Raline Publish time 12-10-2021 06:40 PM

Lima pasangan Islam mohon cerai dalam satu jam

Lima pasangan Islam mohon cerai dalam satu jam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1012rsceraii_1634018601.jpg
Mahkamah Syariah

Kuala Lumpur: Lima permohonan cerai diterima daripada pasangan Islam dalam tempoh satu jam setiap hari. Itu angka mengejutkan didedahkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bagi pasangan Islam setiap hari terdapat 21 kes penceraian berlaku, manakala bukan Islam pula 18 kes sehari.

"Sedang kita bercakap dalam dewan (Rakyat) ini, ada orang yang memohon cerai, maksudnya begitulah dia punya konteks dan suasana. Kita pun risau.

"Sebab itulah saya percaya walaupun bukan dalam bidang kuasa atau konteks Parlimen dan Undang-Undang, banyak sistem sokongan (diberikan) yang bukan sahaja berada di bawah kementerian ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang mahu kerajaan menyatakan berapa kes perceraian berlaku sejak Mac 2020 hingga kini.

Mas Ermieyati berkata, sebanyak 66,440 kes permohonan cerai difailkan di mahkamah syariah seluruh negara bermula awal pandemik Covid-19 iaitu Mac tahun lalu sehingga Ogos tahun ini.

"Selangor mencatatkan daftar kes permohonan cerai tertinggi iaitu sebanyak 12,479 kes, diikuti Johor 7,558 kes serta Kedah pula 5,985 kes.

"Selain itu, Kelantan juga antara negeri tertinggi permohonan cerai iaitu 5,982 kes, diikuti Perak (5,921 kes), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854) dan Negeri Sembilan (3,473)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 2,978 kes penceraian difailkan di Pulau Pinang, diikuti Melaka (2,402), Perlis (1,081), dan Sarawak pula 561 kes.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, bagaimanapun statistik daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu hanya menunjukkan bilangan kes permohonan cerai yang difailkan, sekali gus bukan bermaksud semua kes permohonan ini diluluskan dan berakhir dengan perceraian.

"Pendaftaran kes cerai bagi masyarakat Islam adalah di dalam kawalan dan bidang kuasa Jabatan Agama Islam (negeri)," katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan, bilangan kes perceraian bagi golongan bukan Islam di seluruh Malaysia yang difailkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 10,346 kes.

"Daripada jumlah ini, Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,893 kes dan Perak sebanyak 1,209 kes," katanya.

musangbodoh Publish time 13-10-2021 12:19 AM

mantap btol ye cite cerai berai nie...errr kes murtad plak ape cer??haru kerajaan mesia nie:o

BingkaUbi Publish time 23-10-2021 10:55 PM

dah tuh ada study ka kaji apa sebab cerai2 ni???

white_musk Publish time 31-12-2021 04:23 PM

BingkaUbi replied at 23-10-2021 10:55 PM
dah tuh ada study ka kaji apa sebab cerai2 ni???

kebanyakannya sebab duit :loveliness:

mily Publish time 27-6-2022 06:01 PM

Aku termasuk statistik tu.Baru ka selesai pagi tadi.. Mudah sahja urusann sekarag sbb ada fasttrack.

Alhamdulillah.. Walaupun dah 12thn usia perkahwinan,xmenjanjikan kekal ke hujung nyawa andai tu qada dan qadr yg telah ditetapkan

putericahaya999 Publish time 29-6-2022 11:46 PM

Kalau x mampu bersama perceraian adalah solusi
Pages: [1]
View full version: Lima pasangan Islam mohon cerai dalam satu jam


ADVERTISEMENT