Raline Publish time 13-10-2021 07:44 PM

Wanita lakukan ‘transformasi’ wajah agar bekas kekasih menyesal

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/glow-up.jpeg
Perubahan wajah wanita ini yang dimuat naik di TikTok menjadi tular di media sosial. - TikTok

Wanita lakukan ‘transformasi’ wajah agar bekas kekasih menyesal

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan transformasi wajahnya ketika sebelum dan selepas ditinggalkan teman lelaki, lapor laman berita Detik semalam.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di TikTok, pemilik akaun @gendhismo itu menunjukkan wajahnya sebelum disolek sambil mengenang kembali ucapan daripada bekas kekasihnya.

“Ini video pertama saya yang sempat tular dahulu. Hitam dan kamu (bekas kekasih) berasa jijik, bukan? Kita putus sahaja, ya?” demikian tulis wanita itu pada keterangan video tersebut.

Dalam video lama itu, wanita tersebut berambut pendek dan wajahnya kelihatan pucat. Namun, wajahnya kini berubah dengan drastik selepas disolek dengan solekan yang ‘natural’.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.

“Anda kelihatan sangat cantik dengan gaya rambut sebegitu,” tulis seorang netizen.

“Cantik sangat. Sila buat tutorial mekap,” kata seorang pengguna lain. – AGENSI

musangbodoh Publish time 13-10-2021 08:19 PM

xde keyakinan diri nie...mai mesia lah..{:smileo

Supersirap Publish time 13-10-2021 09:30 PM

Dengan tranformasi yang baharu, memeang menyesal bekas kekasih tersebut

anony-mous Publish time 13-10-2021 11:55 PM

Sama jah. Beza mekap xmekap jah

nakkomenjugak Publish time 17-10-2021 02:19 PM

So kena mekap 24h keee acaner?

NFBZCantik Publish time 18-10-2021 03:01 PM

make-up je kan?

semua org lawa kalau make-up

Nenasketum Publish time 18-10-2021 07:10 PM

nakkomenjugak replied at 17-10-2021 02:19 PM
So kena mekap 24h keee acaner?

Yer la kot. Macam mak mertua aku yang tak jadi, anak2 tak pernah tengok dia tak bermake up. Tapi dia mat salleh lar

mijot Publish time 18-10-2021 09:15 PM

atleast dia ni mekap jer...
yg viral kt mesia ritu, makan apa sampai kulit jadi putih..lagi menakutkan...

KIM.K Publish time 18-10-2021 11:20 PM

La kesan mekap ke. Ingat susuk threadlift bagai

Zack8hunter Publish time 21-10-2021 11:41 AM

make up jer pun.. kalau bangun tido muka sama jer serabainya..

Artemesiaa Publish time 21-10-2021 11:46 AM

Beza makeup dengan tak makeup je power of makeup kekdahnya.Zaman sekarang kentang kalau disolek pun boleh jadi cantik.

jazaa100 Publish time 21-10-2021 05:30 PM

musangbodoh replied at 13-10-2021 08:19 PM
xde keyakinan diri nie...mai mesia lah..

Kau panggil buat pe?...:curse:

Cukup le friska & trisnabyk menyemak kat sini

musangbodoh Publish time 22-10-2021 05:01 AM

jazaa100 replied at 21-10-2021 05:30 PM
Kau panggil buat pe?...

Cukup le friska & trisnabyk menyemak kat sini

ade masalah ke....

kitmal Publish time 22-10-2021 06:44 AM

kalau kekasih tak menyesal...tak tahu lah,,,
Pages: [1]
View full version: Wanita lakukan ‘transformasi’ wajah agar bekas kekasih menyesal


ADVERTISEMENT