xpdckelate Publish time 14-10-2021 06:55 AM

Yamaha beruntung milik Quartararo

LESMO – Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis mengakui sangat beruntung mempunyai pelumba berbakat seperti Fabio Quartararo yang kini semakin hampir untuk melakar sejarah menjulang gelaran dunia sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Quartararo yang mula menjejak kaki ke pentas utama MotoGP bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) pada 2019 itu tidak me-nunggu lama untuk menyesuaikan diri, malah tunggangannya lebih baik ketika bersama pasukan Monster Energy Yamaha musim ini.

Pelumba 22 tahun dari Perancis itu kini semakin hampir untuk menjulang gelaran juara dunia MotoGP 2021 dan memimpin kejuaraan dengan kelebihan 52 mata berbanding Francesco Bagnaia (Ducati) yang berada di tangga kedua.

Berbaki tiga pusingan perlumbaan, Yamaha meletakkan sepenuh keyakinan kepada Quartararo untuk memastikannya menjulang kemenangan di Grand Prix (GP) Emilia Romagna pada 24 Oktober depan.

“Saya rasa kelebihan utama kami ketika ini adalah mempunyai pelumba yang sangat baik dan laju. Quartararo juga dilihat tidak berdepan sebarang tekanan, malah tenang setiap kali mendahului perlumbaan.

“Dia mendapat keyakinan semula bersama pasukan terutama jentera beroperasi dengan cukup baik. Jika dibanding tahun lalu, keadaan sikit berbeza kerana dia sering berdepan masalah dengan jentera,” kata Jarvis.

Dalam pada itu, Jarvis turut menegaskan keputusan terbaik yang diperoleh mereka pada musim ini selepas mempelajari kesilapan lalu terutama masalah jentera yang menyebabkan mereka gagal menjelmakan kemena-ngan.

“Pada musim 2020, perjalanan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Namun, kekangan tersebut menyebabkan pasukan terus bekerja keras untuk menghasil jentera lebih stabil pada musim ini.

“Menerusi data yang diperoleh, tiada masalah yang serius yang kami kesan pada musim ini, malah jentera lebih kompetitif jika dibandingkan pada musim lalu,” ujarnya. – AGENSI

xpdckelate Publish time 14-10-2021 06:55 AM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/1lead-MotoGP-f-1.jpg
QUARTARARO semakin hampir untuk menjulang gelaran dunia musim ini selepas memiliki kelebihan 52 mata berbanding Bagnaia. – AFP

xpdckelate Publish time 14-10-2021 06:56 AM

rugi jadi pasukan satellite,rider kena rembat dek pasukan factory..akhirnya melingkup pasukan satellite ;P
Pages: [1]
View full version: Yamaha beruntung milik Quartararo


ADVERTISEMENT