Tulip04 Publish time 30-6-2005 10:27 PM

Test utk Pegawai eksekutif G7 LHDN Malaysia

Tulip dpt info untuk sesapa yang ada apply jawatan cam penaksiran, pentadbiran dan IT lebih kurang bulan 3 or bulan 4 aritu dah kuar. Heheh rajin-rajin leh tengok name memasing kat website lhdn.... kepada sesapa yang ada nama tu good luck utk exam ye... utk application senarai kl, slangor, johor, perak dll yg tade this week...akan kuar next week... (huhu termasuk tulip... ntah dpt ntah tak uwaaaaaaaaaa... kalo dpt exam nih... bertambah lagik koleksyen exam tulip... asik pi exam jek.. dptnye idak huhu... apelah nasib)... semer jawatan kerajaan pun skang dah macam nak masuk ptd ahak... kat bawah nih ader tip2 yg tulip dpt dari forum lain...

PEPERIKSAAN PENILAIAN KE SKIM PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 7 LHDNM


LHDNM adalah agensi pemungut cukai yang terulung di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Skop perkhidmatan dan penguatkuasaan LHDNM adalah meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, pembinaan, perkilangan, industri, kejuruteraan, hartanah, perkapalan, petroleum, pengangkutan dan lain-lain bidang yang termasuk dalam Akta Cukai Pendapatan dan lain-lain akta yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, LHDNM memerlukan Pegawai Eksekutif yang mempunyai kemahiran dalam kesemua bidang yang berkaitan terutama sekali kemahiran dalam bidang audit dan penyiasatan selepas Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat dan persendirian dilancarkan. Ukuran fizikal dan tahap kecergasan adalah juga menjadi pengukur kepada kemampuan calon untuk menjadi seorang Pegawai Eksekutif di LHDNM kerana lebih banyak penguatkuasaan akan dijalankan untuk memastikan pembayar cukai membayar cukai-cukai yang tertunggak dan memastikan kutipan cukai sentiasa mencukupi setiap tahun untuk menjana pembangunan negara.

Peperiksaan kelayakan ini bertujuan menguji kebolehan calon berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah diperoleh melalui latihan dan pembelajaran akademik, pembacaan bahan-bahan ilmiah dan pengalaman dalam sesuatu bidang sama ada semasa bekerja ataupun ketika menyertai kegiatan persatuan/kelab.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan tahap potensi calon untuk menjadi seorang Pegawai Eksekutif di LHDNM. Sesuai dengan skop perkhidmatan LHDNM yang luas, soalan-soalan yang dikemukakan adalah meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan bukan hanya tertumpu pada bidang percukaian dan perakaunan.

Keputusan dalam peperiksaan ini akan menjadi pengukur kepada kemampuan dan pengetahuan calon dalam pelbagai bidang sesuai dengan bidang kerja sebagai Pegawai Eksekutif di LHDNM. Hanya calon yang mendapat markah tertinggi adalah layak untuk dipanggil ke Bengkel Penilaian di mana calon akan dinilai pula dari segi kemampuan dan ketahanan fizikal serta kemahiran praktikal dalam bidang yang berkaitan. Calon-calon yang layak dan berpotensi seterusnya akan dipanggil ke temu duga sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan LHDNM.

PANDUAN UJIAN KELAYAKAN

1. Ujian ini mempunyai 100 soalan berbentuk objektif dan terdapat 4 pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang terbaik dan tepat dan kemudian hitamkan jawapan di dalam kertas jawapan yang telah dikhaskan. Masa yang ditetapkan untuk ujian kelayakan ini ialah selama 2 jam.

2. Di hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut:

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
ii. Kad Pengenalan
iii. Pensel 2B (Sekurang-kurangnya 2 batang), pen dan getah pemadam lembut
iv. Kalkulator / mesin kira-kira

3. Setiap helaian kertas ujian mengandungi soalan dan arahan. Sila baca soalan dan arahan yang diberikan dengan teliti.

SUKATAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan merangkumi topik-topik seperti berikut :

A. Pengetahuan Teori-Teori Pengurusan
B. Sejarah, Sistem Pentadbiran, Perundangan dan Kehakiman Negara
C. Dasar-Dasar Pembangunan Dan Integriti Negara
D. Pengetahuan mengenai Teknologi Maklumat
E. Pengetahuan mengenai Perakaunan, Percukaian, Ekonomi dan Kewangan
F. Kemahiran Matematik dan Pengiraan
G. Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
H. Kefahaman berkenaan esei-esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
I. Isu-isu semasa di dalam dan di luar negara.

SENARAI BUKU UNTUK RUJUKAN/PANDUAN

A. Malaysia Kita (Sejarah, Pentadbiran, Dasar dan Pembangunan Negara) Terbitan International Law Book Services.
B. Negara Kita (Sejarah, Pentadbiran, Dasar dan Pembangunan Negara) Terbitan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
C. Sejarah Malaysia Terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
D. Pelan Integriti Nasional Terbitan Institut Integriti Malaysia.
E. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 (Akta 533)
F. Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) & kaedah-kaedah
G. Laman Rasmi LHDNM di www.hasilnet.org.my

sipuDina Publish time 1-7-2005 01:51 AM

Originally posted by Tulip04 at 30-6-2005 10:27 PM:
Tulip dpt info untuk sesapa yang ada apply jawatan cam penaksiran, pentadbiran dan IT lebih kurang bulan 3 or bulan 4 aritu dah kuar. Heheh rajin-rajin leh tengok name memasing kat website lhdn.... ...




pergh!:cak: sana sini exam..betulla tulip bertambah la susunan exam kekeke..

aritu ade apply tapi rasenya tak lepas la kot kalo ikut bab ketinggian dah memang fail!:stp:..tak tau la kot kalo die bagi p amik gak exam..

exam die cam lebih kurang cam ptd la plak..papehal good luckla kepada sape yg amik exam tu nanti:pray:

EtchedGlass Publish time 1-7-2005 09:01 AM

Tulip ...thanks for the tips.....

tulip apply taksiran, admin or IT ?

juanalisa81 Publish time 1-7-2005 09:22 AM

kita mintak admin..tapi x de pon senarai untuk calon kl/selangor..x berjaya ke kita??

Tulip04 Publish time 1-7-2005 10:50 AM

tulip apply admin.... juana.. kalo negeri2 yg takde dlm list tuh blom list out lagi... next week baru ada... tulip kat johor.. dok tengok senarai dr awal sampai abis tade plak calon dr johor huwaaaa diskriminasi kekekeke pastu tanye kawan yg keje sane dia kater ader beberapa negeri dah list out tak sempat nak publish jek tapi surat panggilan utk amik exam nih depa dah pos.... depa kata exam 26/7/05.huhu tataulah tulip nih tersenarai atau tak huwaaaa...
ingatkan sape apply penaksiran jek kene exam... upenye tahun nih tukor format lak aduisshhh ...

juanalisa81 Publish time 1-7-2005 11:48 AM

owhh..thanks tulips...takut ju isi form salah je trus dowang rejek...hehehe....

juanalisa81 Publish time 2-7-2005 11:37 PM

alhamdulillah..juana dapat g test....serunutnyaaaa.....tulip?how bout u?

Hana Publish time 3-7-2005 08:33 PM

ala...hana dapat ke tak?? :(
kena tunggu esok...ishh...:pray:

d34n Publish time 4-7-2005 10:57 AM

yessss... nama aku ada.. bertambah panjang la senarai test gomen yg aku pernah pegi... lepasnye tak pernah...:P:P

Tulip04 Publish time 4-7-2005 11:18 AM

aduii samela kiter dean... asik test aje huwaaaaaaaaaaaaaaaaaan kuikuikui.. bengap sgt agaknye aku nih menjawab exam huwahahahhahaha iskisk

good luck ye ju and semer eheeeee

juanalisa81 Publish time 4-7-2005 11:30 AM

banyak lagi masa...studi dan studi..kali ni nak studi betul2 macam amik SPM dedolu...hehehe...kita test kat mpi, bangi...dekat jek ngan rumah.gud luck sumer....mana aku nak cari buku rujukan sumer...kene pegi kedai buku la nampaknya................

Hana Publish time 11-7-2005 01:21 PM

sapa yg penah ambik exam nie ek? kasi tau la kat kitorang yg fresh fresh baru nak gi ambikk nie.. :o

neisya Publish time 22-7-2005 10:02 AM

exam ni first time LHDN buat untuk pengambilan untuk pegawai, sebelum ni...kawan saya la kata..dia kerja LHDN dah...dia kat sebelum ni interview je...kalau tak salah, exam ni lebih kurang macam exam PTD, tapi tak berat macama PTD sangat kut...pasal PTD kan banyak bahagian..ni satu je..esei pun tak ada...objektif, apa-apa pun...good luck...semoga kita berjaya menjawat jawatan di LHDN....gaji dia tinggi oooooo.....

Hana Publish time 22-7-2005 09:06 PM

tapi neisya..topik2 yg diberi too broad la.. :o

lantak la..hana pakai bantai jekk.. :clap:

juanalisa81 Publish time 26-7-2005 04:21 PM

aduih..susah..mmg susah kalo x baca n ulangkaji..apepun tgkla rezki macamana nanti...td ju pg exam..separuh dewan je yang penuh

Potpouri Publish time 26-7-2005 07:02 PM

pi jugak exam tu td...soklan senang tp jawapn susah....hahaha...jwpn seakan2 sama...main tembak menembak jerlaa...tp dh check mcm byk jer salah..huhuhu

neisya Publish time 27-7-2005 08:15 AM

kat utara, buat kat A.setar, (penang, kedah dan perlis)...almost penuh dewan...

Hana Publish time 27-7-2005 10:13 AM

kat PICC.. utk 1000 org tu..penuh.. :o

neisya Publish time 27-7-2005 11:44 AM

macam mana.....agak2 dapat dak? ada setengah orang kata...nak pakai 500 orang untuk penaksiran sahaja..tak tau la betul ka dak?....nak panggil assesment tu..tak tau la berapa byk....:geram:heeeeeeee geramnya:onf:.....soklan senang je.....tapi dah check yang betul2 dah kantoi...adalah dekat 4,5 soklan...yang lain tu.....tahu je la......tapi nasib baik lah neisya kerja dengan gomen...tahu la sikit2 pasal kerajaan tempatan tu dan sejarah pentadbiran negara....yang tu je la tahu....:bgrin:

apa2 pun kita serahkan pada Dia yang lebih Mengetahui....semoga kita berjaya...amin :pray:

[ Last edited by neisya on 27-7-2005 at 11:47 AM ]

EtchedGlass Publish time 27-7-2005 02:04 PM

Originally posted by neisya at 22-7-2005 10:02 AM:
exam ni first time LHDN buat untuk pengambilan untuk pegawai, sebelum ni...kawan saya la kata..dia kerja LHDN dah...dia kat sebelum ni interview je...kalau tak salah, exam ni lebih kurang macam exa ...

ni bukan first time exam ni...masa mintak 1st time tahun 2001 dulu aku dah pegi dah exam ni....pastu 2003 aku gi sekali lagik exam nye...masuk ni dah 3 kali....

tapi kalo nak compare soklan2 this year senang sket dr dulu2 nye soklan...dulu nye mmg tahap maut.......yang semlm ni aku rasa lebih byk on admin...tapi tak tahu la kan...rezeki masing2.....cth nye aku la...dah sebelah kaki pon, aku jadik bodoh tolak offer..:cry:
harap2 kali ni ada rezeki aku dan sahabat aku:pray:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Test utk Pegawai eksekutif G7 LHDN Malaysia


ADVERTISEMENT