Karipap Kuku Berdaki Bikin Netizen Loya
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/110438gogeou3oeq2ycoqz.pngNampaknya masih ada lagi peniaga yang kurang ambil perhatian mengenai kebersihan makanan.
Baru-baru ini, seorang netizen berkongsikan gambar menjumpai kuku berdaki yang berada di dalam inti kuih karipap yang sedang dimakannya menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/095016arcnwmrnonr8x28l.pngKredit foto: Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Menurutnya, ketika sedang menikmati karipap tersebut, dia secara tidak sengaja terjumpa kuku yang dipercayai telah digaul bersama dengan inti kuih karipap tersebut.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/104832dimn13qdonqocdqn.pngKredit foto: Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Rentetan kejadian itu, dia terus melaporkan insiden terbabit kepada peniaga tersebut. Namun peniaga itu menjelaskan mereka membeli karipap sedia ada yang dijual di pasar sebelum menjualnya kembali kepada orang ramai.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/105550t3wl920i20ir0o3u.pngKredit foto: Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan netizen. Rata-rata netizen berasa loya melihat kuku yang berada pada inti karipap.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/105100pqfn74n48iu8u4s7.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/105253w0y2o0kk52hjdj8i.png
Kredit foto : Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Mereka juga berharap peniaga tersebut khususnya dan peniaga-peniaga lain amnya lebih menitik beratkan aspek kebersihan agar perkara seumpamanya tidak berulang lagi.
Selain itu, perkongsian sebegini bukanlah untuk membuka aib atau menutup periuk nasi sesiapa tetapi ianya adalah peringatan agar para peniaga lebih peka dan menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan. -CARI
Halal tak semestinya toyibban. Erkk .. gelii Ambik frozen entah dari pembekal mana agaknya. Ntah2 nyah kepam ke haper. "mari sini makan mamak kedai..saiya buat roti canai..banyak sedap..saiya suda beksin..adik manis"-abangla:lol: Panjangnya kukuuuuuuuuu woiiiii
Tu simpan berapa lama tu???
Ni kuku korek telinga ke apaaa? Santau kan balik kat tuan punya kuku tu Ni baru kantoi bahan bukti yg solid..belom yg liquid {:smile Cer korg perati peniaga2 makanan yg merokok sambil handle brg jualan....sb tu aku dh tak tergamak nk beli mskanan kt tepi2 jalan..nk suruh org support tp sendiri x jaga kebersihan diri Kompem kuku yindon yaaahoooo Sambil ketip kuku sambil uli tepung ke?
aiyoooo maaaakkk
kalau koje kat dapur tu, dah sah-sah la kuku tangan kaki semua kena pendek
kena kerap basuh tangan guna sabun bagai
aku menguli pun pakai glove plastik hang tau daaakkkk
tak pernah lg jumpa kuku mcm ni biasa jumpa rambut je krustykrab replied at 5-10-2021 06:27 PM
Cer korg perati peniaga2 makanan yg merokok sambil handle brg jualan....sb tu aku dh tak tergamak nk ...
mmg kebanyakan mcm tu sbb susah klu betul2 nak jaga ni sbb tu sy bila beli kat penjual tepi jalan tak tengok beria sangat masa penyediaan tu takut nanti takde selera pulak, alah mcm kenduri kahwin kat kampung lah serupa jugak klu tengok masa buat tu tak lalu nak mknjanji halal dgn tak sakit perut je lah :lol:
Jitu replied at 5-10-2021 07:19 PM
mmg kebanyakan mcm tu sbb susah klu betul2 nak jaga ni sbb tu sy bila beli kat penjual tepi jalan...
Tu lah...mmg loya tekak sebenarnya...diorg campak2 je daging tu entah kna taik ayam ke apa pun x tau..tetamu dtg makan..burpppp sedapnye :lol:
Tu pun ada hati nk gotong royong lagi hahaha aku yg baca pun rasa nk muntah...kuku kiri ke kanan tu ...eeeyekk Awatla pengotor sangat yg tukang buat karipap tu. Patut kuku kena pendek & bersih sblm sediakan makanan. Euwww bapak panjang kuku...berapa tahun tak potong?? Gelinya. Wekkkk Edited by Nizleen86 at 5-10-2021 09:54 PM
krustykrab replied at 5-10-2021 06:27 PM
Cer korg perati peniaga2 makanan yg merokok sambil handle brg jualan....sb tu aku dh tak tergamak nk ...
Betul tu aku pernah nak terbeli putu piring tepi jalan ni..memang terpikir sedap sangat putu piring panas2.. sekali nampak makcik indon yg buat tu pergi ke tepi hisap rokok berborak pulak dengan member dia tengah potong daun pisang tepi longkang kecik dekat situ. Terus cancel aku.
Pages:
[1]
2