lanesra Publish time 4-10-2021 03:52 PM

A Samad Said bapa yang sederhana


https://assets.bharian.com.my/images/articles/helmisamad_1633308837.jpg
Hubungan Helmy dan bapanya A Samad Said sangat akrab. GAMBAR IHSAN HELMY SAMAD.

KUALA LUMPUR: Jika ditanya siapa Sasterawan Negara (SN) yang paling dikenali, nama Datuk Seri A Samad Said pasti paling banyak disebut. Selain barisan judul karya yang sudah dihasilkan, beliau juga diketahui lantang bersuara malah antara yang kuat menentang pelaksanaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak lama dahulu.

Malah keberaniannya melancarkan mogok seni selain pembabitannya dalam politik menyebabkan beliau pernah digelar sebagai sasterawan rakyat. Bagaimanapun sisi A Samad sebagai bapa jarang dikongsikan.

Dalam Webinar Pemikiran Datuk Seri A Samad Said yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor baru-baru ini, anaknya Helmy Samad tampil berkongsi mengenai tokoh kelahiran Melaka itu.

Helmy, yang mana namanya itu turut diabadikan sebagai satu watak dalam novel A Samad, 'Salina' berkata, bapanya itu hidup dengan sangat sederhana sejak dahulu.

Malah, kehidupannya adik beradik bergelumang dengan kesibukan A Samad sebagai wartawan, penulis dan tabiatnya yang sangat kuat membaca.

Helmy berkata, bapanya itu mendidik mereka adik beradik dengan cara sederhana, tidak garang tetapi kata-katanya perlu diselami dan difahami.

"Bapa pernah sebut, 'jadilah anak jantan'. Secara literalnya ia membawa banyak maksud tetapi dalam konteks bapa ia meminta saya menjadi lebih bertanggungjawab dan meneruskan kehidupan," katanya.

Tambah Helmy, sejak kecil dia terbiasa dengan kehidupan A Samad yang sibuk. Malah ketika zaman kanak-kanak, dia kerap mengikuti ibunya mengambil bapanya yang ketika bertugas sebagai pengarang di Berita Harian, Jalan Riong, Bangsar.

Kata Helmy, selalunya waktu itu, dia kerap mengambil kesempatan naik ke pejabat A Samad selain melihat-lihat kerja percetakan akhbar tingkat bawah pejabat berkenaan.

Di rumah katanya, ketika dia dan adik beradiknya tidur mereka didodoikan dengan bunyi mesin taip malah ada kala jika bangun pagi bunyi ketukan mesin taip masih kedengaran.

"Satu tabiat bapa, beliau memang suka membaca sejak dulu dan selepas membaca, beliau menulis. Kalau membaca, bapa akan membuat garisan di bahagian-bahagian tertentu. Kebanyakan buku yang bapa baca begitulah, digariskan dengan pen merah.

"Bapa juga suka menulis secara bebas di kertas dan ada kala di tisu. Selalunya bapa akan memberikannya kepada saya dan banyak yang sudah disimpan. Saya tidak seperti bapa yang suka membaca jadi agak mengambil masa lama untuk berbuat demikian," katanya.

Kesederhanaan bapanya itu bukan hanya dalam cara mendidik anak, malah katanya dalam kehidupan juga demikian. Malah A Samad hanya memiliki beberapa pasang baju sahaja.

"Pernah sekali dia perlu menghadiri majlis rasmi dan saya belikan beliau baju batik tapi bapa hanya pakai sekali kerana tidak selesa.

"Setelah itu bapa sedekahkan pada orang dan kembali memakai baju yang selalu dia pakai," katanya.

Tegas Helmy, bapanya itu memberi ilmu kepada mereka adik beradik melalui buku-bukunya.

"Hidup kami mudah dan ada kala kami merasa bapa lebih banyak masa dengan orang lain berbanding keluarganya. Namun seiring waktu, saya mula faham kehidupan bapa.

"Walaupun sibuk, saya masih rapat dengan bapa malah untuk kebanyakan masalah yang dihadapi saya akan cari bapa termasuk ketika putus cinta. Saya tak berani berkongsi dengan emak," katanya.

Tegasnya apa yang paling penting dalam hidupnya ketika ini untuk menjadi anak yang baik dan tidak menyakiti hati bapanya itu selain berharap A Samad dilanjutkan usia.

Sejak 2002, Helmy diminta oleh A Samad untuk mengurus dan menerbitkan semua karya beliau. Selain Salina yang sudah pun diterbitkan semula, beliau juga sedang dalam proses menerbitkan semula Daerah Zeni dan Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/240592884_10159897981824349_5276758271092321112_n.jpg?_nc_cat=106&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=vYhscZhslP4AX_7mSFf&tn=ywB7PzvA4NBwOYm_&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=e44e3f6b0b4505c604eabbd60f9e9dad&oe=6160767B


Satu lagi sifat A Samad yang tidak ramai tahu, Helmy berkata bapanya itu suka berbual. Jika bertemu dengannya tegurlah kerana A Samad akan sentiasa membalas malah bapanya juga seorang yang membantu bakat muda.

"Selalunya jika bapa tahu seorang anak muda itu berbakat, dia tidak pernah lokek membantu termasuk dari sudut kewangan.

"Selain menulis, bapa juga seorang yang suka melukis. Ketika kecil, dia menggalakkan kami melukis dan jika lukisan kami cantik, dia akan beli dengan harga 50 sen.

"Namun dalam adik beradik, tidak ada yang mewarisi bakat penulisan bapa kecuali kakak saya, Siti Senja yang suka menulis puisi," katanya.

Tegas Helmy, sebagai anak beliau berbangga dengan bapanya kerana pengiktirafan yang diperoleh sebagai SN pada 1985, tidak datang bergolek tetapi adalah hasil kerja kerasnya dalam penulisan.

- BH -

honeyvanilla Publish time 4-10-2021 06:40 PM

minat a samad ni tapi tkde lagi buku dia, rindu zaman dia aktif kat twitter

fatinandreanna Publish time 4-10-2021 08:11 PM

Saya pernah few times nampak A Samad Said di area Bangsar. Patutlah, rupanya ofisnya di situ. Memang sempoi je beliau.

Catpaw Publish time 5-10-2021 12:48 AM

honeyvanilla replied at 4-10-2021 10:40 AM
minat a samad ni tapi tkde lagi buku dia, rindu zaman dia aktif kat twitter



Orang dah cetak semula buku Salina tu kan. Buku2 lain tak pasti pula, senang sekarang shoope je:lol:

Catpaw Publish time 5-10-2021 12:49 AM

fatinandreanna replied at 4-10-2021 12:11 PM
Saya pernah few times nampak A Samad Said di area Bangsar. Patutlah, rupanya ofisnya di situ. Memang ...

Tak tegur ke, dia suka berbual ikut artikel tu{:3_91:}

honeyvanilla Publish time 5-10-2021 11:12 AM

Catpaw replied at 5-10-2021 12:48 AM
Orang dah cetak semula buku Salina tu kan. Buku2 lain tak pasti pula, senang sekarang shoope j ...

teringin nak beli salina, tapi i benci kalau buku cover ada gambar orang sedebuk gitu. hahaha.

fatinandreanna Publish time 5-10-2021 03:45 PM

Catpaw replied at 5-10-2021 12:49 AM
Tak tegur ke, dia suka berbual ikut artikel tu

Tak tegur. Nampak macam sedang berfikir wlwpun time tu beliau sedang tunggu org kot. Tak nak la kacau kot2 time tu beliau tengah bermain2 dgn idea di fikiran. Klu saya tegur kang potong lak idea org.

Tau lah author ni bila2 masa boleh terlintas idea.

ibugarang Publish time 8-10-2022 11:43 AM

last yr kot sempat beli Salina, he3! buku tu best sangat. berbaloi rasa beli..:loveliness:
Pages: [1]
View full version: A Samad Said bapa yang sederhana


ADVERTISEMENT