Raline Publish time 12-10-2021 08:39 PM

'Corak latihan akar umbi di akademi, sekolah perlu diubah'

'Corak latihan akar umbi di akademi, sekolah perlu diubah'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ches12_1634041047.jpg
Tan Cheng Hoe (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Harimau Malaya di Amman, Jordan pada 4 Oktober lalu. - Foto ihsan Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Corak latihan pemain peringkat akar umbi di akademi dan sekolah perlu diubah kepada teknik latihan bola sepak moden sekiranya mahu melihat Malaysia mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Ia selepas kekalahan besar dalam aksi persahabatan berdepan Jordan dan Uzbekistan di Amman minggu lalu yang menjadi bukti kualiti pemain skuad Harimau Malaya ketika ini masih jauh ketinggalan.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menegaskan kekalahan itu memberi pengajaran besar buat semua pihak yang terbabit dalam pembangunan bola sepak dan bukannya terhadap pasukan kebangsaan sahaja.

Justeru, bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, pihak yang terbabit harus membuka mata dan berusaha menukar teknik latihan lama kepada bola sepak moden jika benar-benar mahu melahirkan pemain berkualiti tinggi untuk masa depan.

"Ini pengajaran untuk semua, untuk jurulatih seperti saya, jurulatih lain dan pegawai yang buat keputusan untuk perkembangan bola sepak kita.

"Walaupun kita bermain tiga atau empat kali pun dengan mereka (Jordan dan Uzbekistan) tetap sama, kerana kita kena tahu kemahiran pemain mereka dengan pemain kita jauh berbeza.

"Kita tidak boleh buat apa-apa dengan pemain yang sudah berusia 17 atau 18 tahun. Kualiti kemahiran (individu) harus dibentuk dari kecil jika kita betul-betul nak main bola sepak di peringkat antarabangsa dan berada dalam kelompok 10 terbaik Asia.

"Jadi, latihan pemain kita di akademi dan sekolah-sekolah harus berubah. Corak (permainan) lama sudah tidak boleh diguna pakai kerana sekarang ini kita nampak kepantasan (pergerakan) dan kemahiran dari aspek mengawal bola.

"Itu perkara yang harus kita buka mata dan bagaimana nak dapatkan pemain seperti itu dalam enam tahun, 10 tahun. Apa yang NFDP (Program Pembangunan Bolasepak Negara) buat adakah itu cukup atau kita kena perubahan," katanya kepada BH Sukan.

Skuad Harimau Malaya tumpas 0-4 dan 1-5 di tangan Jordan dan Uzbekistan dengan aksi itu sebagai medan jurulatih Tan Cheng Hoe menguji pemain untuk mempersiapkan pasukan bagi mengharungi Piala Suzuki AFF hujung tahun ini dan kelayakan Piala Asia, tahun depan.

SumbeR:https://www.bharian.com.my

Pages: [1]
View full version: 'Corak latihan akar umbi di akademi, sekolah perlu diubah'


ADVERTISEMENT