan dia ternampak Suffian bersama pasangannya. Lamunannya terhenti seketika. Sudah entah berapa kali Suffian bertukar teman wanita, kali ini yang lain pula. Setiap kali sambutan majlis harijadinya, tentunya dia membawa wanita yang berlainan. Entah apa yang dicari oleh Suffian hinggakan tidak boleh setia pada seorang.

        Suffian memimpin Hani pergi menemui Natasya. Natasya masih lagi cantik, seperti kali terakhir dia menemuinya. Cuma dia kelihatan lebih matang kali ini.       

        揌ai, Tasya. Meet Hani.

winter Publish time 17-4-2006 11:07 PM

*        *        *

        Kereta Honda Coupe menyusur di kawasan Bukit Tunku, kawasan yang didiami ramai orang yang berada dan berharta. Di kiri dan kanan Akma dapat melihat rumah yang begitu besar dengan halaman yang luas. Setiap rumah pasti mempunyai tidak kurang daripada 3 jenis kereta yang bukannya murah. Akma mengeluh, bilalah agaknya dia dapat mendiami rumah yang besar begini? Dia terpaksa bekerja keras untuk mencapai impiannya ini.

        Tidak berapa lama kemudian, kereta Anuar berhenti berhampiran sebuah rumah yang tersergam indah. Banyak kereta yang besar dan mahal-mahal parkir di kiri dan kanan jalan. Inilah agaknya rumah Natasya. Terpaku Akma seketika melihat rumah yang seakan-akan istana. Dia kagum dengan keindahan rumah tersebut.

        揔ita dah sampai.

Mystery Publish time 17-4-2006 11:38 PM

yeah.....sonnoknyer dah ada sambungan..............
:pompom:

winter Publish time 17-4-2006 11:52 PM

wah..cepatnya mystery membalas... :)
a few pages on going lah...nak edit sikit ni...maybe esok atau lusa saya post..

happy reading..

jikuuke Publish time 18-4-2006 08:15 AM

wah..dah baca gak winter...bagus...kali ni lebih panjang daripada biasa...teruja sesiapa yang membacanya..:bodek::bodek:go winter go...:pompom::pompom::pompom:

aylin Publish time 18-4-2006 01:28 PM

go winter go :pompom::pompom: tak sabar nak tunggu sambungan yer :)

skert_kembang Publish time 18-4-2006 03:28 PM

thanks winter... mcm beserrr!!! hik hik hik

harmoni Publish time 18-4-2006 05:04 PM

dah sambung.... bestnyer....
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Novel / Cerpen : Kau Aku dan Dia


ADVERTISEMENT