maisya Publish time 3-11-2008 10:42 AM

Telur Dadar Berkuah

(resepi utk 2 orang makan)
1 biji telur(digoreng dadar, digulung dan dipotong dlm 1/2 inci tebal)
1 biji ubi kentang (dihiris nipis dan digoreng mcm nak buat kerepek)
1 tin kacang peas/ baked beans
1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
sos tomato
1 sudu kecil tepung jagung (dicampur dgn 1 cwn air)
sedikit minyak

goreng bawang besar, masukkan sos tomato (agak2 byk mana kita nak kuahnya)...
lepas tu masukkan air + tepung jagung...renihkan.
masukkan kentang dan telur serta kacang peas/baked bean.
masak sampai kuah dah pekat.
bila dah masak boleh dihidangkan dan dimakan dgn roti atau makan begitu saja..

maisya Publish time 3-11-2008 10:52 AM

Telur Dadar Berinti

Buat telur dadar.
Lepas tu, isi ikan tenggiri yg dah lumat dicampur dgn cili merah, bawang putih+bawang merah, sedikit halia (optional) & garam.
Lepas tu sapu atas telur dadar & roll.
Baru steam hingga masak.
Bila dah masak potong melintang & hidangkan bersama sos.

maisya Publish time 3-11-2008 10:55 AM

Telur Masak Ceplok

telur masak ceplok-kitorg adik beradik bagi nama ni..sbb dia ringkas tapi kaw2 rasa dia

bahan2..
telur-ske ati nk brape biji-biasa 2/3 bj
cili api   5/6 bji rasa2 nk berpinar biji mata tambah lagi
bwg putih1/2 ulas
bwg merah1 bj-potong bulat
gula 1/4 sudu besar-sbb pedas
garam scukup rase
kicap 1 sudu besar

cara2..
1) tumbuk ,cili,bwg putih -pastu tumis cam biasa
2) masukan bwg d potong bulat,gaul2 skett n masukan telur tapi biar je jangn gaul
3) masukan garam,gula n gaul ala2 kadar supaya sbati rasa
4) agak2 telur dh nampak nk masak curahkan kicap tu ala2 kadar n angkat

maisya Publish time 3-11-2008 10:59 AM

http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/toufutelur.jpg

Tauhu Telur

2 biji telur
200ml susu soya
garam

gaul rata semua bahan dengan perlahan supaya tak berbuih. Tapis dan tuang dlm bekas. Kukus dengan api perlahan 15 minit

*maybe boleh lapiskan bekas dengan plastik tahan panas supaya senang nak dikeluarkan, masa maisya buat tu just tuang terus dlm bekas ... susah plak nak keluarkan so jadik pecah-pecah sikit.
*better guna susu soya yg buat sendiri/yg tanpa gula sebab maisya guna susu soya dlm kotak tu...jadik manis le plak

selepas dipotong dan digoreng
http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/toufutelur2.jpg

maisya Publish time 3-11-2008 11:00 AM

Telur masak taucu.

(Bahan A)
sedikit halia (dhiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
3 sudu taucu

(Bahan B)
4 batang sayur buncis (dipatahkan 4)
air asam jawa
2 biji cili merah atau cili padi klu ingin lebih pedas
1 sudu sos tiram
3 biji telur (mata kerbau)
Garam secukup rasa

Tumis Bahan A hingga naik bau, dan masukkan bahan Bkesemuanya. Siap utk dimakan...
Pages: 1 2 [3]
View full version: [kompilasi] TELUR


ADVERTISEMENT