NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:43 AM

[kompilasi] KUDAPAN

Manisan Kacang Tanah

kacang tanah
tepung gandum
gula

roast the peanut then blend sampai halus halus
then masuk dalam periuk n air...
tambah tepung gandumagak2 secukup pekat
bila dah mendidih...tambah gula secukup rasa

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:44 AM

Tempeyek [ Duta Lover]

Bahan

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:45 AM

Sagun Goreng tepung gandum

kelapa parut - bhg putih sahaja
tepung gandum
sedikit garam
gula

sangrai kelapa parut dgn api perlahan hingga separa kering..then masukkan
tepung gandum n sedikit garam..sangrai lagi hingga naik bau n bahan2 yg disangrai nampak kering n berderai..tutup api.. biar kejap then baru campurkan dgn gula pasir secukupnya


Sagun Goreng tepung beras

beras - dibasuh, di toskan n dikeringkan..kemudian dikisar halus
kelapa parut, bhg putih sahaja
sedikit garam
gula secukupnya..

cara nak buat sama je dgn sagun tepung gandum

variasi
sagun bakar lebih kurang je resepi dia..
cuma kelapa tu tak digoreng.. bior lembab2 camtu..tepung direndang sket je nak bagi peroi..
gaul dgn kelapa yg basah2 tu bersama gula..then mouldkan dlm acuan n bakar..
moisture dlm kelapa ngula yg akan cair tu nanti akan jadik mcm perekat utk hold shape sagun bakar

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:48 AM

Popcorn

beli jagung khas untuk popcorn di supermarket..
masukkan minyak dan gula sedikit dalam kuali non-stik yg ada tudung
panaskan dan akan nampak jagung tu melompat dan meletupkan dirinya dalam kuali tu...
bila dah nampak semua jagung tu tersenyum dan terbuka..bolehlah tutup api dan angkat..
lepas tu apa lagi..
jom kita makannnnnn...

Variasi 1

cairkan butter/margerine kat kuali , campurkan sedikit gula.
lepas popcorn dah siap , tuangkan adunan ni kat popcorn dan gaul rata.....

Variasi 2

campurkan butter cair dengan sedikit honey. pon sedap gaks.
if nak glamer, campurkan sedikit pewarna yg dibenarkan

variasi 3

panaskan kuali non stick, buh gula pasir n 'hangus'kan gula tu mcm nak buat cream caramel...
once dah berbuih.. cepat2 masukkan sedikit butter n sedikit perisa/pewarna jika suka
segera gaulkan dgn popcorn n biarkan kejap bagi gula tu kering
pastu leraikan popcorn n boleh disimpan dlm bekas kedap udara

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:48 AM

AGAR-AGAR KERING

Bahan-Bahan:
50 gm agar-agar - direndam lembut
400 gm gula
1 cawan gula batu
6 gelas air
daun pandan
Pewarna merah dan hijau

Cara:
1. Masak agar-agar dengan airdan daun pandan hingga larut.
2. Masuk gula dan gula batu, masak lagi hingga kedua-dua jenis gula hancur. 3. Bila dah agak hancur dan pekat tutup api.
4. Tapiskan dan masukkan dalam 2 bekas/loyang.
5. Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan.
6. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai. Jangan kecil sangat sebab nanti bila dijemur agar2 akan kecut sikit.
7. Susunkan dalam dulang dan jemur kan saperti menjemur keropok atau ikan kering.
8. Selalu terbalikkan agar2 supaya cepat kering dan bersakar gula dalam agar2 tu.
9. Bila cukup kering simpan dalam bekas yg kering.

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:49 AM

http://img138.imageshack.us/img138/7526/kcgbotakee5.jpg

KACANG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya

1 kg kacang (kacang tanah atau jagus)
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
5 sudu makan gula
4 ulasi bawang merah (di cuci kemudian dikeringkan)
4 ulas bawang putih(di cuci kemudian dikeringkan)
1/2 gelas tepung gandum
1 gelas tepung beras
3 biji telur
1 sudu makan serbuk lada kering
garam, daun karidan pewarna kuning secukupnya
Minyak secukupnya (hendaklah menggunakan minyak yang banyak)

Cara membuatnya

1. Satukan kacang, garam, gula dan tepung didalam satu mangkuk dan gaul rata.

2. bawang, telur, lada,jintan manis, jintan putih dan warna kuning dikisar hingga hancur.

3. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Setelah minyak panas, masukkan adunan telur tadi kedalam adunan kacang, gaul hingga ratadan terus goreng hingga masak. setelah hampir masak jika suka masukkan daun kari.


Peringatan:

Pastikan minyak betul-betul panas baru lah digaul kedua adunan tadi dan terus goreng.

Kacang goreng bersalut tepung

ala-ala...yg dijual dlm peket..

600 g kacang tanah
300 g tepung beras
kapur
minyak

Bahan A
2 tbsp ketumbar / corriander
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih / cumin
1 tbsp pepper
2 tbsp udang kering
2 cloves garlic
1.5 cm kunyit
garam

1. Giling halus bahan A...gaul tepung beras dgn rempah yg digiling tadi..
2. Tuang 2 tbsp air kapur...kacau rata.. adunan hendaklah pekat + kental.. gaul kacang dgn adunan...... dan goreng di dlm minyak yg banyak

==============================================

Kacang Botak

senang je nak buat kacang botak nih..

yg diperlukan:

kacang tanah - rendam kejapp je pastu buangkan kulit

ditumbuk halus:
bwg putih
bwg merah
sedikit sebuk kari/serbuk cili/cili giling

garam
gula
telur - dipukul sedikit hingga rata
tepung gandum

gaulkan bahan tumbuk dgn garam, gula, telur n kacang tanah..roll kan atas tepung bior bersalut rata..
goreng terendam dgn api yg agak perlahan angkat n toskan..kemudian bleh disimpan dlm balang




Kacang Goreng Bawang Putih

kacang tanah
garlic - taruk byk2..titikkan camtu je.. jgn buang kulit
sedikit garam
sedikit minyak

panaskan minyak..masukkan bwg putih..then masukkan kacang..
api bior sederhana..goreng n kacau hingga kacang tu masak..taburkan garam
angkat n toskan bior sejuk.. simpan dlm bekas

KACANG GORENG BAWANG PUTIH

Bahan
500 g kacang tanah
Air panas
minyak untuk goreng
8 ulas bawang putih
garam

Cara
1. Rendamkan kacanng tanahdalam air panas . Biarkan dalam 15 minit.
2. Angkat dan toskan
3. Gaul rata dengan bawang putih yg dikisar dan biarkan sehingga 1 atau 2 jam.
4. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan sehingga garing.
5. Angkat dan toskan. .
6.Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Maaf..terlupa..
garam dimasukkan masa rendam dengan air panas

KACANG GORENG

1 KILO KACANG TANAH
SERBUK CILI ( BELI SIAP DLM PEKET)
TELUR 3-4 BIJI
GARAM
TEPUNG GANDUM

CARA....
PECAH TELUR DALAM KACANG SAMPAI BASAH SEMUA KACANG TU .... KALAU TAK CUKUP TAMBAH TELUR(AGAK-LAH)
TABUR SEBUK CILI TEPUNG NGAN GARAM..... RAMAS SAMPAI SEMUA KACANG TU DISALUTI TEPUNG ....MACAM NAK GORENG AYAM KFC TU...MAK SURE KACANG TADI MAKE SURE TAK TERLALU LEMBIK DAN TEPUNG TAK TERLALU TEBAL

GORENG NGAN API PERLAHAN SAMPAI GARING NGAN KACANG KAT DALAM TU MASAK

[ Last edited bymaisya at 20-9-2008 08:41 AM ]

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:50 AM

kerepek karipap gunting



minyak + mentega
garam + air ais
tepung gandum
daun kari

panaskan minyak hingga mendidih..masukkan mentega bior cair then baru tutup api..
curahkan sket sket ke dlm tepung n gaul dgn sudu cepat2.. then rub guna tapak tgn.. bior dapat cam breadcrumbs tu
masukkan air ais sedikit demi sedikit..pastu uli secukupnya
rollkan cam silinder tu n guntingkan nipis2

kalau ade noodle maker lagi senang..rollkan je guna alat tu..potongkpd kepingan memanjang then gunting

panaskan minyak..gorengkan kuih gunting tu bersama daun kari..
dah golden n garing..leh angkat n toskan
siappp!

variasi:
blend kering ikan bilis/udang kering..tambahkan ke dlm tepung
leh tambahkan serbuk kari sket jika suka..or any rempah yg disukai
nak sira dgn sambal manis pun sedap gak

===============================================

KEREPEK BAWANG

Doh Biasa
250g tepung gandum
garam secukupnya
85g marjerin
45-55ml air

Doh Bawang
225g tepung gandum (+ 2-3 sudu besar, jika perlu)
garam secukupnya
30g marjerin
2 labu bawang besar (100g satu), diparut halus
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar telur (yg sudah dipukul, anggaran

NoorMasri Publish time 19-9-2005 05:54 AM

candy kelapa

bahan2 dia mudah je :

susu pekat
mentega
kelapa parut
sedikit esen vanilla
sebiji telur - jika suka
pewarna merah, hijau, kuning

panaskan mentega then masukkan susu pekat n kelapa..perlahankan api then kacau jgn bagi lekat kat kuali
masukkan esen vanilla n pewarna..kacau rata
agak-agak dah cukup pekat n sedikit kental boleh la tutup api
biar sejuk sket then boleh la dibulat2kan atau diratakan dlm dulang pastu bleh potong square

kalau nak buat saduran..bebola kandi tu boleh di golekkan dlm kacang yg telah dikisar ..nak roll dgn nestum pun boleh gak



kandi kacang

masak gula pasir hingga caramelised ..
pastu gaul je dgn kacang tanah/gajus n curah atas dulang
then taburkan bijan
biar candy kering then baru potong
tak pun justdropkan atas dulangsetompok2..bior sejuk n takpayam potong2 lagi dah


Candy kacang coklat

bahan-bahan:

1 tin susu cair ideal
1 tin gula (gunakan tin susu ideal)
2 sudu esen vanilla
2 sudu mentega
1 senduk koko
1 cawan kacang tanah

caranya :

masukkan susu, gula, esen vanilla, mentega dan koko ke dalam kuali dan kacau diatas dapur hingga hampir pekat, kemudian masukkan kacang tadi, kacau sekejap. akhir sekali tuangkan kedalam dulang dan biarkan hingga sejuk. Bila sudah sejuk boleh lah dipotong ikut suka.

ini resepi kandy yg selalu saya buat utk ari raya....

NoorMasri Publish time 19-9-2005 06:01 AM

http://img.photobucket.com/albums/v622/hanieliza2/kueh%20tradisional/minipopiah.jpg

MINI POPIAH

Bahan
Kulit popiah
Inti serunding ikan
minyak untuk goreng mini popiah

Cara
1. Kulit popiah dipotong 4.
2. Ambil sekeping dan bubuhkan sesudu kecil inti serunding dan gulungkan.
3. Gorengkan dalam minyak yg banyak.
4. Sentiasa kacau supaya kulit popiah tidak hangus.
5. Bila kelihatan kuniing keemasan, angkat dan toskan.
6. Bila telah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Inti serunding ikan

Bahan-Bahan:
1/2 kgikan selayang
1

NoorMasri Publish time 19-9-2005 06:03 AM

Kuih Tiram/Kuih Layang-layang

http://img.photobucket.com/albums/v210/speedial/PopiaG.jpg
sebelum dig0reng

http://img.photobucket.com/albums/v210/speedial/PopiaG1.jpg
Yg siap digoreng & digaul dgn gula - siap utk dimakan

Bahan2
Kulit Popia
1 biji telur - dipukul
Gula aising
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara2
Kulit popia digulung sampai habis, kemudian sapukan dgn telur supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis.
Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit.
Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.
Mudahkan...boleh dimakan bila2 masa tak payah nak tunggu raya.


KUIH TIRAM-SIRA PEDAS

1 KILO BAWANG BESAR
4 KG GULA
1 SENDUK CUKA
4 SUDU GARAM HALUS
1 MANGKUK IKAN BILIS
1 1/2 BUNGKUS SERBUK CILI(ALAGAPPAS NYER YG BESAR TU)
1 SUDU JINTAN KASAR
10 SENDUK MINYAK

CARA:
PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANGYANG TELAH DIKISAR,MASUKKAN CILI YG DIBANCUH NGAN SEDIKIT AIR,BIAR CILI BETUL2 MASAK.(INI PENTING BAGI MEMASTIKAN IA TAHAN LAMA DAN TIDAK BERBAU TENGIK)MASUKKAN IKAN BILIS DAN JINTAN KASAR YANG TELAH DIKISAR HINGGA HANCUR.SLPS ITU MASUKKAN GARAM,GULA DAN CUKA.BIAR BETUL2 MASAK DAN ANGKAT.AMBIL SATU SENDUK MASUKKAN DALAM KUALI LAIN DAN TERUS MASUKKAN KUIH TIRAM TADI, KACAU RATA.BOLEH JUGA DITABUR LENGA JIKA SUKA.BILA AGAK KERING ANGKAT DAN SEJUKKAN.

P/S:KALAU NAK BUAT SIKIT JE BAHAGIKAN BAHAN SPT BAWANG,IKAN BILIS,SERBUK CILI DAN MINYAK KPD 10 BAHAGIAN.BAHAN2 LAIN TU BOLEH AGAK2 SECUKUP RASA.PAS NI KALAU ADA SESAPA NAK BISNES KUIH TIRAMPUN BOLEH,KAN...

p/s:Tp ini sukatan tuk 10 kg kuih tiram.So just bahagikanlah kpd 10 iaitu anggaran 1 kilo.


Kuih Tiram

kulit popia hak besar satu bungkus yang 400g tu
kulit ni gulung sehelai2 hujung dia sapu air/tepung+air/putih telur, buat gam lerr supaya melekat.
Gulung semua sekali letak dlm besen jgn lupa tutup dgn towel lembab sebab dia mudah kering. ok habis gulung gunting menyerong, jgn serong sangat nanti terbuka dan jangan nipis sangat. agak2 lah dalam 1cm jarak.
habis gunting goreng, tapis dulu lama gak tapis ni sebab minyak dia banyak pastu letak atas paper lagi nak buang minyak ni.

Sadurkan dengan:
Horlicks 3/4 cwn
gula icing 1/3 cwn
nestum kisar 1/3 cwn
Campur semua bahan dan gaulkan pada popiah yg telah digoreng tadi.

atau ada org buat, yg sadur ngan cili...so jadi mcam kerepek pedas gitu. Yg ni sarah tak sempat nak cuba lagi, kalau Maklang nak jalan dulu... dipersilakan :hatdown:

1 sudu besar bawang putih tumbuk
3 sudu besar cili kisar
6 sudu besar gula
semua masuk sekali tak yah tunggu cili garing, kacau lagi sampai air gula tu dah berbuih banyak dan likat, baru letak garam sikit dan cuka 1 sudu kecil dulu baru letak popia last sekali, tutup api gaul popia.

Popia Mini Horlicks dan Popia Mini Pedas ini telah mendapat sambutan hangat di kalangan ahli-ahli mailing list Resipi.Net. Ianya bukan sahaja unik malah memang terbukti sedap. Ia boleh digoreng bersama Horlicks atau pun dengan cili. Sesuai untuk dijadikan salah satu hidangan di Hari Lebaran yang akan datang.

Resipi Popia Horlicks

1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara:
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.

Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.


Resipi Popia Pedas

1 bungkus kulit popia 400 gram
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara :
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/PopiaMiniGoreng.jpg
Gambar Popia Mini sumbangan Norhaslinda

Cara Menggulung Popia
Gambar Sumbangan: Roziyati Othman

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/GlgPopia1.jpg
Letak lidi sate dan lipat sikit kulit popia. Tips: Kalau jari masih kaku lagi taruk putih telur kat tepi supaya tak terbukak bila start menggulung.

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/GlgPopia2.jpg
Kulit popia dah separuh digulung. Tips: jangan ditekan bila menolak kulit tu untuk gulung sebab nanti jadi kayu sebatang. Hasilnya akan keras. Bila tak tekan, gulungan tu akan longgar sikit dan bila dah gunting and goring akan nampak cam kelopak bunga. Tu yg buat ranggup sehingga bunyi krup...krup...

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/GlgPopia3.jpg
Bila dah sampai hujung, letak putih telur cam lite nak lekatkan dia. Tips: Lekatkan betul2 dan jangan ada yg menyenggeh sebab nie yang menentukan popia tu terbukak atau tak bila di gunting dan goring. And one more thing...jgn lupa keluarkan lidi sate tu....

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/GlgPopiaPacked.jpg
Kulit yang dah digulung dan dipackkan dalam plastik untuk disimpan. Bila orang order just gunting, goring and sira...

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/PopiaGorengPedas.jpg
Kulit yang telah di goring dan sira

Tips Goring: Gunakan api yang sederhan bila menggoring. Jangan di kacau bila baru masukkan kulit dalam kuali sebab nanti gulungan dia terbuka. Kulit masih lembut. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya sebelah bawah tak warna brown dulu. Nanti warna tak sekata. Bila dah mula brown hendak lah sentaiasa dibalik2kan supaya warna sekata. Baik2 sesiapa yg mengidap sakit kaki, sebab kena berdiri lama.

Tips Sira: Minyak sedikit sahaja (saya cuma ambil 1 sudu shj) dan masukkan lada kisar, gula dan bawang putih. Baru buka api dan kacau supaya tak berkerak kat bawah. Api sederhana supaya lada boleh masak lama sikit. Bila gula mula cair semua akan nampak cair. Kacau hingga mula berbuih2 dan likat. Masukkan cuka, kacau hingga sebati. Tutup api, masukkan popia yg telah digoring sedikit2 dan kacau rata cepat2. Buat hingga habis. Balik2kan popia lama sikit supaya semua sebati. Tapi make sure jgn popia tu hancur. Sejukkan dan ready to eat or jual...

[ Last edited by NoorMasri at 3-1-2006 03:58 AM ]

NoorMasri Publish time 19-9-2005 06:07 AM

http://i22.photobucket.com/albums/b344/menachi/Menachi008.jpg

MURUKU -
Resepi Kak Siti Aishah Ng (Falcon Kitchenware) - Mr. Buck@Rnet

250g tepung muruku
250g tepung pulut
50g ke 80g bijan
1 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar jintan putih - boleh blend
1 sudubesar jintan manis - boleh blend
1 sudubesar lemuju / jemuju - boleh blend
2 sudubesar mentega / butter
2biji telur
250 ml santan + setengah sudubesar garam
daun kari untuk tabur dalam minyak masa menggoreng
minyak untuk menggoreng
Cara:- gaul semua bahan kering. Masukkan mentega dan gaul lagi kemudian masukkan telur dan santan.

nota* untuk tambah wangi dalam adunan boleh juga ditambah sedikit daun kari yang dikeringkan kemudian dikisar halus.

MARUKU BIJAN

Bahan A
600 gram tepung beras
600 gram tepung pulut
375 gram mentega
50 gram jintan putih
200 gram bijan
2 sudu teh serbuk lada putih
2 atau 3 sudu teh serbuk cili

Bahan B
1300 ml air dicampur dengan
1 sudu teh garam
2 1/2 botol minyak untuk menggoreng
Acuan muruku yang berbunga bintang.

Cara-caranya
Dalam sebuah bekas yang besar, gaul rata semua Bahan A sehingga ia menjadi abuk roti.Lubangkan ditengah-tengah adunan abuk roti itu dan tuangkan air garam, sedikit demi sedikit, sambil diuli hingga menjadi satu adunan doh yang lembut, supaya ia mudah ditekan apabila menggoreng.

Panaskan minyak didalam kuali.Pastikan penutup acuan sudah diketakan.Masukkan sedikit adunan keldaam acuan tadi dan tekanlah dengan mengikut lingkaran bulat diatas minyak yang panas.Ketika menggoreng, jangan terlalu kerap dikacau.Biarkan seketika, baru dibalekkan, supaya ia tidak mudah patah.

Goreng sehingga garing.Angkat dan toskan.Bila sejuk, simpanlah didlaam botol atau tin bertutup ratap.Gunakanlah minyak yang baik mutunya, jika mahukan muruku yang enak rasanya dan tahan lama.

Sumber: Hajah Zahara Sudi

http://i227.photobucket.com/albums/dd183/ixora_xr/masakan/100_3765.jpg

Maruku
1 paket tepung kacang kuda
1 paket tepung pulut
sedikit lemuju
sedikit jintan manis
sedikit udang kering
serbuk rempah kari secukupnya
garam
1 biji telur
air secukupnya
sedikit majerin

Cara Membuat:
1.Udang kering,lemuju,jintan manis di blender hingga halus.kedua-dua tepung di sangrai terlebih dulu
2.Di dalam satu bekas satukan tepung pulut dan tepung kacang kuda dan majerin..gaul hingga bercampur.
3.Kemudian boleh masukkan bahan yg di blender,telur,rempah,garam secukup rasa.
4.Masukkan air sedikit

NoorMasri Publish time 27-10-2005 10:20 PM

Kuih Goyang

1 kg tepung beras cap teratai
4 cawan gula
5 biji telur
1.2 liter santan
2 1/2 sudu garam
1 sudu air kapur pekat

resepi ni shida dapat dari maksu shida. dia buat bisnes.



http://karangkraf.com.my/Saluran/Selera%20Online/Raya/imej/Dis300/loyang.jpg

KUIH ROSE/GOYANG

Bahan-Bahan:
1 ? cawan gula
3 cawan santan
2 biji telur
5 cawan tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Cairkan gula dengan telur kemudian tuangkan santan yang telah bercampur dengan garam yang telah larut.
2. Kemudian tuangkan tepung beras ke dalamnya dan kacau lagi hingga tidak berketul.
3. Panaskan minyak di dalam kuali bersama-sama dengan acuan sarang kueh rose/goyang hingga benar-benar panas.
4. Kecilkan api dan sedia untuk menggoreng.
5. Apabila bancuhan telah panas, celupkan acuan ini di dalam adunan tepung lalu dimasukkan ke dalam kuali yang sedang panas.
6. Setelah adunan ini lekang dari sarangnya, barulah diangkat dari kuali.

Kuih Ros/Goyang

2 cawan tepong gandum
2 cawan tepong beras
2 biji telor
1 1/2 cawan gula di masak dgn 1/2 cawan air
santan 1/2 biji kelapa
sedikit rose essence


ada gak org yg letak bijan


petua..
acuan tu rendamkan dalam minyak panas sebelum dicelupkan dalam adunan kueh tu..
memang pada awal percubaan masak kueh ni..acuan tu akan melekat..
tapi lama-lama dia kuranglah melakat..so yg melekat tu kira macam try an error lah tu...
so yg rosak tu sedekah ajelah pada ayam2 kat belakang rumah..
atau terpaksalah makan jugak..

[ Last edited byNoorMasri at 11-11-2006 06:58 AM ]

NoorMasri Publish time 29-5-2006 06:20 PM

http://i37.photobucket.com/albums/e66/idearimba/halwa5.jpg

HALWA BETIK

Bahan-Bahan:       

1 biji buah betik yang tua
1 kg gula pasir
1 bungkus gula batu        Sedikit kapur sirih
Sedikit pewarna hijau       

Cara:       
Buah betik dibuang kulitnya dan diukir bentuk daun atau ikut suka hati. Cucuk dengan pin rata-rata supaya air gula nanti boleh menyerap. Bila sudah siap, jerangkan air panas. Celur selama tiga minit, angkat dan toskan. Rendam dengan air kapur selama satu hari, angkat dan bersihkan. Masakkan gula anggaran 200 gm dan warnakan hijau. Bila gula hancur, sejukkan. Kemudian masukkan halwa tadi dan biarkan satu hari satu malam. Kemudian buang air gula tadi. Masak lagi anggaran 300 gm, buat serupa tadi juga. Esoknya jerang air gula tadi dan tambah gula. Bila sejuk baru masukkan halwa. Buatlah begini sampai nampak serap gulanya dan jemur hingga kering.

NoorMasri Publish time 29-5-2006 09:27 PM

idea asal: Cranko21
idea tambahan:LindaZA - RN


http://i48.photobucket.com/albums/f205/Penyulawa/gathering036.jpg

Paf Pisang Bermadu

Bahan:
Instant pratha - terap ikut bentuk yang disukai
Pisang (ari tu kita guna pisang berangan) - hiris membulat tidak terlalu nipis
madu - utk glazing

ambil pratha yang dah diterap, tempek kan hirisan pisang, glaze kan ngan madu.Dah siap semua, bakar hingga kekuningan.Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara untuk kekal crispy.

NoorMasri Publish time 25-10-2006 11:20 PM

http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/kgunting.jpg
kuih gunting

bahan-bahan :

300gm tepung gandum
8 pelepah daun kari - digunting halus
90gm margerin
2 sudu makan serbuk cili
100ml santan pekat - dari 1/2biji kelapa
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

bahan rempah - ditumbuk kasar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar

cara-cara :

1. satukan tepung gandum,rempah & serbuk cili
2. masukkan daun kari
3. gaul dgn margerin
4. masukkan santan & uli menjadi doh
5. bentukkan doh memanjang
6. gunting halus ke dalam bekas yg ditabur tepung
7. panaskan minyak & goreng hingga keemasan

sumber : majalah rasa oktober 2006

KUIH GUNTING

tepung gandum , biasaya buat sekilo
air garam
sedikit minyak masak-dalam secawan atau setengtah cawan (dipanaskan) kalo nak lembut, gantikan dengan marjerin yang telah dicairkan
blend kan - bawang merah (lagi banyak lagi sedap) + ikan bilis (kalo ganti udang kering pun sodap)
daun bawang/daun sup yang dipotong halus

cara

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:22 AM

Honey Roasted Nuts ..sedapppppppp..

ni resepi original..

Honey-Roasted Nuts

6 cups peanuts or any combination of pecans,
almonds, cashews, walnuts or mixed nuts
1/2 cup Sue Bee Honey
1/3 cup margarine
1 tsp. cinnamon
1 tsp salt (if using unsalted nuts)

Melt together honey and margarine. Pour over
nuts and mix. Spread mixture on a cookie
sheet and sprinkle with seasonings. Bake at
350 degrees for 15 to 20 minutes, stirring
several times, until golden. Spread mixture
onto waxed paper and cool completely. Break
nuts apart and store in an airtight container.

Tapi saya gantikan dgn sunflower seeds and instead of tuang mixture honey tu atas nuts, saya masukkan nuts dalam mixture honey and kacau.., lepas sebati baru la tuang dalam acuan pembakar

NoorMasri Publish time 11-11-2006 06:36 AM

KUEH KARAS

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras -halus
2 cawan gula -mengikut citarasa masing-masing
3 cawan air
Acuan kuih karas

Minyak untuk menggoreng

cara
1. Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air.
2. Kacau hingga sebati. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dan tuangkan bancuhan ke dalam acuan seperti membuat roti kirai.
3. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dan lipatkan ia. Kemudian toskan minyak.
4. Apabila sudah sejuk, simpan di dalam tin supaya kuih karas ini supaya tidak masuk angin

NoorMasri Publish time 11-11-2006 06:37 AM

KUEH KAPIT/GULUNG

Bahan-Bahan:
220 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
1 biji kelapa parut
5 biji telur
250 gm gula halus
2 cawan air
Sedikit garam
Acuan kuih kapit yang telah disapu minyak

Cara

1. Telur dan gula halus dipukul bersama hingga rata.
2. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama dan masukkan bancuhan telur ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
3. Seterusnya tuangkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi mesra.
4. Panaskan minyak bersama acuan kuih kapit sebelum menggoreng.
5. Tuang 1-2 camca adunan ke dalam acuan dan tekan ke dalam minyak untuk digoreng.
6. Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
7. Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan. .8 Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat dengan segera.
9. Biarkan ia sejuk sebelum disimpan

maisya Publish time 20-9-2008 07:41 AM

KUIH SIPUT

1 kg tepung
1/2 cawan margerin - cairkan
1 bijik telor saiz besar
11/2 cawan air
serbuk kari, garam secukup rasa
daun kari - potong halus
cili api - potong halus - tak bubuh pon tak per..

-gaul margerin dan telor dalam tepung gandum + cili api
-air + garam + serbuk kari..tuang sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil uli doh tu..(kalau masih keras...tambah air)
ambil secubit kecil..tenyeh ler pada acuan siput...dan goreng dlm minyak penuh...

maisya Publish time 20-9-2008 08:03 AM

http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/widarankeju.jpg

Widaran keju/telur gabus
Sumber : http://shinta-littlekitchen.blog ... ju-telur-gabus.html

Bahan :
250 gm katakuriko(tepung kentang)/tepung ubi
2 biji telur dipukul sedikit dengan garpu
50 ml air/santan/susu cair
50 gm keju cheddar/edam diparut
1 sdt garam halus
Minyak untuk menggoreng.

Cara membuat :
1. Campur tepung, keju dan garam lalu aduk rata.
2. Masukkan telur dan air+susu sedikit demi sedikit sambil diuli sampai adunan boleh dibentuk.
3. Siapkan 2 kuali yang berisi minyak masak. Ambil sejemput adunan, bentuk dgn kedua telapak tangan hingga berbentuk bulat panjang. Masukkan hasilnya di salah satu kuali.
4. Panaskan dengan api kecil kuali yang telah cukup penuh adunan, goreng hingga kuning kecoklatan. Lalu angkat dan biarkan minyak di kuali kembali sejuk.
5. Sementara itu penuhkan kuali yang 1 lagi dengan adunan yang telah dibentuk.
6. Simpan kuih di dalam bekas kedap udara.

Nota : Adunan ini akan mengembang bila digoreng.
Pages: [1] 2
View full version: [kompilasi] KUDAPAN


ADVERTISEMENT