Raline Publish time 10-10-2021 08:42 PM

Buat baik pun orang mengata... Harris Annuar.

Buat baik pun orang mengata...

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2021-10-10_14-36-50_1633850195.jpg
Harris Annuar.

Kuala Lumpur: "Apabila orang puji kita jangan terbang, apabila orang keji kita jangan tumbang."

Itu luahan pelakon dan pengacara Harris Annuar mengenai prinsip hidup jika ada pihak bercakap buruk dibelakangnya.

Harris berkata, dia juga enggan mengambil pusing segala kata-kata negatif atau terasa hati seandainya dia dikatakan tidak mampu bertahan dalam perjuangan mendalami agama.

"Kalau ada yang cakap buruk fasal kita janganlah kita ambil hati sebaliknya kita cuba positif dan bertenang.

"Selepas saya berguru dengan seorang ustaz saya menerima banyak ilmu baharu dan saya cuba amalkan dalam kehidupan seharian. Dunia ini hanyalah sementara sebaliknya akhirat yang kekal selamanya. Jadi biarlah apa orang nak cakap asalkan kita tahu apa tujuan hidup sebenar," katanya.

Menurut Harris, dia juga berharap agar pihak yang cuba menghukum perubahan seseorang ke arah kebaikan supaya berhenti bersikap sedemikian.

"Saya minta netizen janganlah menghukum seseorang tanpa kita tahu apa yang dia lakukan dalam hidupnya. Boleh jadi amalan dia lebih baik daripada kita. Sebagai contoh kita mungkin sudah mendirikan solat lima waktu sehari tapi boleh jadi solat dia lebih khusyuk.

"Jadi kita jangan menghukum sebab kita tahu pahala dia, kemungkinan lebih banyak daripada kita," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

dudaberhias Publish time 10-10-2021 08:56 PM

Dia senang je dalam dunia ni dikkk kalau tak nak kena kecam...

1. Muka kena herlokkkk
2. Jangan gedik
3. Jangan marketing produk sampah

Aaa confirm yang kecam2 minoriti jah nanti, lepastu buat la drama air mata sikit2 menangis. Mesti ramai peminat sanjung nanti...

Moga2 harris annuar dapat istiqomah. Kalau hanyut juga takpe, semoga rezeki dia melimpah2 supaya dia dapat kumpul duit untuk buat plastic surgery di hatyai...

Ni dah boleh rentas negeri ni , ajommmm ikut kaka ke pattaya untuk tiruskan pelepah hidung dan tanam rambut dekat yun nam thailand.

Raline Publish time 11-10-2021 11:47 AM

dudaberhias replied at 10-10-2021 08:56 PM
Dia senang je dalam dunia ni dikkk kalau tak nak kena kecam...

1. Muka kena herlokkkk


setuju angat2 cheff ;P

nakkomenjugak Publish time 11-10-2021 05:00 PM

Komen baru masuk 3. Sape yang ngata ko nok?

Raline Publish time 12-10-2021 06:32 PM

x laku ke dia ni

shiedafaizal Publish time 15-10-2021 10:27 PM

Korang tgk tak vid baru Yang bibir dia bengkak Tu..ngekek Aku gelak..serba Salah nak simpati ke nak gelak ????
Pages: [1]
View full version: Buat baik pun orang mengata... Harris Annuar.


ADVERTISEMENT