Rockafella Publish time 14-10-2021 11:32 AM

'Tiba-tiba dia berhenti ketawa, wajahnya pucat...'

Edited by Rockafella at 15-10-2021 11:41 AM



Kisah ini lebih kepada mengenai ibu saudara saya berbanding saya sendiri. Sepanjang mengenalinya, dia merupakan orang paling baik dan lemah-lembut yang pernah saya temui. Saya teringat di mana abang saya pernah mengusik dia menggunakan lipas getah dan dia menjerit seolah-olah ternampak hantu. Sebenarnya dia tidak pernah menjerit apabila melihat hantu kerana dia sememangnya kerap melihat kehadiran 'mereka' selama ini.

Tidak pasti sama ada ini adalah sumpahan keluarga atau tidak. Nenek saya sendiri dapat melihat orang mati, dan kini ibu saudara saya juga mempunyai kebolehan yang sama. Ibu saudara saya berkata, 'Mereka' tidaklah menakutkan dan hanya kelihatan seperti orang normal yang kebingungan dan hilang arah tujuan.

Ketika berada di sekolah berasrama, dia pernah didatangi seorang wanita tua duduk di dalam biliknya semasa dia sedang belajar. Atau di sebuah restoran Cina yang sibuk, semasa makan malam keluarga, 'ahli keluarga' (yang dah meninggal) datang hadir di meja makan tanpa disedari.

Berbalik kepada kisah ibu saudara saudara saya, dia berpengalaman dalam hal-hal mistik dan cara menanganinya (dengan ajaran agama Hindu). Dia tahu bagaimana menangani hantu yang taksub dengan gadis-gadis dan dia juga tahu merawat penyakit yang disebabkan 'tenaga negatif'.

Satu hari, dia menerima panggilan dari saudara yang tinggal berdekatan yang mendakwa anak lelakinya ternampak kelibat seorang 'wanita Melayu' yang berpakaian baju kebaya lengkap berdiri di dalam biliknya sambil tersenyum serta memberi isyarat kepadanya.

Saya dan ibu saudara segera datang dan beberapa minit kemudian kami masuk ke kawasan perumahan teres itu dan seterusnya tiba di depan rumah mereka yang di depannya mempunyai pokok besar dengan deretan kedai di seberang jalan (Taman Melawis, Klang).

Saya masih ingat dia mempelawa kami masuk, wajahnya ketika itu kelihatan takut sambil memegang erat anak lelakinya. Ibu saudara saya bertanya kepada kanak-kanak itu, bagaimana rupa 'wanita' berkenaan?

Menurut si kecil, 'wanita' tersebut kelihatan sangat cantik dengan bibirnya mengguna lipstik, tangan dan kakinya dihiasi dengan inai serta senyumannya yang indah. 'Wanita' itu katanya selalu memanggil dia untuk datang kepadanya, seperti mengajak kucing untuk bermain dengannya.

Ibu saudara saya berkata, 'wanita' itu berpakaian sangat formal, seolah-olah untuk majlis perkahwinan. Dia mulakan pencarian dari bilik ke bilik untuk mengesan kehadiran 'wanita' itu. Dia (ibu saudara) melakukan dengan berdiri secara tenang dan fokus dengan mata tertutup. Akhirnya, dia mengesahkan memang 'wanita' itu pernah berada di dalam bilik kanak-kanak berkenaan. Katanya, 'wanita' itu bersembunyi di belakang almari dan dia dapat melihat kakinya yang dihiasi dengan inai.

Dia mula melakukan upacara pembersihan rumah. Saya takkan ceritakan secara terperinci tetapi seperti mana yang kita tahu, rumah ini perlu 'dibersihkan' dari kedatangan 'tetamu-tetamu' yang tidak diundang. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, ibu saudara mengesahkan 'wanita' itu telah keluar dari kediaman tersebut.

Tugasnya selesai, dua beranak itu kelihatan lega. Kami meminta diri untuk pulang dan ketika menghampiri pintu depan, ibu saudara kata kejayaan itu perlu diraikan dengan membuat kek coklat. Dia memang pandai buat kek, dia sempat ketawa apabila teringat bagaimana saya merayu-rayu kepadanya untuk membuat kek berwarna biru ketika masih kecil.

Sebaik saja kami menutup pintu pagar, tiba-tiba dia berhenti ketawa. Wajahnya terus pucat lesi, dia memandang ke arah pokok yang berada di depan rumah.. ditenung dengan agak lama sebelum masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa, terus pergi meninggalkan tempat itu.

Saya tak nak bertanya mengenai apa yang dia nampak pada waktu itu. Mungkin itu bukan urusan saya. Sehinggalah beberapa bulan kemudian, dia sendiri yang membuka cerita.

Menurutnya, di atas pokok itu, hantu wanita Melayu dengan baju kebaya duduk merenung rumah dua beranak berkenaan. Wajahnya yang dahulu cantik dan indah dengan senyuman itu berubah menjadi kecewa dan kebencian yang mendalam.

Sumber: Reddit Rajjiv

MistrezHermanaz Publish time 18-10-2021 03:25 PM

ada sambungan x..menarik

Rockafella Publish time 18-10-2021 07:29 PM

MistrezHermanaz replied at 18-10-2021 03:25 PM
ada sambungan x..menarik

Tak ada. Kalau yang lain ada pengalaman yang sama, boleh kongsikan.

Tokeybundle Publish time 25-10-2021 03:29 PM

Seramla
X de sambungan ke
Cerita best ni

Rockafella Publish time 26-10-2021 10:00 PM

@MistrezHermanaz @Tokeybundle Sambungan? Nanti Rockafella tanya owner tu semula. Terima kasih kerana sudi membaca. :$

Tokeybundle Publish time 26-10-2021 11:21 PM

Rockafella replied at 26-10-2021 10:00 PM
@MistrezHermanaz @Tokeybundle Sambungan? Nanti Rockafella tanya owner tu semula. Terima kasih kerana ...

Ok...tanya ye sambungan
Best cerita dia

cik_nur Publish time 26-10-2021 11:36 PM

Edited by cik_nur at 26-10-2021 11:37 PM

Nak tau juga sambungannya..:)

MistrezHermanaz Publish time 28-10-2021 09:57 AM

Rockafella replied at 26-10-2021 10:00 PM
@MistrezHermanaz @Tokeybundle Sambungan? Nanti Rockafella tanya owner tu semula. Terima kasih kerana ...

ye should be ada la kn..sbg perawat tentu byk lagi cerita menarik yg dia ada

Tinot7 Publish time 30-10-2021 01:09 AM

eh, citer betui ka nih?
apa jadi kat anak beranak tuh? slamat tak?

Rockafella Publish time 31-10-2021 01:50 PM

Tinot7 replied at 30-10-2021 01:09 AM
eh, citer betui ka nih?
apa jadi kat anak beranak tuh? slamat tak?

Cerita betul atau tak, saya kurang pasti. Tapi nampak macam betul. Belum dapat contact empunya cerita. :shakehead3:

Tinot7 Publish time 31-10-2021 08:02 PM

Rockafella replied at 31-10-2021 01:50 PM
Cerita betul atau tak, saya kurang pasti. Tapi nampak macam betul. Belum dapat contact empunya cer ...

iols tak de la rasa betui sgt.. sbb org2 yg voley nampak nih mmg takkan ngaku slalunya.. kalau ngaku, org tatut nak dekat dgn deme..
Pages: [1]
View full version: 'Tiba-tiba dia berhenti ketawa, wajahnya pucat...'


ADVERTISEMENT