ip_lepat Publish time 4-10-2021 02:31 AM

[LIRIK] - Kopratasa - Senandung Pelaut

Kopratasa - Senandung PelautLagu/Senikata - SisoAlbum - Keringat Dalam Pasrah
https://img.discogs.com/7AXaIHP-bIhY5Wa7Mw1ibPgB74M=/fit-in/600x920/filters:strip_icc():format(webp):mode_rgb():quality(90)/discogs-images/R-9055183-1474030248-2253.png.jpg
fHHw0pu_Wnc
https://bebasnews.my/wp-content/uploads/2021/08/36875943_10216353557101962_8633191617114669056_n.jpg

ip_lepat Publish time 4-10-2021 02:31 AM

Kopratasa - Senandung Pelaut

Tika desir angin bertiup diwaktu senja
Terbang camar putih melebarkan sayap perang
Angin dari timur membawakan khabar duka
Seorang pelaut tua telah hilang dilaut jingga

Isteri yang tercinta menangis ditepi jendela
Mata merenung jauh dukanya terpahat didada
Titis titis hujan bersenandung lagu nelayan
Bagai turut simpati pada duka seorang insan

Anaknya berlari melemparkan butir pasir
Siang pasti pergi tiada lagi sinar mentari
Bagaikan hidupnya yang pasti kegelapan
Sinar kebahagiaan terdampar di batu karang

Tidak disangkanya tidak diduganya
Laut yang kadang tenang laut pernah berbudi
Menelan sampan usang menelan tubuh tua
Tinggal anak kecil dan isteri yang kepiluan

Tuhan ku pohon sinarilah hidup dia
Tika mencoretkan warna hidup yang tersisa

ip_lepat Publish time 4-10-2021 02:31 AM

Kopratasa

Kumpulan Kopratasa merupakan satu kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Kopratasa mempunyai 3 orang anggota. Menampilkan lagu-lagu berunsur puisi, rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Banyak dipengaruhi oleh muzik Kembara pimpinan M. Nasir di awal penglibatan mereka kerana mereka sama-sama memperjuangkan irama yang sama. Ramai sasterawan dan penggiat seni tanahair yang menyumbangkan karya mereka kepada Kopratasa antaranya Datuk A Samad Said, Allahyarham Dato' Usman Awang, Allahyarham J M Aziz, Allahyarham Abdul Aziz HM. Bukan sahaja aktif sebagai penyanyi, tetapi juga dikenali sebagai pelukis, pelakon drama , filem dan teater dan juga pendekron sajak di mana sahaja ada acara seni di Malaysia terutamanya di universiti tempatan.

Sejak penubuhannya, kumpulan Kopratasa memang menampilkan lagu berunsur puisi yang menyentuh isu rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Kumpulan ini mendapat pengaruh Datuk M Nasir, selain penyair terkenal tanah air seperti A Samad Said, Usman Awang, J M Aziz dan Abdul Aziz HM. Lagu puisi Kopratasa, melalui lirik yang indah, mengapungkan erti dan rasa kemanusiaan.


Ahli ahli -

Sani Sudin
Usop @ Mohd Yusof Ahmad
Siso @ Syed Indera Syed Omar

Kumpulan Kopratasa ditubuhkan pada 1985 di pejabat Teater Elit di Jalan Raja Abdullah Kampung Baru. Teater Elit milik penyair tersohor Dinsman. Pengasas bersama Kopratasa ialah Usop, Sani Sudin dan Mohd Shah Ibrahim yang sebelum itu bergerak menggunakan nama Grup Teater Elit. Ketiga-tiga mereka bertemu ketika sama-sama bekerja dengan Dinsman. Di pejabat itu jugalah mereka bertemu dengan M. Nasir buat pertama kalinya.

Apabila ditawarkan M. Nasir untuk merakam album, Mohd Shah menarik diri kerana tidak dapat terlibat dalam bidang seni lalu digantikan oleh Siso. Walau bagaimanapun ketiga-tiga pengasas bersama itu masih bersama di pentas-pentas tertentu tanpa diketahui khalayak tentang sejarah sebenar kumpulan tersebut.

Kopratasa masih terus aktif hingga ke hari ini tetapi hanya dianggotai Usop dan Sani Sudin. Siso meninggalkan Kopratasa pada 2007 dani masih mengekalkan nama Siso Kopratasa(Bukan Nama sebenar).

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kopratasa
Pages: [1]
View full version: [LIRIK] - Kopratasa - Senandung Pelaut


ADVERTISEMENT