seribulan Publish time 29-3-2005 07:11 PM

SAMARINDA: AKU, DIA DAN CAPETOWN...minggu terakhir...khamis ni..last..

Gezet tunjuk Eizlan Yusof n Umie Aida blakon...

so 30 Mac ni final Villa Cinta Daddy...

[ Last edited by seribulan on 25-5-2005 at 04:52 PM ]

syeikh_solah Publish time 29-3-2005 08:45 PM

rasanya lis a.ka. nisdawati pon ader belakon gak...

syeikh_solah Publish time 29-3-2005 08:52 PM

Originally posted by seribulan at 29-3-2005 19:11:
Gezet tunjuk Eizlan Yusof n Umie Aida blakon...

so 30 Mac ni final Villa Cinta Daddy...
kelako plak aku nengok africans dalam iklan tu...suke tengok....:love::love:

Luisa_Fernanda Publish time 30-3-2005 03:30 PM

Originally posted by seribulan at 3-29-2005 07:11 PM:
Gezet tunjuk Eizlan Yusof n Umie Aida blakon...

so 30 Mac ni final Villa Cinta Daddy...

sure eizlan yusof tu hero di gandingkan ngan umie... luisa rasa cam tak sesuaiii je :stp::stp: ... apa2pun kite tunggu & lihat...

syeikh_solah Publish time 31-3-2005 09:59 AM

malam ni mesti tengok ni...selama ni tak peronah eden ikuti drama bersiri samarinda ni...

rasanya start pukul 10.30...ehmm lepas tengok tengok berita dunia...

NonaNaga Publish time 31-3-2005 12:23 PM

oo malam tadi dah abis ke villa cinta daddy...aku tak ikut sgt....upernya dia amir tu bercinta ngan juita ker...??? tak paham ...
pastu dan2 iklan aku dia dan capetown...selalu bikin drama2 kat luar negara nie..kuasatek....

yanalissa Publish time 31-3-2005 12:26 PM

kite kureng minat sket ngan eizlan nie....

crunchy Publish time 31-3-2005 12:51 PM

ala mcm typical cite samarinda nih..stok golongan koporat...kaya kaya belak..

apa daaaa dok cite pasal org koporat kaya jek..mana pi golongan sedarhana org or semekin...hehe umah bagai mahligai..kete sportss..mmmtak berpijak di bumi yg nyata..ahahaa tapi crunch tgk jugak...kalau dah boring tuh..bantai je lah..

tapi sambil tgk sambil kutuk..mcm cite villa cinta dady yg sungguh di awangan..hehehe

seribulan Publish time 31-3-2005 03:10 PM

telenovela 25 episod ni yg dibuat di sini n Capetown Afrika gak...ada elemen romantik, pembunuhan, masalah keluarga dan skandal lakonan Eizlan, Umie,
Ahmad Tamimi, Sheila Rusly dll...

plotnya...Zalia (umie) dipaksa berkahwin dgn Lukman( Eizlan) dan dpt 2 anak. Selepas gawat n kematian salah seorg anaknya Zalia buat hubungan dan ikut Datuk Eman (Ahmad Tamimi) yg bisnes operasinya di Capetown. Malangnya Eman terlibat dgn skandal kompeni dan pembunuhan. Bertahun kemudian, Zalia balik ke Mesia dan dapati anaknya dah dewasa. Dia berebut jagaan anaknya dgn Lukman. Lukman masih menyayanginya.

Inilah kali pertama Umie diganding dgn Eizlan oleh pengarahnya Ahmad Idham.

Pihak TV3 menyatakan memang slot Samarinda khas memberi tumpuan kpd telenovela yg menceritakan komuniti korporat Melayu moden.

syeikh_solah Publish time 31-3-2005 09:09 PM

Aku, Dia & Cape Town - Ahmad Idham teruskan tradisi
Oleh MUZLINA ABU BAKAR


AKU, Dia dan Cape Town akan mula menemui para peminat slot Samarinda pada pukul 10.30 malam di TV3 mulai malam ini. Drama berbentuk telenovela ini seterusnya akan disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis.

Penerbit dan pengarahnya, Ahmad Idham ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran drama berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, ``Walau-pun menyedari melakukan penggambaran di luar negara memerlukan peruntukan yang tinggi namun saya mahu meneruskan tradisi itu bagi menghasilkan sebuah drama menarik dengan mengabadikan pemandangan di luar negara.

``Semasa mengarah drama terbitan Kuasatek dulu, kami menjalani penggambaran di luar negara dalam usaha memberikan sesuatu kelainan kepada penonton. Sebab itu bila merancang menerbitkan telenovela ini, saya meneruskan kesinambungan usaha itu.''

Aku, Dia & Cape Town yang diterbitkan oleh syarikat milik Idham, Excellent Pictures Sdn. Bhd., membelanjakan hampir RM150,000 untuk penggambaran selama 17 hari di Cape Town.

Menurut Idham, walaupun beliau memilih Cape Town sebagai 45 peratus daripada keseluruhan jalan cerita televonela 25 episod ini namun ia tidaklah mempunyai rahsia yang tersendiri.

``Saya memilih Cape Town ke-rana saya suka melihat keindahan pemandangannya dan ia menjadi lebih menarik bila menjadi judul telenovela arahan dan terbitan saya ini,'' akui Ahmad Idham.

Beliau yakin hasil kerjasama daripada para pelakonnya, drama Aku, Dia & Cape Town bukan sahaja akan dapat menepati konsep slot berkenaan yang lebih memaparkan kehidupan masyarakat Melayu dalam dunia korporat, pergolakan dan perebutan kuasa serta konflik keluarga di kalangan ahli perniagaan malah ia akan diminati kerana dijayakan oleh pelakon popular dan berbakat.

Katanya, walaupun mungkin ada yang mempersoalkan tentang kesetiaan dan keikhlasan seorang isteri, Zaila, terhadap suaminya, Lukman untuk mengikut Datuk Eman tetapi Idham pasti pada akhir ceritanya penonton akan dapat menerima Zaila.

Lambang

``Zaila adalah lambang wanita moden zaman ini yang mahukan hidup yang dinamik dan tidak mahu seorang suami yang pasif. Tetapi sebagai manusia, dia tidak dapat lari daripada lumrah alam di mana perasaan cinta antara suami isteri itu masih tetap ada,'' kata Idham.

Menyentuh mengenai Umie Aida (Zaila) dengan Eizlan Yusof (Lukman) yang pertama kali digandingkan dalam sebuah drama, Idham berkata, ``Mereka berdua memang ada chemistry hingga dapat melahirkan lakonan yang mantap. Saya puas hati bukan sahaja dengan mereka malah pelakon lain yang memang tidak perlu dipertikaikan.''

Aku, Dia & Cape Town membawa kisah mengenai Zaila yang tidak sanggup hidup susah disamping suaminya, Lukman. Disebabkan terlalu inginkan kemewahan dan hidup mencabar, Zaila akhirnya mengikut Datuk Eman ke Cape Town untuk mencari pekerjaan di sana dan akhirnya berkahwin.

Setelah enam tahun merantau di Cape Town, Zaila akhirnya kembali ke Malaysia atas urusan perniagaan yang akhirnya telah meruntuhkan naluri keibuannya apabila dia bertemu dengan anaknya, Ana.

Hasratnya kembali untuk urusan perniagaan akhirnya berubah bila dia mahu merebut hak penjagaan anak daripada bekas suaminya.

Sejak itu pelbagai konflik timbul. Namun Zaila terpaksa mengalah demi kebahagiaan anak dan bekas suaminya.

Pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Eman), Fauzi Nawawi, Sheila Rusly, Lisdawati, Azizah Mahzan, Zila Bakarin, Kazaruddin Saisi, Jasmin Hamid, Sue San Hoo, Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Yalal Chin, Bob Azrai, Ahmad Idham, Ekin Execellent dan adik Ika.

syeikh_solah Publish time 1-4-2005 01:43 AM

Originally posted by syeikh_solah at 29-3-2005 20:45:
rasanya lis a.ka. nisdawati pon ader belakon gak...
korang nak tau...tadi, dalam pukul 1.15am, nisda ada tepon aku....tak disangka2...mase tu aku tengah nengok citer stepping out ntv7....mula2 tu tak perasan lagi sape pastu bila aku tanya ; ni kak ti kaa?:stp: dia cakap bukan...:no::no:
pastu teringat plak aku sore nisda lagu tuh...terus aku cakap ; ni kak lis ke? ....teruja aku dia teponhandset bapak aku...sebab mase daftar ahli online harituh guna no hset ni laa...:lol:lolsib baik tak terkeluor loghat kelate pekat ...kalu tidok...malu ambo:P:P
mak oiii dier cakap banyak gak...antaranya ; tq for visiting my website n register as her fan-club member...dier cakap dier pilih maner no yang berkenan...so terpilihlah aku...syoknya....:pompom::pompom:

Juliet_Capulet Publish time 1-4-2005 09:12 AM

Originally posted by syeikh_solah at 1-4-2005 01:43 AM:

korang nak tau...tadi, dalam pukul 1.15am, nisda ada tepon aku....tak disangka2...mase tu aku tengah nengok citer stepping out ntv7....mula2 tu tak perasan lagi sape pastu bila aku tan ...


tak heran la pasal lisda ni..cuba ko pegi tengok thread gossip pasal lisda ni mis potoshot jer..belakon jejarang skali..

budakpoyokiut Publish time 1-4-2005 11:34 AM

mmm..

citer ni buleh la.. mmm.. no comment.. but kiter suka citer arahan ahmad idham.. hopefully best lah..but.. kiter kureng cikit eizlan nih...

BellaDeLaRossa Publish time 1-4-2005 05:28 PM

rasanyer drama best skit banding dgn Villa Cinta Daddy ..sebab aper....sbb ble tgk tmpat org..cape town..lawa gak,..:)

syeikh_solah Publish time 1-4-2005 11:09 PM

style citer arahan ahmad idham --suke 'speaking'..romantis...n....banyak kat luar negara

bug_vengeance Publish time 1-4-2005 11:32 PM

mcm hape je aku tgk semalam crite ni
boring je
jasmin hamid tu jadi minah gedik mcm tak jadi je
wakakak
:lol

TommyHilfiger Publish time 2-4-2005 12:31 AM

geram.. ingat nak ikut citer ni..sekali bertembung dengan citer " Nip/Tuck"
geram!!!.. tak tau mana nak tengok... NP tu dah tengok season 1.. mana leh tinggal..:geram::geram::kant:

seribulan Publish time 4-4-2005 04:18 PM

ralit tengok I KNOW WHAT U DID LAST SUMMER....terlepas first episod ni...
ye2 jer war2 kan kat org lain...huhuhuhuuu...

ps. tak de ke yg leh wat summary...kak lizaaaaaa...where r u??? heheheh...

blankie Publish time 5-4-2005 11:28 AM

aku tak tengok ari tu.. sape2 story sket apa yang jadik 1st episode..

garfield_comot Publish time 6-4-2005 09:49 AM

blackie...1st episod tur cumer citer Zalia (umie) dipaksa berkahwin dgn Lukman( Eizlan) dan dpt 2 anak. Selepas gawat n kematian salah seorg anaknya Zalia buat hubungan dan ikut Datuk Eman (Ahmad Tamimi) yg bisnes operasinya di Capetown. Malangnya Eman terlibat dgn skandal kompeni dan pembunuhan Cindy, accountant company die:( .jasmin hamid pon ader gak blakon tp watak die blom lg menonjol.:bgrin: pastu mak bapak si eizlan g meminang plak si nisda, adik umie.scene tnjuk datuk eman, bg adiah kat umie. tp umie ckp die da bosan dgn life die skrg. tu jer yg aku igt :P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: SAMARINDA: AKU, DIA DAN CAPETOWN...minggu terakhir...khamis ni..last..


ADVERTISEMENT