CARI-MAL Publish time 8-10-2021 04:30 PM

Pakai Honda Tapi Cucuk Rapat Elak Bayar Tol

Sebuah video memaparkan tindakan pemandu kereta tidak bertanggungjawab cuba mengelak membayar tol tular di media sosial sejak malam tadi.


Menerusi video berdurasi 32 saat yang dimuat naik pengguna Twitter @jnmalaysia memaparkan tindakan pemandu Honda Jazz mengikut rapat kenderaan dihadapannya sebaik tiba di pondok tol di sebuah Lebuh Raya yang tidak dinyatakan lokasi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/08/163033qj5jfjl55lmvcpmx.png



Bagaimanapun, percubaan pemandu itu disedari pemandu di hadapannya yang segera memberhentikan kereta sebaik sahaja melepasi palang tol.


Menyedari percubaannya untuk mengekori kenderaan di hadapannya itu gagal, pemandu Honda Jazz tersebut dilihat mengundurkan kenderaan dengan laju sebelum pergi ke lorong sebelah dan mengikut rapat sebuah lagi kenderaan lain bagi mengelak membayar tol.


Percubaan kedua pemandu itu berjaya sebelum pemandunya memecut laju kenderaannya meninggalkan plaza tol tersebut.


Tindakan pemandu itu mendapat kecaman ramai yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh menyebabkan berlaku kemalangan di dalam lorong tol.


Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 9,000 kali. Bagaimanapun, difahamkan rakaman tersebut adalah sebuah video lama yang pernah tular pada tahun 2019, tetapi ditularkan semula di media sosial.




Sumber: K! ONLINE

meisapoya Publish time 8-10-2021 08:06 PM

Duit habis bayar instalment kete ke?

nakkomenjugak Publish time 9-10-2021 12:20 AM

Memang trend naaa
Semua benda nak orang bayarkan termasuk tol
Segelintir ummah malayaaaa i tell uuuu ;P;P;P;P
Cheapskateeee.

Manjalalu Publish time 9-10-2021 12:35 AM

Pakai H tapiiiii.......

ffbeauties Publish time 9-10-2021 07:04 AM

Pakai H, minum starbak, pakai ipong, tudung itik,
pastu meroyan gaji Malaysia rendah, harga minyak mahal, tol tinggi

TalibanRock Publish time 9-10-2021 08:32 AM

ni kes da lama.owner nya pon da masuk penajara..:lol:

Lagubestbest Publish time 10-10-2021 01:07 AM

pabila kos tol bulanan hampir menyamai loan bulanan kereta..

Fortiori02 Publish time 10-10-2021 09:33 AM

ffbeauties: Pakai H, minum starbak, pakai ipong, tudung itik, pastu meroyan gaji Malaysia rendah, harga minyak mahal, tol tinggi
Hahahaha setuju sis
Pages: [1]
View full version: Pakai Honda Tapi Cucuk Rapat Elak Bayar Tol


ADVERTISEMENT