budaks_comel Publish time 31-5-2005 11:48 AM

:) nak apply jugak...... nak jugak.....

meitantei Publish time 9-9-2005 09:27 PM

Ore rasa kalau kena ngan watak, sape2 pun bleh jadi Seiyuu, kan?

HangPC2 Publish time 13-9-2005 09:15 PM

sore budak, pak cik ker aku boleh bawak lah :).... aku pun nak pi apply gak...

HangPC2 Publish time 15-11-2005 09:27 PM

http://img175.imageshack.us/img175/4948/suarashinchan6oh.jpg


BIARPUN Crayon Shinchan adalah cerita kartun namun ia amat diminati di kalangan remaja dan orang dewasa.

Namun ada ibu bapa yang melarang keras anak-anak kecil mereka menonton siri kartun tersebut. Kenapa?

Larangan itu dibuat mungkin kerana Shinchan watak utama dalam siri kartun popular itu adalah seorang kanak-kanak tadika yang `jahat mulut'.

Shinchan yang bersuara halus itu sering menimbulkan kemarahan kepada ibunya kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah.

Mungkin kerana itu, ada ibu bapa yang khuatir anak-anak mereka akan turut terikut-ikut dengan perangai Shinchan itu.

Biarpun Shinchan nakal namun sikap tersebut tidak sedikitpun mempengaruhi Arfalie Fikrie Razali, 12, yang meminjamkan suaranya untuk watak tersebut.

Siri Crayon Shinchan yang disiarkan setiap hari Sabtu, 7 malam di ntv7 telah menggunakan suara Fikrie sejak dua tahun lalu.

Kata Fikrie, dia hanya meminjamkan suaranya untuk kartun animasi yang popular dari Jepun itu dan bukan mengikut karakter Shinchan.

``Entah saya tidak rasa kenakalan Shinchan mempengaruhi diri saya. Saya hanya meminjamkan suara untuk alih bahasa siri tersebut. Bila selalu jadi Shinchan tidak rasa pula yang dia itu nakal,'' kata Fikrie jujur.

Fikrie merupakan anak sulung daripada empat beradik ini dipilih menjadi pengalih suara untuk siri animasi tersebut setelah menjalani uji bakat.

Pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan La Salle Sentul 2, Sentul itu berkata, semuanya bermula apabila ibu saudaranya, Zairani Sarbini membawanya ke pejabat Karya Nusa Sdn. Bhd., untuk sesi uji bakat.

Dia yang pernah berlakon teater Bukit Kepong pada tahun 2001 berkata, sewaktu pertama kali melakukan dubbing dia merasa sedikit gementar.

Namun lama kelamaan perasaan itu hilang kerana mendapat sokongan penuh daripada pengalih suara yang lain.

Gara-gara meminjamkan suaranya untuk Shinchan, maka tidak hairanlah di kalangan kawan-kawan rapat Fikrie ada yang memanggilnya Chan.

http://img175.imageshack.us/img175/1959/suarashinchan22ba.jpg

``Saya tidak kisah jika dipanggil Shinchan atau Chan, kerana itu tandanya kawan-kawan juga menonton siri kartun itu,'' katanya sambil tersenyum.

Meskipun Fikrie hanya meminjamkan suaranya, namun ada ketikanya dia perlu korbankan waktu sukaria bersama kawan-kawan.

Ini kerana ada ketikanya dia perlu berada di studio rakaman di Karya Nusa, Petaling Jaya dari pukul 8.30 malam sehingga 2 pagi atau dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Semua itu dilakukan pada waktu cuti sekolah.

Selalunya untuk satu rakaman, Fikrie dan pelakon-pelakon lain akan melakukan rakaman untuk dua episod.

Jelas Fikrie, dia seronok dengan apa yang dilakukan sekarang ini kerana dapat kumpul wang saku sendiri. Biarpun mendapat bayaran RM45 untuk satu episod, dia tidak pernah boros dengan wang tersebut.

Sebaliknya, kesemua wang pendapatannya itu disimpan oleh ibunya dan dia hanya membawa RM1.50 ke sekolah.

``Saya tidak kisah mama simpan wang itu kerana ia akan digunakan untuk diri saya juga satu hari nanti. Setakat ini mama hanya benarkan saya buat alih bahasa saja. Dia tidak bagi berlakon sebab takut pelajaran saya terabai,'' katanya yang memang minat berlakon itu.

Sementara itu Zairani yang turut menemani Fikrie berkata, anak saudaranya itu mempunyai bakat semula jadi.

Zairani yang sudah 10 tahun membabitkan diri dalam bidang pengalihan suara itu turut meminjamkan suaranya dalam siri Crayon Shinchan untuk watak guru, Yoshinaga.



[ Last edited byHangPC2 at 18-5-2007 10:03 PM ]

nenekglamer Publish time 21-11-2005 07:44 PM

Aku berminat nak jadi suara kartun.. Cam best je.

merru Publish time 23-11-2005 06:03 PM

sore ko tak bess.....sore dak fikrie nih plak...ade sikit persamaan ngan suara asal shin-chan...lol...sbb tuh kot dier dipilih...
anyway......shin-chan....adalah.....X-RATED .....lol.....aku tak kata...org lain kata........kalu aku mmg tak kisah...
xrated ke..tak ke...tgk je..lol

scorpio_mmiv Publish time 25-11-2005 07:23 PM

Ada layan x iklan Twisties terbaru yang menampilkan suara Doraemon & gang?

Nobita: Saya rasa nak makan snek lah.
Doraemon: Nanti. <keluarkan barang dari kancing saktinya> TWISTIES MESTI MAU!!!
N: Wah... Twisties kegemaran saya! <mengunyah makanan kuat-kuat> Mmm... sedapnya...
Giant: Awak makan Twisties ke? Saya nak juga!
N: Bailkah, tapi kau kena buat bunyi kambing dulu.
G: Baiklah, bek... bek... beekk...
N: Lagi!
G: Bek... tolonglah, saya nak Twisties!
N: Eh! Kambing mana boleh makan Twisties?
G: Buwaah haah haah...(menangis terngongoi) TWISTIES, MESTI MAU!
D&N: Hahahah... :lol

[ Last edited by scorpio_mmiv at 28-11-2005 09:15 AM ]

Labeaute Publish time 29-9-2006 10:31 AM

Originally posted by aerith at 27-5-2005 09:54 PM
kalo ader chance aku pon nak try gak...cam menarik jer..


aku pun sama gak.. kawan2 kat opis selalu kata sora aku leh buat sora katun :pmuka:

Mily Publish time 29-9-2006 11:23 AM

ha ah..maner ek?
dah ah x der web site si karya nusa nie..last aku check ah..
ker dah ader ek?
maner nak apply..
meh aku siap bg listkan soh anime per yg die tayang..hehehe
br besh!!

merru Publish time 29-9-2006 03:00 PM

woah!..thread nih idup lagi?

HangPC2 Publish time 29-9-2006 08:17 PM

kalau thread nih ada digest 1 atau digest 11 thread nih tak akan di bersih kan...

Squall-Leonhart Publish time 30-9-2006 10:44 PM

Korang jangan risau, sumer thread penting dalam board ni aku dah digest dan bubuh dalam index thread, so kalau admin buat cleanup pun thread ni tak akan dibuang sekali laa...

Bobola Publish time 2-1-2007 07:44 PM

aku pun teringin gak... tapi camne yer

HangPC2 Publish time 18-5-2007 10:03 PM

Majalah 3 - Disebalik Suara Part 1


aOvtL2AtZxQ

http://www.youtube.com/watch?v=aOvtL2AtZxQ



Majalah 3 - Disebalik Suara Part 2


zp4eKMFtjmY

http://www.youtube.com/watch?v=zp4eKMFtjmY



Majalah 3 - Disebalik Suara Part 3


cg5D--pZeKQ

http://www.youtube.com/watch?v=cg5D--pZeKQ



[ Last edited byHangPC2 at 18-11-2007 11:59 AM ]

sads Publish time 19-5-2007 09:31 AM

Ngahahaha.. korang2 pergi ar try apply. Takde la sads asyik dgr suara kakashi je T_T . Kadang2 tone suara diorang ni pelik la huuu..

kambingrider Publish time 19-5-2007 11:19 AM

aku nih suara raksaksa leh ler
:lol: :lol:

AnBulisia Publish time 19-5-2007 01:11 PM

aku pun nak apply....

tapi dengarkan bayarannye...RM45/episod...sedih lak aku mengenangkannya...apsal yang murah bebeno...

tak berbaloi la....

kambingrider Publish time 19-5-2007 01:23 PM

ler satu episode brapa minit jer pon
darik dok merepek sengsorang dok buang masa nuh
try ler gi apply dapat gak duit:lol: :lol:

sads Publish time 19-5-2007 01:34 PM

Reply #77 AnBulisia's post

Okay la tu RM45/episode. Industri ni baru lagi kat sini. Sads rasa orang tak berapa ambil berat sangat benda2 sebab majority yang tengok err.. budak2 :lol: Lain la kat jepun siap ada drama CD lagi.

Tapi tak best la asyik2 suara yang sama je..

scorpio_mmiv Publish time 22-5-2007 12:17 PM

Oh ya...kebelakangan ni ada judul anime baru kat tv yg dialihsuara oleh satu set suara yg jauh berlainan drpd set FKN tu. Dah tentunya the same set of VAs yg buat alih suara kat Nanoha, FMA, Tsubasa tu. Mesti syarikat baru ni.
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9
View full version: Pelakon Suara


ADVERTISEMENT