Raline Publish time 14-10-2021 10:17 AM

10 PERKATAAN BAHASA MELAYU ZAMAN DULU YANG DAH DIMODENKAN

10 PERKATAAN BAHASA MELAYU ZAMAN DULU YANG DAH DIMODENKAN

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/do-re-mi.jpg
Kita semua sedia maklum yang bahasa Melayu ni ialah bahasa kebangsaan negara kita. Tujuan pemimpin zaman dulu jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ni adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perkara ni dah termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang kita gunakakan lepas merdeka sampai sekarang.

Bahasa Melayu juga sebenarnya merupakan bahasa kelima terbanyak digunakan di seluruh dunia iaitu sebanyak 300 juta penutur setakat tahun 2014! Mana taknya, bahasa Melayu ialah bahasa pertuturan harian sebahagian besar penduduk kat Nusantara ni yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Indonesia, dan juga Brunei Darussalam. Tapi beza bahasa Melayu yang digunakan itu bergantung kepada tempat tertentu.

Menurut kajian, bahasa Melayu juga pernah menjadi satu perantara atau lingua-franca ketika zaman kegemilangan Melaka dulu, tapi semakin berubah dan berevolusi mengikut masa. Kalau kita tengok cerita zaman P. Ramlee dulu, bahasa Melayu mereka adalah lebih baku daripada sekarang. Disebabkan evolusi bahasa dan zaman, beberapa perkataan ditukarkan mengikut perkembangan bahasa semasa.

1. Kutub khanah atau perpustakaan

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/books.gif
Selalunya, kita akan dengar orang panggil sama ada perpustakaan atau pusat sumber, tempat buku-buku dan jurnal diletakkan. Ianya juga merupakan koleksi sumber maklumat yang boleh diakses kepada masyarakat untuk tujuan rujukan atau pinjaman.

Pada zaman dulu, perpustakaan dipanggil sebagai ‘kutub khanah’ yang pada asalnya adalah daripada Bahasa Urdu yang bermaksud sebuah ruang yang mengandungi buku-buku dan bahan-bahan lain untuk bacaan, kajian ataupun pinjaman.

Khutub Khanah atau perpustakaan pertama yang pernah wujud di Malaysia ialah pada tahun 1959, iaitu Perpustakaan Negara. Perpustakaan ini diwujudkan bila adanya kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya mereka dari persatuan-persatuan dan pertubuhan professional.

Idea tersebut muncul daripada Malayan Library Group (MLG) apabila mereka menghantar memorandum Public Library Services for the Federation of Malaya setahun sebelum kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 1956.   

2. Ilmu hisab atau ilmu kira-kira
https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/calculating.gif

Rasa-rasanya kalau korang rajin tengok cerita P. Ramlee atau cerita-cerita zaman dulu, mungkin korang akan jumpa sesetengah perkataan yang pernah digunakan pada zaman dulu, dan mungkin takde langsung digunakan sekarang.

Contohnya macam ‘ilmu hisab’ atau ‘ilmu kira-kira’, yang bermaksud hitung atau kira. Tak ingat la pula cerita apa, tapi korang mesti akan terjumpa punya la kalau korang tengok cerita-cerita zaman dulu tu.

Ilmu hisab dan ilmu kira-kira bermaksud ilmu atau mata pelajaran matematik, arithmetic, perakaunan, dan mana-mana mata pelajaran yang ada kira-mengira ni. Selain tu juga, kali bermaksud darab, dan campur bermakna tambah. Rasa-rasanya kalau kita tanya budak-budak zaman sekarang, mesti diorang tercengang.

3. Ahli nujum atau tukang tilik

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/p.-ramlee-tilik-nasib.jpeg
P. Ramlee sebagai ahli nujum. Imej dari Filem Nujum Pak Belalang

“Eh kau tengok betul-betul. Nampak tak nampak? Tengok. Siapa tak nampak, dia anak di luar nikah.”- sedutan daripada filem Nujum Pak Belalang.

Juga dipetik melalui filem P. Ramlee, iaitu Nujum Pak Belalang, yang juga bermaksud Pak Belalang Si Tukang Tilik. Menurut sebuah kajian tentangPernujuman dan Pancaran Kecendekiaan Masyarakat, ‘ilmu nujum’ merupakan ilmu untuk meramal sesuatu. Ramalan itu lebih berdasarkan peredaran planet, khususnya bintang-bintang, sehingga ‘ilmu nujum’ ini boleh dikaitkan dengan astrologi.

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/tilik-nasib.gif
Tapi ada beza antara ahli falak (astronomi) dan ahli nujum (tukang tilik) ni. Hal ni kerana ‘ahli nujum’ selalunya menilik nasib, menilik hati seseorang ataupun pasal tuah atau malang seseorang tu berdasarkan peredaran bintang. Ahli nujum juga dikatakan ada kebolehan untuk menilik mimpi, meramal jenis atau sifat seseorang dan sebagainya.

Tapi kalau dilihat dari sudut agama, menilik nasib ni adalah ditegah olehIslam. Dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa mempelajari salah satu cabang ilmu nujum maka ia telah mempelajari salah satu cabang ilmu sihir. Semakin bertambah ilmu nujum yang dipelajarinya, semakin bertambah pula ilmu sihir yang dimilikinya”

4. Ilmu falak atau ilmu kaji bintang

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/aktiviti-mencerap-bintang-1366x854.jpg
Aktiviti mencerap bintang. Imej dari McKenzieregion

Ilmu astronomi ialah salah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan objek-objek angkasa, ruang, dan alam semesta fizikal secara keseluruhannya. Kelab-kelab astronomi yang ada seluruh dunia juga rajin buat aktiviti yang dipanggil mencerap bintang untuk bagi pengetahuan dekat sesiapa yang berminat. Dulunya, ia dipanggil ilmu alam ataupun ilmu falak sebelum dikomersialkan sebagai ilmu astronomi.

Ahli falak Muslim memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan ilmu ini. Mereka telah mengubah skop kajian ‘ilmu falak’ yang bercorak tradisi kepada saintifik. Pada zaman khalifah al-Makmum (813-833 M), beliau memerintahkan supaya ukuran lilitan bumi dibuat dengan menggunakan kaedah astronomi dan matematik.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti adalah salah satu jabatan yang membuat penyelidikan dalam pembangunan ilmu falak di Malaysia. Disebabkan ‘ilmu falak’ juga la kita dapat mengetahui tempat-tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa dan hari raya pada setiap tahun.

Walaupun perkataan ahli falak atau ilmu falak jarang digunakan sekarang, Jakim masih lagi menggunakan nama tersebut iaitu E-FALAK untuk memberi maklumat kepada orang ramai untuk data takwim, waktu solat dan hasil kajian mereka sebagai rujukan kita.

Kalau nak tahu juga, salah seorang tokoh Ahli Falak di Malaysia adalah Sheikh Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Tokoh tersebut juga la yang memilih tarikh yang bersesuaian untuk merdeka, iaitu pada 31 Ogos 1957.

Selain tu juga, ahli astronomi ni la yang banyak bagi info pasal bila gerhana jadi, bila kita boleh tengok planet dengan mata kasar ataupun guna teleskop, dan macam-macam lagi. Salah satu fenomena paling baru jadi kat Malaysia ialah Supermoon pada bulan November 2016, iaitu tahun lepas.

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/supermoon-di-madrid.jpg
Antara salah satu gambar popular masa Supermoon tahun lepas di Madrid. Imej dari AFP

Apa yang menarik pasal Supermoon ni? Bulan tu sama je, cuma titik di orbit bulan tu adalah paling dekat dengan Bumi, menyebabkan bulan nampak 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah di langit.

Masa tu semua orang sibuk duduk post gambar dengan bulan walaupun dalam gambar tu nampak tak jauh beza pun dengan malam-malam yang lain. Tapi, korang jangan risau sebab ahli astronomi ni jangkakan yang kita akan tengok Supermoon sekali lagi pada 3 Disember 2017, iaitu tahun ni! Jadi, boleh la korang tanda kalendar siap-siap!

5. Mengaji bermaksud belajar
Contoh ayat: Lama tak nampak, kamu ‘mengaji’ kat mana sekarang?

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/mengaji-768x512.jpg
Itulah soalan yang kita selalu dapat bila jumpa orang tua-tua dekat kampung. Maksud diorang bukan nak tanya mengaji kat mana, tapi belajar dekat mana.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi mengaji ni ialah membaca Al-Quran. Selain tu juga, maksud lain bagi mengaji ialah belajar atau menuntut.

Sebab perkataan ‘mengaji’ ni kami tak jumpa pula kesahihannya, tapi mungkin juga sebab orang-orang Melayu zaman dulu selalunya belajar ilmu agama di pondok-pondok sebab zaman dulu mana ada sekolah, jadi kebanyakan mereka cuma belajar mengaji Al-Quran.

Ianya masih digunakan lagi oleh orang tua-tua di kampung, yang maksud sebenarnya bukanlah mengaji iqra’ atau muqaddam atau Al-Quran, tetapi lebih kepada bermaksud belajar atau menuntut ilmu (apa-apa jenis ilmu).

6. Bilang bermaksud bagitahu

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/giphy-20.gif
‘Bilang’ ni mungkin boleh digunakan sebagai membilang ataupun mengira, tapi kalau ikutkan bahasa Melayu zaman dulu, bilang tu bermaksud beritahu atau bagitahu. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, bilang atau berbilang maksudnya lebih dari satu atau beberapa, dan juga angka yang terkumpul.

Dekat Malaysia sekarang, kita selalu gunakan perkataan ‘bilang’ ni sebagai mengira. Tapi kalau dekat Singapura, diorang masih lagi kekalkan perkataan bilang untuk menyatakan sesuatu.

Contoh ayat: Aku dah bilang jangan main di tepi parit, nanti jatuh!

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/aku-sudah-bilang.jpg
Sedutan dari filem ibu mertuaku

7. Terpemanai bermaksud banyak tak terkira

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/askar-banyak-tak-terpemanai.jpg
Contoh ayat:Awi Cakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu banyak, tiada terpemanai lagi. -(dipetik di sites.google.com/sejarahmelayu)

Kalau nak diikutkan, perkataan ni boleh dijumpai dalam buku cerita rakyat melayu zaman dulu macam Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Muda, dan beberapa hikayat cerita rakyat zaman dulu.

Bila kami periksa di DBP, maksud perkataan tersebut ialah terlalu besar, tidak terhitung, dan sangat banyak. Menurut sebuah buku bertajuk Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu terbitan USM juga, maksud ‘terpemanai’ ialah tiada angka yang boleh dipadankan. Selain itu juga, ejaannya adalah ‘terpemanai’ dan ‘tepermanai’, bergantung kepada kamus yang digunakan.

8. Bumi Hijjaz merupakan nama Arab Saudi

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/keluarga-as-saud.jpg
Sebelum Arab Saudi diambil alih dan diperintah oleh keluarga As-Saud pada 23 September 1932, negara tersebut dipanggil sebagai Bumi Hijjaz. Daripada Bumi Hijjaz tu la namanya ditukarkan kepada Arab Saudi, yang berasal dari dinasti As-Saud.

Hijjaz sebenarnya sebuah wilayah, ianya terletak di sempadan Jordan di mana Mekah dan Madinah terletak dalam wilayah ni. Lepas keluarga As- Saud berjaya mengambil alih pemerintahan, Hijaz digabungkan dengan wilayah-wilayah lain maka dengan itu, terbentuklah Arab Saudi.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca artikel kitorang pasal perpecahan dan penggabungan negara-negara Arab dekat sini.

Bumi Hijjaz juga disebut dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad (SAW) bersabda,

“Kiamat tidak berlaku sehingga keluar api dari bumi Hijjaz. Ia menerangi tengkuk-tengkuk unta di Busra” –(Hadis oleh Bukhari dan Muslim)

9. Sebelum Bajet diperkenalkan, ianya adalah Belanjawan

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/belanjawan-malaysia.jpg
Pembentangan Bajet adalah satu rancangan yang kita selalu akan tunggu untuk tengok peruntukan kerajaan untuk tahun seterusnya. Tapi korang sedar tak yang sebelum ni ‘Pembentangan Bajet’ dipanggil sebagai ‘Pembentangan Belanjawan’.

Pada tahun 2016, kerajaan dah tukar perkataan ‘belanjawan’ tu kepada ‘bajet’. Nak moden lah kot? Sebelum ni, pembentangan belanjawan digunakan sejak tahun 1957 sehingga tahun 2015. Perkara ni sebenarnya dah menimbulkan perasaan kurang senang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kata, ianya boleh melenyapkan perbendaharaan Melayu dan juga jati diri bangsa.

Selain daripada tu juga, bajet juga digunakan oleh remaja zaman sekarang sebagai bahasa pasar yang bermaksud ‘berlagak’

Contoh ayat: “Dia tu bukannya kaya sangat pun, bajet je lebih”

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/rolling-eyes.gif

10. Hari Puja Umur

https://soscili.my/wp-content/uploads/2017/06/hari-puja-umur.jpg
Imej dari P Ramlee – 3 Abdul , tahun 1964

Salah satu adegan dalam filem Tiga Abdul, korang akan nampak banner ni sebelum satu pesta bermula yang dinamakan ‘Hari Puja Umur’. Apa benda pula ‘Hari Puja Umur’ ni? Bila kami periksa dengan DBP lagi, ianya bermaksud pesta untuk memperingati hari jadi.

Ye, dulunya, majlis hari jadi dipanggil ‘Majlis Puja Umur’, bukan hari lahir mahupun hari jadi. Walaupun begitu, ianya masih digunakan dalam kalangan pihak istana di Brunei.

Selain tu juga, lagu “Selamat Hari Jadi’ dulunya dinyanyikan sebagai lagu ‘Allah Selamatkan Kamu”, macam filem Tiga Abdul ni.

bgN9X4IFm9Q


sUMBER:https://soscili.my/perkataan-bahasa-melayu-zaman-dulu-yang-dah-dimodenkan/

Tinot7 Publish time 14-10-2021 10:55 AM

kutub khanah???

Raline Publish time 15-10-2021 09:52 AM

Tinot7 replied at 14-10-2021 10:55 AM
kutub khanah???

apo plak ni ;P

Tinot7 Publish time 15-10-2021 08:36 PM

Raline replied at 15-10-2021 09:52 AM
apo plak ni

hang buat benang tanpa baca ka?
nih hang juga yg tulis kat atas tuh..

Pada zaman dulu, perpustakaan dipanggil sebagai ‘kutub khanah’ yang pada asalnya adalah daripada Bahasa Urdu yang bermaksud sebuah ruang yang mengandungi buku-buku dan bahan-bahan lain untuk bacaan, kajian ataupun pinjaman.

midori_katana Publish time 18-10-2021 09:13 AM

lain macam bunyinya "majlis puja umur". macam nak buat majlis pemujaan jin ja...:lol:

ChildrenOfBodom Publish time 21-10-2021 11:44 AM

di belah Utara mengaji masih digunakan unuk refer kepada belajar.

contoh ayat

"Hang mengaji sekolah mana dulu?"

dexa Publish time 4-11-2021 09:14 PM

Tinot7 replied at 15-10-2021 08:36 PM
hang buat benang tanpa baca ka?
nih hang juga yg tulis kat atas tuh..





zaman saya sekolah rendah:
kutub khanah

zaman masuk sekolah menengah:
perpustakaan

bila dah mengajar:
pusat sumber

Tinot7 Publish time 4-11-2021 09:26 PM

dexa replied at 4-11-2021 09:14 PM
zaman saya sekolah rendah:
kutub khanah



ye ke?
jaman iols pakai perpustakaan.. ada masa cikgu panggil pusat sumber.. tak pernah pakai kutub khanah. panggil library slalu la..

dexa Publish time 4-11-2021 09:40 PM

Tinot7 replied at 4-11-2021 09:26 PM
ye ke?
jaman iols pakai perpustakaan.. ada masa cikgu panggil pusat sumber.. tak pernah pakai kutu ...




tu zaman baru lagiperpustakaanpusat sumber tu

zaman saya -- yang dah umur 88 tahun ni --
dulu mmg panggil kutub khanah -

masa tu buku enid blyton pun kira mcm baru lagi
famous five pun mcm baru aje published -

pinjam buku kat kutub khanah ada hari2 tertentu utk darjah 3- darjah 6
darjah 1 dan dan darjah 2 tak diberi pinjam buku dari kutub khanah
kena baca dalam bilik kutub khanahaje -
boleh masuk pun waktu rehat kalau cepat makan -

dapat pinjam 7 hari
lambat pulang - denda5 sen sehari -
so mmg tak akan pulangkan lambat ler
sbb 5 sen tu banyak- equivalent lima posen tu -

anyway - tu lah dia -
mmg panggil kutub khanah
englishtetap: library

depan pintu tu tulis:
bilik kutub khanah


Tinot7 Publish time 5-11-2021 12:49 AM

dexa replied at 4-11-2021 09:40 PM
tu zaman baru lagiperpustakaanpusat sumber tu

zaman saya -- yang dah umur 88 tahun ni --


wow, nenek lagi tua drp mak pak iols.
arwah ayah iols pun muda 5 tahun drp nenek.
kami kat rumah pun panggil library jahh.. kadang2 bahasakan sbg perpustakaan. tak pernah dgr ayah habaq kutub khanah... kat skolah rendah yg dia ngajar pun kami bahasakan perpustakaan.. tak panggil pun pusat sumber.. rasa janggal panggil pusat sumber.

ni la kali pertama dgr...

dexa Publish time 5-11-2021 01:16 AM

Tinot7 replied at 5-11-2021 12:49 AM
wow, nenek lagi tua drp mak pak iols.
arwah ayah iols pun muda 5 tahun drp nenek.
kami kat rumah p ...

well...
there's always first time...

kalau nak kirakan - kutub khanah tu maksudnya
mcm -- bangunan yang menyimpan buku-buku

jadi dulu digunakan la perkataan tu di sekolah-sekolah...
bila murid2 nak membaca buku2 cerita -
sekolah ada sediakan bilik yang penuh dgn buku2 -

that's how it starts --

since bahasa melayu sentiasa ada pembaharuan...
hence -- dlm mid 70s if i'm not mistaken
tukar perkataan kutub khanah kepada - perpustakaan

it was the roughly about the same time when
matapelajaran Kira-kira ditukar kepada Ilmu Hisab
dan kemudian kepada Matematik -
dan Tawarikh ditukar kepada Sejarah...

Tinot7 Publish time 5-11-2021 01:27 AM

dexa replied at 5-11-2021 01:16 AM
well...
there's always first time...



jaman iols dah pakai matematik dan sejarah...
tingat pernah borak2 dgn ayah, dia pakai ilmu hisab.. tapi ayah dok pompang reading writing and arithmetic jah...

tawarikh nih pun baru bg iols.. kalau bebudak skolah agama panggil sirah.

dexa Publish time 5-11-2021 01:50 AM

Tinot7 replied at 5-11-2021 01:27 AM
jaman iols dah pakai matematik dan sejarah...
tingat pernah borak2 dgn ayah, dia pakai ilmu hisab. ...




dulu -- masa masuk darjah 4 ---
matapelajaran yang diajar :
tawarikh - antara topik yang dipelajar
- raja hamurabi, raja nebuchadnezzar
taman tergantung di Babylon -- mostly Mesir Purba
dan macedonia -
ilmu alam -antara topik2 yang di pelajari:
penanaman nenas di labis dan pontian
penanaman kelapa di bagan datok
perlombongan timah di lembah kinta
padi di kuala muda kedah
ikan di kuala terengganu
dan banyak lagi
(tempat terkering dan paling banyak hujan etc etc)
masa darjah 4 -- kira-kira ditukar kepada Ilmu Hisab
(belajar measurement:ela, furlong, kaki, inci,
lbs, oz,kati, tahil, gelen, quart, pint, - etc etc)

metric dah ada masa tu cuma masih belum luas lagi
-- so still using imperial system but it changed gradually...
not mistaken - by 1980 fully metric system.. -

tatarakyat --before it changed to siviks
kajian tempatan -- then changed to ilmu alam -

dan banyak lagi -- mostly saya masih ingat topik2
for all the subjects i learned -
because they were very interesting and the teachers were superb -

bila dah 8 dekad+ ni -- jadi memories -- ala ala radio klasik
menggamit kenangan---



Tinot7 Publish time 5-11-2021 02:02 AM

dexa replied at 5-11-2021 01:50 AM
dulu -- masa masuk darjah 4 ---
matapelajaran yang diajar :
tawarikh - antara topik yang dipela ...

jaman iols mmg blaja ilmu alam, tapi kami panggil alam dan manusia.
iols tak blaja sivik. hat kajian tempatan tuh blajaq masa masuk skolah menengah. kami panggil geografi.
masa skolah rendah, tak ingat pula blajaq sejarah.. blajaq sejarah masa skolah menengah.

iols tak tau la bila dah menjangkau umo 80an iols ingat apa sbg memori. harap2 yg indah2 je la..

dexa Publish time 5-11-2021 03:55 PM

Tinot7 replied at 5-11-2021 02:02 AM
jaman iols mmg blaja ilmu alam, tapi kami panggil alam dan manusia.
iols tak blaja sivik. hat kaji ...

Ilmu Alam jadi alam dan manusiabila dah masuk mid 80s...

sekolah menengah pula tukar dari Ilmu Alam dan Ilmu Alam Fizikal
ke Geografi dan Geografi Fizikal -

then -- after that Alam dan Manusia pun tak ada dlm syllabus
primary school -- same goes for Tawarikh / sejarah
too bad really -

now there's come back of sejarah for Primary
starting tahun 4 - tahun 6 ; - - all Sejarah Malaysia only

masa saya belajar Tawarikh -- Darjah 5 -- was the best -
we learned all about World History which were incredible..
shakespeare, napoleon, abe lincoln, shih huang ti, akbar, asoka
mahatma gandhi,alexander graham bell, Henry VIII,    and on and on....
what a great learning -

kids nowadays tak belajar tu -- but if they look in the internet
the information just a click--except most kids nowadays dok main games dan
bukan2 lagi...   too bad - but if parents can help out then that would be awesome -
cuma.....parents pun some of them dok main games juga... lol -

edayildiz Publish time 7-11-2021 02:46 AM

yg lain tu tau ler jgk wpn xsempat guna perkataan itew..kutub khanah tu first time dgr

Perawankota Publish time 7-11-2021 03:00 AM

Apa kau bilang?
Rasa org Singapore still lagi sebut mcmtu kan.

Kutub khanah tu dari kecil dah tau.. Mak selalu sebut..

Tinot7 Publish time 7-11-2021 09:38 AM

dexa replied at 5-11-2021 03:55 PM
Ilmu Alam jadi alam dan manusiabila dah masuk mid 80s...

sekolah menengah pula tukar dari Ilmu ...

sejarah psl sains dan teknologi mmg ada blajaq dlm mata pelajaran alam dan manusia. geografi sikit2 pun dlm alam dan manusia.
hat pasal lain2 tuh, blajaq sejarah bila dah skolah menengah.

kena blajaq sejarah mesia kat skolah rendah nih mesti sbb jaman now ramai yg tak tau sejarah mesia..
sejarah mesia blajaq masa tingkatan 5 nih bkn sumer bebudak amik dolu2.

DianaSaksen Publish time 8-11-2021 03:42 AM

Kecil jadi kecik
tiada tau tidak ada jadi takde
anda jadi korang
apooo ?

dexa Publish time 9-11-2021 08:39 PM

Tinot7 replied at 7-11-2021 09:38 AM
sejarah psl sains dan teknologi mmg ada blajaq dlm mata pelajaran alam dan manusia. geografi sikit ...




belajar sejarah malaysia masa primary school
pada saya tak berapa effective
unless mixed the lesson -
then it would be more interesting

belajar masa parameswara buka Melaka masa darjah 5
belajar masa Sang Nila Utama buka Singapura masa darjah 5
and at the same time - learn other history too
such as: built of pyramid and great wall of china; hanging garden babylon, civil war usa
no need too detail but enough to build interest of the students
it works that way -


Pages: [1] 2
View full version: 10 PERKATAAN BAHASA MELAYU ZAMAN DULU YANG DAH DIMODENKAN


ADVERTISEMENT