Raline Publish time 10-10-2021 02:00 AM

Gadis cantik goreng, makan tarantula peliharaan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/makan-tarantula.jpeg
Louisa menggoreng dan makan tarantula peliharannya yang mati akibat sudah tua. - TikTok

Gadis cantik goreng, makan tarantula peliharaan

JAKARTA – Seorang wanita jelita menjadi tular di aplikasi TikTok selepas memuat naik video dirinya memakan tarantula peliharaannya yang sudah mati, lapor laman Detik.com semalam.

Menurut video TikTok yang dimuat naik @littletalker, wanita bernama Louisa itu sememangnya gemar melakukan sesuatu yang ekstrem dan memelihara beberapa jenis haiwan eksotik.

“Dalam video saya memakan tarantula itu, ia merupakan tarantula saya yang mati kerana sudah tua.

“Ia mati secara semula jadi, bukan dibunuh,” katanya.

MenurutLouisa, rasa haiwan itu tidak seteruk yang disangka. Disebabkan dia menggorengnya sehingga rangup, rasanya tidak jauh beza dengan ayam goreng tepung.

Aksi gadis itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Seram dan takut dengan haiwan ini, bagaimana anda boleh memakannya?” tulis seorang netizen.

Video tersebut sehingga kini sudah ditonton lebih 624,000 kali dengan lebih 900 komen. – AGENSI

Skuau Publish time 10-10-2021 09:29 AM

mmmm......tidak mampu mencipta sesuatu....make menate tu pulok dia..hanya tuk menjadi 'terkenal'.'keindonan'....apakah ini???:shakehead3:

CARI-MRO Publish time 10-10-2021 03:50 PM

Wanita Tular Makan Tarantula Peliharaannya Yang Sudah Mati

Seorang wanita jelita menjadi tular di aplikasi TikTok selepas memuat naik video dirinya memakan tarantula peliharaannya yang sudah mati, lapor laman Detik.com semalam.


Menurut video TikTok yang dimuat naik @littletalker, wanita bernama Louisa itu sememangnya gemar melakukan sesuatu yang ekstrem dan memelihara beberapa jenis haiwan eksotik.


“Dalam video saya memakan tarantula itu, ia merupakan tarantula saya yang mati kerana sudah tua.


“Ia mati secara semula jadi, bukan dibunuh,” katanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/10/154758jzj2kn8wjov89p8s.pngTiktok




MenurutLouisa, rasa haiwan itu tidak seteruk yang disangka. Disebabkan dia menggorengnya sehingga rangup, rasanya tidak jauh beza dengan ayam goreng tepung.


Aksi gadis itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.


“Seram dan takut dengan haiwan ini, bagaimana anda boleh memakannya?” tulis seorang netizen.


Video tersebut sehingga kini sudah ditonton lebih 624,000 kali dengan lebih 900 komen.-CARI


Sumber: Kosmo

Raline Publish time 10-10-2021 08:25 PM

dah ada dekkk

Pinokiok Publish time 11-10-2021 01:43 AM

Angelina joli pun pernah mkn tarantula sedap gamaknyer

supernaturalee Publish time 11-10-2021 07:49 AM

Ewww million times

KamikuP Publish time 11-10-2021 01:14 PM

berita dari yindon yihhh sgt

FOTHER-MUCKER Publish time 11-10-2021 02:34 PM

Di Thailand tu dah jadi makanan harian dia orang tiada siapa nak kisah pun!

nakkomenjugak Publish time 17-10-2021 02:34 PM

Kelawar, tarantula, lepas ni apa pulak?
Pages: [1]
View full version: Gadis cantik goreng, makan tarantula peliharaan


ADVERTISEMENT