Raline Publish time 5-10-2021 10:01 AM

Ramai artis akan suka pengunaan GANJA di Malaysia?

Tengku Jamidah Tunjuk Sokongan Kepada Syed Saddiq, Guna Ganja Dalam Perubatan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage3-50.jpg
Isu penggunaan ganja dalam perubatan yang di bahas Syed Saddiq di Parlimen baru-baru ini, mendapat perhatian Tengku Chanela Jamidah.

Di Instagram beliau, Tengku Jamidah berkongsi pandangannya mengenai penggunaan ganja dalam perubatan bagi merawat penyakit kronik.

Sokong Penanaman Pokok Ganja Jenis Hemp
Berdasarkan perkongsian di Instagram beliau, Tengku Jamidah menyuarakan rasa berterima kasih kepada Ahli Parlimen Muar kerana membahas soal penanaman pokok ganja jenis hemp di Parlimen. Menurut Tengku Jamidah berjuta pesakit memerlukan perubatan ganja sebenarnya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage1-69.jpg

“Berjuta orang memerlukan perubatan ganja. Kanak-kanak epilepsi kita, ibu bapa kita yang menghidap barah, datuk dan nenek alzheimer kita.

Dan manfaat ekonomi untuk semua. Tidak mengira fahaman politik anda, SEMUA ORANG dapat manfaat. Ketepikan sebentar dan sediakan keperluan kesihatan untuk orang kita. Ini adalah hak asas manusia!”


Sudah Tiba Masa Untuk Berubah – Tengku Jamidah

Dipetik dari Instagram beliau, Tengku Jamidah menggalakkan penanaman pokok ganja jenis hemp untuk perubatan dan perubahan ini harus dilakukan bagi menyelamatkan berjuta nyawa.

Menurut Tengku Jamidah lagi rancangan ini harus dipantau dan dikawal selia oleh satu pertubuhan profesional, dan bincangkan langkah seterusnya bagi merealisasikan program tersebut.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage2-65.jpg

“Seperti yang saya katakan bertahun-tahun. Cipta satu badan dari golongan profesional dan bincangkan langkah yang perlu diambil untuk melaksakan program ini. MOH boleh beri kelulusan pengimportan dan pengagihan tanpa meminda akta dadah berbahaya 1952 (DDA).”

Selain itu, Tengku Jamidah juga menekankan dengan penanaman pokok ganja jenis hemp ini ia bukan saja dapat menyelamatkan ramai nyawa malah banyak keuntungan boleh diperolehi hasil penanam pokok hemp ini.

Siapa yang akan menjayakan ini dan siapa yang akan menyokong agenda ini?

Semua rakyat Malaysia perlu menyuarakan sokongan sekarang. MP perlukan anda! Kanak-kanak perlukan anda! Tiba masanya unruk BERUBAH. Halalkan hemp dan perubatan ganja! Anda tidak rugi apa-apa, malah banyak manfaat dapat!”

Walaupun besar manfaatnya baik dari segi perubatan dan sumber ekonomi, tapi bolehkah kerajaan dan sektor kesihatan gunakan pokok ganja jenis hemp ini dengan telus. Dan jika penggunaan ganja dalam perubatan dibenarkan, banyak perkara harus di teliti.

Apa pandangan anda tentang isu perubatan ganja ini.

Sumber:https://murai.my

Raline Publish time 5-10-2021 10:04 AM

mls nk ulas lagi, dari dlu lagi isu nk halal kan ganja ni.....tapi..........................rata2 yg isap ni perangai mcm sial. ada tu da jd TABLIGH pun isap lagi... sebenarnya ramai je dikalangan....... yg hisap konon nak tenang....alih2 perangai cm sial x sedar dri

sukacactus Publish time 5-10-2021 10:49 AM

Hahaha TCJ ni dah mmg dr dl lagi semua dia bantai
Bacon tu sedap amat katanya :lol:

QueenIsolde Publish time 5-10-2021 11:45 AM

Legalize ganja untuk kayakan kroni dan rosakkan masyarakat, that's for sure. Bukan nak bantu sgt pun.

asudau Publish time 5-10-2021 12:34 PM

ganja kan busuk ya amat

blekkep Publish time 5-10-2021 02:20 PM

utk perubatan aiols sokong yach!!!org malaysia kena kasi pendedahan psl kebaikan ganja ni...idok ler dok pikir ganja utk high jah...

blekkep Publish time 5-10-2021 02:21 PM

Raline replied at 5-10-2021 10:04 AM
mls nk ulas lagi, dari dlu lagi isu nk halal kan ganja ni.....tapi..........................rata2 yg ...

bkn nak halal isap ganja kan?ganja utk perubatan ni lain,bkn isap2 dgn tembakau bong tuh chuols...ganja hemp tu akan diproses jd minyak...bkn utk stoned chuola

miss_perfect Publish time 5-10-2021 02:23 PM

Weyyyy time tak legal ni pun orang dah banyak salah guna, nak legal kan pulak.... pleaselah korang ingat semua manusia ni beretika ke

nakkomenjugak Publish time 5-10-2021 03:20 PM

Prolong use howw?

apedehal Publish time 5-10-2021 04:22 PM

QueenIsolde replied at 5-10-2021 11:45 AM
Legalize ganja untuk kayakan kroni dan rosakkan masyarakat, that's for sure. Bukan nak bantu sgt pun ...

Yup sokong...i heard rumor yg tcj ni nak bkk ladang ganja tu yg duk beriya tu . Stop la kayakan org2 camni..nnt duit beli yg kununnya utk tujuan berubat ni utk dia beli bacon bekpes tetiap hari..kuikuikui

QueenIsolde Publish time 5-10-2021 10:04 PM

apedehal replied at 5-10-2021 04:22 PM
Yup sokong...i heard rumor yg tcj ni nak bkk ladang ganja tu yg duk beriya tu . Stop la kayakan or ...

Dah biasa chuols senario di negara kita ni...esp geng2 aktivis guna reason bantu manusia alam sekitar etc tapiiiii ada sebab disebalik sume tu. Takdenya geng2 ni buat scr ikhlas melainkan bgi keuntungan kt dorg.

rosannazmia Publish time 5-10-2021 10:11 PM

Raline replied at 5-10-2021 10:04 AM
mls nk ulas lagi, dari dlu lagi isu nk halal kan ganja ni.....tapi..........................rata2 yg ...

Ganja perubatan akak sokong.. Yg xde sijil tetangkap kena tangkap sila humban dlm pusat pemulihan.. Antara yg memerlukan perubatan cara ni akak ipar meols.. Jd meols sokong..

kakikuDibibirmu Publish time 5-10-2021 10:17 PM

Jual ganja ada lesen, jual candu ada lesen tapi jual belacan tak ada lesen, saya smuggle dari Malaya;P{:1_555:}

Raline Publish time 6-10-2021 09:08 PM

QueenIsolde replied at 5-10-2021 11:45 AM
Legalize ganja untuk kayakan kroni dan rosakkan masyarakat, that's for sure. Bukan nak bantu sgt pun ...

SETUJU SGT :)
Pages: [1]
View full version: Ramai artis akan suka pengunaan GANJA di Malaysia?


ADVERTISEMENT