Syd Publish time 6-10-2021 08:00 AM

Piala Thomas - Indonesia Juara!

Edited by Syd at 18-10-2021 08:55 AM

Piala Thomas: Malaysia fokus kepada Jepun selepas England tarik diri

Bernama

Oktober 6, 2021 04:00 MYT


https://img.astroawani.com/2021-06/81623251120_MohamadNorzaZakari.jpg


Mohamad Norza berkata mereka tidak akan menyemak semula sasaran suku akhir pasukan itu walaupun England tarik diri. -BERNAMA


AARHUS (Denmark): Selepas England tiada lagi dalam percaturan, pasukan badminton lelaki kebangsaan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Jepun ketika pusingan terakhir Piala Thomas bermula di Ceres Arena, di sini pada Sabtu (9 Okt).

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, bagaimanapun berkata mereka tidak akan menyemak semula sasaran suku akhir pasukan itu walaupun England tarik diri.

Persatuan Badminton England menerusi kenyataan ringkas di laman web mereka malam tadi, mengumumkan penarikan diri daripada kejohanan berprestij itu berikutan tiga daripada empat pemain perseorangan pilihan mengalami kecederaan, menyebabkan mereka 'tidak dapat membariskan pemain kompetitif' untuk kejohanan itu.

Penarikan diri pada saat akhir itu menyaksikan Kumpulan D kini dihuni naib juara 2018, Jepun, Malaysia dan Kanada.
Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Sambil melahirkan rasa simpati kepada pasukan Inggeris, Mohamad Norza berkata beliau mahu pemain muda negara meneruskan momentum baik daripada kejayaan meraih gangsa di kejohanan Piala Sudirman di Vantaa, Finland baru-baru ini.

"Kami rasa penarikan diri England bukan satu kelebihan besar untuk Malaysia, jadi kami akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Jepun.

"Kami perlu realistik tentang sasaran kami kerana pemain kami telah menempuh perlawanan yang banyak dalam kejohanan Piala Sudirman.

"Ia mungkin menyebabkan mereka sedikit keletihan dan saya tidak fikir adalah wajar untuk menyemak semula sasaran kami kerana kami tidak mahu memberi tekanan kepada mereka.

"Saya fikir pemain dan jurulatih kami tahu apakah aksi yang diharapkan daripada mereka, bukan hanya oleh pihak BAM, tetapi juga peminat, jadi mereka harus berjuang bersungguh-sungguh," katanya ketika dihubungi.

"Beliau juga menegaskan bahawa pemain muda, yang kebanyakannya membuat penampilan sulung mereka dalam tiga kejohanan berpasukan - Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber - memikul tanggungjawab yang besar di bahu mereka.

Bagaimanapun, beliau mengharapkan pendedahan itu akan menjadikan mereka pemain yang lebih baik.

"Selain menerima harapan yang tinggi, pemain muda itu juga harus memiliki daya tahan untuk beraksi dalam beberapa kejohanan secara berterusan.

"Saya sangat yakin pasukan kita dapat melangkah jauh dalam kejohanan kali ini, terutamanya menghadapi Piala Thomas," kata Mohamad Norza.

Dalam kejohanan Piala Sudirman yang berakhir pada Ahad (3 Okt), pemain muda Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, terutamanya apabila berjaya menundukkan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada peringkat suku akhir untuk menyamai pencapaian terbaik negara sebelum ini apabila mara ke separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China.


-- BERNAMA


Tokeybundle Publish time 6-10-2021 04:04 PM

Jgn terlalu konfiden.kita x tau lg kekuatan pihak lawan
Apapun buat yg terbaik
Semoga dpt harumkan nama negara

budi_jentayu Publish time 9-10-2021 07:23 PM

Edited by budi_jentayu at 10-10-2021 06:13 AM

Saksikan Siaran Langsung Kejohanan Badminton Piala Thomas & Uber 2020 bermula 9 - 17 Oktober 2021 di TV Okey dan Saluran Sukan TV RTM, 111 myFreeview | rtmklik.rtm.gov.my | #RTMKlik

#RTM #RTM75 #TerusUnggul #COVID19Malaysia #LindungDiriLindungSemua

Syd Publish time 9-10-2021 08:01 PM

Kisona dah kena ni

Syd Publish time 9-10-2021 08:02 PM

budi_jentayu replied at 9-10-2021 07:23 PM
Saksikan Siaran Langsung Kejohanan Badminton Piala Thomas & Uber 2020 bermula 9 - 17 Oktober 2021 di ...

Nanti udate ye

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 06:02 AM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-1 #DEN

Mia Blichfeldt def. S Kisona 21-11 21-7

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 06:03 AM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-2 #DEN

Maiken Fruergaard-Sarah Thygesen def. Lee Meng Yean-Thinaah M 21-19 10-21 21-13

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 06:05 AM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 1-2 #DEN

Eoon Qi Xuan def. Line Christhophersen 18-21 21-18 21-15

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 06:06 AM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 1-3 #DEN

Amalie Magelund-Freja Ravn def. Yap Ling-Teoh Mei Xing 21-13 21-19

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 06:08 AM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 1-4 #DEN

Line Hjmark Kjaersfeldt def. K Letshanaa 21-18 21-14

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 06:20 AM

#UberCup2020 Group D Matches

Ayuh, Malaysiaku!

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 03:17 PM

Saksikan Siaran Langsung Kejohanan Badminton Piala Uber 2020 di Saluran TV Okey, 110 myFreeview dan 146 di Astro.

#sukanrtm #sukanuntuksemua #myfreeview111 #temansetiaanda #rtmklik #lindungdirilindungsemua #malaysiaprihatin #TVOkey https://rtmklik.rtm.gov.my/tv/3

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 04:30 PM

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 08:17 PM

OFFICIAL: #UberCup2020 Line-up

Group D

#MAS vs #CHN

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 08:17 PM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-1 #CHN

Chen Yu Fei def. Eoon Qi Xuan 21-13 21-11

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 09:18 PM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-2 #CHN

Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting def. Lee Meng Yean-M Thinaah 21-12 21-17

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 09:52 PM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-3 #CHN

He Bing Jiao def. Siti Nurshuhaini 21-8 21-3

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 10:50 PM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-4 #CHN

Huang Dong Ping-Jia Yi Fan def. Go Pei Kee- Teoh Mei Xing 21-9 21-12

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 10-10-2021 11:28 PM

RESULTS: #UberCup2020

Group D

#MAS 0-5 #CHN

Wang Zhi Yi def. K Letshanaa 21-15 21-11

#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia

budi_jentayu Publish time 11-10-2021 09:32 PM

OFFICIAL: #MASvs CAN

WS - S Kisona
WD - Teoh Mei Xing-Yap Ling
WS - Eoon Qi Xuan
WD -M Thinaah-Go Pei Kee
WS - K Letshanaa

1.00am (MYT)

#UberCup2020
#DemiMalaysia
#BadmintonMalaysia
Pages: [1] 2 3
View full version: Piala Thomas - Indonesia Juara!


ADVERTISEMENT