Raline Publish time 5-10-2021 02:39 PM

Mahalnya yuran sekolah anak, Nora Danish

Edited by Raline at 13-10-2021 08:45 PM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/page-2.jpg
RAYQAL kini menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin sejak 3 Oktober lalu.

Yuran sekolah anak Nora Danish boleh beli tanah – Netizen

PETALING JAYA – Kisah pelakon Nora Danish yang sebak ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sekolah swasta berasrama penuh, Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ), Mantin, Negeri Sembilan pada Ahad lalu menarik perhatian seorang pengguna laman sosial apabila mendedahkan yuran persekolahan yang perlu dibayar aktres tersebut.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Mufarwa Farid, lelaki itu yang juga merupakan seorang peguam, pakar motivasi dan penulis mendedahkan harga yuran persekolahan di sekolah persendirian berkelas tinggi itu menyamai harga sebidang tanah.

“Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Ja’afar. Isteri aku tanya di mana sekolah tersebut? Aku mula-mula ingatkan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Aku pun dengan yakin jawab sekolah itu terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Tak lama selepas itu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak darjah enam masuk? Sebab anak Nora Danish baru darjah enam (12 tahun). Cepat-cepat aku Google,” tulisnya dalam Facebook.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/yuran-1024x378.jpg
TANGKAP layar jumlah yuran KTJ yang ditularkan netizen sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, hasil carian dan semakan yang dibuat ke atas sekolah persendirian berkenaan ternyata membuatkan lelaki itu terkejut apabila mendapati yuran yang perlu dibayar untuk belajar di situ sangat mahal umpama harga sebidang tanah.

“Aku saja tengok yuran dia. Mana tahu rezeki anak-anak masuk sekolah itu. Sekali, mak oi! (terkejut). Yuran tahunan sekolah menengah boleh buat beli tanah. Yuran sekolah rendah, boleh kahwin dua kali (belanja kahwin),” ujarnya.

Difahamkan, yuran kemasukan ke sekolah rendah adalah sekitar RM3,000, manakala untuk sekolah menengah adalah RM5,000.

Bagi murid darjah satu dan darjah dua, yuran tahunan adalah bernilai RM30,360 setahun, manakala untuk darjah tiga dan darjah empat, yuran tahunannya adalah 34,320 setahun, darjah lima dan enam (RM39,690/setahun).

Manakala yuran untuk after school care (asuhan) dari pukul 3.45 petang hingga lima petang berharga RM12,000 setahun.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, yuran tahunan untuk pelajar yang tinggal di asrama adalah sebanyak RM87,000 setahun, manakala yuran pelajar yang tidak tinggal di asrama adalah sebanyak RM59,700. Untuk pelajar tingkatan enam pula, yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM89,400 setahun. – K! ONLINE


mesmerize Publish time 5-10-2021 02:43 PM

apa nak heran dek.. opismate ai yg gaji belas2 ribu pun ramai hantar anak ke sekolah swasta.. ini kan pulak nora danish n lakinya kaya raya, ex lakinya kaya raya .. celah gigi aje bayar yuran sekolah anak tu....

addamnor Publish time 5-10-2021 02:46 PM

Dek kalau bukan T20 kau jgn bising iya. Kau hantar anak kau ke sekolah menengah kebangsaan shj, tak perlu nak buat remarks bagai2. Elok lah puak2 T20 pilih utk hantar skolah di swasta, at least subsidi kerajaan boleh lah kalian nikmati tanpa perlu compete dgn orang yang terlebih mampu

supermum Publish time 5-10-2021 02:49 PM

Edited by supermum at 5-10-2021 02:50 PM

Kat mana ND berkira or menayang yuran dalam artikel tu?

syamzana Publish time 5-10-2021 02:53 PM

dah kenapa buat2 terkejut ,namapun private school. benda gini pun jadi content. kepochi sgt penulis+bininya pun. ingatkan si nora tepek resit yuran anaknya, beria iols masuk nak kecam;P

Pak.dolla Publish time 5-10-2021 02:54 PM

Bestnya jd org kaya..

takayama Publish time 5-10-2021 02:54 PM

tajuk misleading, ajerlah TT ni
Btw klu x mampu nk htr anak ke sekolah camnie htr ajelah ke sekolah harian xpun klu anak tu cerdik leh apply MRSM premier atau SBP yg terkena, tp klu xde then dendiam ajelah dik oiii

laksmanabentan Publish time 5-10-2021 02:55 PM

celah gigi aja la tuh...
lebih murah dari beg si nora danish tu..
apa ada hal...

tootii Publish time 5-10-2021 03:10 PM

rata2 yg berjaya skrg datanganya daripada sekolah kerajaan je pun .. :D

kucingitam Publish time 5-10-2021 03:17 PM

dia mampu, dia hantar. ko tak mampu, dok diam2 takyah kepochi..

babelina Publish time 5-10-2021 03:18 PM

x heran pn dorg..

awex^returns Publish time 5-10-2021 03:22 PM

sekolah swasta ke kerajaan ke sama je
jangan dah besar jadi pembunuh dan gila kuasa macam yang ada2 sudah

juruterra Publish time 5-10-2021 03:25 PM

overratednya KTJ...confirm pandai ke kalau gi situ? kalau cnfirm jd pandai dan perangai pun senonoh ok la berbaloi tp yg betul2 kaya hantar anak boarding school kat London terus kan. x main KTJ

Gianna111 Publish time 5-10-2021 03:35 PM

awex^returns replied at 5-10-2021 03:22 PM
sekolah swasta ke kerajaan ke sama je
jangan dah besar jadi pembunuh dan gila kuasa macam yang ada2 ...

you won! good one!

Pinokiok Publish time 5-10-2021 03:38 PM

Setakat banyak tuh bagi org kaya berapa la sangat.. Penah tgk sek swasta mana ntah penah riki dulu yuran tahunan je dah cecah ratus ribu belajo 3-4 tahun mau cecah sejuta.. Tu baru sorang anak..
Masa tu dok pikir sapo yg anto anak brlajo kat sini mmg betul2 kayo la

amansihat Publish time 5-10-2021 03:40 PM

takpe la janji tak ambik kuota marhen cukup baik.

kenapa muka dia keras dan kejung la ni.banayk cucuk ke apa?

paz Publish time 5-10-2021 03:41 PM

Ingat zaman sekolah ada friendly match dengan KTJ. Time lunch kita makan nasi bungkus biasa sekolah sediakan. Dia orang makan western food memang up abis lah masa tu. Tu lah antara sebab yuran mahal. Makanan disediakan untuk pergi friendly match pun dasyat.

amansihat Publish time 5-10-2021 03:45 PM

mungkin nd dapat spesel rate sebab artis kot.sambil kempen..entah-entah tak bayar banyak sebab atok ,nenek dan bapak tiri budak tu dan atuk tiri budak tu orang kayangan..calling-calling je tunku dara naquiyah..kawan baik dia..

Didi_dido Publish time 5-10-2021 03:47 PM

Mana pic ND tayang yuran sekolah anak? Misleading tajukk ni TT oiiii..

Didi_dido Publish time 5-10-2021 03:49 PM

juruterra replied at 5-10-2021 03:25 PM
overratednya KTJ...confirm pandai ke kalau gi situ? kalau cnfirm jd pandai dan perangai pun senonoh...

Ini utk anak org kaya yang mak pak diorg tak nak berpisah g London. Ingat semua org kaya nk ke pisah dgn anak kecik2 mcm tu.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Mahalnya yuran sekolah anak, Nora Danish


ADVERTISEMENT