NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:45 AM

[kompilasi] PENCUCI MULUT

Agar-agar cocktail

1 peket agar-agar
air secukupnya
1 tin susu cair
gula secukupnya
1 tin fruit cocktail - disejat sirapnya
daun pandan

agar2 dimasak bersama air n daun pandan sampai larut..
masukkan gula n susu cair..kacau bior larut
masukkan fruit coctail kacau sebentar then masukkan ke dalam acuan
sejukkan..

[ Last edited by NoorMasri at 18-9-2005 06:45 AM ]

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:47 AM

Almond Jelly

bahan:
serbuk agar-agar12g
susu                   300g
air                      700g
almond essence   10g
cerry                  secukupnya
kiwi                  secukupnya
oren                   secukupnya


method:
1.panaskan susu ngan air, lepas tu tuangkan serbuk agar2 dan gaul rata
2.panas hingga lebih kurang 90degree C, sampai semua agar2 dah tak berlump...tutup api
3.masukkan almond essence...biar sejuk/beku
4.masak syrup dengan nisbah 1:1 bagi air ngan gula
5.potong almond jelly dan buah2an into cube...tambah syrup...dah boleh makan

Variasi

almond jelly dipotong bentuk diamond..
served dgn longan/laicior fruit cocktail dlm cool basic syrup n ice cubes

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:48 AM

Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka

Bahan A
2 cawan sagu
5 cawan air
Cara
panaskan ir sehingga mendideh. Bersihkan sagu dan masukkan kedlm air yg mendideh.
masak sagu sehingga jerneh. Angkat dan masukkan sagu dalam acuan kecil.
sejukkan dalam peti sejuk


Bahan B
3 cawan santan
1 cawan gula 1 cawan tepung kastad
Cara
Panaskan santandan gula sehingga mendideh.
Masukkan tepung kastad. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Bahan C
1 keping gula melaka
1 cawan air
beberapa helai daun pandan
Cara
Masak bahan ini sehingga mendideh dan sejukkan.


Cara menghidangkan.
1. Keluarkan sagu dari acuan..masukkan dalam mangkuk kecil.
2. Tuangkan air gula dan adunan kastad.
3. Hiaskan dengan ceri merah.
4. Sejukkan sebelum dimakan

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:50 AM

Creme Caramel

basic creme caramel

Bahan-bahan :
5 biji telur
1 tin susu pekat
1 tsp tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air suam
vanilla essence
1 cawan gula - dihanguskan + air sket aje
hirisan badam yg di sangrai utk hiasan..
fruit cocktail

panaskan pengukus atau ketuhar
Pukul telur hingga sederhana kembang then masukkan susu pekat..pukul lagi
masukkan bancuhan tepung jagung dan esen vanilla
gula hangus diratakan di dalam mangkuk kaca tahan panas
tuang adunan telur yang telah dipukul tadi ke mangkuk kaca perlahan- lahan
kukus atau bakar hingga masak..
biar sejuk n terbalikkan..tabur dgn hirisan badam dah tuangkan fruit cocktail di sekeliling puding

kalau bakar di dlm oven.. ade 2 cara
i] bakar cam biasa
ii] bakar secara steam bath - letak loyang berisi air ke dlm ketuhar..mangkuk kaca masukkan dlm loyang tersebut

kalau taruk dlm mangkuk kaca kecik kecik lagi lawo..
kalau dust sket dgn gula icing..nampak cam snowy..tapi just before nak serve laa

variasi

i] dlm adunan telur tu leh taruk orange/lemon rind
ii] bleh taruk nescafe sket..utk creme caramel perisa kopi
iii] instead of tepung jagung leh taruk tpg kastard..4 kaler n rasa custard..pastu leh buat custard sos
iv] leh taruk kismis dlm adunan telur tu
dan lain lagi variasi yg sewaktu dgnnyer..

Creme Caramel

I think ada previous thread pasal caramel kastad, but this is another version yg tidak ada campuran tepung kastad or buah.....pretty easy actually.....

Caramel
1 cup sugar
1/4 cup water

Custard
4 cups milk, warmed
1/2 cup sugar
6 eggs
1 1/2 teaspoons vanilla essence

Cara buat caramel:
1.Preheat oven to 180C.Brush eight 1/2 cup capacity ovenproof ramekins with melted butter (or boleh juga gunakan 1 big baking pan).
2.Place sugar and water in medium pan.Stir over low heat until sugar dissolves.Bring to boil, reduce heat and simmer 5 - 10 mins or until mixture turns caramel.Remove from heat.Pour a little hot mixture over base of prepared dishes and swirl to cover base.

To make custard:
1.Place the milk and sugar in a pan and stir gently over low heat until sugar has dissolved.
2.Whisk together eggs and vanilla for 2 mins, stir in warm milk.
3.Strain mixture into jug.
4.Divide the egg and milk mixture between the moulds and place in a baking dish (or 1 baking dish).
5.Pour in hot water to come halfway up the sides.
6.Bake 30 mins or until custard is set and a knife comes out clean when inserted (It may take longer kalau pakai satu baking dish....40 - 50 minutes).
7.Cool, refrigerate at least 6 hours before serving.
8.To unmould, run a knife around the edge of each custard and gently upturn onto the serving plate.


Creme Caramel (with cream)

another version....

3/4 cup (165g) caster sugar
3/4 cup (180ml) water
6 eggs
2 teaspoons vanilla essence
1/3 cup (75g) caster sugar, extra
1 3/4 cups (430ml) milk
300ml cream

1.Combine sugar and water without boiling, until sugar is dissolved.Boil, uncovered, without stirring, about 5 mins or until sugar is golden brown.Pour syrup into 20cm round cake pan.

2.Whisk eggs, essence and extra sugar in medium bowl.

3.Combine milk and cream in a pan, stir over low heat until mixture almost boils.

4.Gradually whisk hot milk mixture into egg mixture, strain into jug; pour mixture over caramel in pan.Place pan in baking dish with enough boiling water to come halfway up sides of pan.

5.Bake in 150C for about 40 minutes or until custard is just set.Remove pan from water, cool to room temp.Cover, refrigerate overnight.

Creme Caramel ala2 Goyang/Gelek Gerudi

3/4 c. gula > buat caramel mcm biasa

2 c. susu low-fat--------------] panaskan sebentar
1 c. susu sejat-----------------] dgn api kecil, sejukkan
kulit limau (dari 1/2 biji)-----] dan buang kulit limau.
1/2 c. gula caster-------------]
4 biji telur
2 biji telur putih
1/2 sudu teh esen vanilla


1)Tuangkan caramel dlm acuan. Biar sejuk.

2)Sementara itu, ramaskan telur dan esen vanilla dlm campuran susu tadi hingga sebati.

3)Masukkan dlm acuan dgn penapis.

4)Water bath baking:
Tuangkan air panas dlm tin. Masukkan acuan berisi creme caramel tadi didlmnya..Bakar selama 40-45 dgn suhu 160'c

Cara Kukus: kukus selama 40-45 minit (jgn lupe tutup ngan plastik atau foil)

5)Sejukkan dulu betul2 seblum dikeluarkan dari acuan.

Kastad Caramel

http://img.photobucket.com/albums/v193/hanieliza/food/DSC05383.jpg

Bahan:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal
5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

1 tin fruits cocktail...untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail.
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.


PUDING GULA HANGUS (KARAMEL)

Bahan-bahannya:

Bahan (1)

-10 biji telur
-3

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:53 AM

Puding Rindu Bayangan

bahan-bahannya:
1 peket agar-agar
1 cawan gula
1 tin koktail campuran
1 tin laici (buah laici dipotong dadu)

3 sudu tepung kastad
1 paket sumi (warna-warni dipotong dadu)

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:58 AM

http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/PudingRoti.jpg
Puding Roti

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk   
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis)            
2 sudu besar butter               
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam


CARA:

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

Sos kastard

bahan-bahan
I tin susu cair
1 sudu beso tepung kastard
2 sudu beso gula

cara;
masukkan semua bahan lam periuk, panaskan lam api kecil gaul hingga pekat macam sos. di makan bersama puding roti.


Puding Roti Cheese

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk   
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus            
1 block cream cheese 250gm   

C.      
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar kastard


CARA:

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau cream cheese dan gula ngan mixer hingga lembut
3. masukkan bahan C dan gaul rata
4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5.lepas tu keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik dalam 1/2 jam
6.kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama

Pudding Roti

Ingredients:

8 keping roti ( seeloknya 2-3 days old, roti baru terlalu lembut, nanti hancur)
Butter
3 biji telur
500ml susu
setengah cawan gula putih
setengah cawan kismis hitam direndam dalam sedikit orange juice
vanilla essence
2 sudu besar brown sugar (optional)

Methods:

Potong roti kepada segitiga (buang kerak roti? ikut suka, I like it, add more flavor) Sapu butter di kedua2 belah roti.Rendam roti dalam susu +-2 jam, lepas tu squeeze out he milk, susu tu jangan buang! Pukul telur dan gula putihsampai kembang, tambah vanilla essence. Campurkan susu tadi. Aturkan roti berlapis2 didalam baking pan yang dah di sapu butter.Tapis kismis, tabur diantara lapisan roti. Curahkan custard mixture tadi dan akhir sekali tabur brown sugar diatas sebelum bakar didalam oven dgn suhu 220C sehingga masak.

Nota: Kismis direndam supaya tidak tengelam kebawah dan menjadi terlalu kering.
Kalau ada tidakmakan manis, tak perlu masukkan gula. Cuma selepas siap dimasak, sediakan simple syrup untuk org yang makan manis tuang diatas bread pudding ini. Simple syrup is gula + air yang dimasak hingga larut.


Puding roti

bahan-bahannya:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

cara membuatnya:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan

[ Last edited by NoorMasri at 19-9-2005 05:57 AM ]

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:58 AM



Puding Belang

Bahan2nya:-

10 biji telur ayam
230 g mentega
1 tin susu manis
20 keping biskut lemak
60 g air panas

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:59 AM

PUDING JAGUNG

http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/pudingjagung30.jpg

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara membuatnya:

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll


Puding Jagung

Bahan-Bahan:
1 liter susu segar
150 gm gula 130 gm tepung kastard
1

NoorMasri Publish time 18-9-2005 05:59 AM

PUDING LABU

http://img.photobucket.com/albums/v622/hanieliza2/PudingLabu.jpg
bahan
1/2 biji labu
1 cawan gula
2 cawan tepung kastad
3 cawan santan/fresh milk
5 biji telur
1 s/t vanilla

cara
1. Buangkan kulit dan biji labu. Parutkan.
2. Gaulkan semua bahan dan kukuskan selama 1 jam.
3. Sejukkan dan potong.
4. Hidangkan

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:00 AM

PUDING BUAH SOS OREN/MANGGA

Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.


Bahan untuk sos Oren/Mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt perasa oren atau mangga
1 liter jus oren atau mangga

Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:02 AM

http://img63.photobucket.com/albums/v193/hanieliza/food/DSC05002.jpg

salad buah-buahan..

Sesuai dijamu sebagai dessert untuk buka posa atau jamuan open house raya nanti..

Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
1 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
buah prune
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/sb42.jpg

gambar ehsan NoorMasri

[ Last edited byNoorMasri at 31-12-2006 03:21 AM ]

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:03 AM

http://img82.exs.cx/img82/2982/d045qf.jpg

Fak Thong Sang-Ka-Ya (Puding Kastad Labu)

Originated from Thailand. Sedap dan simple sgt puding ni.. x rugi apape klo try...

Bahan2:
1 biji labu kuning (saiz kecil)
5 biji telur itik/telur ayam (gred A)
1 c. santan, dari 1 biji kelapa
1/2 c. gula

Cara2:
Pukul telur dgn santan dan gula hingga larut dan sebati.

Potong bahagian atas labu kuning (mcm teapot), buang biji dan bersihkan.
Tuangkan adunan santan dan kukus 25-30 minit. Sejukkan sebelum dihidang.


versi 2

biasanya saya akan masukkan gula merah dan kalau suka boleh letakkan perahan air daun pandan atau perasa pandan untuk hilangkan bau telur..

selain dikukus saya juga pernah bakar labu begini.lebih garing dan wangi..

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:04 AM

PUDING KASTARD BERKUAH

Bahan-bahan Puding:-

-1 cawan kastard
-41/2 cawan air sejuk
-1/2 cawan gula
-1 cawan susu cair
-kismis

Cara Menyediakan puding:-

1.Bancuhkan tepung kastard dengan air sejuk dan panaskan diatas api yang
   perlahan kacau selalu.

1.Bila melegak masukkan susu cair dan kismis kacau sehingga pekat dan
    masak

2.Padamkan api dan curah kedalam loyang. Sejukkan


Bahan-bahan Kuahnya:-

-1/2 tin laici atau fruit cocktail
-1 cawan susu cair
-1/2 tin air laici
-I cawan air
-1/2 cawan gula


Cara Menyediakan kuah puding:-

1.Campurkan semua bahan kedalam periuk dan gaul sebati sehingga
   melegak dan padamkan api.

2.Sejukkan dan boleh lah dihidangkan bersama puding



Puding Kastard Berkuah..

1 tin tpg kastard
4 tin air (tin tpg kastad)
* klu yg suka letak susu cair, masukkan 1 tin susu cair, 3 tin air..
sedikit gula.. (klu suka.. biasa sue tak letak gula sebb nak mkn ngan kuah dia)
sedikit agar serbuk (dlm 2 sudu teh.... dimasak & masukkan sekali dlm adunan)

masukkan sumer bhn dlm periuk.. dah kacau rata baru letak atas dapur.. (make sue tpg ngan air tu dah sebati baru idupkan api klu tak ia akan berketul)...adunan ni memang selalu kena kacau.. klu tak ia akan bergentel2.. kacau sampai likat & berkilat.. bila dah msk tu biasanya ia akan keluar buble.. (meletup).. masukkan dlm bekas & sejukkan..


kuah..
1 tin susu cair
1 tin buah campur
1 sudu tepung castard (gaul dulu dgn sedikit susu supaya tak begentel)

sumer ni masak atas api sampai sebati..

[ Last edited by NoorMasri at 25-9-2005 03:45 AM ]

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:05 AM

DESERT BUAH BUAHAN DEL-MONTE


Bahan-bahannyer:

- 1 tin besau buah campur del monte
- 1 tin susu sejat - ader juga orang tak tau susu sejat ney susu yg tawar tu
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu esen vanila
- 1 peket jelly segera perasa strawberry
- 1 sudu buttercup - takder pun takper ney hanya nak kilatkan
- 3 sudu besar tepung castard - dibancuh bersama air sejuk jadi kan secawan

Cara 1:-

- Bancuh jelly segera dengan air panas yang mendidih ikut cara cara pada
kotak yang disediakan dan sejukkan sehingga beku biarkan dlam peti ais
dulu sementara kiter menyediakan cara 2.

Cara 2. Menyediakannya:

1.Mula tebuk tin buahan campur asingkan air dan buah, masukkan air buah
   kedalam periuk campurkan dengan susu tadi dan panaskan diatas periuk
   kacau sentiasa

2.Bila melegak masukkan buahan campur tadi dan gula, esen vanila dan
   juga butter kacau seketika dan campurkan bancuhan tepung castard.

3.Kacau sehingga pekat tutup api biler biarkan 5 minit dan tuangkan di atas
   jelly yang telah beku tadi dan sejukkan

4.Bile sejuk boleh lah di sendukkan di mangkuk mangkuk kecil enak sebagai
   pencuci mulut.

[ Last edited by NoorMasri at 25-9-2005 03:37 AM ]

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:08 AM

Puding Sukma

Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar(37.5gm)
2 biji telor
15 gm gula
1 gelas horlick (175 gm)
1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh pati pandan
1/2 sudu teh warna hijau
1/2 sudu teh garam
air mengikut banyak agar-agar

Cara-caranya:

1. Agar-agar direndam hingga kembang kemudian ditoskan lalu dimasak bersama gula hingga larut kemudian ditapis.

2. Ditempat berasingan pukul telor, kemudian masukkan susu cair gaul rata, setelah itu masukkan garam, tepung jagung dan horlick gaul lagi akhir sekali masukkan susu manis dan gaul hingga sebati. kemudian ditapis.

3. Tuangkan adunan telor tadi kedalam agar-agar dan masak hingga pekat. Semasa memasak hendaklah dikacau-kacau selalu agar tidak hangus.

4. Apabila adunan tadi telah pekat, angkat dan bahagi dua. Satu adunan masukan air pandan dan warna hijau dan satu lagi warna asal.

5. Sediakan acuan, masukkan adunan warna asal setelah setengah beku baru dimasukkan adunan warna hijau. Biarkan beku baru dihidangkan.


Boleh juga menggunakan satu warna sahaja

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:13 AM

Puding Roti


telur 3 biji.. dikacau ngan susu cair + gula...
campurkan esen vanilla..
pastuh tuangkan dlm bekas yg telah siap di susun
roti gardenia... pastuh taburkan badam ngan biji gajus yg telah dihiris...
pastuh bakar...
sedap....


PUDING ROTI YOGURT SOS OREN

Bahan
6 keping roti
2 s/b kismis
4 biji telur
2 s/b gula perang
1 cawan yogurt perisa buah aprikot
mentega

Cara
1. Roti disapukan mentega dan potong dadu
2. Susunkan separuh roti dalam loyang dan taburkan kismis.
3. Ulang lapiskan roti sehingga habis.
4. Pukul telur dan gula sehinggan sebati.
5. Masukkan yogurt dan gaulkan sebati.
6. Curahkan atas roti dan biarkan selama 1 jam.
7. Masukan loyang dalam loayng lebih besar yg beisi air.
8. Bakarkan selama 1 jam dalam suhu 180'C.
9. Bila telah masak angkat dan sejukkan.
10. Hidangkan bersama dengan sos oren.

SOS OREN

bahan
1 cawan gula
2 s/bmentega
1 s/b tepung kastad
1/2 cawan air
1/2 cawan oren jus sunquik

Cara
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Masakkan atas api sederhana sehingga pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi selama 5 minit dan sejukkan.
4. Hidangkan dengan puding roti.


WHITE CHOCOLATE PUDDING

Pudding
3 cup Whipping cream
300 g White chocolate
1 cup Milk

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:14 AM

agar-agar kepala santan

selalu kakak lepat buat agar2 ni as pencuci mulut di pagi raya..

bahan2
agar2
santan pekat
air
daun pandan -blend..ambik air
telur
gula
garam - skit je

cara

-masak agar2 ngan air..make sure agar2 dah betul2 cair.. baru masukkan gula
-pd masa yg sama blendkan santan ngan telur
-bila gula dah larut..masukkan campuran santan+ telur, air daun pandan n skit garam
-tunggu hingga semua campuran ni betul2 mendidih - kl nampak campuran telur ni dah naik..cam terapung2 kt atas..tutupkan api..then masukkan dalam loyang..

ps:kl nak letak kaler lain..letak je daun pandan masa masak agar2 tu..takyah blend..

untuk sukatan resepi di atas:
bab sukatan ni den lemah skit..sbb biasa kt umah main dok tanya akak..ingat2 lupa..

agar2 - 1 tahil..
air - 6 gelas
santan pekat -1 gelas
gula - yg ni x sure..rasa cm 1 1/2 gelas..
telur - 2-3 bijon


ps:gunakangelas saiz yg sama utk sukat bahan2 tu


Agar-agar Santan

Bahan2 :
1 tahil agar-agar
2 biji telur
5 cawan air
1 cawan gula (ikut rasa)
1 kotak santan (KARA)
3 ikat daun pandan - disimpul
secubit garam & warna kesukaan (merah, hijau)

Cara :
Jerang agar-agar dgn 5 cawan air dan daun pandan hingga hancur dan
mendidih. Keluarkan kotoran diatas agar-agar sedikit-sedikit dgn senduk. Masuk gula, kacau lagi. Bancuh telur hingga berbuih sedikit dalam mangkuk sedang.
Masukkan santan ke dalam mangkuk telor dgn secubit garam. Bancuh sedikit lagi.
Bila agar-agar tu dah menggelegak, barulah dituangkan bancuhan santan-telur.
Letak warna yg disukai. Kecilkan api. Gaul rata agar-agar dan biarkan sebentar
hingga mendidih lagi. Matikan api. Sediakan loyang yg telah dibasahi dgn sedikit
air. Tuang agar-agar dan biarkan hilang panasnya barulah dimasuk dalam peti ais.
Dah boleh hidang.




Agar-Agar Santan

Bahan-bahannya
- 1 peket agar-agar - direndam biar kembang
- 1 buku gula melaka - cairkan
- 1 atau 2 cawan Gula pasir - ( ikut suka kemanisannya )
- Beberapa ketul gula batu - untuk mengilatkan agar2 kita dan mengenyalkan.
- 1 biji kelapa - kalau boleh santannya biar pekat atau 1 peket santan serbuk pun boleh hendaklah cairkan )
- 2 biji telur ayam - dipukul hingga kembang
- 1 helai Daun pandan
- 8 cawan air - sukatan 8 cawan ni termasuklah santan sekali
( air + santan = 8 )

Cara-caranya :
1. Didihkan air biasa. Masukan agar-agar. Masak sampai agar-agar hancur
atau larut.
2. Sementara itu cairkan gula melaka tadi. Tak perlu guna air banyak
sangat.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkan kedalam santan.
4. Apabila agar-agar sudah larut sepenuhnya, bolehlah masukan gula
pasir dan gula batu serta gula melaka yang dicairkan tadi. Biarkan mendidih
beberapa minit.
5. Tutupkan api. Tapislah agar-agar yang sudah dimasak tadi.
6. Didihkan kembali agar-agar. Masukan santan yang sudah dicampur
dengan telur. Biarkan mendidih dan kacau sentiasa.
7. Akhir sekali tuangkan kedalam acuan dan biar agar-agar beku.
8. Apabila beku akan terjadi dua lapisan santan diatas dan yang jernih
dibawah.

TIPS: utk mengenyalkan agar-agar supaya agar2 kita jadik berkilat, pejal dan kenyal hendaklah dicampurkan sedikit gula batu...


AGAR-AGAR SANTAN

Bahan
1 peket agar-agar
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
2 biji telur ayam
1 helai daun pandan


Cara
1. Masakkan agar2 dengan air dan daun pandan sehingga mendideh.
2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendideh lagi.
3. Tapiskan agar kedalam periuk lain. Biarkan mendideh lagi.
4. Gaulkan telur dengan santan sehingga sebati. Tapiskan.
5. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendideh sekejap.
6. Angkat adunan dan tuangkan dalam acuan.
7. sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:18 AM

PUDING BUAH SOS OREN/MANGGA

Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.


Bahan untuk sos Oren/Mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt perasa oren atau mangga
1 liter jus oren atau mangga

Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.


Puding Sempoi Pinat

Bahan-bahan
   1 tin susu cair
   1 tin fruit cocktail
   sebiji kek sponge beli kat Giant ker..memana lah
   2 sudu tepung kastard
   secubit garam

cara
1. potong kek kpd beberapa potongan sederhana besar,susun dalam mangkuk .
2.bukak tin cocktail dan tuang air dia atas kek ,biar air tu serap kat kek tu..
buah dia asing kan dulu..
3. Masukkan tepung kastard dan susu cair dlm periuk kemudian panaskan susu cair atas api sederhana sampai pekat sikit..pastu masukkan garam secubit dan buah-buahan.Padamkan api
4.Tuang jer campuran susu tu dlm mangkuk kek tadi..tunggu sejuk atau masukkan dlm peti sejuk..dah sedia untuk di hidang..



Puding Buih

Agar-agar

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:19 AM

Puding nenas

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/PdgNenas.jpg

Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 mug air
1 tin buah nenas gelang
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkantadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya.



PUDING MARBLE

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/PdgMarble2.jpg

Bahan:
1 peket agar-agar
6 mug air
2 cawan gula      
1 tin susu cair               
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan adunan putih keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik...

PUDING KACANG MERAH SOS COKLAT

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/PdgKcgMerah1.jpg

Bahan-bahan
1 bungkus agar2 ..rendamkan
5 mug air
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
200 gm kacang merah
1/2 cawan tepung kastad

hiasan..
1 tin fruit cocktail

SOS COKLAT
250 gm cooking choklat
1 s/b gula
1/2 cawan susu cair/whipping cream
2 s/b minyak/majerin

Cara
1. Masakkkan agar2 dan air sehingga hancur dan mendideh.
2. Masukkan gula dan tapiskan.
3. Bancuhkan tepung kastad, susu cair dankacang merah.
4. Kacau rata dan biarkan mendideh sikit.
5. Masukkan adunan dalam acuan dan sejukkan.
6. Hidangkan besama sos coklat dan fruit cocktail.

Cara buat sos coklat
1. masukkan semua bahn kecuali minyak/majerin dalam mangkuk tahan panas dan masakkan dalam kuali berisi air..secara double boiler.

[ Last edited by NoorMasri at 25-9-2005 03:43 AM ]

NoorMasri Publish time 18-9-2005 06:20 AM

PUDING CENDUL

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/PdgCendul2.jpg

Bahan-bahan
1/2 paket agar2
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.



PUDING DURIAN

http://img.photobucket.com/albums/v512/so_da/P1010021.jpg

8 gelas air
1 paket agar-agar (dalam majalah tu dia guna s'pai 3 pekat)
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 buku gula melaka dicarikan
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan
1 cawan isi durian

Cara-cara membuatnya:-

1) Masakkan air daun pandan, gula, gula melaka dan agar-agar dgn 8 gelas
    air dan biarkansampai mendidih.

2) Masukkan susu dan kacau hingga rata.

3) Kemudian masukkan santan dan kacau hingga rata

4) Masukkan isi durian dan kacau s'pai sebati.

5) Masukkan aduanan ke dalam loyang atau mengikut bentuk sesuka hati.

6) Biarkan hingga beku dan boleh la dihidangkan.
Pages: [1] 2 3
View full version: [kompilasi] PENCUCI MULUT


ADVERTISEMENT