fleurzsa Publish time 8-6-2005 09:26 PM

Buku Seni Aper Yg U All Ader Eh?

Salam,

Citer la aper2 saja buku seni yg ada kat rumah u all. :bodek:

Buku mewarna tadika ke... kamus bergambar ke... Pend Seni PMR ke...:nerd:

Atau buku seni yg mahal2 dan berkulit tebal tu...:cool:

Best gak nak tau...:P

Thanks.

Gravedigger Publish time 12-6-2005 03:33 PM

I pernah beli buku seni yang harganya mahal, bertajuk 'Dialog Seni Tampak' oleh Nathan Knobbler. Buku ini diterjemahkan ke BM oleh Zakaria Ali. Yang menarik tentang kandungan buku ini ialah disamping sejarah falsafah penghayatan seni ia juga turut disertakan dengan gambar-gambar cantik pelukis-pelukis terkenal dunia. Walaupun harga sebenarnya mahal tapi nasib baik dapat murah saja RM10.00 di jualan gudang DBP Hulu Kelang. Mungkin kalau harga sebenarnya I takkan beli sebab mahal.....hehehehe, manalah orang-orang kita nak beli buku seni mahal-mahal, tu sebabnya berlambak kat jualan gudang tu.

Tapi I ada beli satu buku seni yang ada meninggalkan kesan terhadap penghayatan seni I sehingga sekarang. Buku tu bertajuk 'Art awaiting the saviour' yang ditulis oleh S.H.Nasr. Bacalah....

naniza Publish time 13-6-2005 02:49 PM

dulu (saya sebut dulu sebab kawan pinjam dan tak pulangkan) saya ada the art history tapi itu bukan collection tapi teks wajib!
lepas tu saya ada dari syed ahmad jamal, rupa & jiwa (betul ke tajuk ni tak pasti) dari Pak Samad - catatan surat2nya. buku lat yang pun antara koleksi saya tapi sedihnya saya ni baik hati sangat kasi org pinjam dan ia telah hilang.
tapi ada satu yg saya sayang (sampai tak buka2 sampai sekarang) pemberian Ramli Ibrahim buku tentang dia & Sutra Dance. Tebal dan berbaloi utk saya simpan.
tapi ada satu yang saya suka,bukan buku tapi katalog Phlilip Morris tahun 2000 ke 2001 tak pasti.

fleurzsa Publish time 13-6-2005 11:30 PM

I ada buku Dialog Seni Tampak.Buku Rupa & Jiwa ada I photostat.Buku 'Art awaiting the saviour' mcm pernah nampak atau dengar.

I byk buku2 seni sebab bidang pelajaran dan pekerjaan I memang itu.Buku2 teknik seni, sejarah seni, tokoh seni, maklumat seni dll.

Buku yg paling I sayang ialah Art Fundamentals: Theory and Practice oleh Otto G Ocvirk.

Selain itu buku2 Pend Seni PMR dan SPM oleh Katleen Chee.

mje Publish time 16-6-2005 12:31 AM

good topic..

mj suka kumpul buku ( w/pun x baca)la ni pun kumpul lagi paling bnayk novel , ( hubby punya ) dan buku krafsertabuku2 resepi... dah terkumpul skg. lebih 100 bj termasuk buku utk.kanak2. kat meisa dulupun dah beli 100 biji regannya 3k lebih dapat rak buku satu ...insyallh balik ni nak buat mini library kat umah ..

sapa2 dok jb bleh datang pinjam ..

sayangidaku Publish time 16-6-2005 02:07 AM

buku basic drawing & painting aje.
teringin nak beli n kumpul buku psl kaligrafi(khat)...fave khat kufi.
disbbkan minat sgt...maka selalu gakla pegi muzium kesenian Islam... beli souvenir yg bley wat contoh utk wat khat.
n kat sekolah pon ada belajar(kelab)...n ada buku fotostat contoh2 khat.

tangtut1 Publish time 16-6-2005 09:52 AM

Ni hao:)

Hmm...banyak jugak buku dalam koleksi I - dari buku rujukan seni SPM, lukisan figura,water/oils/pastels hingga ke 'hard cover photo books'(figures, nudes, etc.). I cuba mempelbagaikan sumber rujukan, untuk mempertajamkan hasil seni I. Sayang sekali, harga buku-buku yang baik memang mahal, nasib baik ada second-hand book stores dan garage sales banyak membantu dalam pencarian I. Kalau I ke toko-toko buku besar seperti Kinokuniya, Page One atau MPH, setakat curik baca saja. Atau tunggu setahun lepas kumpul duit, baru dapat beli buku yang I hajati. Itupun kalau tak ada orang lain yang sambar dulu....:(

I berada di China sekarang ni, terpempan sejenak kerana seleksi buku-buku di sini sangat banyak dan pelbagai, murah harganya. Untuk tempoh setahun I disini, I bercadang nak kumpulkan satu koleksi buku dan bawak balik ke Malaysia.

Zaician:bye:
tangtut1

mje Publish time 17-6-2005 10:06 PM

Originally posted by tangtut1 at 16-6-2005 09:52:
Ni hao:)

Hmm...banyak jugak buku dalam koleksi I - dari buku rujukan seni SPM, lukisan figura,water/oils/pastels hingga ke 'hard cover photo books'(figures, nudes, etc.). I cuba mempelbagaikan ...

ha bagus sangat tu , cam mje semasa kat mesia dulu pun selalu sangat singgah kat MPH tu , beli buku2 kraf ( crosstish dan knitting ) masasebiji dah 3o hinggit baru 40 page...
mahal gila .. nasib la terjumpa buku2 terpakai yg. murah kat sini :):)

fleurzsa Publish time 19-6-2005 04:43 PM

Originally posted by mje at 17-6-2005 10:06 PM:
ha bagus sangat tu , cam mje semasa kat mesia dulu pun selalu sangat singgah kat MPH tu , beli buku2 kraf ( crosstish dan knitting ) masasebiji dah 3o hinggit baru 40 page...
mahal gila .. n ...

I pun ada beberapa buah buku kraf Inggeris... Beli masa potongan 50%, 70% pun lebih kurang RM20 satu...

Bila boring2 suka gak bukak buku2 tersebut.Dah beli tak kan nak buat hias rak je...

fleurzsa Publish time 19-6-2005 05:12 PM

Originally posted by tangtut1 at 16-6-2005 09:52 AM:
Ni hao:)
Hmm...banyak jugak buku dalam koleksi I - dari buku rujukan seni SPM, lukisan figura,water/oils/pastels hingga ke 'hard cover photo books'(figures, nudes, etc.). I cuba mempelbagaikan ...

Mcm best je kat sana.

Hasil senicatan dan kaligrafi Cina memang halus dan berkualiti.

Diorg nak mahir dlm menghasilkan karya pun makan masa berpuluh tahun2.

Kalo u ada koleksi buku yg byk u tak kan rugi sebab buku boleh kekal dlm masa yg sgt lama.

Mcm bahan2 seni dlm disket, CD, hardisk mudah sgt rosak dan hilang.Buat penat mengumpul je...

mje Publish time 30-6-2005 12:13 AM

Originally posted by fleurzsa at 19-6-2005 16:43:


I pun ada beberapa buah buku kraf Inggeris... Beli masa potongan 50%, 70% pun lebih kurang RM20 satu...

Bila boring2 suka gak bukak buku2 tersebut.Dah beli tak kan nak buat hias rak je...

minggu lepas dapt lagi sebijik, mje ingatkan buku per la, tapi nampak cantik ambik jer, baru satu pound, balik umah tengok2 buku utk. buat ais krim dan dreesingnya , rupa2nya buku rrp. 2o poind.. terkejut.. murah gila cam x caya .. tu la untungnya dapat buku2 kat sini ...
klau tempat kitadah la mahal satu lagi susah nak dapatkan buku2 yg. berkualiti..

Gravedigger Publish time 1-7-2005 10:50 PM

Originally posted by Gravedigger at 12-6-2005 03:33 PM:
Tapi I ada beli satu buku seni yang ada meninggalkan kesan terhadap penghayatan seni I sehingga sekarang. Buku tu bertajuk 'Art awaiting the saviour' yang ditulis oleh S.H.Nasr. Bacalah....



Maaf....kelmarin semasa mengemas buku-buku terbaca kembali buku 'Art awaiting the saviour'. Ia bukan ditulis oleh S.H.Nasr tapi oleh Dr. Ali Shariati.
Buku yang ditulis oleh S.H.Nasr ialah 'Kesenian dan Kesusasteraan Dalam Islam' iaitu himpunan kertas-kertas kerja beliau tentang tajuk itu. Maaf yer..

Gravedigger Publish time 1-7-2005 10:52 PM

Originally posted by mje at 30-6-2005 12:13 AM:


minggu lepas dapt lagi sebijik, mje ingatkan buku per la, tapi nampak cantik ambik jer, baru satu pound, balik umah tengok2 buku utk. buat ais krim dan dreesingnya , rupa2nya buku rrp. 2o poind ...

Eloklah buat koleksi...nanti balik Malaysia boleh buat library kat rumah. Orang Malaysia ni pun tak ramai lagi yang ada budaya buat library di rumah.

tangtut1 Publish time 3-7-2005 08:31 PM

Ni hao:),

Walau apapun, ini satu permulaan yang baik. Segalanya harus bermula dari rumahkan? Pupuk ia menjadi supaya jadi satu budaya. Anak buah I pun dah mula pandai & rajin menyelongkar buku-buku kat library kecil dirumah I, di tingkat bawah.

Jangan menyelongkar dalam library bilik I sudah...:P Belum cukup umur & mengerti lagi...

Zaician!:bye:

Gravedigger Publish time 5-7-2005 11:16 AM

Originally posted by tangtut1 at 3-7-2005 08:31 PM:
Jangan menyelongkar dalam library bilik I sudah... Belum cukup umur & mengerti lagi...

.

Ada koleksi apa dalam library bilik tu?? Untuk 18 tahun keatas saja ker??;)

laimoi Publish time 8-7-2005 02:40 PM

Selalu lepak kat Basher dengan Page One.....

tangtut1 Publish time 8-7-2005 08:20 PM

Originally posted by Gravedigger at 5-7-2005 11:16:


Ada koleksi apa dalam library bilik tu?? Untuk 18 tahun keatas saja ker??;)
Ni hao:)

Sememangnya di library bilik I penuh dengan bahan untuk 18 tahun keatas. Buku-buku photo books, nudes and figures study dll. Belum dikira koleksi majalah-majalah anime berbahasa Jepun. Sampai masanya nanti, akan I warisi pada mereka atau sesiapa yang berminat...

P.S. Apa buku-buku baru kat PageOne & Basheer? Rindu nak kesana bila balik nanti;) Berjam-jam I boleh berdiri, belek buku-buku hardcover kat PageOne tu...

Zaician:bye:

flowerjun Publish time 13-7-2005 01:18 PM

saya suka kumpul buku seni kraftangan... pinjam buku dp perputakaan pastu photostat part mana yang minat...
skg ni ingat nk beli la plak... kalu photostat takde warna...

merru Publish time 13-7-2005 06:40 PM

me?....ada just basic manga drawing je...tuh pon potostat punya...yg ori mmg arga rm60....yg saya punya rm8...kekekeke...
yg untuk lukisan lain suma based on internet....pakai e-book je senang...

Gravedigger Publish time 13-7-2005 06:56 PM

Originally posted by flowerjun at 13-7-2005 01:18 PM:
saya suka kumpul buku seni kraftangan... pinjam buku dp perputakaan pastu photostat part mana yang minat...
skg ni ingat nk beli la plak... kalu photostat takde warna...

Ini sudah melanggar akta hakcipta ni. Macam manalah penulis nak kaya raya kalau semua idea mereka kena photostat...:ah:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Buku Seni Aper Yg U All Ader Eh?


ADVERTISEMENT