CARI-MAL Publish time 5-10-2021 05:34 AM

Majlis Pernikahan Mewah Dalam Kandang Ayam?

Tular video sebuah acara pernikahan serba mewah yang diadakan di dalam sebuah kandang ayam di TikTok baru-baru ini, lapor laman berita Jombang Update.


Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @restya_ayu, ia menunjukkan bagaimana sebuah kandang ayam yang dianggap kotor dan jijik boleh diubah suai menjadi sebuah lokasi pernikahan penuh mewah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/053315jlp6f6n9069xlyf0.jpgKredit foto: TikTok




Keluarga pengantin dikatakan menggunakan lokasi tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat di Indonesia.


Netizen yang menyaksikan video tersebut berkongsi pendapat di ruangan komen dengan rata-ratanya memuji idea kreatif itu.




7005789698882850050


“Cantiknya, namun proses membersihkannya pasti memenatkan,” tulis seorang netizen.


“Berapa bajetnya ya?” soal seorang netizen lain.




Sumber: Kosmo

Supersirap Publish time 5-10-2021 06:39 AM

Janji tiada bau, lalat dan sebagainya, ok lah buat dikandangayam

KamikuP Publish time 5-10-2021 03:25 PM

Canterk bsangaetg nih kreatip gituh

Artemesiaa Publish time 5-10-2021 03:55 PM

Wah cantik hasilnya siapa sangka macam mana keadaan sebelumnya

nakkomenjugak Publish time 5-10-2021 04:18 PM

Lantakkkkk
Asalkan deme semua selesa

uori Publish time 6-10-2021 01:38 PM

banyak lalat tak?

:lol:

Gomea Publish time 6-10-2021 02:35 PM

Kalau reban ayam aku, org nak masuk sorang pon tak celuih
Pages: [1]
View full version: Majlis Pernikahan Mewah Dalam Kandang Ayam?


ADVERTISEMENT