ipes2 Publish time 6-10-2021 02:12 AM

[ILMU MUDAH]: Ivermectin, peer-review, preprints dan Covid-19

Edited by ipes2 at 7-10-2021 04:59 AM

Untuk publish academic papers, research kita kena dipantau oleh scientists yang berkaliber dalam bidang tersebut, lebih2 lagi dalam kajian perubatan. Proses ini dipanggil peer-review, dan semua journal perubatan yang berkaliber menggunakan kaedah ini. Peer-review menyebabkan pelbagai kajian ditolak kerana didapati ethics nya, methodologynya, findings nya atau conclusion kajian itu tidak menepati standards, etika dan kaedah2 yang diterima pakai. Juga banyak manuscripts ditolak kerana ada bias, ada ketidakadilan dan ada irregularities pada datanya. Sebahagian kecil sahaja yang diterima untuk dipublished. Proses peer-review adalah sangat ketat dan memakan masa berbulan2. Maka, lahirlah concepts preprints.
Preprints ini adalah kaedah dimana manuscripts2 kajian disebarkan kepada researchers lain untuk dibaca, dinilai, diberi pendapat, dikomen dan sebagainya. Konsep ini lalu jadi berleluasa dizaman internet ini, maka muncullah institusi dan syarikat2 yg mengumpul dan menjaga manuscript preprints ini eg ResearchSquare, medRxiv, F1000 dan pelbagai lagi. Maka, preprints bukanlah bahan untuk dipublish dan belum pun dipeer-reviewed dan sebahagian besar manuscripts nya, akan ditolak dan tidak diterimapakai selepas di peer-reviewed nanti.

Ivermectin, ubat cacing dan ubat kutu untuk ternakan, dikaji oleh Caly et al akan keberkesanannya dalam membunuh virus2, dan Caly menkajinya keatas virus Covid-19 dan dipublished (seperti dibawah). Ia dikaji dalam ''in vitro'' ie dalam lab, dan ke atas sejenis cell ie vero-hSLAM dan dose nya mungkin tidak tercapai ke dalam cell2 manusia ''in vivo'' (in real-life lah lebih kurang). Caly dengan jelas berkata lihat nota dari FDA tentang anti-parasite ini dan Covid-19 (sila lihat images dibawah). FDA memang melarang penggunaannya untuk Covid-19 (lihat image ke-3). Perlu difaham, ''FDA-approved'' disini membawa maksud Ivermectin ini diapprove penggunaannya kepada manusia (untuk merawat beberapa jenis jangkitan cacing dan kutu kepala); bukan approval untuk treat Covid-19.

Walaubagaimanapun, negara2 miskin di Amerika Latin yang tidak mampu dalam menangani kes2 Covid pada masa itu eg Bolivia, Peru, Guatemala, Honduras etc telah menggunakannya kerana mereka terdesak.

Juga, mula keluar pelbagai manuscripts dalam bentuk preprints kedalam banyak preprint companies yang mula kata ''oh research kami tunjuk bahawa Ivermectin berjaya etc etc..''. Namun, selepas banyak lagi research dibuat, dan cara pungutan data dikaji dan dipeer-reviewed, pelbagai research yg menyokong Ivermectin mula ditarik balik atau ditolak (eg Elgazzar preprint, dibuang dari ResaerchSquare).

Jadi, kita masih belum pasti kebenaran Ivermectin sebagai suatu medicine yang berguna untuk Covid-19.


seribulan Publish time 6-10-2021 04:32 AM

Ubat kutu?

_blackbird Publish time 6-10-2021 12:17 PM

lama tak nampak blastoff

PristineOne Publish time 6-10-2021 02:37 PM

Nice view Doc.Easy to understand by us...layman.

sharlenetexas Publish time 7-10-2021 12:57 AM

Ubat kutu & kurap untuk kucing2 iols. Dah bertahun2 guna. Berkesan untuk kurap yg baru nampak. Berperang juga nak titis kat bulu mereka. Dua tiga hari nmpk cantik bulu mereka dak takde kurap. Masa baca kertas description ubat ni sejenis ivermectin.

ipes2 Publish time 7-10-2021 05:02 AM

seribulan replied at 6-10-2021 04:32 AM
Ubat kutu?

ye, utk head lice, scabies, cacing dalam manusia

ipes2 Publish time 7-10-2021 05:06 AM

_blackbird replied at 6-10-2021 12:17 PM
lama tak nampak blastoff

ha ha
tak apa lah
sesiapa pun boleh tolak vaccine jika mereka tidak ingin
tetapi, menghalang org lain ada undang2 keatasnya, dan boleh ditangkap etc
jika kita kata ''vaccine telah membunuh org itu, jgn ambil vaccine'': ada 2 isu disini: satu menuduh vaccine itu dan company nya boleh saman.. juga ada ada unsur2 menakutkan org awam. isu kedua menghasut dan melarang org mengambilnya.. sedangkan org lain boleh buat keputusan sendiri.
kena hati2 apa yg kita kata dalam media cetak seperti ini

ipes2 Publish time 7-10-2021 05:06 AM

PristineOne replied at 6-10-2021 02:37 PM
Nice view Doc.Easy to understand by us...layman.

terima kasih tuan

ipes2 Publish time 7-10-2021 05:09 AM

sharlenetexas replied at 7-10-2021 12:57 AM
Ubat kutu & kurap untuk kucing2 iols. Dah bertahun2 guna. Berkesan untuk kurap yg baru nampak. Berpe ...

ya, miss spiteri, betul.
ia diguna utk pets juga
tetapi penggunaannya yg lebih meluas dan lebih byk untungnya kepada ivermectin, ialah penggunaannya pada livestocks ie haiwan ternak.

seribulan Publish time 7-10-2021 07:09 AM

ipes2 replied at 7-10-2021 04:02 AM
ye, utk head lice, scabies, cacing dalam manusia

Untuk virus Covid juga....huhu...

_blackbird Publish time 7-10-2021 10:15 AM

ipes2 replied at 7-10-2021 05:06 AM
ha ha
tak apa lah
sesiapa pun boleh tolak vaccine jika mereka tidak ingin


aku asal nampak perkataan ivermectin ni mmg terus igt blastoff. lama tak nampak dia. hihihihi

ipes2 Publish time 8-10-2021 08:21 PM

_blackbird replied at 7-10-2021 10:15 AM
aku asal nampak perkataan ivermectin ni mmg terus igt blastoff. lama tak nampak dia. hihihihi

sy pun sama
lama jugak tak nmpk beliau
berehat kot
Pages: [1]
View full version: [ILMU MUDAH]: Ivermectin, peer-review, preprints dan Covid-19


ADVERTISEMENT