lanesra Publish time 5-10-2021 09:05 PM

MP Kangar menang bidaan tertinggi buku nadir jurnal JWW Birch

https://i1.wp.com/ttkm.com.my/wp-content/uploads/2021/10/bida.jpg?resize=768%2C417&ssl=1


Sebuah buku nadir yang bertajuk “The journals of J.W.W Birch”, residen pertama British ke Perak yang mat1 dibunuh 195 tahun lepas, dijual pada bidaan paling tinggi setakat ini di group facebook KOLEKTOR BUKU2 SEMALAYSIA

Hantaran membida buku tersebut yang dibuat oleh Amirul Hamudin, mendapat sambutan hangat dengan ratusan bidaan yang bermula pada harga RM100.

Sewaktu bidaan tamat pada jam 9 malam semalam, ahli parlimen Kangar, YB Amin Ahmad memenangi bidaan tersebut dengan meletakkan harga RM2500.

“Dengan ini saya mengumumkan pemenang bidaan ialah tuan YB Amin Ahmad dengan nilai bidaan RM 2,500," kata Amirul ketika mengumumkan pemenang.

https://i2.wp.com/ttkm.com.my/wp-content/uploads/2021/10/b406b302419db20a1d52024f9e6bdbdb.jpeg?resize=768%2C461&ssl=1
YB Amin Ahmad, ahli parlimen Kangar (PKR)

Dihubungi Buletin TTKM, Amirul, 31, seorang pegawai perubatan jabatan patologi berkata beliau sendiri tidak menjangkakan bidaan boleh sampai setinggi itu dan sambutan hangat yang diberikan.

“Baru-baru ni ada sertai group kucing, tengok penggemar kucing sanggup belanja RM2,500 untuk seekor kucing dan ianya adalah sesuatu yang biasa. Masa bida ni, saya ingat pecinta ilmu dan buku tidak setahap itu,tapi sangkaan saya ternyata meleset.” katanya.

Mengenai buku tersebut, Amirul berkata ia diperolehnya pada tahun 2015 ketika beliau bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Pulau Pinang dan berkata ia diterbitkan tahun 1976 dan kini berusia 45 tahun.

“Saya selalu lepak di perpustakaan. Nampak cikgu perpustakaan cakap ada buku nak dilupuskan. Terus saya asingkan siap-siap mana saya mahukan, termasuklah buku ni.” tambahnya.

Menurutnya lagi, bidaan buku paling tinggi di group FB tersebut sebelum ini adalah buku bertajuk “The Mysticism of Hamzah Fansuri” oleh SMN al Attas yang berjaya dijual pada harga RM1,500.

Group FB Kolektor Buku-buku Semalaysia setakat ini mengandungi 32, 200 ahli dan kebanyakannya menjual buku-buku lama terpakai termasuk buku nadir.

Sumber : Buletin TTKM

musangbodoh Publish time 6-10-2021 05:37 AM

pelik...aku tanya uncle gugel ktenye buku nadir nie bernilai(PNM), tp kenapa nk lupus?? sesape pandai tlg explain skit...{:noseo
Pages: [1]
View full version: MP Kangar menang bidaan tertinggi buku nadir jurnal JWW Birch


ADVERTISEMENT