Raline Publish time 3-10-2021 05:15 PM

Jaafar Onn minta TV3 ulang siar drama Cili Padi, masih popular

Jaafar Onn minta TV3 ulang siar drama Cili Padi, masih popular

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/cilionpadi1_1633239761.jpg
FOTO kenangan Jaafar bersama pelakon-pelakon drama Cili Padi.

Kuala Lumpur: Pelakon, Jaafar Onn menerusi Facebooknya menyarankan agar drama lama lakonannya, Cili Padi akan diulang siar.

Dalam hantaran sama, Jaafar juga memaklumkan mengenai sambutan dan permintaan daripada banyak pihak yang suka dengan drama popular tahun 1990-an itu.

"Memandangkan banyak permintaan dan siaran TV3 pun banyak ulang tayang drama lama, apa kata tayang semula drama Cili Padi. Ramai suka," tulisnya.

Jaafar ketika dihubungi berkata, rata-rata ramai peminatnya yang membesar ketika zaman kegemilangan drama itu menyarankan agar ada kesinambungan atau dibuat semula.

"Dari dulu sampai sekarang, drama Cili Padi memang popular. Sejak saya aktif di TikTok dan buat secara langsung di media sosial, ramai yang memberi respon dan mencadangkan agar Cili Padi ditayangkan semula, atau dibuat semula.

"Saya kata, kesemua pelakon kanak-kanak pada zaman itu kini sudah dewasa dan berkeluarga. Jadi, peminat-peminat ini menyarankan agar kekalkan watak Cikgu Jaafar sebagai cikgu bersara atau penyelia kolej.

"Dari situ, dapat dilihat bagaimana hubungan antara Cikgu Jaafar dengan pelajar-pelajarnya walaupun mereka sudah berkeluarga," katanya.

Berkongsi mengenai penghasilan Cili Padi, pada awalnya ia hanya diterbitkan sebagai telefilem untuk slot Cerekarama TV3.

"Idea untuk drama itu pada awalnya berlaku kerana rasa bersalah pengarahnya, Aziz M Osman kepada saya. Ketika saya berlakon filem XX Ray dan menjalani rangka promosi di Singapura, Aziz minta maaf kerana nama saya 'hilang' daripada kredit nama pelakon.

"Jadi, dia tak mahu saya berkecil hati dan akan terbitkan drama khas untuk saya iaitu Cili Padi. Daripada telefilem, ia dikembangkan menjadi drama bersiri," katanya.

Selain Jaafar, Cili Padi turut dibintangi barisan pelakon antaranya Melissa Saila, Anne Ngasri, Tam Suhaimi, dan Nik Fariz Nik Fadzil.

SUMBEr:https://www.hmetro.com.my

sharlenetexas Publish time 3-10-2021 05:27 PM

Masa ni melissa bambam skit?

eely_shana Publish time 3-10-2021 08:14 PM

siri popular zmn 90an

nakkomenjugak Publish time 4-10-2021 05:35 PM

Puhlezzzzzzz
Banyak2 cerita best time iol still terkedek2 tateh2
Dah besar layan senario ;P;P;P;P

dekmieDandy Publish time 4-10-2021 05:37 PM

haritu try nak layan rumah kedai kat youtube

memang best rupanya, boleh layan lagi bagi iolls yang lahir tahun 91 ni

tapi masalahnya bersepah episode dia upload, episode number banyak salah

nellyberry Publish time 18-10-2021 10:32 AM

Mula cerita Cili Padi ni start dgn Cerekarama kan?
Lepas tu baru jadi series.

lebai_WOLRD Publish time 28-11-2021 12:34 PM

harap sitcom 2 + 1 dan jangan ketawa pun ditayangkan semula
Pages: [1]
View full version: Jaafar Onn minta TV3 ulang siar drama Cili Padi, masih popular


ADVERTISEMENT