Raline Publish time 8-10-2021 10:32 PM

MISTERI BANJARAN TITIWANGSA

MISTERI BANJARAN TITIWANGSA


https://www.facebook.com/photo/?fbid=521187565892660&set=a.466227181388699

Tahukah saudara?
Suatu ketika dahulu, sebelum banjir Nabi Nuh, dunia ini hanya ada satu benua sahaja kemudian setelah banjir besar berlaku, muka bumi ini bertukar wajah menjadi 7 benua bersama daratan, banjaran dan pulau-pulau.
Maka, Banjaran Titiwangsa menjadi inderapura (gunung pulau) dikelilingi oleh lautan, sebab itu Kuala Kangsar, pulau Indera Brahma, Ganga Nagara (Beruas), Simpang Pulai, Gua Musang, Batu Caves dan sekitarnya adalah pantai dan lautan.
Terdapat batu kapur di semua tempat tersebut menunjukkan bahawa tempat yang kita diami sekarang suatu ketika dahulu ialah pulau atau lautan.
Terdapat Bukit Kerang di Cangkat Lada, Seberang Perak. Ia menjadi daratan setelah proses geologi selama beribu-ribu tahun.
Selama ini perdebatan tentang banjir pada zaman Nuh selalu berpusat pada pertanyaan, "Apakah banjir pada zaman Nuh melanda seluruh dunia atau banjir yang hanya melanda dunia Nuh?"
Mereka yang percaya bahawa banjir tersebut melanda seluruh dunia mengaju kepada penemuan-penemuan ilmu pengetahuan tentang banjir Nuh, cerita-cerita kuno dan ayat-ayat dalam Alkitab.

Cuba kamu fikirkan, ada sesuatu yang hebat tentang Banjaran Titiwangsa. CIA cuba mengesan Banjaran ini dengan alat-alat canggih tetapi tidak berjaya. Seolah-olah ada sesuatu benteng yang menahannya dari menembusi ke dalam Banjaran.
Pada suatu ketika dahulu di zaman penjajah British, mereka cuba untuk memecahkan Banjaran Titiwangsa untuk membuat laluan pintas, tetapi tidak berjaya. Orang yang mengebom banjaran tersebut mati tanpa sebab.

Adakah suatu tempat lain keramat seperti Banjaran Titiwangsa? Seperti Gunung Ararat-kah?
Gunung Ararat boleh diterokai, dan yang tidak sedapnya, kenapa ditutup dan dirahsiakan. Tentu ada yang tidak kena. Jika benar ada penemuan, sudah tentu tempat itu hebat dan dikunjungi oleh ramai orang dari seluruh pelusuk dunia.
Bahkan negara itu akan menjadi tumpuan pelancongan dan menghasilkan keuntungan yang banyak untuk negara itu. Tentu ada suatu propaganda di sana.

Mereka mengatakan bahawa tapak kaki Adam dijumpai di India. Adakah bukti tersebut dapat disahkan dengan logik akal? Atau mereka ingin mendapat nama India sebagai perkampungan asal Nabi Allah Adam?

Nabi Allah Adam tentu memilih tempat yang terbaik di muka bumi ini untuk didiami. Tempat yang mempunyai pemeliharaan yang kukuh.
Kamu sedia mengetahui dari teori sains mengatakan bahawa muka bumi ini dahulunya bercantum sebagai sebuah benua dan Nabi Adam hanya berjalan kaki ke Baitullah (pada ketika itu hanya bertawaf mengilingi Jabal Nur).

HIKAYAT YANG MERIWAYAT
Ada kaitan antara Merong Mahawangsa dan Titiwangsa. Ia berkaitan dengan kerajaan Rom, Kerajaan Cina dan Merong Mahawangsa. Kaitan antara Lankapuri (Langkasuka)/Banjaran Titiwangsa dan Pulau Janbal.

Berikut adalah keratan Hikayat Merong Mahawangsa;
Terjemahan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...

{ Maka adalah kepada suatu masa tatkala zaman Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam naik kerajaan menjadi raja yang tetap di atas takhta kerajaan dikurnia Allah Taala di dalam dunia ini memerintah daripada segala makhluk berjenis-jenis bangsa yang dijadikan Allah Subhanahu WaTaala di dalam dunia ini dititahkan oleh Tuhan seru sekelian alam memerintah isi alam dunia ini di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman itu daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara sekeliannya itu di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman itu beberapa banyak bukit menjadi pasak dunia ini yang didiami oleh makhluk.

ALLAH maha mengetahui rahsia di sebaliknya.. ALLAH juga yang tahu kebenaran...

Acikgomen Publish time 8-10-2021 11:29 PM

Point2 yg TT nak ajak weols kupas adalah????
This is an interesting topic to discuss yach:curse:

sharlenetexas Publish time 8-10-2021 11:41 PM

Acikgomen replied at 8-10-2021 11:29 PM
Point2 yg TT nak ajak weols kupas adalah????
This is an interesting topic to discuss yach

Meh datang KB acik :$

AbukRokok Publish time 9-10-2021 12:41 AM

hanya teori konspirasi
spt juga teori konspirasi piramid agong moloyu yg memancarkan sinar plasma tv dan dijaga jin ifrit memiliki khazanah timbunan emas raja raja alien. ;P

Thunderclouds Publish time 9-10-2021 12:48 AM

Menda korek cita basi dr fb mai tepek cni? Baca boleh percaya jgn. Logik ka dak sampai CIA xleh nk kesan pakai 'alat2 canggih'? P try Google earth tgk. Menatang benteng apa nya?

oranjes Publish time 9-10-2021 11:09 AM

ntah...cia la british letup la... rahasia kota itam la... kau sendiri pun tak pernah jumpa dgr cite gebang je

musangbodoh Publish time 9-10-2021 11:20 AM

yg aku tau...kt situ harta emas jepun kena sembunyi, ada big foot..

freakazoid Publish time 9-10-2021 11:37 AM

Ada uranium dekat titiwangsa.

Nokiaman Publish time 10-10-2021 08:57 AM

Suda sudahlaa TT..
Da konspirasi bagai..
CIA nak scan amendanya...

Zazama Publish time 12-10-2021 10:34 PM

1987, sekolah ada buat jelajah ke Gua Gelap yg terletak di kaki Batu Caves. Guidence kami seorg professional yg mengiringi kami ke dalam gua tersebut. Diceritakan banyak cengkerang2 purba hidupan laut dijumpai dan Batu Caves ini asalnya adalah kawasan lautan. Batu Caves ini juga sebenarnya sebuah gua di dalam lautan satu ketika dahulu.

c===8 Publish time 13-10-2021 10:46 AM

terowong karak tu dlm banjaran titiwangsa kan?
ramai ke yg mati masa buat terowong?

Rockafella Publish time 14-10-2021 09:17 AM

"CIA cuba mengesan Banjaran ini dengan alat-alat canggih tetapi tidak berjaya."

I kenot... hahahahahaha!

tompie Publish time 14-10-2021 05:08 PM

Nama pun hikayat. tapi memang tak tahan bile dia petik nama CIA, nasib baik bukan Mossad.

Ah_Kwan Publish time 17-10-2021 10:35 AM

keh keh keh

bersabar sahaja lah tt...
kena kecam dengan mereka yang rasa mereka pandai dan membaca... ;P
lu pun kena kaji dulu sebelum main share dalam ini forum..
dalam ini forum manyak bijak pandai maaaa..
or at least mereka rasa mereka pandai....

wa share lah apa yang wa tahu pasal banjaran tiitwangsa ini...
ianya membentuk seperti struktur tulang belakang manusia..
sudah lah peta tanah jawi ini berbentuk jantung...
banjaran titiwangsa pula berbentuk tulang belakang...
ia...ianya adalah kebetulan sahaja..
apa yang Allah perbuat, tak lah hebat mana kan? cuma kebetulan... ;P

bagi yang bertuhankan Allah, mula2 akan kagum...melihat kebesaran Allah itu...
kemudian, akan mula berfikir..kenapa Allah perbuat begini ya...ada sebab kah?
maka baru lah permulaan mencari itu..
mencari apa...perjalanan mencari tanda kebesaran dan kehebatan Allah...melalui alam...
bila mereka2 ini ketemu, maka sujudlah menggigil seluruh tubuh..menyaksikan... BENAR..ALLAH MAHA BESAR..MAHA SEGALANYA...

back to topic...tulang belakang...
terbentuk dari 33 tulang...
4...5.....5....12... dan 7
4 di bawah paling utama untuk menahan daya berat..dan graviti...

maka...mula lah berfikir...kenapa disusun begitu..
dan apa kaitannya dengan banjaran sebenarnya..
CIA? salah tu...kuncu kuncu azazil lebih tepat...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=image&aid=2500489&size=300x300&key=d80f547e21556a68&nocache=yes&type=fixnone

keh keh keh


Darma Publish time 17-10-2021 03:23 PM

Suka nya dia.....

miftahuljamilah Publish time 20-10-2021 07:22 AM

Ah_Kwan replied at 17-10-2021 10:35 AM
keh keh keh

bersabar sahaja lah tt...


Tulang belakang Tanah Melayu.. juga berbentuk huruf alif
menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.
Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest.
Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia.
Banjaran ni sumber bekalan air di semenanjung

miftahuljamilah Publish time 20-10-2021 07:23 AM

Ah_Kwan replied at 17-10-2021 10:35 AM
keh keh keh

bersabar sahaja lah tt...


Tulang belakang Tanah Melayu.. juga berbentuk huruf alif
menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.
Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest.
Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia.
Banjaran ni sumber bekalan air di semenanjung

miftahuljamilah Publish time 20-10-2021 07:44 AM

ada lama dulu banjaran Titiwangsa ni dibincangkan dalam forum carigold antara ungkapan yang diulang2 saya copy semula



Kerak Naga Kerak Harimau..........

Bersimpul mati melilit erat........

Zaman Tok Nenek yg bijak bistari.........

Ada sebabnya meletak Tanda........

Sebagai peringatan buat anak cucu........

Agar tidak terbuai layu.........

Itulah tulang belikat Melayu.........

miftahuljamilah Publish time 20-10-2021 08:15 AM

Banjaran Himalaya - Hi Gunung. Malaya- Melayu.. menganjur sehingga ke Titiwangsa tempat laluan asal menelusuri sejarah jejak misteri ibunda Keturah ke Timur iaitu bani Mim:)

misy Publish time 20-10-2021 11:09 AM

Edited by misy at 20-10-2021 11:10 AM

Ah_Kwan replied at 17-10-2021 10:35 AM
keh keh keh

bersabar sahaja lah tt...

maknanya yg 4 tu terletak dekat2 guamusang...sulbinya pula berdekatan gunung ledang?
Pages: [1] 2
View full version: MISTERI BANJARAN TITIWANGSA


ADVERTISEMENT