CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3255|Reply: 38

[Tempatan] Industri direct selling (MLM) tahun lepas jualan catat RM20 bilion

   Close [Copy link]
Post time 3-10-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Direct selling industry sales in Malaysia set to expand next year despite pandemic
Mikhail Raj Abdullah
Bernama
October 03, 2021 14:35 pm +08

KUALA LUMPUR (Oct 3): Malaysia's direct selling industry sales are forecast to grow next year despite the COVID-19 pandemic in line with global trends, driven mainly by wellness as well as cosmetic and personal care products.

Sales in Malaysia were expected to increase by 10 to 15 per cent next year from RM20 billion in 2020, Qi Group founder and executive chairman Datuk Seri Vijay Eswaran told Bernama.

He said job loss and economic difficulties during the ongoing pandemic had driven many individuals in Malaysia to turn to direct selling as a viable micro-entrepreneurship opportunity that provided an alternate income stream.

It was encouraging to note Malaysia being listed as one of the top 10 markets for direct selling worldwide by the World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), he said.

A report by WFDSA listed Malaysia climbing the ranks to seventh position on their top markets list with a three-year compound annual growth rate, or investment yields of 11.4 per cent, from 2017 to 2020 – the third-highest growth rate after Argentina and India, respectively.

Global direct sales increased by 2.3 per cent year-on-year, from US$175.3 billion in 2019 to US$179.3 billion in 2020 (US$1=RM4.18), clearly demonstrating resilience when most commercial sectors were experiencing a downward trend due to the pandemic.

He said global trends last year showed that wellness products constituted the majority of direct sales by category at 36.2 per cent, followed by cosmetics and personal care products at 26.2 per cent.

"This is a trend likely to persist throughout 2021 as the third wave of the pandemic continues to affect consumer demand," he said in conjunction with Asian conglomerate Qi’s 23rd anniversary celebration.

Vijay said the direct selling industry proved its resilience and adaptability as COVID-19 presented a great opportunity to companies with a strong portfolio of personal health and wellness products like the ones offered by QNET, the group's direct selling subsidiary.

Despite the difficulties caused by the pandemic, especially in its early days when the world went into lockdown, QNET survived the rough patch by adapting to the virtual world seamlessly on the strength of its e-commerce platform and a loyal distributor base, he said.

"Demand for such products skyrocketed with a focus on immunity building," he added.

QNET was a pioneer in the direct selling industry in adopting e-commerce and venturing into emerging economies, making high-quality products and services accessible along with entrepreneurship to those who aspired to build a borderless business online.

Turning to the emergence of micro entrepreneurship, Vijay noted that the successful pivot from physical to virtual events and a focus on providing digital tools and online trainings by direct selling companies also played a significant role in the rising popularity of the industry during a time when e-commerce transactions had been peaking.

The new norm of direct business sales and e-commerce can be best exemplified by Qi's virtual meeting and anniversary celebrations last month attended by over 15,000 distributors, customers and employees worldwide from nearly 50 countries.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasuk bengkung tak kurus?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 03:33 PM | Show all posts
Klu yg betul2 jual produk tkpe. In fact byk co direct selling yg dh wujud berpuluh tahun dan ada produk berkualiti.yg jd masalah bila ada mlm pancing org join ahli produk tkde.dok rolling ahli punya duit mcm pak man telo.pastu gebang kuat tayang duit segala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 03:44 PM | Show all posts
bernama.com
Jualan industri jualan langsung Malaysia dijangka berkembang tahun depan
5-6 minutes
Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Jualan menerusi industri jualan langsung Malaysia diunjur berkembang pada tahun depan walaupun dalam persekitaran pandemik COVID-19 selain seiring dengan trend global, dipacu terutamanya oleh produk berkaitan kesejahteraan dan penjagaan diri serta kosmetik.

Malah, jualan di Malaysia juga dijangka meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus tahun depan daripada RM20 bilion pada 2020, kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Qi, Datuk Seri Vijay Eswaran kepada Bernama.

Beliau juga menyifatkan kehilangan pekerjaan dan kesukaran ekonomi akibat pandemik itu menjadi faktor penting yang mendorong ramai individu untuk beralih kepada jualan langsung sebagai peluang keusahawanan mikro yang berdaya maju serta dapat memberi aliran pendapatan alternatif.

Menurutnya, adalah sesuatu yang menggalakkan untuk melihat Malaysia disenaraikan dalam kelompok 10 pasaran utama jualan langsung global oleh pihak Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA).

Laporan WFDSA menyenaraikan Malaysia semakin meningkat dan berada di tempat ketujuh dalam senarai pasaran utama dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) tiga tahun atau pulangan pelaburan sebanyak 11.4 peratus bagi tempoh 2017 hingga 2020 -- pertumbuhan ketiga tertinggi selepas Argentina dan India.

Jualan langsung global meningkat 2.3 peratus tahun ke tahun daripada US$175.3 bilion pada 2019 kepada US$179.3 bilion pada 2020 (US$1=RM4.18), juga jelas memaparkan aspek daya tahan apabila kebanyakan sektor komersial sebaliknya mengalami aliran penurunan akibat pandemik itu.

Beliau berkata, trend atau aliran global pada tahun lepas menunjukkan produk-produk kesejahteraan merupakan majoriti daripada jualan langsung sebanyak 36.2 peratus, diikuti oleh produk kosmetik dan penjagaan diri sebanyak 26.2 peratus.

“Trend ini berkemungkinan terus ketara sepanjang 2021 memandangkan gelombang ketika pandemik itu terus memberi kesan terhadap permintaan pengguna,” katanya dalam temu bual bersempena sambutan ulang tahun ke-23 Qi yang juga sebuah konglomerat Asia.

Vijay berkata industri jualan langsung juga telah membuktikan ketahanan serta kemampuan untuk dapat disesuaikan dengan keadaan atau persekitaran yang mana COVID-19 memberi peluang besar kepada syarikat-syarikat dengan portfolio produk-produk kesihatan diri dan kesejahteraan kukuh seperti ditawarkan oleh QNET -- anak syarikat kumpulan Qi yang terbabit dalam jualan langsung.

Menurutnya, walaupun COVID-19 menyebabkan kesukaran terutama di peringkat awal yang menyaksikan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya di peringkat global, QNET sebaliknya mampu mengharungi keadaan itu dengan menyesuaikan diri dengan dunia maya secara lancar berteraskan kekuatan platform e-dagang serta asas dan jumlah pengedar setianya.

“Permintaan bagi produk-produk tersebut terbukti melonjak berikutan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya tahan atau imuniti badan,” katanya.

QNET merupakan perintis dalam industri jualan langsung dengan menerimaguna e-dagang dan turut bertindak menyertai ekonomi pesat membangun, menghasilkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan selain mudah diakses bersama keusahawanan untuk mereka yang berharap membangunkan perniagaan dalam talian tanpa sempadan.

Menyentuh kemunculan keusahawanan mikro, Vijay berkata kejayaan daripada fizikal kepada secara maya serta tumpuan menawarkan peralatan digital dan latihan dalam talian oleh syarikat jualan langsung, turut berperanan penting dalam melonjakkan populariti industri ketika transaksi e-dagang terbukti terus ketara.

Bukti norma baharu perniagaan jualan langsung dan e-dagang itu juga boleh dilihat menerusi langkah Qi mengadakan mesyuarat dan sambutan ulang tahun secara maya pada bulan lepas yang telah disertai lebih 15,000 pengedar, pelanggan dan pekerja dari hampir 50 negara.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 03:46 PM | Show all posts
aku tak tahu ada lagi ka tak trend upline minta buat PL beli produk RM25K ke atas
pandai2 la downline nak jual 10 set
tak pun simpan bawah katil  dulu
sebelum ni memang byk kes mcm ni

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de bakat nak berniaga produk2 MLM ni Kawan2 yg aktif dah naik menyampah kot ajak join tak join2. Sekarang takde dah yg ajak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2021 05:04 PM | Show all posts
kalau kawan korang
lama tak jumpa
tetiba bersungguh sanggup nak atur masa nak jumpa
hati2
dia nak jumpa pun bukan pasal silaturrahim
tapi pasal nak ajak korang join MLM, UT, insurance
tak pun jadi downline
invest dlm RM25K ke atas
kalau korang reject
tu la kali terakhir korang akan jumpa kawan tu
realiti
percaya la ckp aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan MLm, tapi dropship sistem, politically correct term
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 04:14 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 3-10-2021 04:30 PM
Tak de bakat nak berniaga produk2 MLM ni Kawan2 yg aktif dah naik menyampah kot ajak join tak j ...

Kan.. Sekarang zaman tanpa tunai.. Malaysia patut bangunkan laman mining ringgit tanpa modal, biar MLM lingkup selingkup-lingkupnya..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 04:22 PM | Show all posts
apa deme jual? cukai byr dakk?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 04:25 PM | Show all posts
mohon la jgn sesapa join mlm ni.. scam habis!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 07:20 PM | Show all posts
Closed...thread October....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 25-11-2021 04:14 PM
Kan.. Sekarang zaman tanpa tunai.. Malaysia patut bangunkan laman mining ringgit tanpa modal, biar ...

Kalau ada le style tu ai le yg memula daftar. Bawah kerajaan  kalau deols jaga betul2 selamat byk
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 08:24 AM | Show all posts
TeropongThaico replied at 25-11-2021 11:16 PM
Kalau ada le style tu ai le yg memula daftar. Bawah kerajaan  kalau deols jaga betul2 selamat byk

Lagi bagus kalau guna kod, ikut macam Cashzine tapi harapnya Cashzine ada musuh ketat..

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 26-11-2021 08:24 AM
Lagi bagus kalau guna kod, ikut macam Cashzine tapi harapnya Cashzine ada musuh ketat..

Yes.. Banyak benda baik yg kerajaan leh impliment utk kejayaan kita. Nak harap individu yg built benda macam ni agak menekan pd yg kurang mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 04:24 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 26-11-2021 01:32 PM
Yes.. Banyak benda baik yg kerajaan leh impliment utk kejayaan kita. Nak harap individu yg built b ...

Apabila benda itu juga wujud nanti, selain berkuburnya MLM, mana-mana pihak syarikat penyiaran percuma dapatlah menjana income selain daripada iklan..

Paling molek pun, tanpa modal permulaannya RM1/sec.. Itu yang best tu.. Harapnya nanti sebahagiannya boleh transfer ke akaun bank, Boost, TnG Wallet..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 26-11-2021 04:24 PM
Apabila benda itu juga wujud nanti, selain berkuburnya MLM, mana-mana pihak syarikat penyiaran per ...

Aminnn.... Harap terealisasi le hendaknya. Ai dah letih nak kena pikir ayat baik2 ni. Tak join kata sombong. Join penuh kitab deols kat rumah. Jualan yillek sbb mmg tak reti berniaga style kena ckp banyak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kabar jutawan luxor?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:35 AM | Show all posts
TeropongThaico replied at 26-11-2021 04:50 PM
Aminnn.... Harap terealisasi le hendaknya. Ai dah letih nak kena pikir ayat baik2 ni. Tak join kat ...

Apabila adanya benda itu juga nanti, boleh la pihak agensi kerajaan guna benda itu, termasuk RTM yang tidak lagi bergantung pada iklan semata-mata, tidak lagi guna duit rakyat..

Bagi orang awam pula, tak perlu lagi join MLM dan skim cepat kaya serta tak perlu pinjam ah long.. Itu yang padu tu..


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hungryhenry replied at 26-11-2021 04:56 PM
Apa kabar jutawan luxor?

Dah bungkus ye luxor ni...lama x dengar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.915424 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list