sharfox Publish time 7-10-2021 11:31 PM

Pertanyaan Noob berkenaan kereta import Jepun lari cukai

Salam,

Mungkin pernah dibincangkan dlm ni tapi aku browse tak jumpa. Nak mintak share infor berkenaan kereta jenis lari cukai yg dibawak masuk ni. Skrg ni berlambak2 iklan dlm FB dan harga pun mmg sgt2 murah. Soalan aku :

1) Betul ke lari cukai (yang katanya dari Jepun)? Harga dia bukan la mcm kereta klon yg melampau2 murah, cuma murah 20%-30% drp harga kereta recond je.

2) Adakah ejen akan register secara halal di JPJ atau dia akan klon semua dokumen?
3) Loan mmg tak boleh di bank, akan buat loan direct drp seller.
4) Dari segi legality atas jalan. Kalau dia register di JPJ mengikut cara halal sepatutnya mmg legal di atas jalan kan?

Harap ada otai2 yang paham tentang isu ni utk merungkai persoalan aku. Bukan apa, iklan2 kat FB tu agak mengiurkan cuma aku takut ini taktik kereta klon. Harap boleh kongsi info untuk rakyat Malaysia.


Lagubestbest Publish time 8-10-2021 01:07 AM

err kata2 orang dah tak murah. kete tu memang legal bawa masuk oleh 1st owner, tapi kalau nak jual/tukar pemilikan ke 2nd owner, segala cukai yang dikecualikan pada 1st owner perlu dibayar oleh 2nd owner.

musangbodoh Publish time 8-10-2021 07:10 AM

x tau lah
yg selalu dgr/baca kete2 budak student japan dan kete potong bwk sini pastu sambung balik cun2...

hmm mcm kes kete mewah reg kt langkawi pun mcm sama je..

maaf nk share je

sharfox Publish time 8-10-2021 11:24 AM

Lagubestbest replied at 8-10-2021 01:07 AM
err kata2 orang dah tak murah. kete tu memang legal bawa masuk oleh 1st owner, tapi kalau nak jual/t ...

Sbb aku pikir, drp aku amik recond, baik aku ambik je kereta2 yg mcm ni, cuma lari cukai je......Kita mmg nak murah2 tapi bab on the road tu legal ke tak...itu yg jd persoalan.

zulka Publish time 21-10-2021 11:13 AM

sebenarnya bukan lari cukai, perkataan 'lari cukai' tu digunakan oleh seller untuk melariskan kereta saja.
kenderaan ni dibawa masuk atas nama scrap/kedai potong/spareparts sahaja, dan memang tidak dibenarkan, tidak boleh berada diatas jalan, in fact langsung tak boleh didaftarkan dlm sistem JPJ...AKAN TETAPI...disebabkan rakyat Malaysia ni terlalu bijak pandai dan suka ambil rasuah, makanya ASALKAN ADA DUIT, semua boleh....sogok sana, sogok sini besi buruk pun boleh atas jalanraya.
Tapi kena ingat, sekiranya terjadi apa2 nanti...tanggungla sendiri

zulka Publish time 21-10-2021 11:19 AM

sambung sikit lagi....no pendaftaran kereta tersebut akan di klon:=
'org dalam' akan print out roadtax pendua (kereta org lain yg sedia ada dalam sistem), maksudnya nanti akan ada dua biji kereta menggunakan pendaftaran yg sama.
Pages: [1]
View full version: Pertanyaan Noob berkenaan kereta import Jepun lari cukai


ADVERTISEMENT