Raline Publish time 11-10-2021 11:32 AM

10 Ribu Botol Sambal Nyet Khairul Aming ‘Sold Out’ Dalam Masa 3 Minit!

10 Ribu Botol Sambal Nyet Khairul Aming ‘Sold Out’ Dalam Masa 3 Minit!

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/khairul-aming-sambal-nyet--750x401.png
Pensohor media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa terharu apabila produk perniagaannya, Sambal Nyet berjaya dijual sebanyak 10 ribu botol pada Ahad bersempena dengan jualan 10/10.


10 Ribu Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam Masa 3 Minit!
Lebih membanggakan, kuantiti botol sambal tersebut habis dijual hanya dalam masa tiga minit di sebuah aplikasi jualan atas talian. Menurut Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman,29 kejayaan tersebut sekaligus memecah rekod jualannya pada Januari lalu dengan capaian 10 ribu botol sambal dalam masa 54 minit. Di kesempatan itu, Aming yang mempuyai 3.2 juta pengikut di laman Instagram turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan terhadap perniagaannya.

“Alhamdulillah sold out”

“10 bulan lepas bila Sambal Nyet @sambalnyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ini (Ahad) 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ini” tulis Aming

https://www.instagram.com/p/CU1dMfcAV23/?utm_source=ig_embed&ig_rid=bfc29322-21da-4421-8c10-18eb254b1c89

Ada Yang Kecewa Tidak Dapat Beli
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen siapa sangka ada diantara pengikutnya meluahkan rasa kecewa kerana tidak berjaya membeli Sambal Nyet meskipun sudah berada di atas talian sejak awal lagi.Namun, begitu mereka memuji kemajuan perniagaan Aming selain berharap dapat mencontohi kejayaannya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/Screenshot-2021-10-11-at-10.31.02-AM-down.png

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/Screenshot-2021-10-11-at-10.31.02-AM-down.png

Untuk rekod, sepanjang jualan Sambal Nyet semuanya telah berjaya habis dijual hanya dalam masa beberapa minit. Selain menjalankan perniagaan tersebut, Aming juga aktif dalam mencipta video masakan yang kreatif sekaligus mempunyai peminatnya tersendiri.

Sumber:https://murai.my

tintin22 Publish time 11-10-2021 11:36 AM

Tahniah KA

reenz013 Publish time 11-10-2021 11:39 AM

iols dh beli...satu jelah sbb nk merasa...iols ni sejenis yg suka pedas...tp sambal ka ni terlalu pedas..klu dh terlalu pedas pun x syok jugak nk mkn..terencat dibtnya...iols rasa sekitar umah iols ada yg lg sedap dr sambal ka ni..tu je nk ckp

prettyuglybabe Publish time 11-10-2021 12:17 PM

i dah give up nak try..
so now memang takde rasa nak battle ke apa..
hari tu ada my friend bagi rasa sambal chef wan..
pada tekak i, boleh la..
sambal yang pada i boleh buat sendiri..
rajin dengan malas je jadi penentu :lol:

nakkomenjugak Publish time 11-10-2021 08:43 PM

Belum rasa lagi sambal mak iol


Haihhh rindu masakan mak

Cik_jantung Publish time 11-10-2021 08:46 PM

Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 12:34 PM

..........

domok Publish time 11-10-2021 08:54 PM

Percubaan iols plak mcm kurang pedas... Expect pedas lg. Dari segi rasa, ok la.. Dah try banyak sambal dari shopee, for me KA punya yang the best la setakat ni. Tapi for me, kalau pedas lagi, lagi kick.

pizzahait Publish time 11-10-2021 09:11 PM

reenz013 replied at 11-10-2021 11:39 AM
iols dh beli...satu jelah sbb nk merasa...iols ni sejenis yg suka pedas...tp sambal ka ni terlalu pe ...

pernah rasa few diff orders dari diff batches. semua rasa lain2. ada pedas sedap, ada pedas cili. rasanya, depends pada batch cili lah kut. and tak pernah order lagi dah lepastu, kasi ke orang lain pulak battle.

prettyuglybabe Publish time 12-10-2021 02:05 PM

pizzahait replied at 11-10-2021 09:11 PM
pernah rasa few diff orders dari diff batches. semua rasa lain2. ada pedas sedap, ada pedas cili....

serious sambal beliau rasa tak konsisten?

makadek Publish time 12-10-2021 02:37 PM

Jual sambal ni keuntungan 200%

Ciput tp harga mahal

rifaa Publish time 12-10-2021 02:54 PM

reenz013 replied at 11-10-2021 11:39 AM
iols dh beli...satu jelah sbb nk merasa...iols ni sejenis yg suka pedas...tp sambal ka ni terlalu pe ...

iols pon beli skali je....rasa dia sedap jugak tapi terlampau pedas

niena90 Publish time 12-10-2021 03:16 PM

Kenapa korang punya pedas. Ke lidah I yg rasa x bape nak pedas? Bagi I sambal dia ok2 aje

kisahkeaku Publish time 12-10-2021 04:53 PM

reenz013 replied at 11-10-2021 11:39 AM
iols dh beli...satu jelah sbb nk merasa...iols ni sejenis yg suka pedas...tp sambal ka ni terlalu pe ...

eh same la...dapat beli sekali sebab nak merasa.sekali erm..
sebab pedas sangat, tak dapat rasa masam ke manis ke masin ke.
sudahnya edjas sendiri.

NFBZCantik Publish time 12-10-2021 05:28 PM

domok replied at 11-10-2021 08:54 PM
Percubaan iols plak mcm kurang pedas... Expect pedas lg. Dari segi rasa, ok la.. Dah try banyak samb ...

berapa you rate level kepedasan sambal ni?

i tgh survey2 sblm nk g battle ni :lol:

ezacbee Publish time 12-10-2021 05:30 PM

Asal nak beli je sold out.
Last2 xkose nak beli.

{:noseo

domok Publish time 12-10-2021 09:24 PM

NFBZCantik replied at 12-10-2021 05:28 PM
berapa you rate level kepedasan sambal ni?

i tgh survey2 sblm nk g battle ni

Kalau 5 level paling pedas, iols bg 2.5 je kot.. Pedas la tapi tak cukup pedas bagi lidah i.
Actually sonok gak battle ni.. Macam main game. Bila berjaya tu rasa macam best je. Tapi iols pun baru sekali battle & berjaya plak.

sitisbp Publish time 12-10-2021 09:38 PM

Baru rasa tadi. Dpt yg pedas jugakla. As comparison kalau ghostpepper tu 10, nyet ni level 6/7. Nyet ada gula so manis tu buat kita mampu makan tanpa mintak nyawa mcm makan ghostpepper tu. And kalu dah biasa makan sambal cili api merah yg pedas yg takde gula n msg, u can tell the difference. Sedap la pada i boleh diterima.

Rogue98 Publish time 12-10-2021 09:54 PM

Sambal ..kalau buat yg simple2 jer pun dah sedap. Skjap jer 10 20mins dah siap...boleh buat utk seminggu masuk fridge.

pizzahait Publish time 12-10-2021 10:06 PM

prettyuglybabe replied at 12-10-2021 02:05 PM
serious sambal beliau rasa tak konsisten?

menurut my taste bud. rasanya sebab cili / lada dia. 1st & 2nd order sedap, balancelah rasa pedas manis masin sambal tu. after 2 weeks order lagi tapi rasa pedas saja, kena alter.

babycc Publish time 12-10-2021 11:23 PM

Br dlm bln lepas cuba sambal nyet.. aku ni suka mkn pedas sebenarnya.. tp sambal die mmg pedas gile.. oedas yg aki x thn.. tp bagusnya tahan lama.. saje ltk dkt luar lebih 3 hari.. sikit pon x rosak & rasa die lari walaupon lelas dibukak
Pages: [1] 2 3
View full version: 10 Ribu Botol Sambal Nyet Khairul Aming ‘Sold Out’ Dalam Masa 3 Minit!


ADVERTISEMENT