xpdckelate Publish time 11-10-2021 11:59 AM

Colombia sekat hajat Brazil

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/COLOMBIA_SOCCER_WORLD_CUP_QATAR_2022_1633920868.jpg
NEYMAR (tengah) gagal membantu Brazil untuk meraih mata di tempat lawan. FOTO EPA

Montevideo: Kehadiran Neymar gagal untuk membantu Brazil mencipta kemenangan seri tanpa jaringan menentang Colombia sekali gus menamatkan permulaan cemerlang mereka di kelayakan Piala Dunia.

The Selecao sebelum ini memenangi sembilan aksi pertama mereka, dengan menjaringkan 22 gol untuk mendahului kumpulan kelayakan Amerika Selatan hasil kelebihan lapan mata.

Bagaimanapun, pasukan bimbingan Tite ini masih lagi menjadi antara calon untuk layak beraksi di Qatar selepas kekal dengan kelebihan 13 mata ke atas pasukan tangga kelima, Colombia, tatkala empat pasukan teratas mampu mara secara automatik.

Juara Copa America, Argentina mengurangkan jurang dengan Brazil kepada enam mata selepas menumpaskan Uruguay 3-0.

Brazil bermula cemerlang dan mendominasi pada suku pertama apabila Neymar terpaksa membuatkan penjaga gol David Ospina bekerja keras untuk menyelamatkan rembatan yang dilakukannya.

Lucas Paqueta juga turut menguji penjaga gol berkenaan hasil rembatan jarak jauh dan selepas itu sepatutnya meletakkan pasukan pelawat di depan.

Hantaran ke belakang Neymar berjaya menemui Paqueta yang berdepan satu lawan satu dengan Ospina namun percubaannya tersasar.

Colombia bergelut untuk mencipta peluang dan aksi terbaik mereka pada separuh masa pertama menjelma melalui situasi bola mati.

Sepakan percuma melencong Juan Quintero gagal menemui sasaran dan manakala hantaran lintang yang dilakukannya ditanduk tinggi oleh Yerry Mina.

Colombia cuba untuk memberi ancaman pada separuh masa kedua dan penjaga gol Brazil, Alisson berjaya menepis rembatan Mateus Uribe.

"Neymar bermain dengan baik selaku ketua pasukan," kata Tite yang mengakui bahawa Colombia mempunyai teknikal berkualiti berbanding pasukan lain.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/10/764891/colombia-sekat-hajat-brazil
Pages: [1]
View full version: Colombia sekat hajat Brazil


ADVERTISEMENT